Monday, May 28, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Sekarang tengah hangat isu Irshad Manji nak datang Malaysia. Apa cerita sekarang jadi tak jadi datang Malaysia pun aku tak tau. Jadi katak di bawah tempurung sempena musim exam ni. Haha cerita dah nak dekat seminggu baru nak sebut dekat sini.

     Siapa Irshad Manji? Pergi google. Secara ringkas boleh la nak kata dia golongan yang mengaku diri sebagai 'reformist Islam'. Banyak pendapat dan ideologi yang diperjuangkannya  menimbulkan kontroversi dan bercanggah dengan hadith dan Al-Quran. Antara isu yang kuat diperjuangkan oleh 'beliau' ialah 'women in islam'. Ahhh. Pergi lah google pasal dia. Karang jadi cerita tak sahih pulak, berdosa aku.

     Sangat mudah untuk rakyat muslim malaysia membenci dia disebabkan ideologi yang dibawa kononnya menggugat 'aqidah' umat islam. Wow. Saja gua highlight perkataan 'benci' kerana merujuk kepada emosi. Kita nak benci dia secara fizikal ka ataupun kita benci ideologi dia? Atau mungkin dari sudut yang jarang dihebahkan, kita nak membenci persekitarannya yang memberi 'beliau' buah pemikiran yang menggugat 'aqidah' umat islam?

     Dalam bukunya yang bertajuk The Trouble With Islam Today , dalam bab How I Became A Muslim Refusenik , Irshad Manji menulis:


But at home, my father's ready fist ensured his family's obedience to an arbitrary domestic drill. Don't laugh at dinner. When I steal your savings, shut up. When I kick your ass, remember, it'll be harder next time. When I pound your mother, don't call the police. If they show up, I'll charm them into leaving, and you know they will. The moment they're gone, I'll slice off your ear. If you threaten to alert social services, I'll amputate your other ear.


     Kenyataan 'seorang isteri kena taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah' telah disalahgunakan oleh seorang ayah. Budak bernama Irshad Manji ni dibesarkan dalam keadaan kononnya prinsip islam ada yang bermasalah. Sebenarnya, riwayat hidup Irshad Manji ni sangat kesian. Siapa yang perlu dipersalahkan sehinggakan 'beliau' hari ini terang-terangan ditentang oleh majoriti muslim hari ini yang membenci dia?    

     Ok ok. Jangan ingat aku nak bela si Irshad Manji ni pulak. Baca sampai habis dulu.

     Itu cerita Irshad Manji. Pernah baca buku A History of God: The 4,000 Year Quest of Judaism, Christianity and Islam  (AHoG) yang ditulis oleh Karen Arsmtrong?





     Karen Armstrong asalnya merupakan seorang nun  dan akhirnya beliau meninggalkan 'order' dan sambung belajar di Oxford. Dalam buku AHoG, beliau ada menceritakan pengalaman hidupnya semasa menjadi nun , di mana 'father' di 'order'-nya jenis yang tak kasi soal banyak perkara berkaitan agama mereka. Alaa, lebih kurang macam 'Sesiapa yang menentang saya (ustaz), dia dikira Wahabi'. Haha lebih kurang macam tu la perangai 'father' tu.

     Dalam bab Unity: The God of Islam , tulisannya berkaitan periode penurunan Al-Quran dan sedikit seerah islam tentang Nabi Muhammad dan para sahabat, seolah-olah seperti kita baca Fi Zilalil Quran  (Di Bawah Bayangan Al-Quran) karya Syed Qutb yang cuba menggambarkan suasana di Mekah dan mentaliti orang-orang Quraisy ketika itu. Oleh itu, beliau cuba menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh orientalis Barat:


To a Westerner, who cannot appreciate the extraordinary beauty of the Arabic, the Koran seems boring and repetitive. It seems to go over the same ground again. But the Koran was not meant for private perusal but for liturgical recitation. When Muslim hear a sura chanted in the mosque, they are reminded of all the central tenets of their faith.


     Tetapi tidak 100% perkara tentang seerah Nabi ini betul dalam bab ni, sebab penulis ada masukkan sedikit sumber sejarah dari Syiah seperti The Satanic Verses . Papepun, tolak hadith-hadith palsu Syiah dalam bab tersebut, seolah-olah seperti tuduhan-tuduhan orientalis kepada islam hari ini terjawab. Ironinya, bab-bab berkaitan sejarah islam selepas bab 'Unity: The God of Islam' sangat menconteng arang kat nama 'islam' itu sendiri. Kenapa? Sebab sikap orang muslim sendiri selepas zaman Nabi dan sahabat. Contohnya seperti kekejaman kerajaan islam di India yang menindas penganut agama Hindu, tokoh-tokoh muslim yang berfalsafah tentang ciri-ciri Tuhan, kisah-kisah orang Syiah yang penulis anggap sebagai sebahagian dari islam dan lain-lain lagi.

     Kemudian, 'Sejarah Tuhan' dari zaman kebangkitan kerajaan islam terus dibincangkan sehingga ke zaman Renaissance, kemudian ke abad 21 dan akhirnya pada hari ini. Bab terakhir dalam buku ini diberi tajuk Does God Have A Future? , nama tajuk yang agak kontroversi kerana nak menerangkan mengapa bertambahnya jumlah manusia tidak percaya kepada Tuhan.

      Antara sebab yang sangat kukuh mengapa di kalangan orang yang 'intelek' menjadi atheist kerana melihat kepada sejarah atau 'perangai' dan peranan yang dimainkan oleh orang-orang agama itu sendiri. Ada yang berani mengaku, sekiranya memang betul wujud satu Supreme Being  atau Tuhan itu sendiri, dia tetap tidak mahu patuh kepadaNya. WHY?????

     Inilah masalah umat islam pada hari ini. Cewah. Cakap macam ustaz yang bagi khutbah pulak. Kalau perasan la kan, hari ni ramai di kalangan kita suruh orang merujuk kepada Al-Quran itu sendiri, instead of melihat kepada 'muslim'. Kalau ada non-muslim mempersoalkan tentang islam kerana sikap negatif yang ditonjolkan oleh beberapa 'muslim', dengan pantas kita kata, "Baca Quran. Itulah islam yang sebenarnya".

     Ada benarnya pada jawapan kita tu, tapi aku rasa seharusnya itu bukan jawapan yang layak diberi kepada penyoal. Kalau si penyoal tu melihat kita sama seperti muslim di luar sana yang memberi gambaran negatif tentang islam, ditambah pulak kita dengan selamba menjawab persoalan penyoal tersebut, "Jangan tengok muslim, tengoklah Al-Quran", si penyoal tersebut akan membuat konklusi yang sangat disturbing  tentang Islam. Iaitu, Islam tidak praktikal untuk penganutnya. Na'udzubillaahi min zaalik .

     Dengan mudah kita kata Al-Quran adalah panduan hidup untuk seorang muslim, tiada cacat cela dan kitab ini dapat menyentuh hati manusia, tapi kalau kita sendiri  berperwatakan yang berbeza dengan Al-Quran, ini memberi gambaran kepada orang luar bahawa Al-Quran tidak relevan atau tidak praktikal kerana penganutnya sendiri gagal mempraktikkan apa yang diperintahkan dalam Al-Quran. Sebab itu bertambahnya bilangan atheist yang tidak mahu terikat dengan mana-mana peraturan walaupun mereka mempercayai wujudnya Tuhan di atas sana.

     Islam adalah mulia dan kemuliaannya tidak akan berkurang sedikit pun kerana datang dari Pencipta alam ini sendiri. Tetapi majoriti manusia melihat islam itu hina kerana sikap para penganutnya sendiri. Maka lahirlah orang-orang 'reformists islam' seperti Irshad Manji yang ingin melakukan perubahan pada prinsip asal islam itu sendiri. Dan bertambah juga bilangan manusia yang konfius a.k.a atheist yang buntu dalam mencari kebenaran kerana sikap orang-orang yang bertuhan ini. Di mana keindahan islam sekiranya penganut islam tidak merasa indah dengan islam itu sendiri??

     Kemudian, bangkitlah persoalan dalam isu Irshad Manji. Siapa yang perlu dipersalahkan? Ideologinya atau, persekitarannya yang memberi 'beliau' buah pemikiran yang menggugat aqidah umat islam? Kita lah kan yang mengaku ummat Muhammad yang bersalah?

     Aku cakap macam bagus je. Sekurang-kurangnya aku pasang niat agar mempraktiskan islam. Kau? Kita?


     Macam mana nak mempraktis islam? Contoh dah ada.


(Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya.

Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.

[At-Talaq (65): 11]



related post: Muslim yang praktikal


Wallaahu'alam bis sowabb..

Posted by Posted by zabed at 12:47 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>