Saturday, June 23, 2012




"Assalaamualaikum pakcik. Saya nak order murtabak 50 keping boleh? Malam ni lepas maghrib saya pi amik."

"Aish banyaknya. Saya tak pasti boleh sempat siap ke tak ni sebelum maghrib. Ni order banyak-banyak ni pasaipa?"

"Malam ni ada (majlis) tahlil untuk datuk saya. Jadi murtabak ni nak diagih-agihkan kepada orang yang datang malam ni."

"Tahlil untuk siapa? Siapa baru meninggal dunia?"

"Datuk saya. Ustaz Haji Hanafi"



Pakcik tu terus senyap. Tak terkata. Speechless. Terkejut. Tak sangka. Pegun untuk beberapa saat. Orang Kedah kata 'nampak sebak'.



******



     Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'un. Allaahumma yaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu. Pada mulanya aku sendiri rasa sebak dan sedih bila dapat tahu datuk aku baru saja meninggal dunia malam hari rabu lepas. Tapi perasaan sedih tu tak lama. Sebab aku yakin, insha Allah datuk aku berada di tempat yang mulia di sisi Allah. Insha Allahul jannah.

     Cuma yang buat aku terpana ialah pabila orang tak henti-henti datang melawat datuk sebelum dikebumikan. Pukul 2 3 pagi pun masih lagi ada orang datang. Biasanya diorang datang dalam satu kumpulan orang, dan pabila dilihatkan kepada mereka wajah datuk, mereka akan menangis. Menangis teresak-esak, kemudian mendoakan untuk datuk. Semasa solat jenazah, penuh satu masjid orang datang. Siap ada rombongan bas lagi.

     Aku kat sini bukan nak cerita kehebatan atau mengagung-agungkan datuk aku. Cuma terpanggil untuk menceritakan sesuatu yang harapnya kita yang masih hidup ni boleh ambil pengajaran.

     Erti hidup pada memberi. Datuk aku seorang ustaz yang selalu 'mengajar orang' (bahasa kedah) dekat masjid-masjid sekitar Alor Setar. Aku sendiri tak pernah dengar datuk aku 'pergi mengajar', tapi tak sangka berita kematian dia boleh memberi kesan kepada masyarakat kampung sekitar situ. Reaksi pakcik murtabak tu sampai sekarang aku teringat. Aku pernah tulis satu post berkaitan datuk: 86 tahun.

     Pemergian seseorang bukan memberi kesan kepada ahli keluarga saja, bahkan pada orang-orang luar yang mungkin ada di kalangan mereka yang tidak dikenali langsung. Berapa banyak doa ditujukan khas kepada si 'pemberi' yang telah meninggalkan dunia.



Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara;

Sedekah jariah,

atau ilmu yang bermanfaat,

atau anak soleh yang mendoakan ke atasnya

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i dan al-Bukhari]




     Hari ni senario di KL banyak orang berlumba-lumba mengejar untuk mengumpul harta. Kata mereka kerana nak capai ketenangan. Sedangkan happiness  itu bisa dicapai dengan pemberian, lagi banyak yang diberi, lagi tenang hati.

     Aku pun tak nak celoteh banyak-banyak pada tajuk Erti hidup pada memberi. Boleh baca dua post ni: Bujang susah, kahwin pun susah dan Simpan sampah dalam poket dulu.

     Benarlah kata-kata Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam,



Be in the world as though you were a stranger or a traveler on a path.

Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan.

[Hadits riwayat al-Bukhari]



     Hidup ni bukannya nak stay lama-lama kat satu tempat pun. Singgah mana-mana perhentian atau oasis, ambik mana yang perlu dan tak membebankan perjalanan, kemudian terus berjalan. Jumpa oasis baru, ambil mana yang perlu kemudian terus berjalan. Beli air livita ke untuk tidak mengantuk semasa driving. Kemudian, terus berjalan sampai ke destinasi.

     Kita berasal dari syurga, bukan dunia. So ini bukan rumah kita nak stay lama-lama.



Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 12:22 PM
Categories:

 

2 comments:

Anonymous said...

Innalillah.. dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

-nadz ruslan-

zabed said...

betul tu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>