Sunday, June 10, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim


     Aku teringat ketika darjah 1 dulu, seorang ustaz pernah memberi ucapan pada pagi perhimpunan hari isnin. Sangat 'inspiring' bagi kami budak-budak yang baru melangkah masuk institusi pendidikan. Ye la. Budak darjah 1 kan. Papepun, kata-kata yang 'inspiring' untuk budak-budak kecik tidak bermaksud ianya 'inspiring' bagi kita yang kononnya dah dewasa ini. Haha.

     Ustaz tu sangat mesra dengan kanak-kanak walau raut wajah dia berkedut-kedut seperti orang berumur 50-an. Sekali tengok wajah dia, jelas ternampak sifat penyayangnya *cewaaahhh*. Bila nampak dia melangkah untuk bagi ucapan, semua budak-budak duduk diam dan cuba dengar dengan khusyuk. Mata bersinar-sinar. Kemudian ustaz tu memberi salam selepas mencapai microphone,


"Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh"

"Wa-a-lai-kumuss-salaam-warah-matullaaah-hiwabaarakaaaaaaatuh!" gaya budak-budak sekolah darjah 1.


     Kemudian, al-ustaz pun meneruskan ucapannya yang bertemakan 'menjaga kebersihan di sekitar sekolah'. Aku dah tak berapa ingat dah point-point dalam ucapan beliau, tapi ada satu kisah contoh ni buat aku teringat-ingat sampai sekarang.

     Ustaz tu cerita, dia pernah terlihat seorang mat saleh sedang mencari-cari tong sampah untuk buang tisu/plastik/kertas/chewing gum/tak ingat. Cari punya cari, akhirnya mat saleh tu perasan bahawa kawasan tu memang tak ada tong sampah langsung. Hampa, tapi dia tak buang merata. Sampah tersebut dimasukkan ke dalam poket seluar dan mat saleh tersebut terus berjalan seperti biasa.


"Oleh itu anak-anak, kalau nak buang sampah, jangan buang merata-rata. Cari tong sampah. Kalau tak jumpa tong sampah, masukkan dulu ke dalam poket. Kalau tengah jalan tu terjumpa, haa barulah kita buang sampah tu dalam tong", ujar beliau sambil 'demo' masukkan sampah ke dalam poket.


      Seingat aku, hati aku sangat meluap-luap untuk mempraktiskan tips tersebut. Tak tau la budak-budak lain camana. Mungkin diorang pun berbunga-bunga jugak kot hati. Haha. Dan alhamdulillah, selepas dengar ucapan al-ustaz, aku mempraktiskan cara tersebut sehinggalah sekarang. Dari 1997 sampai 2012, 15 tahun telah berlalu. Berapa banyaklah pahala ustaz tu sehinggakan tips tersebut menjadi suatu kebiasaan untuk diri aku. Maashaa Allah.

     Nama ustaz tersebut ialah Ustaz Abdul Rahim Lakasauk. Difahamkan pada awal tahun 2012 ni, beliau baru sahaja pergi meninggalkan dunia. Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'un. Allaahumma yaghfirlahu warhamhu, wa 'afihii wa'fu'anhu. Berita penuh: Mengenang Allahyarham Ustaz Abdul Rahim Lakasauk (1945-2012) .

     Erti hidup pada memberi. Seorang CNN Hero dari India bernama Narayanan Krishnan meninggalkan kehidupan lamanya sebagai chef hotel semata-mata nak menolong orang-orang miskin, OKU dan orang-orang tua yang merempat di Madurai, Tamil Nadu. Beliau menceritakan saat-saat awal sebelum beliau berhenti kerja sebagai chef,


"I saw a very old man, literally eating his own human waste out of hunger. I went to the nearby hotel and asked them what was available. They had idli , which I bought and gave to the old man. Believe me, I had never seen a person eating so fast, ever. As he ate the food, his eyes were filled with tears. Those were the tears of happiness."

[CNN, Once A Rising Star, Chef Now Feeds Hungry ]


     Syed Qutb, seorang penulis Mesir yang berjaya me-revolusi-kan pemikiran islam liberal kepada islam yang syumul melalui tulisan-tulisannya seperti Fi Zilaal Quran  (Di Bawah Bayangan Quran) dan Ma'alim Fit Toriq  (Petunjuk Sepanjang Jalan). Bukan setakat merevolusikan pemikiran, bahkan tulisannya menaikkan semangat roh-roh jihad terutamanya pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) sehingga sekarang. Kebanyakan karya-karya beliau dihabiskan semasa dalam penjara. Selepas 15 tahun dipenjara, beliau dibebaskan pada Disember 1964. Kemudian masuk balik penjara pada Ogos 1965. Akhirnya beliau dijatuhkan hukuman gantung tak sampai setahun selepas itu (17 Mei 1966). Dan syaheed lah beliau menemui Tuhannya. Beliau mati dalam keadaan masih lagi bujang, tidak berkahwin. Sibuk menulis, sibuk berdakwah, sibuk membangun ummah, beliau antara 'jelmaan' (embodiment) kepada ayat-ayat "Erti hidup pada memberi".


"Verily, the index finger that testifies to the oneness of Allah in prayer, utterly rejects to write even a letter, endorsing the rule of the Taghout (tyrant)." - Syed Qutb


     Apa yang baik untuk manusia, Allah akan pelihara. Sama seperti tips-tips Ustaz Abdul Rahim dan tulisan-tulisan Syed Qutb. Sehingga ke hari ini 'karya-karya' mereka digunapakai oleh manusia, masih lagi 'inspiring' bukan kepada kanak-kanak sahaja. Berapa banyak pahala diorang?

     Sedangkan orang yang hidup mewah dengan harta pun mencari ketenangan dan kepuasan melalui 'pemberian' (Gauthama Buddha, Narayanan Krishnan, Bill Gates etc.), kita hari ni pula terkejar-kejar dan berhempas pulas mengejar kemewahan tersebut. Di mana kemuliaan kita kalau bersikap 'kiasu'? Tsk tsk tsk. Pathetic weak creatures.

     Betul lah kata-kata hero kita Narayanan Krishnan ni,


What is the ultimate purpose of life? It's to give. Start giving. See the joy of giving.

*video penuh CNN Hero Narayanan Krishnan



      Oh yeah. Sibuk cakap pasal orang lain, apa sahaja pemberian kita kepada orang lain? Mana aset akhirat kita?



Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".

[An-Naba' (78): 40]



Wallaahu'alam bis sowabb



*post yang berkaitan: Bujang susah, kahwin pun susah.

**post baru blog baru: Rindu anak.

Posted by Posted by zabed at 4:56 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>