Sunday, May 6, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Petang jumaat di Semenyih.......bapakkkk ahhhhh panass gilaa. Serius terik gila matahari. Minum air banyak kali pun masih terasa kering kat tekak. Akhirnya aku dan sorang housemate bertekad untuk pi pekena ABC Special + aiskrim. Memang terbayekk. Manis, aiskrim 4 scoops, total dalam RM3.50 je. Sapa-sapa yang tinggal di kawasan Semenyih boleh la selalu singgah kedai ABC tu, dekat-dekat dengan Restoran Aneza tuh. Hahaha promote jap sebab abang ABC tu sangat sempoi dan baik.


"ABC Special satu bang, taknak kacang merah macam biasa"


     Nikmat...yeah bila susu cair tu menyentuh lidah kita. Kemanisan sirap merah sangat 'pure' bila dihirup guna straw. Pergh. Boleh kata keperitan tekak aku selama sehari suntuk tu tersembuh setelah aiskrim berperisa coklat tu melalui proses peristalsis. Alhamdulillah.

     Sedang receptor lidah sibuk merasai setiap ais yang masuk dalam mulut, tiba-tiba kawan aku ni yang bakal mendapat ijazah Kejuruteraan Elektrikal bersuara, "Ko tau, aku tak pernah suka benda-benda elektrikal ni. Aku pun tak tau kenapa aku pilih course ni." Aku mendengar dengan khusyu', walau tak pandang muka dia. Kemudian dia sambung, "sepatutnya kalau dalam engineering, lebih baik aku amik civil engineering. Aku lagi minat benda-benda macam 'civil' ni daripada elektrikal yang entah pape ni."


     Kemudian aku pandang muka dia dan tanya,

"Kalau bukan engineering, ko nak amik course ape?"

"Entah. Aku ingat nak amik medic, ataupun apa-apa yang berkaitan dengan biology. Best kot tengok orang belajar benda-benda bio ni."

Aku gelak, "Hahaha. Time SPM dulu ko tak amik bio, ade hati nak belajar medic. Sekarang ni ada beberapa minggu lagi sebelum kita habis degree".


"Itulah masalahnye. Time SPM dulu aku amik LK (Lukisan Kejuruteraan?). Aku tak tau kenapa aku pilih subjek tu. Sekarang, aku dah terperangkap masuk dalam course yang aku tak minat langsung".

"Bukan setakat sekarang, lepas grad karang pun ko masih lagi terperangkap dengan course elektrikal ni. Silap-silap seumur hidup selepas grad nanti".

"Itulah. Nak buat camana. Nak patah balik tak boleh dah. Entah lah." Kemudian beliau sambung makan ABC. Kepala kebawah. Jelas tanda-tanda kehampaan terpancar pada kulit mukanya.


     Sewaktu SPM dan pasca-SPM dulu, cikgu-cikgu kat sekolah menyogok kami agar kami meneruskan pengajian kami dalam dua bidang ini sahaja: medic atau engineering. Disebabkan doktrin yang menebal ketika itu yang menegaskan bahawa 'jadi doktor ni tak ada life. Belajar bio dah la susah, kena baca buku setiap waktu', maka kebanyakan dari kami memilih untuk mengambil course engineering sebagai 'jalan hidup' kami. Selepas 5 tahun, barulah kami tahu betapa silapnya pilihan kami yang sangat mentah ketika itu.


"Bukan kerja engineering gaji tinggi ka?"


     Kalau bukan kerana gaji yang lumayan, jangan harap ada orang nak belajar course ni. Papepun, isu gaji tinggi bukan isu yang nak diketengahkan. Keluar sahaja dari Uni, dapat segulung ijazah, pergi kerja, kerja macam kuli. Kuli kepada 'bos' atau a group of people  yang tamak keuntungan pulak tu. Hakkk tuihhh. 'Bos' yang menjadi hamba kepada sistem kapitalisme. Depa ni pijak kepala kami yang belajar penat-penat ni. Dan kami sebagai kuli kata, "takpa, selagi gaji masyuk, kami okay!"

     Ada seorang kawan, mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia pernah berkata, "Ada seorang pensyarah ni pernah kata kat kitorang, 'sapa nak amik korang kerja kalau design reaktor korang mahal, walau 'environmental friendly'?? Profit comes first '".

     Baru-baru ni aku dapat panggilan telefon dari satu syarikat yang nak offer aku kerja selepas grad karang. Gaji.......serius masyuk untuk budak fresh grad. Serius aku sangat eksaited time tu. Tapi macam aku cakap tadi, kalau gaji tersangat tinggi, maksudnya kerja macam kuli. Kalau kuli kepada ameerul mukminin seperti 'Umar al-Khattab takpa walau dikerah habis-habisan, malah aku bersyukur gila kerana ada peluang yang sangat besar untuk hidu syurga. Jadi kuli kepada sistem kapitalisme? Ko tau tak betapa hodoh dan hina gila orang yang menyembah 'keuntungan' ni? Hati diorang sangat busuk. Lagi busuk dari bangkai binatang. Dan nampak lagi hina ialah kuli mereka!

     Kesian kan pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang? Disogok dengan mimpi indah tentang masa hadapan yang cerah dan gemilang = kereta besar, rumah besar, pangkat besar. Depa ni kain putih, dan didoktrin oleh masyarakat tentang cita-cita = kerja yang professional. Tapi realitinya, 'kerja yang professional' = kuli kepada bos yang tamak. Di mana jiwa yang merdeka ketika itu kalau kepala kita hanya memikirkan masalah yang bos kita bising-bising tu?




     Aku tak tau apa yang nak dibanggakan sangat dengan kereta-kereta mewah tu tapi jiwa masih dirantai oleh tuhan bernama 'duit'.

     Ada seorang sahabat bernama Rib'i bin Amir, sangat.....'kampung' la kot kalau bahasa kita sekarang. Maksudnya, gaya macam 'orang kampung' dari Pendang ka, Changloon ka, Bukit Pinang ka, Parit Buntaq ka etc. 'Orang kampung' yang bernama Rib'i bin Amir ni berjumpa dengan panglima tentera Parsi yang bernama Rustam. Rustam ni kira macam orang yang 'high end' la kalau bahasa kita sekarang. Duduk kat banglo Beverly Hills, bawak kereta Lamborghini etc.

     Ketika itu, Rib'i bin Amir mengenakan baju yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai dan kuda yang pendek. Manakala Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas ranjang yang diperbuat dari emas. Ada riwayat kata, pedang Rib'i tu diseret di atas permaidani sehingga koyak permaidani tersebut, nak menggambarkan betapa 'kampungnya' perangai Rib'i pada pandangan orang-orang bangsawan ketika itu.

     Rustam mengejek Rib'i, "Wahai Rib'i, kalian datang untuk membuka dunia ini dengan kuda yang kurus, tombak yang tumpul dan pakaian yang compang-camping ini?"

     Rib'i, 'orang kampung' jawab balik,


Allah telah menghantar kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan islam


     'Orang kampung' yang bermentaliti kelas pertama, itulah ciri-ciri sahabat yang didik Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam. Walau mereka miskin dan susah, tapi jiwa mereka merdeka. Tiada rantai yang mengikat jiwa mereka. Mereka hanya patuh kepada Allah, Tuhan yang menguasai Hari Kiamat.

     Benarlah kata-kata 'Umar al-Khattab, mulianya kita kerana islam dan hinanya kita bila kita meninggalkan perjuangan islam. Hari ini ada 1.3 billion manusia atas muka bumi ni yang mengaku dirinya sebagai islam, tetapi tengoklah betapa hinanya orang-orang yang mengaku islam ni. Kita dipandang hina bukan kerana kita solat, memakai hijab atau berpuasa, tetapi kita hina kerana kita meninggalkan perjuangan islam itu sendiri. Semua dari kita ni syok sendiri pikir pasal periuk nasi masing-masing, sedangkan buat-buat tak nampak yang sebenarnya kita ni kuli kepada Dajjal itu sendiri. Mengaku islam, tapi sembah duit.


At a time when the whole Muslim world is felt to be under siege, the Muslim identity has often become paramount for most Muslims. Muslims in Malaysia watch Palestinians being killed on TV, Kashmiris watch Chechens, Nigerians watch Iraqis, Afghans watch Somalis.

During most times in their lives, Muslims have many other things to think about than simply being Muslim.

[Graham E. Fuller (2010), A World Without Islam ]


     Islam yang dipegang hari ini tak sama macam islam yang dipegang oleh sahabat-sahabat dan para mujahideen yang menyebarkan islam suatu ketika dulu. Beza, walaupun Al-Quran masih lagi wujud sehingga hari ini. Hinanya bangsa muslim hari ni telah dikatakan oleh Rasulullah 1400 tahun dulu,


"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka."

Maka para sahabat bertanya, "Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"

Nabi saw menjawab, "Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakita al-wahnu."

Seorang sahabat bertanya, "Apakah itu al-wahnu ya Rasulullah?"

Rasulullah saw menjawab,

Cinta dunia dan takut mati


[Hadits riwayat Abu Dawud dan Ahmad]


     Kita hina bukan kerana kita solat, bayar zakat, pergi haji etc., tapi sebab kita cinta dunia dan takut mati. Jadi bro, what are you waiting for? Bibit-bibit kemenangan islam telah beransur-ansur jelas di media-media sekarang.



p/s1: by the way, tolong jangan gunakan faktor bangsa seperti Melayu dengan perjuangan islam. Kita berada di negara yang berbilang kaum, yang majoriti selain bangsa melayu taknak islam kerana sangkaan mereka bahawa islam = menjadi melayu.


p/s2: entri terbaru untuk blog baru (Lebih Serius 5913): Motor rosak, bateri kereta habih.





Wallaahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 4:16 PM
Categories:

 

2 comments:

Anonymous said...

Subhanallah . MasyaAllah . Hebat ! Jzkk akh . Moga Allah redha

zabed said...

wa iyyaaka akh. moga Allah redha kamu juga

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>