Bismillahirrahmaanirrahim
Alhamdulillah wa syukurillah. 4 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang lama, tetapi terasa seolah-seolah periode inilah yang paling lama sekali dalam hidup. Benarlah kata-kata Syaikh Musthafa Masyhur,
'Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah'
Tarbiyah betul-betul mengubah cara aku memandang dunia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Segulung ijazah 'computer printed' ini tidak memberi erti apa-apa sangat pun, tetapi pengalaman yang dilalui selama 4 tahun ini pastinya tidak datang dari 'tangan-tangan rancangan manusia'. Ini semuanya karunia dari Allah, Rabb yang akan mengadili manusia di akhirat kelak.
Apa-apapun, jazaakumullah khayr kepada mereka-mereka yang 'supportive' dan mendoakan. Pastinya, kedua ibu bapa saya yang sanggup menahan kerenah saya. Para murobbi yang tetap tsabat mentarbiyah kami. Rakan seperjuangan 'al-hawaariyyun' dari Semenyih ke Serdang, anak-anak 'fashion boys', rakan-rakan 'Geeks & The Losers', rakan-rakan notts malaysia, budak-budak rumah 'Rainbows', junior-junior yang disayangi dan sesiapa sahaja yang mendoakan kejayaan kami di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah membalas jasa kalian insha Allah :)
"Maka bersiaplah untuk berkorban, sebab apa yang kalian miliki akan musnah dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal" - Imam Hasan al-Banna.
Jenis-jenis tsabat
10 years ago
3 comments:
subhanAllah!
dah grad zaid.mabruk! :)
selamat melangkah ke alam pekerjaan yang insyaAllah tidak akan sedikitpun melemahkan misi da'wah.
:)
wahaha...brew tau coolblog kau....mmg chocolate vanilla abes!!
~atong~
langittasbih: jazaakillah khayr. insha Allah tak akan jadi sebegitu. insha Allah, insha Allah khayr. doa banyak2
atong: haha dulu rajin lah berblogging ni. sekarang agak terhad jugak waktu.
Post a Comment