Saturday, April 21, 2012


Bismillaah.





     Baru kejap tadi aku tengok laporan berita tentang 'food shortage'  yang berlaku di Yemen. Kesian, sebab yang paling terkesan ialah kanak-kanak, jap.....bukan kanak-kanak, tapi bayi-bayi kecil. Badan diorang sangat kecik, seolah-olah macam mengecut. Bayi-bayi tu nak menangis pun dah tak larat sebab penat dan lapar. Tengah-tengah baring camtu tiba-tiba boleh termuntah, dan muntah yang dikeluarkan tu kosong, tak ada isi, hanya berwarna putih (susu?). Aku cuba jugak google image gambar-gambar yang aku tengok kat berita tadi untuk letak kat post kali ni tapi takdka. Entah la bro. Aku sedih. Peti ais kat rumah ada banyakkkkkk makanan, tapi satu pun tak boleh aku beri kepada bayi-bayi tadi. Astaghfirullah...astaghfirullah...

     Tengahari tadi, aku ikut mak dan kakak pergi jalan TAR sebagai driver. Buat apa? Dah nama pun perempuan, memang sinonim lah dengan jalan TAR kan? Hahahaha. Bila nak balik tu, sempat singgah ke A&W untuk beli root beer float untuk bapak aku. Masuk-masuk restoran, lagu disko kuat gila dipasang. Dub dub dub dub chsss. Eh? Aku kat kelab ke? Tak. Macam biasa, A&W tempat feveret untuk kanak-kanak sambut ulang tahun hari jadi diorang, jap.....ni bukan kanak-kanak ni, tapi bayi-bayi kecil. Huhhhh?? Kecik-kecik lagi dah pandai 'clubbing'  ?

       Pernah tengok cerita Madagascar 2: Escape to Africa? Singa yang dilatih kat New York jadi performer, pandai menari dengan style. Setiap hari diberi makanan 'mewah', as in tak perlu keluar memburu pun. Semua dah disediakan. Mana lah bapak dia tak stress bila anak dia balik Africa perangai tak serupa 'singa' langsung. Kau ni 'singa' ke manusia? Mana ciri-ciri singa kau? Bukan ciri fizikal, tapi fitrah perangai singa tu.

     Satu lagi contoh ialah singa kat sarkas. Macam mana entah singa yang dikatakan raja binatang tu, yang garang, yang tangkas menerkam, rahang yang kuat, yang sepatutnya ditakuti oleh manusia tiba-tiba boleh jadi bahan hiburan manusia pulak kat sarkas. Kadang-kadang aksi-aksi pelik, yang tak mencerminkan kegagahan singa itu sendiri. Singa boleh jadi macam kucing?

     Inilah analogi singa yang cuba disampaikan oleh Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam bukunya, mengenai generasi islam masa kini:


     Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa itu dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Mereka padamkan sejarah kehebatan umat islam terdahulu serta dihapuskan kisah-kisah para ulama' kerana bimbang ia akan menjadi penyuluh dan panduan amal untuk generasi baru muslim kini.

Itulah kandungan madah penyair islam Muhammad Iqbal:


Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:

Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.


     Ianya telah berlaku.

     Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mengasuh anak-anak singa islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa islam samada para ulama', ahli zuhud dan para pejuang islam dari sejarah abad pertama islam.

     Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya!

     Inilah generasi baru dari putera-puteri islam!

     Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.

     Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira menjadi hamba.


[Muntalaq]


     Hari ni ramai orang memperjuangkan hak masing-masing. Ini hak kami, maka kami layak untuk mendapatkan kesenangan. Ye. Tak salah pun kalau betul-betul nak memperjuangkan hak yang sepatunya ‘haqq’ (benar), sebab maksud zalim ialah meletakkan sesuatu kepada yang bukan ‘haqq’.

      Aku pernah sembang dengan sorang brader Palestin ni. Walaupun dia berdarah keturunan Palestin, tapi dia dan family menetap di UAE (tak silap la). Sekali tu, dia berhajat untuk tinggal di Palestin, di mana masih ada lagi saudara-mara dia kat Gaza. Untuk beberapa minggu pertama di Gaza, dia culture shock . Tak tau sesuai ke tak nak guna perkataan ‘culture shock’. Dia kata keadaan kat sana ‘ok’ dengan beberapa kemudahan walau sikit. Yang tak ‘ok’-nya, ko tau, bila-bila ko boleh kena tembak. Mula-mula dia berkurung dalam rumah je, tak pergi mana-mana. Nak pergi sekolah pun takut-takut, gelisah. Tapi lama kelamaan, dia mula menerima hakikat ni. Dia tau, kalau berkurung kat rumah memanjang pun tak bagi apa-apa faedah kat dia pun. Lebih baik dia keluar, biarpun kena tembak, dan menerima hakikat bahawa ganjaran mati adalah syahid.

     Sorang lagi kawan kat uni ni, orang Palestin jugak tapi menetap kat UAE (yang ni konfem). Kiranya macam ‘balik kampug’, dia balik ke kampung dia kat West Bank, Palestin. Mungkin keadaan di West Bank sangat berbeza kot dengan Gaza, sebab menurut dia, morality remaja-remaja kat sana sangatlah teruk. Dia describe keadaan teruknya morality remaja kat sana lebih teruk dari orang-orang kat US tu, dengan mencarutnya, dengan perangai tak senonohnya, tak Islamic langsung, solat pun tak jaga, enjoy, etc. Ada la sebab mengapa sesetengah kawasan di West Bank macam tu, nak cerita kat sini sangat panjang la. Pergi kedai kopi sembang-sembang baru best.

     Tapi point yang nak ditekankan kat sini ialah, ‘kesenangan’ yang kita perjuangkan tu, akhirnya kita nak lahirkan generasi baru seperti di West Bank atau di Gaza? Rakyat Malaysia saaaaaaaangat senang sampai bayi kecil diberi hadiah berupa ‘introduction to clubbing’ pada hari jadi! Ma dzaa bin naar?! Anak-anak singa hari ni – KITALAH SAPA LAGI – disogok dengan kemewahan, sampai cita-cita nak dapat kereta besar-besar, rumah kondo, gaji 5 angka, isteri yang cantik. Mana pergi cita-cita nak mati syahid? Oh ada. Dalam senarai yang ke-669.

     Mana pergi orang-orang seperti ‘Umar al-Khattab? Mana pergi orang-orang seperti Mus’ab ‘Umair? Mana pergi orang-orang seperti Saad bin Abi Waqas? Mana pergi orang-orang seperti ‘Umar Abdul ‘Aziz? Mana pergi orang-orang seperti Salahuddin Al-Ayyubi? Mana pergi orang-orang seperti Sultan Al-Fateh? Hari ni, mana orang-orang macam ni? Where have all the good boys gone??

     Dalam buku The Malay Dilemma  , Dr Mahathir ada terangkan dilemma yang dihadapi oleh bangsa melayu, dulu sampai sekarang:


     The book (referring to 'The Malay Dilemma') surmised that the early Malays, inhabiting a lush land with plenty of food, did not suffer starvation and even the weak in mind and body were able to survive and procreate. The hot, humid climate was not conducive to either vigorous work or mental activity, so they were content to spend most of their time resting or talking to each other.

     The Chinese, by contrast, from a homeland littered with disasters and with a custom of "cross-breeding", were the fit survivors of a natural weeding out process.

     If all protection for the Malays were removed, the book argued, "it would perhaps be possible to breed a hardy and resourceful race capable of competing against all comers."

     In other words, he concluded that the ultimate solution to Malay inequality was to remake the Malays, changing some of their "inherent traits and character acquired over the centuries", including their "fatalism", and "failure to value time" and "appreciate the real value of money and property".


[Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ]


     Di uni aku sangat senang untuk orang mendapat tajaan MARA. Ada yang sewaktu interview dulu, tak cakap pape langsung pun boleh dapat tajaan! Ada yang keluar masuk pejabat MARA, hantar surat rayuan lagi, tunjuk keputusan bagus yang ‘konsisten’, akhirnya ‘encik gagal untuk mendapat tajaan kami’. Hasilnya, yang tetap berusaha gigih akan mendapat hasil, yang malas dan bersenang-lenang akan kecundang.

     Mungkin aku celoteh panjang dalam post ni, tapi ini respon terhadap isu memansuhkan PTPTN (poyonya ayat). Setuju kalau ‘riba’ yang dimansuhkan, bukannya hutang.


Walaahu’alam bis sowabb


Posted by Posted by zabed at 10:42 AM
Categories:

 

3 comments:

fsyazana said...

Slm.sgt setuju.itulah realiti ummah Islamiyah hari ini.Hakikatnya,kejatuhan umat Islam telah merugikan dunia seluruhnya.Siapa pun kita arabiy@a'jamiy,yang penting perubahan bermula drpd diri sendiri...Wallahua'lam

Anonymous said...

mohon share

-rakyat m'sia di mesir-

zabed said...

fsyazana: betul2. papepun, post ni bertujuan untuk bagi kesedaran pasal nikmat 'kesenangan'. Allah sendiri akan ubah nasib kaum selepas kaum itu sendiri nak berubah. semua benda tak 'free' kan? tak best la kalau dapat sesuatu tanpa rasa nikmat 'struggling' tu. wallaahu'alam.

rakyat m'sia di mesir: sila2 tak dak hal

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>