Monday, May 14, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


cliche: denote an expression or idea that has lost its originality or force through overuse.
[thefreedictionary.com ]


     Malam hari Ahad bukanlah malam yang sesuai untuk orang keluar berjalan-jalan. Esoknya 'Monday Blues', kalau aku memang tidur awal la malam hari Ahad untuk dapatkan energi yang cukup sebelum ke kerja. Cewahh cakap macam dah kerja pulak. Haha. Tapi peliknya malam ni, boleh pulak ramai orang kat KFC ni. Dey macha, esok lu orang kerja, takkan malam ni nak makan mewah-mewah kot?? Pi la balik tidoq. Buat aku penat ja beratuq panjang-panjang semata-mata untuk mendapatkan satu set Dinner Plate.

     Ada 3 kaunter; kiri, tengah dan kanan. Tapi malam ni hanya 2 kaunter saja yang bukak, tengah dan kiri. Aku beratur kat kaunter kiri. Elok-elok family kat depan aku ni lama pulak order dia. Macam-macam order. Esok hangpa dah la kerja dan nak pi sekolah lagi. Jangan makan banyak-banyak sangat. Kesian kat orang macam aku yang singgah sekejap ja ni.

     Tunggu punya tunggu, tiba-tiba family depan aku ni 'berpindah' kaunter. Pindah ke kaunter kanan, yang asalnya tak bukak. Pelik aku. Asal tiba-tiba pindah kaunter pulak ni? Sebab order hangpa lama sangat ka? Nak bagi peluang kat kitorang yang tak order lagi ke? Papepun, aku bersyukur sampai jugak giliran aku. Tapi mana akak kaunter ni?

     Lama jugak aku tunggu. Kaunter kanan dibuka sebab ramai orang kot, plus nak melayan family tadi yang order banyak sangat 'kot'. Gelisah jugak. Takkan kaunter ni tutup? Tak ada pulak notis 'KAUNTER DITUTUP'. Aku...aku...serius rasa gelisah...sebab terasa macam dizalimi. Tapi aku tetap yakin bahawa kaunter kiri tak ditutup sebab notis tak diletak kat kaunter ni pun.

      Gua hampir-hampir berpeluh walaupun KFC ni dipasang air cond. Sebab aku betul-betul terasa dizalimi. Akak yang jaga kaunter ni pi mana?? Tolonglah jangan buat kat aku macam ni. Lama kot beratur, takkan aku nak beratur panjang sekali lagi? Kalau betul la kaunter ni ditutup, tolong lah letak notis yang kata kaunter ni ditutup...janganlah buat aku berdiri tercongok kat depan ni, macam orang 'tak paham-paham lagi'. Brader kat belakang aku ni dah beratur kat kaunter lain dah. Woi??

     Akhirnya aku memberanikan diri dengan selamba tanya akak yang jaga kaunter tengah,

"Kak, kaunter ni (kiri) dah tutup eh?"

"Ha ah. Komputer rosak, problem. Minta maaf banyak-banyak eh bang"


.
.
..
...
....
......
..........
..............
.................
........................
..................................
......................................


KABOOM!


     Entah lah. Aku pun tatau nak cakap apa. Serius rasa macam nak meletup je tadi. Memang aku yakin betul aku berada di 'pihak benar' sekiranya aku nak marah akak kaunter tuh sebab menzalimi customer. Tak bagitau langsung kata kaunter ditutup, lepas tu biar je customer beratur panjang-panjang macam orang ....... Kedua-dua biji mata aku bergerak kiri-kanan-kiri-kanan mencari-cari akak kaunter ni. Memang dah ready untuk RAWRRR. Tapi, alhamdulillah, tsummal hamdulillah, Allah beri juga kekuatan kepada hamba yang 'loser' ni untuk berfikir secara rasional. Dengan berat hati, aku melangkah kaki ke kaunter tengah dan mula beratur balik. Beratur panjang. *Sigh*

     Fikir secara rasional: Aku pernah kerja part time macam tu so aku rasa aku paham jugak la perasaan akak kaunter tu. Dah malam, tiba-tiba banyak customer pulak. Entah-entah sekarang time balik tapi terpaksa teruskan kerja kerana customer masih berjela-jela panjang beratur. So, takpa takpa. Saya kena husnu dzon  (bersangka baik).

     Husnu dzon tak husnu dzon, membara jugak hati sebenarnya. Hahaha. Tapi memang serius membara. Urat kepala ni berdenyut-denyut dengan laju. Aishhh. Kata nak berlapang dada, tapi jiwa tetap tak tenang. Kalau bukan tuntutan islam yang menyuruh:


La taghdob! Jangan marah!


     Dah lama aku pi sound akak jaga kaunter tu kerana bersikap 'zalim' terhadap kami yang dah beratur lama. Haha poyo gila ayat. Bajet berani je. Padahal cuak jugak takut-takut jadi macam KFC Shah Alam ke, mau kena penumbuk dengan sapa-sapa yang ada 'crush' dengan akak tuh. Hahaha.

     Akhirnya aku memilih untuk bersikap la taghdob  walau hati meronta-ronta untuk bersikap taghdob . Kelihatan akak kat kaunter tengah tu tengah bergosip-gosip dengan akak kaunter sepatutnya-letak-notis-tutup tu. Tak sampai seminit beratur di lane baru, akak kaunter tadi memanggil aku. Riak wajah dia macam sangat bersalah.


"Minta maaf banyak-banyak sebab komputer ni rosak. Dia jammed  tadi. Saya pun terlupa nak bagitau bang untuk pergi ke kaunter kanan tu. Sorry ye"


     Aisehman. Bila orang dah minta maaf macam tu, tiba-tiba aku pulak yang rasa bersalah. Rasa bersalah sebab buat muka garang. Hahaha. Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah. Papepun, alhamdulillah tak perlu aku beratur lagi panjang dan lama. Allah permudahkan urusan. Saja nak testing aku kot samada boleh 'control' ke tak.

      Kembali kepada hadits la taghdob . Dalam hadits tu ada diberitahu ke apa ganjaran dengan bersikap la taghdob ? Mungkin di hadits lain ada diceritakan...wallaahu'alam ... tapi kalau ikutkan hadits ni, aku sebenarnya sangat kagum dengan sahabat yang bertanya tu sebab Rasulullah tak bagitau pun apa hikmah disebalik la taghdob  tersebut.

     Akhirnya, sahabat tersebut mengaplikasikan sifat la taghdob  pada suatu situasi  tak ingat situasi apa tapi dengan pilihan sahabat tersebut untuk bersikap la taghdob , banyak nyawa yang tidak berdosa berjaya diselamatkan daripada kena bunuh kerana emosi. Betulkan kalau ada yang salah ye.

     Sekarang ni kita tau bahawa selepas sahabat tersebut bersikap la taghdob , maka Allah akan menolongnya. Tapi kalau kita berada di pihak sahabat tersebut, yang tak tau apa akan jadi sekiranya beliau bersikap la taghdob , adakah kita mahu mengaplikasikan la tagdhob , walaupun Rasulullah tak pernah cerita pun hikmah disebaliknya?

     Bukan setakat pada hadits la taghdobb  saja. Tengok ayat-ayat Quran yang menerangkan tentang kejadian alam secara scientific. Hari ni kita kagum dengan Al-Quran kerana Al-Quran membenarkan penemuan saintifik seperti 'Big Bang theory'. Tapi kita sepatutnya lagi kagum dengan para sahabat yang beriman dengan Al-Quran pada ketika itu yang tak ada 'penemuan saintifik' pun.

     Mungkin di musim exam, ada di kalangan kita atau kita sendiri mula berkira-kira dengan Allah. Kenapa perlu dekatkan diri dengan Allah? Siapa boleh jamin dengan solat subuh, lecturer akan bagi markah distinction dalam paper kita? Siapa boleh jamin dengan baca quran, soalan paper pada hari ini sangat senang ibarat 1+1=2 ? Siapa boleh jamin dengan qiamullail, otak kita akan mudah menghafal formula-formula yang pelik?

      Dan ada juga di kalangan kita atau kita sendiri yang 'banyak beribadah' pada musim exam tapi bila habis je musim exam...........hangpa pikiaq sendiri la.

     Bukan nak mencari kesalahan orang. Aku sendiri pun tak betui mana pun time exam ni. Tapi, kadang terfikir jugak macam mana cara kita memandang islam. Adakah islam itu alat, bukannya matlamat ? Mulut mungkin menidakkan, tapi hati dan perbuatan mengiakan.

     Sebab tu saya sangat kagum dengan para sahabat. Zaman tu mana ada teleskop besar untuk kita ambil pembaris kemudian cari titik persamaan pada setiap bintang dan menemui satu titik 'original' yang sama dan akhirnya membawa kepada penemuan 'Big Bang Theory'

atau

     Zaman tu mana ada CT/MRI scan yang boleh membuktikan kejadian manusia dalam rahim ibu seperti mana yang diceritakan oleh Al-Quran.

     Sebab sahabat faham, islam itu adalah matlamat, bukannya alat.

     Papepun, banyak-banyaklah beritisghfar tak kira di musim exam atau bila-bila sekalipun. Moga Allah mempermudah segala urusan kita kerana kita yakin islam adalah matlamat, bukan alat.



maka aku (Nabi Nuh) katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu (istighfar), - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-,

nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,

dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu sungai-sungai.

Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?

[Nuh (71): 10-13]







Wallaahu'alam bis sowabb



ps1: selamat hari ibu sedunia. di kesempatan ini, aku selitkan post lama yang aku tulis berkaitan kelembutan belaian mak aku: Selamat Hari Ibu .

ps2: post baru untuk blog baru: Nenek Sakit Tenat .

Posted by Posted by zabed at 12:45 PM
Categories:

 

2 comments:

Unknown said...

tula. i pown slalu kena gitu gak. diorang stress keje kot.. then lepaskn kat pelanggan..

zabed said...

kadang-kadang je kot

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>