Friday, June 29, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Aku bukanlah seorang yang terer bab-bab sejarah ni tapi atas dasar mencari rejeki untuk mengajar budak-budak SPM, aku pun start balik belek-belek buku teks sejarah tingkatan empat. Wuh. Legend gila buku ni.

     Dah 5 tahun meninggalkan Sejarah SPM, aku sangka dalam buku teks ni hanya bincang sejarah islam dalam 3 bab sahaja. Yang sebenarnya..... ada 5 bab sekaligus membincangkan sejarah islam. Amik kau:






BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT



     Dan aku berasa sedikit 'takjub' (amazed) apabila selepas bab 8 ialah 'Bab 9: Perkembangan Eropah'. Kalau dibuat timeline  berdasarkan bab-bab dalam buku teks ni, seolah-olah Eropah 'berkembang' (progress, develop, grow, evolve, etc.) selepas menerima tempias dari tamadun islam. Tak percaya?

     Semasa Zaman Gelap (Dark Ages), kuasa yang diberikan kepada Gereja sangat kuat sehinggakan 'agama' dikatakan mengongkong rakyat dan menghalang 'kemajuan'. Apa-apa yang dikatakan Gereja, semuanya betul sehinggakan dosa boleh diampunkan dengan duit (the sale of indulgences).


kekejaman pihak Gereja

The Sale of Indulgences


     Kalau 'agama' dikatakan 'mengongkong' rakyat, maka ia memberi gambaran bahawa penganut 'agama' tersebut tidak 'merdeka jiwa'. Mereka macam.....terpaksa, bukan kerelaan. Orang hidup dalam ketakutan. Bila-bila kena bunuh. Dijadikan buruh paksa. Semua yang dikatakan oleh 'orang agama' adalah betul, kalau bangkang kena siksa.

     Namun konsep 'agama' yang dibawa oleh islam adalah 'memerdekakan jiwa' manusia. Membebaskan manusia dari segala 'belenggu' atau 'kongkongan'.


"Islam does not force people to accept its belief, but it wants to provide a free environment in which they will have the choice of beliefs."

"What it wants is to abolish those oppresive political systems under which people are prevented from expressing their freedom to choose whatever beliefs they want, and after that it gives them complete freedom to decide whether they will accept islam or not"

[Sayyid Qutb, Milestones  ('Ma'alim Fit Toriq' atau 'Petunjuk Sepanjang Jalan')]


     Dan begitu jugalah kata-kata Rib'i bin Amir ketika berhadapan dengan panglima Persia bernama Rustam:


"Allah telah menghantar kami untuk mengeluarkan (memerdekakan) sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan islam."


     Islam membawa mesej 'kebebasan dari perhambaan sesama manusia', maka konsep ini telah diambil pakai oleh penggerak-penggerak pada zaman Gelap dan menjadi asas kepada zaman Renaissance. Gerakan reformasi agama yang dipelopori oleh Martin Luther dan Calvin di Eropah, gerakan menentang sistem feudal di Eropah, gerakan menuntut pembebasan daripada pemerintahan aristokrat, gerakan menuntut hak asasi manusia seperti yang terdapat dalam Magna Carta di England dan Revolusi di Perancis dan gerakan-gerakan besar yang lain. Menurut Sayyid Qutb dalam bukunya Hadzaddeen  (Inilah islam), gerakan-gerakan besar ini muncul dan tercetus kerana pengaruh islam (baca: mesej atau konsep yang dibawa) ketika itu


"Pertelingkahan yang berlaku di antara puak-puak Kristian memperlihatkan pengaruh islam di kalangan mereka. Antara yang boleh dilihat ialah dalam peristiwa  yang berlaku  pada kurun ke 8 Masihi, di Septmania muncul satu gerakan yang mengajak penganut Kristian supaya menentang amalan pengakuan di hadapan paderi kerana paderi tidak berhak melakukannya."

"Setelah itu muncul pula aliran yang mengajak penganut Kristian supaya menghancurkan patung keagamaan (Iconoclasts). Pada kurun ke 8 dan ke 9 Masihi lahir fahaman Kristian yang menentang amalan mensucikan patung. Pada tahun 726AD, pemerintah Empayar Rome, Leo III telah mengeluarkan perintah supaya diharamkan amalan mensucikan patung."

"Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah mengenai kenyataan beberapa orang ahli sejarah bahawa gerakan ke arah penghapusan patung ini adalah kerana pengaruh islam."

[Dr Ahmad Amin, Dhuha Islam  ]



     Terasa macam osem gila bila dapat tahu bahawa pengaruh islam sebenarnya merupakan pencetus utama kepada zaman Renaissance, zaman yang dibangga-banggakan oleh orang Eropah. Terasa osem atau izzah  (bangga, proud of, gempak, etc.) dengan islam pabila islam bukan sekadar teori yang terdapat pada Al-Quran semata, tetapi ianya benar-benar dipraktikkan oleh 'masyarakat islam'.

     Ironinya, hari ini subjek-subjek 'Sejarah' sekadar platform untuk bangga dengan pencapaian-pencapaian 'datuk-datuk' aku yang lepas. Tsk tsk tsk. Masyarakat islam yang ideal pada zaman dulu-dulu dah tak ada dah sekarang, walhal masyarakat ni lah yang suatu ketika dulu boleh selesaikan masalah-masalah humanity  yang berlaku di depan mata kita hari ini. 'Faith in humanity: Restored' melalui islam.

     Masyarakat islam hari ini hanya islam pada nama. Islam yang sepatutnya dipraktiskan tidak dipraktiskan kerana 'takut bos marah'. Islam tak berani dipraktiskan pada zaman ini kerana.....aii bro, boleh tanya lagi? Mengaku diri islam, tetapi jiwa tetap tidak merdeka. Tidak bebas. Diikat dengan belenggu 'perhambaan sesama manusia' sedangkan tujuan kedatangan islam adalah untuk membebaskan manusia. What's wrong with you muslims??

     Realiti yang berlaku pada ummat islam sekarang, 'history repeats itself'. Ciri-ciri masyarakat zaman Gelap di Eropah sama sahaja dengan ciri-ciri yang berlaku pada masyarakat islam hari ini. Dah tu, buat apa belajar sejarah kalau sekadar nak bangga je lebih, walhal sejarah sebenarnya aset untuk beramal?

     Sekali lagi, 'history repeats itself'. Islam sedikit..........demi sedikit kembali membangun. Sedang di peringkat awal 'Renaissance' mungkin. Yang paling baru dan paling 'melonjak' ialah kemenangan Dr Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru pada minggu lepas. Kenapa kemenangan Dr Morsi boleh jadi suatu titik tolak kepada kemenangan islam di dunia? Baca sini kalau ada banyak masa: Mengapa Anda Perlu Sokong Dr Morsi.


Dr Morsi a.k.a Presiden Mesir baru


     Terdapat 3 jenis muslim ketika peristiwa kebangkitan islaml; 1. muslim yang menyokong, 2. muslim yang tengok sahaja dan 3. muslim yang menentang. Kau yang mana satu??


"Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu" - hadits riwayat al-bukhari dan muslim



Wallaahu'alam bis sowab.


blog baru entri baru: Sayyid Qutb.




Posted by Posted by zabed at 12:58 AM
Categories:

 

1 comments:

Pemimpi Tegar said...

Ahah. Best !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>