Tuesday, June 19, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Tadi pukul 3.00 petang aku hantar kereta ke bengkel di shah alam untuk repair air cond. Cek cek cek, rupa-rupanya compressor rosak. So melayang banyak jugak lah duit aku. Haha.

     Sementara menunggu pomen tukar compressor air cond., aku berjalan-jalan di sekitar bengkel tu untuk cari tempat makan. Mamak pun jadi, janji dapat makan lunch. Lapar gila. Jalan kaki waktu tengah-tengah hari. Boleh kata kerja gila jugak lah.

     Lepas makan megi goreng mamak, aku kena cari surau pulak sebab dah nak masuk asar. Tak de la familiar mana pun kawasan shah alam seksyen berapa ni. So, terpaksa gigihkan diri jugak untuk mencari surau, ataupun sekurang-kurangnya tempat yang layak untuk solat. Ini jalan kaki, bukannya naik kereta.

     Jauh jugak perjalanan. Tak jumpa-jumpa surau. Kalau naik kereta senang, ini jalan kaki. Dah la besar kawasan ni. Kawasan perindustrian. Mana nak cari surau?? Akhirnya langkah kaki terhenti di suatu kawasan perumahan. Wow. Kawasan perumahan baru. Siap ada pak guard lagi. Ada surau ke kat dalam ni? Kebiasaannya, kawasan perumahan baru lagi-lagi yang ada pak guard tak ada surau kat dalam. Tapi entah camana, aku rasa macam betul-betul ada surau kat dalam ni. Walaupun otak berkali-kali menidakkan kewujudan surau, tapi hati pulak meronta-ronta seperti besi ditarik magnet. Akhirnya aku mengagahkan diri jugak untuk cuba masuk.

     Bapak ah..ketat jugak security sini. Setiap kereta yang masuk mesti kena tahan kecuali yang ada sticker. Makin tak confident pulak aku nak cuba masuk ni. Kemudian aku tanya pak guard yang berbangsa....entah aku tak tau. Aku tanya "kat dalam ada surau tak?". Dia pandang member dia, cakap bahasa yang aku tak paham. Riak wajah nampak macam tak nak bagi masuk je. Aku dah hampa. Takkan nak bagi orang luar masuk free-free je. Karang ada kes pecah masuk rumah, siapa yang nak dipersalahkan?

     Tiba-tiba member pak guard tu cakap dekat aku, "Mau pergi solat ka?" sambil menunjukkan gaya angkat takbir. Aku angguk kepala macam budak buat salah. "Jom ikut saya" dia kata. Dia start enjin motor, pastu suruh aku duduk belakang. Wah lau. Sempoi betul brader ni. Siap nak tolong hantar lagi. Motor tu bergerak laju sehinggalah sampai ke surau. Ada surau rupanya kat sini. Alhamdulillah. Tak sia-sia berjalan jauh untuk berhenti kat kawasan ni.

     Serius baik brader ni. Bukan setakat tolong hantar aku, malah dia boleh percaya aku takkan buat kerja-kerja pecah masuk rumah orang. Sekarang kan banyak kes pecah masuk rumah, lagi-lagi kawasan perumahan tu boleh kata banyak rumah mewah tapi brader tu tetap percaya yang aku tak buat kerja-kerja tu. Terharu la pulak. Haha. Sekali tengok brader ni dan gaya percakapan dia, aku rasa dia berbangsa Bangladesh. 'The Bengalis'.

     Papepun, isu genocide  yang berlaku di Myanmar yang membabitkan penindasan suku kaum Rohingya bukan atas dasar agama sangat pun. Isu ni lebih kepada 'menindas bangsa asing'.


"But even as fear of religious conflict grips the city, there are many who insist that the situation in Arakan State is not really about religion at all......the 88 Generation leader who last week declared that the "Rohingya issue" - that is, the status of Arakan state's Muslim minority - is essentially a matter of sovereignty."

"The consensus among Burmese, it seems, is that the Rohingya are illegal migrants from neighboring Bangladesh - a view that also treats this as an issue of sovereignty rather than religious animosity."

"Indeed, many - especially ethnic Arakanese - have been resentful of the potrayal of this as a religious conflict, even though many have resorted to racial and religious slurs in their verbal attacks on the "Bengalis," as they prefer to call the Rohingya."


[Aung Zaw, Burma's Rohingya Dilemma ]



     *Sovereignty is the quality of having supreme, independent authority over a geographic area, such as a territory - Encyclopaedia Britannica.

     Kita semua sedia maklum bahawa pada period awal dakwah islam di mekah, kebanyakan yang menerima dakwah islam ialah golongan yang ditindas oleh sistem jahiliyah. Mudah saja bagi golongan yang ditindas ini untuk menerima dakwah la ilaaha illallah , tetapi tidak mudah bagi golongan bangsawan a.k.a golongan yang menindas.


They (the Arabs) knew that 'Uluhiya'  (la ilaaha illallah) means sovereignty and they also realized that that ascribing sovereignty only to Allah meant that authority would be taken away from the priests, leaders of the tribes, the wealthy and the rulers and would revert to Allah.

[Sayyid Qutb, Milestones  a.k.a Ma'alim Fit Toriq a.k.a  Petunjuk Sepanjang Jalan ]


     Oleh kerana mereka early muslims  yang majoritinya adalah golongan tertindas, mereka senang dan mudah untuk menerima kalimah la ilaaha illallah  kerana mereka sendiri merupakan mangsa kepada penindasan yang dilakukan oleh golongan atasan. Undang-undang tidak boleh direka oleh manusia. Tiada lagi undang-undang atau hukum yang lebih layak untuk memberi keadilan kepada manusia melainkan undang-undang tersebut datang dari Pencipta alam sendiri, bukannya manusia yang gila kuasa. Kata kuncinya ialah kesedaran. Kesedaran apa? Kesedaran tentang kezaliman memaksa manusia untuk mempertuhankan manusia.

     Jap jap. Ape kene mengene period awal dakwah islam di mekah dengan isu Rohingya? Ini jawapan secara tidak langsung bagi mereka yang bertanya,


"Kenapa perlu ambil peduli isu-isu ummat islam seperti di Bosnia, Selatan Thai, Afghanistan, Somalia, Palestin, Syria dan Rohingya? Kalau setakat menderma, bukannya boleh selesai masalah pun. Nak hantar bantuan sampai bila? Kalau nak pergi berjihad tak boleh sebab banyak lagi hutang tak berbayar seperti rumah dan kereta. Macam mana nak mati syahid kalau berhutang? Perasaan geram kita kepada musuh-musuh islam pun tak ke mana sangat."


     Sedih dan rasa kesian bila tengok gambar-gambar yang berlaku pada Rohingya. Rasa geram pun ada. Tapi bertambah pilu pabila kita tak mampu nak buat apa-apa. Perkara yang sama berlaku pada zaman period awal dakwah islam di mekah. Perasaan "tak boleh nak tolong apa-apa". Abang Bengali yang bagi aku tumpang motor dia ke surau tu sangat baik, tapi aku tak boleh nak tolong orang-orang dia yang kena tindas.

     Tetapi atas dasar pentingnya untuk berpegang dengan kalimah la ilaaha illallah , maka para sahabat tetap istiqomah dan sabar. "Mereka memerangi kezaliman taghut dengan panji la ilaaha illallah ". Faham tak? Kalau tak faham, baca balik statement Sayyid Qutb kat atas tu.

     Hari ni ramai rakyat Malaysia mengaku muslim kerana mereka melafazkan kalimah la ilaaha illallah , tapi macam buat bodo je dengan isu-isu ummah. Padahal manifestasi kepada syahadatain ialah perasaan benci kepada 'pembunuhan kanak-kanak, kaum wanita dirogol, berita palsu yang menyemarakkan lagi sentimen yang tak sepatutnya, mengusir keluar manusia dari rumahnya' dan lain-lain lagi . Tak faham? Baca balik statement Sayyid Qutb kat atas tu.







"Kami (Muslim Rohingya) hanya mempunya 3 pilihan:

1 - Kami kekali di sini dengan risiko terus dibunuh
2 - Kami belayar ke tengah lautan dengan risiko lemas
3 - Kami menjadi pelarian jika diterima negara berkenaan"

[dipetik dari facebook Dr Zainur Rashid Zainuddin]


Wallaahu'alam bis sowab

post baru blog baru: Selepas kesibukan yang melampau (kononnya)



Posted by Posted by zabed at 3:10 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>