Sunday, April 1, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim






     Dah nak dekat 7 bulan sejak Steve Jobs meninggal dunia. Kesian Apple. Setiap kali keluar produk baru, mesti banyak gila 'negative comments' dari orang ramai kononnya Apple dah tak se-original seperti zaman Steve Jobs dulu.

     Aku bukanlah seorang tech geek yang tau gadget stuffs ni, apatah lagi nak komen benda-benda ni. Sebagai seorang rakyat marhaen, aku rasa iPhone 4s dan iPad baru ni memang tak ada faktor 'umph!' seperti mana produk-produk Apple sebelum ni.

     Teringat cerita tentang seorang ketua parti di Italy suatu ketika dulu. Gua lupa nama dia. Ketua ni memang pandai gila bercakap. Cakap memang semangat habis. Rakyat biasa ramai tertarik dengan perjuangan beliau. Tapi bila sekali tu dia berucap di hadapan orang ramai, tiba-tiba dia kena tembak dan takdir Allah, beliau mati. Selepas kematian dia, terkubur jugalah parti atau ideologi yang diperjuangkannya.

     Mati seorang ketua, mati jugalah ideologi dan perjuangannya. Tak ada 'apprentice' atau pelapis yang akan meneruskan 'cita-cita pengasas'. Kalau ada pun, sekejap je pun dan tak tahan lama.

     Selepas wafatnya Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam , iman para sahabat boleh kata 'down' sekejap. Down sekejap. Tak lama. Tetapi 'perjuangan islam' ini tidak terhenti di situ, dan juga bukan pada seluruh Tanah Arab sahaja. Malah ke Andalus (Sepanyol sekarang), ke India, ke China, ke Russia, ke Asia Tenggara, ke Tanah Melayu, ke Indonesia. Sampai kebanyakan yang tengah baca blog ni terkena tempias 'perjuangan islam' itu. Perjuangan yang dikatakan 'islam' ini berjaya membentuk tamadun. Tamadun yang menaungi 2/3 dunia.

     2/3 dunia, besar gila tuh. Tapi besar camana pun, pada tahun 1924 tamadun islam ini ditumbangkan. Habih. Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam, ketua kepada 'parti perjuangan islam' wafat pada tahun 632 tetapi 'perjuangan islam' ini terkubur pada tahun 1924. Berapa lama? 1292 tahun! Hampir 1300 tahun perjuangan ini berterusan sejak dari kematian 'ketua'. So, tak berapa nak sahih la kan kenyataan yang mengatakan bahawa 'matinya seorang pengasas, maka mati juga perjuangan/ideologinya'.

     Tapi, curious  jugak nak tahu apa yang menyebabkan perjuangan yang lebih dari 1300 tahun ini terhenti tiba-tiba?

     Islam yang diamalkan hari ni agak pelik. Walaupun orang islam malaysia ada 17 juta, namun bilangan tersebut tetap konstant dari dulu sampai sekarang. Katakanlah pada tahun pertama bilangan muslim di malaysia ialah 17 juta, sekurang-kurangnya pada tahun kesepuluh bilangan tersebut dah dua kali ganda. Kalau seorang muslim diberi tanggungjawab untuk dakwah seorang sahaja non-muslim dalam masa sepuluh tahun, sepatutnya logik la kan bilangan muslim dua kali ganda?


PASAIPA ISLAM YANG KITA DOK PAHAM LAA NI TAK SAMA MACAM ZAMAN PERJUANGAN RASULULLAH DAN SAHABAT???


     Sunnah terbesar Rasulullah ialah dakwah. Kejatuhan 'perjuangan islam' pada tahun 1924 juga bertitik-tolak dengan muslim meninggalkan dakwah. Kau kata kau islam dengan mengucap dua kalimah syahadah, tapi kau sebarkan ke tak kalimah tersebut? What makes you a muslim then, macha??

     Jadi, kalau nak kembalikan kegemilangan syarikat Apple, ape sunnah terbesar Steve Jobs? hahaha gurau-gurau.

....................



Dari Nu'man bin Basyir dari Hudzaifah bin al-Yaman r.a., berkata: Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam  bersabda:


Adalah masa Nubuwwah (zaman nabi muhammad -penulis ) itu ada di tengah-tengah kamu sekalian, adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Ia telah menghendaki untuk mengangkatnya.

Kemudian adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (zaman khulafa ar-raasyidin - penulis ), adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Ia telah menghendaki untuk mengangkatnya.

Kemudian adalah masa kerajaan yang menggigit, adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Ia telah menghendaki untuk mengangkatnya.

Kemudian adalah masa kerajaan yang diktator (zaman sekarang! - penulis ), adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya, apabila ia telah menghendaki untuk mengangkatnya.

Kemudian adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak Kenabian (in future? - penulis ). Kemudian (Nabi), diam.


[Hadith riwayat Ahmad bin Hanbal]

Posted by Posted by zabed at 10:52 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>