Sunday, April 24, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Pernah persoalkan dari mana datangnya kejahatan ?


     *Hahahaha. Sumpah kelakar guna perkataan 'kejahatan'. Macam baca ayat dalam novel-novel Misteri Penyiasat blablabla time kecik-kecik dulu. *


     Ok. Siapa yang bagi kejahatan? Syaitan? Iblis?


مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
Dari kejahatan makhluk-Nya [113:2] 


     Oh. Makhluk ciptaan-Nya. Syaitan. Iblis. Jin & manusia. Nafsu (?) 


     Herm.... EH?????!!!!! 


     Kenapa Allah ciptakan syaitan? Kenapa Allah membiarkan iblis hidup? Sebelum menghasut Nabi Ayub 'alaihi salam , syaitan meminta izin daripada Allah terlebih dahulu. Adakah Allah yang mendatangkan kejahatan kalau begitu? 

     Sebelum kita bermati-matian fikir jawapan untuk soalan kontroversial ni, cuba jawab soalan ni pulak. Siapa kekasih Allah? 


Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam


     Nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain juga dikira sebagai orang yang rapat dengan Allah. Thus , sekiranya mereka kekasih-kekasih Allah, mengapa kehidupan mereka penuh dengan ujian?

     Syaitan diberi keizinan dari Allah untuk menggoda Nabi Ayub. Walaupun Nabi Nuh hidup beratus-ratus tahun, namun isteri dan anak tidak menerima dakwahnya. Nabi Ibrahim, diuji imanannya untuk menyembelih anaknya. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam  apatah lagi dugaan bertubi-tubi! 


أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? [2:214] 


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya [67:2] 


     Seperti mana ayat 2 dalam surah Al-Falaq (113) tadi, kejahatan dari makhluk. Siapa yang menciptakan 'makhluk-makhluk' tersebut? 




***** 




     Sebab itulah, kita memohon perlindungan dari Allah. 



قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,  [113:1]



     Jadi, bersabarlah dengan takdir Allah. Sungguh, ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Jangan jadi orang zalim.


فَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri



p/s: 
1. sebenarnye, aku pernah tersasul cakap Batu 'Jahat', padahal Batu 'Pahat'. Marah orang Batu Pahat kang.
2. kalau rasa ragu-ragu atau kurang jelas tentang post ni, sila baca Kisah Kermit  untuk penjelasan lebih lanjut.

 

Wallahu'alam bis sowab


Posted by Posted by zabed at 7:25 PM
Categories:

3 comments  

Friday, April 22, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Tarik nafas panjang-panjang

Ssiiiiiiipppppppppppp! Ahhhhhhhhhh~

Ok. Boleh teruskan membaca.


*******



     Pulang dari Careers Fair kat Mid Valley, bawak kereta kawan, kereta manual. Bukan reti sangat pun bawak manual, tapi saja-saja seronok.

     Hari semakin malam. Pukul 10++. MRR2 ni memang betul laa. Malam-malam pun masih lagi banyak kereta. Mentang-mentang esok Monday Blues , entah berapa ramai la yang baru balik dari Pantai Timur dan Utagha nuh.

     Sibuk berpot-pet-pot-pet dalam kereta, tiba-tiba aku sedar kelajuan kereta tidak menambah walaupun accelerator  dipijak. Herm. Ni mesti aku tak masuk gear betul-betul ni. Aku pun pijak clutch , tukar gear rendah dengan smooth  dan terus tekan accelerator  sekali lagi. Aik? Tak laju pun? Tak ada bunyi enjin pun? Ah sudah. Mati enjin pulok.


"Zabed?"

Aku jawab, "Mati enjin pulak."

"Akhi, baca bismillah."


      Bismillah, cuba hidupkan enjin, tapi tak boleh gak, semput. Elok-elok je kat right lane  nak mati, MRR2 pulak, depan Tesco Ampang. Pergh, combo. Tekan hazard light , keluar kereta. Berapa ramai hah kau kereta dok hon-hon tak puas hati.


"Yang kau pergi berenti kat right lane kenape budak!!!"


     Bukak bonnet kereta, oh air dah kering. Patut la tadi kipas asyik bunyi je walaupun dah cabut kunci. Dipendekkan cerita, bawak jumpa pomen keesokan pagi, check masalah, total cost of repair  RM600. ENAM RATUS HINGGIT!!! Kan dah tersembur air liur bila aku dengar harga tuh. Mana aku nak cari duit??

     Apa benda yang pertama sekali keluar dari mulut untuk menyedapkan hati orang bila berlaku dugaan macam ni? "Sabar...ini ujian dari Allah. Ada hikmahnya tu."

     Hohoho. Selalu baca artikel, blog, nota etc. yang berkaitan dengan ujian & dugaan ni, mesti ada satu pattern  yang sama; mula-mula ditimpa musibah, pengakhirannya pasti sesuatu yang baik. Sebab apa mesti cerita tentang pengakhiran yang baik? Sebab nak sedapkan hati. Baaagusssssss. Aku sendiri pun pernah tulis benda-benda macam ni, lepas ujian pasti ada ganjaran.


     Kadang-kadang, kita sendiri dah muak kan baca cerita-cerita macam ni?


     Cuma kali ni, satu perkara yang aku belajar dari perisitwa ni, buat aku teringat tentang kisah sahabat yang mula-mula masuk islam dulu.

     Kalau kita bukak Quran sekarang, betapa banyak fakta-fakta sains seperti gunung sebagai pasak bumi, proses kitaran hujan, air sungai dan laut tidak bercampur, Big Bang , proses penciptaan manusia dari sperm hingga daging, elemen tanah dikaitkan dengan protein dan bermacam-macam lagi. Tak masuk lagi janji-janji Allah seperti syurga, neraka, kemenangan ke atas Parsi oleh Rom, penaklukan kota konstatinopel dan lain-lain.

     Perlu diingatkan, sekarang zaman sains, jadi kebanyakan ayat-ayat dalam Quran mampu dibuktikan dengan teknologi terkini. 1400 tahun yang dulu ada ??????

     Kalau kita ni orang luar pada zaman Nabi dulu, mesti kita akan pandang sahabat-sahabat ni dengan pandangan pelik, kemudian berkata, "Eh? Ape bende yang korang dok percaya ni? Mana buktinya?"


إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
 
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata, "Dogeng-dongengan orang-orang dahulu kala." [68:15]


     Cuba bayangkan bagaimana keadaan sahabat. Mereka dalam keadaan ditindas, diseksa, miskin, minoriti. Dan ayat Al-Quran yang diturunkan pada awal penurunan adalah bertemakan seperti kiamat, janji-janji manis syurga dan kemenangan. Seolah-olah, Allah hendak menguji mereka, agar percaya dan yakin, atau bahasa lagi tepat, beriman dengan Allah, beriman dengan Al-Quran, walaupun keadaan realiti persekitaran menggambarkan sesuatu yang berlainan dengan janji-janji Allah (miskin, kena siksa, lemah etc.).

     Dengan bahasa lain, ibarat janji-janji Allah adalah mustahil.


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, [94:5] 


     Bagaimana ya, bagaimana. Bagaimana perasaan sahabat-sahabat time tu? Beriman dengan kemenangan yang djanjikan walhal janji-janji itu jauh? 


     Satu pengajaran untuk aku, agar tidak terlalu ber'harap' dengan bentuk-bentuk 'kemenangan' yang difikirkan dalam otak, kerana 


وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
[65:3] 


     Oleh itu, jangan berhenti berharap dengan janji-janji kemenangan dari Allah yang jauh lebih indah daripada apa yang kita imaginasikan. 

     Siapa sangka seorang penzina diampunkan dosanya setelah memberi minum kepada anjing yang kehausan?



فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً
kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus [17:84]




Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 5:23 PM
Categories: Labels:

2 comments  

Tuesday, April 19, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Baca surah Saba, terasa gatal-gatal kat hidung. Rupa-rupanya, terkena batang hidung. Ayat 15-17.



لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ ﴿١٥﴾ فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ ﴿١٦﴾ ذَٰلِكَ جَزَيْنَاهُم بِمَا كَفَرُوا ۖ وَهَلْ نُجَازِي إِلَّا الْكَفُورَ

     Sungguh, bagi kaum Saba ada tanda di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka dikatakan)


"Makanlah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik sedang Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun."


     Tetapi mereka berpaling, maka Kami kirim kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi pohon yang berbuah pahit, pohon Asl dan sedikit pohon Sidr.


     Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.


[Saba 34:15-17]


      Fuuuh!  Aku hembus nafas yang banyak melalui mulut. Lihat balik ayat 15-17 sambil duduk bersila. Kemudian, aku pandang atas, pastu bawah. Lutut digerak-gerakkan. Kemudian aku pandang kanan dan kiri. Tunduk kepala jap. Pastu pandang depan, diiringi suatu jeritan dalam hati, 


APAHAL SEBIJIK SANGAT AYAT NI DENGAN AKU?????????




Preview Kaum Saba

     Ini adalah kisah yang dirakamkan dalam Al-Quran tentang kaum Saba, selepas ratu Balqis berkahwin dengan Nabi Sulaiman 'alaihi salam, dan ketika itu kaum Saba menyerahkan diri kepada Allah (islam).

    Dan kaum Saba telah mengalami suatu 'evolusi' seperti yang diterangkan dalam ayat 15. Mereka modern , pandai, bijak, intelek, 1st class mentality , etc. Mereka hebat, pandai reka bermacam-macam sistem, suatu peradaban mantop. Dan juga, kalau kita ingat balik buku sejarah tingkatan 4, zaman jahiliyyah di tanah Arab bermula selepas Empangan Maarib runtuh. Yang buat empangan maarib tu la kaum Saba. Hebat kan?

     Dah la muslim, pastu dianugerahkan suatu bentuk kebijaksanaan dalam engineering  pulak tu. Tetapi, ditimpa bala, kerana kekafiran????



     Dah jadi 'muslim' pun dikira sebagai kafir? 



Tujuan Hidup: Kitar Semula

     Bagaimana perspektif masyarakat melihat seorang anak kecil?

     Sejak aku kecik lagi, aku diajar oleh masyarakat untuk 'bercita-cita'. Wah, bagus tu. Kecik-kecik dah berwawasan.

     Sewaktu darjah 1, bapak kawan aku tanya, "Ayah kerja mana?". Gua jawab, "Selekom (Celcom)" time tu buta huruf lagi. What do you expect man?!  Pastu, pakcik tu tersengih dan tanya lagi, "Besar nanti nak jadi apa?". Aku pun dengan bangga jawab, "Nak jadi polis!!!"

     Dulu nampak polis terasa macam jadi hero . Wooh! Biasa la. Budak-budak kan. What do you expect man?!

     Pastu, cita-cita murni bertukar bila menjadi murid darjah 3. Cikgu kat kelas tanya sorang-sorang tentang 'cita-cita' hidup, ramai yang jawab nak jadi doktor, cikgu, pilot, jurutera, etc. Tapi ada sorang kawan tu, bila ditanya, dia jawab dia nak jadi seorang scientist . Satu kelas senyap, semua tergamam. Wow. Cita-cita apa tu? Terus ramai budak tanya "Scientist  tu apa cikgu?", kemudian cikgu pun terang la panjang-panjang. Aku pun masa tu bersinar-sinar mata mendengar perkataan scientist , maka terus-menerus mengubah cita-cita dari polis kepada seorang scientist. *feeling geeky *


     Masa berlalu dengan pantas, dari uniform seluar biru tua bertukar kepada seluar hijau gelap. Zaman tu, racun manga  mula meresap dalam kepala. Balik sekolah baca komik. Gila komik, sampai kagum tengok tauke kedai Kinokuniya. Semenjak tu, fikiran nak jadi scientist  lenyap, nak jadi kartunis pulak, tapi lukisan buruk. Ah! Jadi tauke kedai komik pun ok gak, kan??


     3 tahun berlalu, warna seluar pun bertukar kepada khaki. Mula menjejakkan kaki kat tengah-tengah ceruk hutan di Semenanjung Malaysia. Dekat sini la baru mula-mula memahami 'tujuan hidup' mengikut perspektif masyarakat sekarang. 2 tahun berada di sini, baru aku sedar yang aku tak diberi pilihan langsung. Kamu kena pilih elok-elok, kamu kena berjaya, kamu kena banyak duit, kamu akan hidup senang, kamu duit kamu berjaya kamu kereta besar kamu kamu kamu . Dengan banyak duit, itulah definisi berjaya. Simple  sahaja kan equation  tu? Ramai cikgu syorkan jadi D atau J. Orang ramai kata D susah, jadi dekat borang, aku tulis nak jadi J. Ape benda jurutera tu?

     Tahun 2008, mula masuk zaman selepas sekolah. GILA BORING ENGINEERING! Dah la tak minat, leceh, entah hape terlampau detail, explanation  lagi blablabla. Masa tu mula aku pelik tengok diri sendiri,  sebab setiap keputusan di-'takdir'-kan oleh orang luar. At that time , hampir setiap kali sebelum tidur, selalu aku persoalkan tentang bidang yang aku amik ni. Apesal aku amik kos ni? Oh sebab time sekolah dulu ramai 'orang' syorkan, bagus-bagus.



    Baring atas katil. Tengok kipas bergerak dengan laju. Aku pelik tengok diri sendiri. Kenapa aku buat sesuatu yang aku tak suka, just for the sake  untuk 'hidup senang'? Bukankah aku tengah senang ke ni? Tengah baring atas katil, ada kipas lagi. Kehidupan 'senang' yang macam mana masyarakat definisikan?

     Aku puas je dengan kipas ni, kenapa perlu tukar air-cond ? Aku puas je dengan katil buruk ni, kenapa perlu tukar tilam Dreamland  ? Aku puas je bawak kereta kecik, kenapa perlu tukar kereta besar? Oh! Sebab masyarakat sekarang mendefinisikan kehidupan yang 'senang' atau 'berjaya' dengan memiliki material yang  *Wow!* , kemudian kita akan dipandang tinggi. Hak tuihhhhh! Aku bukan hamba kepada masyarakat!


     Kalau inilah definisi tujuan hidup mengikut perspektif masyarakat, sebenarnya aku bakal menjadi hamba kepada manusia. Isshhhhhh taknak aku! Dan, 'mentaliti' begini akan berulang bila aku ajar benda yang sama tentang 'cita-cita' hidup kepada anak aku. Seolah-olah kitar semula. Atau bahasa kasar, kitaran bodoh! Sampai bila nak berhenti?????



     Sebab tu bila baca ayat 15-17 surah Saba, aku gatal hidung. Diorang muslim, sama macam kita. Pandai, sama macam kita, teknologi bermacam-macam, tetapi kufur, gilakan harta, gilakan pangkat, tak pernah puas dengan apa yang ada, sama macam kita. Lagi banyak nikmat yang diberi, lagi 'lemak' kita naik. Gatal hidung tak baca ayat 15-17 ni?

     Setiap hari baca paper , cerita Palestin yang tidak berkesudahan letup di mana-mana. Di Libya, US masuk campur untuk menggulingkan pemerintahan kuku besi. Kacau daun gila. Syria pun, opposition  dibantu oleh US. Jepun? Masih tak redha lagi masalah tsunami. Baru-baru ni banyak pula gegaran kecil-kecil dekat sana. Mungkin, definisi 'kehidupan yang senang' bagi mereka yang hidup dalam keadaan getir hanyalah untuk terus hidup. Nak hidup pun susah, bila-bila je boleh melayang. Kita kat sini? Tak pernah 'senang' dengan hidup yang sudah senang. Bina lemak je keje.


     Tutup surat khabar. Tarik nafas. Aku dongak ke langit. Apa sebenarnya tujuan hidup aku?


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami [3:8]








p/s: ini lah dikatakan dengan tadabbur Al-Quran, bukan sekadar bacaan berlagu atau tajwid yang sahih sahaja. baca: Kemuliaan Al-Quran  *tajuk macam tak best je *
Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 4:27 PM
Categories:

6 comments  

Saturday, April 2, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Kisah Penaklukan Dunia

     Ada sorang senior, housemate tahun 2008 dulu, pernah cakap,

"Zabed, ko budak 'happy circle' kan?"

"Haah kot (aku masih ragu-ragu lagi time tu). Asal? Mana ko taw?"

"Haa. Meh sini" sambil mempelawa aku untuk duduk di kerusi yang di-recommend-kan.

Aku pun duduk kat kerusi tu.

"Since  ko budak happy circle, aku nak bagitau satu rahsia"

"Oh!" dengan muka buat-buat macam berminat.

"Ko taw tak pasal Freemason ?"

"Tau. Pernah baca kat mastika dulu."

"Illuminati ? The Knights of Templar ?"

*aku tak ingat aku jawab apa time ni, tapi tak penting pun kalau korang tau*

"So, jadi hang tau la bla..bla..bla..bla..bla..bla.. eh?" brader tu sambung.

"Tau tu tau sikit la jugak. Pernah baca kat internet pasal conspiracy theories ni. Tapi tak tau la betul ke tak"

"Haa. Hang nak taw cerita sebenar tak pasal benda-benda ni?"

"???" *Uiks. Boleh pulak tau cerita sebenar?* bisik hatiku. Kemudian, aku tengok jam tangan, *haish. terpaksa tuang kelas la nampaknya petang ni*

"Macamni cerita dia. Aku bla..bla..dekat Seremban ada lodge..bla..bla..boleh nampak dari Kolej MARA Seremban (KMS)..bla..bla..bla..bla..bla.."

"Oh....macam tu rupenye.."

"So, sekali lagi, since  hang ni budak happy circle , aku nak ajar satu benda."

"Herm? Apa dia?"

"Hang nak tak...kalau aku ajar macam mana nak takluk dunia?"

Pffft! Tahan gelak. Habis dengar dia punya teori-teori bagaimana nak menakluk dunia, aku masuk bilik, gelak sorang-sorang.


--Tammat--


     Pelawok pelawok. Gelak gelak. Bila fikir pasal isu hari ni, tiba-tiba teringat 'Kisah Penaklukan Dunia' yang dah berlalu selama 3 tahun. Dulu boleh gelak atau rilek lagi bila dengar isu-isu yang tak pernah henti ni, sekarang? Graf jahiliyyah  tu dah berkembang positive exponentially.

     Isu dunia yang famous , pergolakan di Libya. Sekarang US dah masuk campur. Pergi balik beberapa bulan sebelum pergolakan di Libya, domino effect  di Tanah Arab. Rakyat bangkit untuk menentang pemerintah yang zalim, bermula dengan kisah penjual buah membakar diri sendiri di Tunisia. How's that affect your life huh?

     Kita pusing lagi beberapa dekad sebelum domino effect , Palestin, Kashmeer, Bosnia, Selatan Thai & lain-lain negara islam yang telah ditindas dengan kejam. Ramai orang boleh kata, "Bagaimana perasaan kita sekiranya itulah kakak-kakak kita, emak kita yang telah dirogol, itulah abang-abang kita, bapa kita yang telah diseksa dan dibunuh, itulah adik-adik kita yang telah kematian ibu bapa", dan kita sendiri dah muak dengar. Betul? So, how's that affect your life huh?

     Isu di Jepun, tsunami + radiation. Mayat-mayat yang berlonggokan di kawasan yang berdekatan dengan plant  tidak dibawa pulang bimbang sekiranya para penyelamat terkena radiasi. Bagi yang hidup pula, sumber air dicemari dengan radiasi juga, lagi-lagi yang ada anak kecil. Efek radiasi bukan boleh dilihat dalam 2-3 bulan, malah 10 tahun selepas tu baru tau sama ada kita terkena atau tidak. Tapi, itu Jepun kan? Mana efek radiasi tu nak kena negara kita. So, how's that affect your life huh?

     Ok la. Asyik bincang isu luar negara, mana ada kena-mengena dengan aku kan? Selagi tak sentuh harga minyak, selagi tu aku tak kisah kan? Harga minyak naik, semua naik kan? Time tu baru lah aku nak kisah sebab kononnya aku ni hidup susah, nak sara keluarga lagi, nak belajar lagi, nak cari makan lagi, nak kahwin lagi etc.  Time tu barulah aku buang sifat kiasu kan? That affect my life la okay!!!!!

     Isu dalam negara, paling famous  dan sangat-sangat-sangat membimbangkan: buang bayi. "Bayi perempuan ditinggal depan rumah", "bayi baru lahir dibuang longkang", "lagi bayi perempuan dibuang", "2 sahabat terjumpa mayat bayi terapung", "mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur", "keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi", bayi bayi bayi bayi bayi buang buang buang! Lihat: Koleksi Berita Buang Bayi (ke 35 pd 20/2/2011). Oh, setakat ni, alhamdulillah lah ahli-ahli keluarga aku semua baik-baik belaka, tak ada lagi kes macam ni. So, how's that affect your life huh?

     Isu yang baru-baru pulak? Isu bible  dalam BM. Aku setakat ni tak ada kawan Kristian sebab aku hidup berkelompok dengan orang-orang Melayu je. So, how's that affect your life huh?

     Kalau setiap hari belek surat khabar ke, baca Google news  ke, news dari internet ke asalkan related  dengan isu negara, mesti tak habis-habis keluar perkataan sex, DNA, DSAI, gay, sodomy, Datuk T, video, sex trial continues , etc. Lagi 50 tahun, buku sejarah SPM mesti penuh dengan tajuk-tajuk liwat. Haha aku tak taw la media-media kat negara kita ni. *Sigh*. Oh, tapi aku masih pelajar lagi, selagi aku tak ada anak yang nak baca paper, tak ada kena-mengena dengan hidup aku la kan?? So, how's that affect your life huh?

      Dalam blog ni pun, aku boleh keluarkan bermacam-macam ayat-ayat Quran berkaitan dengan saudara sesama islam & kebaikan menolong orang, malah boleh lagi nak disokong dengan hadith-hadith. Tapi, biasa la kan, selagi tak ada kena mengena dengan aku, buat apa aku kisah? Ada aku kisah??? How's that affect my life huh?

     Huh. Penat membebel kat diri sendiri. *tarik nafas panjang-panjang*
   
     Fikir dengan logik, aish. Mustahil, mustahil. Memang mustahil untuk memutar balikkan keadaan yang dah tak ada harapan ni kan? Orang kata, dunia nak kiamat. So, kita kena tunggu imam mahdi. OK. Jom kita duduk termenung sambil melihat jam.

     Tapi, pelik kan 1400 tahun dahulu, di Tanah Arab yang terkenal dengan sifat jahiliyyah ; membunuh anak perempuan hidup-hidup, 360 berhala di Kaabah, perempuan dilacurkan semurah-murahnya, masyarakat yang tidak reti membaca, golongan atas menindas golongan bawah, semangat ke-puak-an menebal sehingga berperang atas nama keturunan, malah Tanah Arab betul-betul dikepungi dengan 2 kuasa besar dunia ketika itu, Parsi & Rom. Tapi, pelik, di kawasan yang 'hina' seperti itulah Allah mengutus seorang manusia biasa, menyampaikan amanat dari Rabb-nya, sehinggakan masyarakat hina seperti Arab menjadi mulia melaluinya, dan 'kerja' itu diteruskan sehinggakan 2/3 dunia bernaung di bawah sistem tersebut, dan kita yang sedang baca ni pun terkena tempiasnya. Pelik? Tidak, dengan izin Allah, kita boleh.

     Bagaimana caranya? Oh. Silalah hubungi saya kalau berminat.






     Eh, awal-awal aku ada mention happy circle  kan. Apa benda tu? Syeikh Yusuf Qardhawi pernah kata, bahawa beliau terasa seolah-olah beliau dikurniakan sayap dan terbang selepas menyertai happy circle  tu. Walawww! Saya nak join saya nak join!

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah serta membersihkan hati dan jiwa mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
[Al-Baqarah 2:219]





Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 8:36 PM
Categories:

4 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>