Tuesday, May 1, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Alhamdulillah. Alhamdulillah tsummal hamdulillah. Akhirnya setelah sekian lama berjaya jugak buat satu blog yang 'lebih serius'. Lebih serius bukannya dari segi formaliti bahasa-bahasa skema. Lebih serius, ditujukan untuk mereka yang melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah (DnT).

     Keyboard warriors sinonim dengan orang-orang yang menulis blog dan mereka yang 'memekak' kat facebook. Haha no offense tapi ini pandangan umum. Aku sendiri menulis blog. Dan sangat benar, dakwah di dunia sebenar lagi payah dari dakwah setakat menulis blog atau share-share artikel dan ayat-ayat bombastik di status facebook masing-masing.


Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampus diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedikit yang mampu bersabar ketika beramal.

[Imam Hasan Al-Banna]


      Membina individu-individu muslim termasuk diri sendiri adalah lebih sukar daripada duduk depan laptop dan melontarkan idea-idea yang entah kita sendiri buat ke tak. Whoops! Tapi tak dinafikan betapa besarnya pengaruh penulisan-penulisan yang ikhlas kepada masyarakat di luar sana yang aku tak pernah jumpa langsung.

      Sebab tu dalam buku Majmu'atur Rasaail , Imam Hasan Al-Banna menggalakkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin bergiat aktif dengan menulis. Bukan beliau memaksudkan untuk berhenti buat kerja 'membina individu muslim' atau 'turun padang', tetapi itu salah satu medium untuk menyampaikan fikrah  (cara berfikir) kepada orang ramai, orang-orang yang mereka sendiri tak sempat untuk bertemu dan ehem..berdakwah. Ok, mungkin ramai alergik gila dengan perkataan dakwah ni.

      Bagi aku, blog KBG ni memang tujuan dia untuk pembacaan umum, dan harapnya dapat sampaikan fikrah  kepada mereka yang tidak tersentuh lagi dengan DnT ni. Namun, selalu jugak terpanggil untuk menyampaikan sesuatu kepada orang buat kerja DnT melalui blog, tapi ye la, dah nama pun umum takkan nak cakap benda yang hanya difahami oleh orang yang 'buat kerja' je. Sebab tu alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk buat blog yang lebih sesuai untuk bincang benda-benda related dengan DnT ni. Nak dekat setahun jugak mengidam, sekarang baru dapat. Haha alhamdulillah.

     Ada dua blog, tapi yang KBG ni pun tak terjaga, apatah lagi nak buat blog yang kononnya 'lebih serius'. Kih kih kih. Sebab aku bajet busy, padahal banyak masa terluang dengan tidur yang berlebihan. Tak kisah lah. Janji aku dapat sampaikan ape yang ade dalam kepala ni, dan harapnya Allah masih lagi meneguhkan hati kecil ini agar terus menulis demi kepentingan ummah ini, demi mengajak manusia kepada Allah, insha Allah. Bukannya kerana ada kepentingan peribadi yang lain. Harapnya dielakkan dari perkara macam tu. Na'udzubillaahi min zaalik.

     Jangan salah faham pulak bahawa blog yang 'lebih serius' ni hanya layak dibaca oleh orang-orang yang buat kerja DnT saja. Semua orang boleh baca, tapi target audience lebih kepada mereka yang terlibat dengan DnT. Nak baca baca, tak nak baca sudah.

     Kenapa letak nombor '5913'? Entah. Sebab macam sedap je nombor ni. Aku ni tak kreatif dalam memikir nama-nama yang cool.

     Papepun, dengan ini saya mengajak anda untuk membaca blog baru saya, berjudul Lebih Serius 5913. Semoga hati kita semua masih lagi diteguhkan di atas jalan yang dilalui para rasul dan nabi, semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik, mati kerana bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah.


"Cita kami hidup mulia, atau mati mendapat syurga"


Entri pertama blog Lebih Serius 5913: Bersih 3.0 dan Entri Pertama.

Wallaahu'alam bis sowabb..

Posted by Posted by zabed at 5:11 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>