Thursday, July 29, 2010




     Dah nak masuk sebulan setengah dah aku 'berpraktikal'. Memang beza sungguh bila dah bekerja secara 'official' ni berbanding dengan belajar.

*bekerja secara official bermaksud pekerjaan atau occupation yang kita lakukan sama sahaja seperti bidang yang kita ceburi di IPT masing-masing, bukannya macam kerja part-time kat fast-food restaurants atau kerja promoter baju kat shopping mall etc.

     Kalau kat universiti atau institusi pengajian kita, yang menjadi penilaian kehebatan kita atau kayu ukur keberjayaan kita di IPT tersebut adalah result exam, aktif dalam aktiviti kokurikulum, join club tu or club ni.

     Well, wa cakap sama lu bagi yang masih belajar lagi, bila dah start kerja, semua-semua tu tak pakai la jepp. Seriously tak pakai. Ko nak berlagak dengan result ko ke, nak berlagak dengan pencapaian koQ (kokurikulum) ko ke, ko active dalam macam-macam kelab ke, ko presiden kelab itu ini ke, memang diorang (employer) tak pandang langsung........................................bila

BEKERJA

Posted by Posted by zabed at 1:19 PM
Categories:

7 comments  

Monday, July 26, 2010


Islam is already the fastest-growing religion in Europe. Driven by immigration and high birthrates, the number of Muslims on the continent has tripled in the last 30 years. Most demographers forecast a similar or even higher rate of growth in the coming decades.

[An Uncertain Road: Muslims and the Future of Europe, The Pew Forum on Religion and Public Life] 

     Antara betul atau tidak, tetapi ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat bahawa semakin ramai umat manusia yang menganut islam. Alhamdulillah. Macam-macam hujah kita keluarkan bila berbicara tentang hal ini. Kiamat sudah dekat, dajjal dah keluar dan etc..

Posted by Posted by zabed at 1:03 AM
Categories:

3 comments  

Monday, July 19, 2010


Ini cerita time aku kerja kat salah sebuah office di tengah-tengah KL, dekat2 dengan jalan TAR, musim summer (tak boleh blah) 2009.

     1st time masuk kerja kat office baru tu, dengar taklimat atau pesanan senior2 yang berada dalam office tu. JANGAN PAKAI SELIPAR DALAM OFFICE atau SEWAKTU KERJA. Perh. First time kerja kat office, rasa best la pulak kan pagi-pagi bangun, gosok baju kemeja, pakai kasut office, pastu jalan kaki naik LRT sampai menara TH (time tu KBG masih lagi dalam bengkel, tengah 'tune', haha). Macam orang besar plak.

     Ada la dalam minggu ke 2 atau ke 3 aku kerja kat situ, aku ternampak ada sorang senior staff ni rilek je pakai selipar dalam office. Pergh selamber. Kang kena marah dengan boss kang baru tau. Pastu ditakdirkan Allah, boss betul-betul lalu sebelah dia. Tak kena sound pun! Hampeh. Rupa-rupanya omong kosong aja ya pak pasal rule memakai selipar ini?

Posted by Posted by zabed at 12:08 PM
Categories:

1 comments  

Tuesday, July 13, 2010


     Suatu fenomena yang ajaib pada pagi ini. Pagi 12 July 2010.



     Suasana pada waktu pagi di KL pastilah bukan suatu suasana yang ramai orang suka. Siapa suka pagi-pagi bangun, dengan mengantuk-ngantuk lagi, pastu nak pergi kerja lagi, pastu jam pulak dekat KL, jam lama pulak tu, dengan honk di sana sini, bagi yang bawak kereta akan rasa jeles yang teramat melihat motor-motor kapcai berlalu begitu sahaja, pastu nampak bayang-bayang berwarna putih dengan melambai-lambai ke arah kita, pastu melambai-lambai ke arah lain pulak, tengok traffic light bertukar-tukar warna, kalau nampak warna merah, konferm naik menyampah punya, ditambah lagi dengan kereta kat depan kita pun mengeluarkan cahaya berwarna merah.


     Bagi yang menggunakan khidmat LRT ataupun KTM untuk ke tempat kerja pula dah biasa dah kena beratur panjang sebelum masuk, berbaris-baris pulak tu, pastu bila dah dapat masuk, perhhhh ramai gile. Macam sardin kena himpit. Ok la time pagi sebelum kerja, kena himpit sehimpit-himpitnya pun still bau wangi di merata-rata tempat. Bau perfume, bau cologne, bau deodorant, bau bedak, bau minyak rambut Brylcreem, bau minyak kelapa dara dan macam-macam lagi. Masuk je office, perhh macam-macam bau kita ada. Tak payah pakai perfume pun dah wangi secara 'semula jadi' dah.


     Tapi pagi ni sungguh ajaib. Berlainan dengan norma suasana pagi-pagi biasa di KL, pagi yang dinanti-nantikan dan dihajati oleh majoriti pekerja-pekerja KL. Pagi yang sesetengah orang akan menganggapnya sebagai mustahil. Malah aku sendiri pun pelik pada pagi ni.


     Smooth gila jalanraya ni! Mana kereta-kereta lain??

     Smooth tu tak ada la sampai tak ada kereta langsung, tetapi tak berlaku jam pun. Kalau berhenti pun sebab traffic light warna merah. Alhamdulillah, first time pergi office dengan kelajuan yang agak 'smooth'. Tak payah tekan brek banyak-banyak.

     Sampai-sampai office je, bukak laptop, online jap. Usha facebook jap, perhhhhh

Spain menang World Cup rupenye....


Posted by Posted by zabed at 6:43 AM
Categories:

2 comments  

Wednesday, July 7, 2010


     Sebulan dan beberapa hari lebih telah berlalu semenjak peristiwa Mavi Marmara, sudah setahun beberapa bulan telah berlalu semenjak Israel Zionist menyerang Gaza dan sudah 6 dekad ataupun 62 tahun telah berlalu semenjak Palestin dicerobohi oleh 'puak pengecut'.

62 tahun!

     Umur aku baru 20 tahun. Bagaimana keadaanya kalau aku hidup, menetap dan dilahirkan di Palestin selama 20 tahun ini?? Bagaimana cara aku membesar selama 20 tahun ini??

Posted by Posted by zabed at 6:37 AM
Categories:

2 comments  

Monday, July 5, 2010


     Baru-baru ni aku berjumpa atau dengan bahasa orang remaja; melepak dengan sorang kawan aku ni. Kepada kawan aku ni, ko baca title ni pun ko dah boleh agak dah aku nak cerita pasal hang. Haha tapi relax, gua bukan nak malukan ko, tapi gua nak orang yang membaca mengambil pengajaran. Aku dulu pun pikir sama macam hang. Haha alkisah...


     Perbualan ini berlaku pada waktu malam dalam kereta bernombor plate nama blog ini, dalam perjalanan dari Semenyih pulang ke KL.


Gua: Bro, lu nak dengar tak satu lagu yang cukup membakar semangat? Memang ko akan rasa semangat gila lah bila dengar lagu ni.


Farid (bukan nama sebenar): Em boleh la. Aku try dengar.

Kemudian, aku 'on' radio kereta aku dan play CD yang mengandungi lagu yang dimaksudkan itu; Gelombang Keadilan oleh Shoutul Harakah, satu band dari negara seberang, Indonesia.

Dum dum dum dum dum!

Habis je lagu Gelombang Keadilan tersebut, gua terus tanya si Farid.

Gua: Amacam Farid? Ada best? Bakar semangat ko tak lepas dengar lagu ni?

Farid: (dengan muka toya) haha macam lagu ultraman pulak aku dengar.



Hampeh

Posted by Posted by zabed at 9:40 PM
Categories:

3 comments  

Sunday, July 4, 2010


Os ingleses o inventaram, os brasileiros o aperfeiçoaram
The English invented it, the Brazilians perfected it

Posted by Posted by zabed at 12:06 PM
Categories:

0 comments  

Thursday, July 1, 2010


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.

O you who believe! Enter perfectly in Islam and follow not the footsteps of Shaitan. Verily, He is to you a plain enemy.

[Al-Baqarah (2): 208]




Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, post kali ni akan membincangkan tentang si dia yang genius.


Posted by Posted by zabed at 9:05 PM
Categories:

3 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>