Monday, May 30, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah pada pemudanya
[Saidina Ali radhiyallahu 'anhu ]







Dua jenis pemuda:

1. Pertama, pemuda yang lahir dan hidup dalam kegetiran, prahara. Mereka ini pemuda perjuangan. Setiap pagi mereka bangun memikirkan bagaimana untuk survive  pada hari tersebut. Otak mereka ligat mencari jalan untuk menyelamatkan wajah-wajah kesayangan mereka daripada kekejaman musuh Allah.

2. Manakala satu jenis lagi adalah anak muda yang lahir dalam sebuah negara yang aman damai. Keselesaan menyebabkan mereka lalai, lupa tanggungjawab yang wajib digalas.

[Hasan Al-Banna, Kepada Pemuda]










Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
[Riwayat Muslim & Tirmidzi]


Apa yang penting sangat sampai waktu muda kita dipersoalkan?

Deyy, apa beza lu dengan orang tua?




Fakta Tentang Pemuda


1. Pada zaman belia-nya, Nabi Ibrahim 'alaihi salaam  menghancurkan berhala-berhala kecil, lalu menggantungkan kapaknya di leher berhala yang besar. Kemudian, penyembah-penyembah berhala tersebut mencari-cari siapa yang melakukan kerja tersebut, sehingga menemui Ibrahim dan baginda menjawab,


قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَـٰذَا فَاسْأَلُوهُمْ إِن كَانُوا يَنطِقُونَ
Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara".
[Al-Anbiya' 21:63]


2. Pemuda-pemuda Ashaabul Kahfi, yang diceritakan dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 13-25. Mereka pemuda yang berani dan tidak berganjak dari pegangan mereka,


وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikitan, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
[Al-Kahf 18:14]


3. Pemuda Mus'ab bin Umair, seorang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas dan mahal sehinggakan menjadi kegilaan gadis-gadis di Makkah. Selepas memeluk islam, beliau meninggalkan segala kemewahan tersebut, hidup dalam miskin dan mencari nafkah hidup dengan menjual kayu api. Di akhir hayatnya, beliau ditikam dengan tombak musuh sambil memeluk panji islam walau kedua-dua tangannya kudung.


4. Sultan Muhammad Al-Fatih, menakluk kota Constatinople milik kerajaan Empayar Byzantine ketika berumur 21 tahun. Beliau lah yang dimaksudkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam  dalam hadithnya,

Constantinople akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
[Riwayat Imam Ahmad]


5. Hamza Alkhateeb, seorang budak berumur 13 tahun, mati dibunuh oleh tentera Syria ketika menyertai perarakan aman untuk menghentikan pengepungan di bandar Deraa oleh polis. Mayatnya yang diseksa telah dihantar kepada ibu bapanya [berita baru].



     Itulah serba sedikit tentang kehebatan yang ada pada pemuda yang dibahaskan dengan amal & perbuatan, bukan teori atau cakap omong-omong kosong.

     Ke arah mana sahajakah kita menggunakan kekuatan yang ada pada diri 'awet muda' kita ni?



Pertama, pemuda yang lahir dan hidup dalam kegetiran, prahara. Mereka ini pemuda perjuangan. Setiap pagi mereka bangun memikirkan bagaimana untuk survive  pada hari tersebut. Otak mereka ligat mencari jalan untuk menyelamatkan wajah-wajah kesayangan mereka daripada kekejaman musuh Allah.
[Hasan Al-Banna, Kepada Pemuda]



     Keluar dari zon selesa. Dunia ini tak seindah yang kita sangka pun sebenarnya. Jangan diperbodohkan oleh material yang tak bernyawa.

    Yang pasti, jangan tuding kat orang lain ataupun masyarakat kita, tapi point kat diri sendiri, tanya diri sendiri. 



**Oh! nota ini ditulis khas untuk aku sebenarnya.




Be in this world as though you were a stranger or a traveler on a path - Allah's Messenger



Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 12:17 PM
Categories:

2 comments  

Saturday, May 28, 2011


**Aku tulis post ini bersempena dengan peperiksaan final sem yang baru tamat minggu ni.


     Bismillaahirrahmaanirrahiim


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,
[Al-Baqarah 2:155]




     Biasa lah kan. Nama pun 'hidup'. Memang tak lari dari cubaan & dugaan.

     Kadang-kadang, Allah beri ujian kepada kita dengan sedikit 'ketakutan', dan melalui ujian 'ketakutan' tersebut, kita semakin dekat dengan Allah. Betul ke?

     Firaun ketika bergelut dengan kematian, sebelum badannya dilemaskan, dia diuji oleh Allah dengan 'ketakutan'. Sehinggakan dengan ujian 'ketakutan' tersebut, akhirnya dia menyerahkan diri juga kepada Allah,


حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِي
sehingga ketika Fir'aun hampir tenggelam dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri)."
[Yunus 10:90]


     Samalah juga halnya dengan Qarun, Allah mengujinya dengan kekurangan harta, juga suatu bentuk 'ketakutan', maka Qarun menjadi lebih rajin beribadah, mendekatkan diri dengan Allah dan meminta Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan harta yang banyak.

     Disebalik ujian dan kesusahan, atau 'ketakutan' yang diberi oleh Allah, sebenarnya ada hikmah. Ya. Kita semakin dekat dengan Allah. Itu satu kurnia dari Allah yang kebanyakan dari kita selalu abaikan.

     Tetapi, disebalik hikmah untuk mendekatkan diri dengan Allah, tiba-tiba Allah bagi ujian lain pula kepada kita, berupa 'kesenangan'.

      Kisah Qarun, selepas mendekatkan diri dengan Allah, dan Allah mengabulkan permintaannya, akhirnya dia berpaling dari Allah, sombong dengan Allah,


الَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي
Dia (Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata karena ilmu yang ada padaku".
[Al-Qasas 28:78]


     Dan pengakhiran bagi Qarun yang sombong ini ialah dia termasuk dari golongan yang tidak mampu membela dirinya dari adzab Allah.

     Bagaimana pula dengan kita? Jangan kita lupa Allah setelah Dia menyelamatkan kita dari ujian 'ketakutan'.



وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُ
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah  dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk bahaya yang telah menimpanya.
[10:12]



فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ
Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian kepada-Nya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka mempersekutukan (Allah),
[29:65]



وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُم مُّنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُم مِّنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ
Dan apabila manusia ditimpa oleh sesuatu bahay, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali kepada-Nya, kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmat-Nya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah,
[30:33]




     Ya Allah, mudah-mudahan aku tidak termasuk dari kalangan 'yang bersenang-lenang dengan kekufuran',


قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
Katakanlah, "Bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka."
[Az-Zumar 39:8]



Na'udzubillahi min zaalik.


Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...

Posted by Posted by zabed at 9:36 PM
Categories:

2 comments  

Thursday, May 26, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihi salam  . Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."


Lalu dijawab oleh burung berkenaan,


"Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, 

tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, 

apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."






     Selalu dengar kisah ni kan? Sejauh mana kebenaran kisah ini, wallahu'alam . Tak dapat dipastikan. Tetapi, kisah ni selalu di-ulang-ulangkan kerana pengajaran untuk kita buat refleksi pada diri kita sendiri.



     Isu Palestin? 63 tahun sudah berlalu semenjak negara Israel ditubuhkan, dan sedikit demi sedikit rakyat Palestin dihalau dengan cara yang kejam.

     63 tahun? Apa sahaja yang boleh dilakukan untuk tolong Palestin?

     Kenapa tak dihantar tentera untuk menolong kerajaan Palestin? Kenapa tidak dihancurkan sahaja tentera-tentera Zionist tu? Kenapa kerajaan 'negeri-negeri islam' tidak mengerahkan bantuan ketenteraan kepada Palestin? Kenapa tidak mengemukakan bantahan di PBB?

     Kenapa? Sebab kita sendiri tahu kan jawapannya. Ingat semudah itu untuk menghalau Zionist keluar?


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ
Dan sungguh, akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, [2:155]


    Jadi, wujudlah satu golongan manusia yang tidak sampai hati melihat keadaan saudara mereka sendiri (kita semua berasal dari Nabi Adam kan?) diperlakukan seperti binatang.

     Apa sahaja yang beberapa golongan manusia ini buat? Mereka pergi berperang kah di sana? Mungkin ada beberapa, tetapi tidak semua.

     Yang selalu 'diorang' ni buat, boikot barangan yang menyumbang kepada Israel & US, konvoi beramai-ramai, beri kesedaran kepada masyarakat melalui berbagai-bagai media, blablablabla etc.

     Ape je yang Israel tu rasa kalau setakat boikot barangan diorang ni hah? Setakat rugi RM5000 tak rasa pape la!

     Ape je yang 'diorang' ni dapat kalau setakat konvoi mengibar-ngibarkan bendera Palestin? Nak bagi kesedaran kepada masyarakat? Syok sendiri namanya tuh! Bukannya masyarakat ni kisah pun, pandang kereta 'diorang' yang gah dengan bendera Palestin pun tak nak, apatah lagi diorang ni nak menderma.

     Edar flyers  berkaitan isu Palestin; korang ingat orang yang dapat kertas tu akan baca ke? Diorang buang terus ko tau tak! Malah dipijak-pijak lagi.

     Senang cerita, apa yang golongan minoriti ni buat adalah sia-sia. Susah-susah aje. Kan?

     Itu usaha 'diorang' untuk tolong Palestin walaupun tak menolong apa sangat pun. Pernah tak kita persoalkan diri kita pula, apa kita nak jawab dekat Allah kelak bila ditanya tentang hal Palestin ni?


     Herm? Pahal senyap? Tadi fire  orang bukan main lagi.


قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً
Katakanlah: "Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus." [Al-Isra' 17: 84]




Seorang pejuang di Palestin pernah cakap,

"Kami di sini insyaAllah dah setel. Setiap hari ada sahaja perang menanti kami. Setiap hari kami melibatkan diri dengan perang, berjihad. Kalau kami mati, insyaAllah kami syahid. Kat sini pun tak ada harta-harta mewah, semuanya hancur, tempat tidur kami pun tidak selesa. Kami di sini insyaAllah dijamin syurga kelak. Saya berpuas hati dengan keadaan begini. Tetapi saya lebih risau anda semua yang berada di negara masing-masing, hidup dalam keadaan mewah. Takut-takut nanti kalian pula lupakan Allah, dikhuatiri kalian akan mati hina (masuk neraka)."

     Orang Palestin risau dekat kita? Kita pula? Kalau tak risau dekat mereka sekalipun, tak risaukah dengan diri sendiri kelak?


     Apa sahaja usaha kita untuk Allah? Di mana letaknya tiket ke syurga bagi kita yang tinggal di Malaysia?


"Sekarang baru bermula perjuangan pembebasan Palestin. Di sinilah letaknya ganjaran dari Allah"
seorang pakcik dari Aqsa Syarif Berhad.


     Anggaplah hasil atau result  dari usaha kita itu sebagai bonus dari Allah. Tapi, yang paling penting sekali, apa sahaja usaha kita untuk Allah?





     Allaahu Ghayatuna! Allah adalah tujuan kami!







Setiap debu yang melekat pada tubuh badan, pakaian dan kenderaan akan menjadi  saksi perjuangan pembebasan bumi Palestin - Dr Hafidzi Mohd Noor, pemangku pengerusi Aqsa Syarif Berhad

Posted by Posted by zabed at 10:35 PM
Categories:

3 comments  

Thursday, May 19, 2011


In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful


     Watch this video. Pretty cool.





LOL

     
      Once, an akh  (brother) told me that he enjoyed being a driver for participants, though some may think that the job is actually....you know, not cool at all. HUH? How do you define something that is 'cool', say, a 'heroic' job?



Someone that is able to point out actual facts during a taujih  (talk)

Someone that is able to touch the very heart of those who listen.

Someone that is able to make cool videos, raise the enthusiasm of those who watched.

Someone that has leadership values, 'one word says it all'

And any that represents the term heroic in a 'physical' way



     But, that akh  is not someone with all the values mentioned. Just being a driver for the 'kids'?? Without any cool words or actions?? Oh puhhh-lease.


     Another akh , just like the first akh , is not someone who's able to speak properly. Almost a stammer. In any event organised, he volunteered to prepare meals for the participants, which normally people will try to avoid. I never saw him do something such as giving talks, able to coordinate exciting games, or any that looks like heroic by 'physical' means.

"This is all I can do for islam. (Knowing) that satisfy my heart" is what he normally says.

     Why do I mention something like being 'heroic' or 'cool'? You know, this kind of stuff bothered me lately. 'Cause, there actually exist a bunch of people that REALLY bothered with being 'heroic' in everything.

   
      Something to ponder,


Which 'God' should we serve?

Some people trouble themselves just to please the community around them. Why is that?

Some people distress themselves to create a heroic image in front of those around them. Pathetic isn't it?

Do they worship the people around them? Turning them into their Gods?



 Na'udzubillahi min dzalik  (may Allah protect us from that).




     To whom should we prove our deeds to then?


"Action are but by intentions and every man shall have only that which he inteded. Thus, he whose migration was for Allah and His Messenger, his migration was for Allah and His Messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated."

[Agreed upon]



"Allah does not look at your figures nor at your attire but He looks at your heart and accomplishments"

[Muslim]




     Lillaahi ta'ala . For the sake of Allah ta'ala . Now that sounds more heroic, don't you think?

     It is therefore essential every noble action (errrrrr... in this case, cool action, heroic action, etc.) should be based on these two virtues, and the heart should be free from all things that destroy noble deeds.


     'Heroic' action comes from 'heroic' intention. 'Cool' action comes from 'cool' intention. Noble action comes from noble intention. Actions are (INDEED!) judged by intentions. That's more like it.



For Malay readers, these are some useful quotes from Hasan Al-Banna (sorry I couldn't find for the English translation):


1.  Wahai ikhwan! Sebenarnya saya ingin senantiasa beramal dengan tidak banyak bercerita. Kepada amal sahaja kami wakilkan pembahasan tentang Ikhwan dan langkah-langkahnya.

2. Cukuplah bagi kami hanya Allah yang Mengetahuinya



     Now, set your path straight. Be a good servant, starting from your intention.


You wanna be cool huh? Fix your intention first


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 9:44 PM
Categories:

4 comments  

Monday, May 16, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




Daripada Abu Hurairah r.a.,

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 


Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwudhu' pada setiap kali solat dan


bersiwak pada setiap kali wudhu'


[Riwayat Ahmad]





     Bersiwak = gosok gigi (lebih kurang laa)

    Gosok gigi sebelum solat, mudah-mudahan menambah khusyu' dalam solat. Mungkin, ada banyak cara  lagi untuk menambahkan khusyu' dalam solat, tetapi




orang sebelah kita pun nak khusyu' jugak kan?





     Lagi-lagi, solat subuh. Tolonglah ye. Tolong.





notakaki:
ni masalah kecik je ni, tapi, *sigh * lu pikir la sendiri.

Posted by Posted by zabed at 6:26 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, May 14, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     *Sambungan kepada Cabaran Futur. *


Ironi



Selanjutnya orang itu mulai tidak melakukan amar ma'ruf, lalu meninggalkan solat

wajib dan mencukupkan diri hanya solat Jum'at saja. Tak sampai di situ akhirnya ia

juga tidak puasa di bulan Ramadhan bahkan kemudian menjadi terbiasa melakukan

sesuatu yang membatalkan puasa di siang hari. Ia menghisap rokok dengan tenang

dan menghembuskan asapnya kepada orang-orang yang berpuasa


Syaikh Muhammad Ahmad Rasyid, Al-Awa'iq .



Pelita





Saudaraku,

Iman dalam hati kita ibarat pelita.


Bila cahayanya meredup, berarti kita akan larut dalam gelap dan kehilangan petunjuk dalam menjalani kehidupan.


Dan semakin cahayanya menyala, berarti kita semakin bisa melihat segala sesuatu di hadapan kita dengan jelas.


Wajar saja bila pelita itu kadang meredup, karena memang begitulah tabiat iman sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah, bahwa iman itu terkadang bertambah dan berkurang.


Tapi,

tentu kita harus berupaya agar ia tidak redup terus menerus bahkan padam.


Hanya ada satu cara untuk menyalakan kembali pelita yang meredup itu:
















Taubat



Muhammad Nursani, Mencari Mutiara di Dasar Hati
 



 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
[Al-Baqarah 2:186]




Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 12:16 PM
Categories:

4 comments  

Tuesday, May 10, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




Alien
1. A person who is not included in a group; an outsider
2. Unnaturalized; foreign
3. Unfamiliar



     Wujudkah alien ? Makhluk asing? Manusia asing? Unidentified Flying Object ?


Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia datang. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."


Sahabat bertanya, "Siapakah orang-orang asing itu wahai Rasulullah?"


Beliau menjawab,
"Yaitu orang-orang yang tetap shalih ketika manusia telah rosak."

[Silsilah Ash Shahihah 1273]



     Sekarang, musim final exam. Terus terang wa cakap sama lu memang gua tengah futur  sekarang. Dan begitu juga dengan orang-orang lain. Solat jemaah terkontang-kanting. Kalau satu malam burning the midnight oil , esok pagi matahari dah nak naik baru kelam kabut berebut-rebut dengan housemate nak amik wudhu' nak solat subuh. Dan mutaba'ah amal , toksah cakap la. Memang down  habis. Stress  habis ni.

    Sebab tu nama post kali ni diberi tajuk Cabaran Futur. Di tengah-tengah manusia atau students  sedang futur , sedang lemah hubungan mereka dengan Allah, aku cuba untuk mencabar diri sendiri agar menjadi seperti orang yang dikatakan Rasulullah, menjadi alien , menjadi Ghuraba'.


Yaitu orang-orang yang tetap shalih ketika manusia telah rosak


     Jadi, kepada mereka yang sedang menghadapi final exam atau yang seumpama dengannya, ayuh, mari kita cabar diri sendiri untuk menjadi alien , jangan cepat futur , jangan cepat lemah, kerana Rasulullah bersabda, 


Maka beruntunglah orang-orang yang asing


     Ya, Allah berikanlah kami kesabaran.




Yaitu orang-orang yang tetap shalih ketika manusia telah rosak



notakaki:
1. futur  = mudah kecewa, putus asa etc.
2. Ghuraba  = Strangers
3. Kalau perlukan explanation lebih lanjut tentang Ghuraba melalui pendekatan muzik, sila tekan link YouTube Ghuraba (Strangers) .




Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 1:46 PM
Categories:

3 comments  

Sunday, May 8, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Pertama kali, aku menulis sesuatu berkisar 'ibu'.

     Pitttttt!!!

     Aku tekan hon kereta. Tunggu 20 saat, masih tak nampak bayangan emak aku. Eh ummi pi mana pulak ni? Kereta pun tak ada. Aku cuba call, 2, 3, 4 kali namun tidak berangkat. Herm? Pelik ni. Call Ba pulak.


"Ba ada kat surau ni. Kalau nak kunci rumah, mai datang sini"


     Ok. Vrooom!  Lepas amik kunci rumah, tiba-tiba mak aku call,


"Zaid ada kat mana?"

"Zaid pi amik kunci rumah dekat Ba tadi kat surau. Tadi Zaid call ummi tak angkat."

"Laa. Ummi tengah mandi tadi. Ok Zaid balik dulu."


     Sampai rumah, bukak pagar, bukak pintu rumah, nampak ummi tengah solat kat ruang tamu. Gua masuk bilik, letak barang, pastu mandi, lepas tu lepak kat ruang tamu. Terus mak aku tanya,


"Zaid dah makan belum?"

"Belum lagi. Ummi dah makan ke?"

"Ummi dah makan dah tadi dengan Ba sebelum maghrib. Zaid nak makan sekarang? Ummi boleh tolong perangat  (panaskan) lauk2 tu."

"Eh takpe takpe. Nanti Zaid buat sendiri. Zaid kenyang lagi ni. Takpe takpe."


     Selesai solat isya', mak aku gi dapur. Herm? Bukan dah makan ke tadi? Ahh penat la pulak nak gi check apa mak aku buat. Tadi dah pergi Nilai, pastu Bangi, pastu Semenyih. Rehat setengah jam, pastu balik rumah. Tak payah cakap la jam kat KL camana. Perh penat gila hari ni. Sakit pinggang. Terus aku sambung tengok TV, mengendahkan apa yang mak aku buat kat dapur.

     Terasa kering kat tekak, pergi dapur nak minum air. Bukak pintu dapur, tiba-tiba mak aku cakap,


"Haa Zaid. Ummi dah perangatkan  (panaskan) lauk-lauk dah ni. Ummi pun ada masak telur goreng sekali. Meh makan."


     Perh. *Speechless * Lembut je hati ni. Subhaanallah. Aku pun makan perlahan-lahan. Lauk pun aku habiskan kecuali 2 ekor udang masak-apa-entah-aku-tak-tau sebab dah kenyang. Minum air, basuh pinggan, basuh cawan. Kemudian, mak aku masuk dapur nak tengok apa aku buat. Tiba-tiba aku ter-sense a disturbant in the Force  (rujuk Star Wars). Kemudian,


"Laa. Awat  (kenapa) Zaid tinggai  (tinggal) 2 udang je lagi tu?? Tak nak habiskan ke?"

"Ahh..ahhh... Zaid dah kenyang la ummi. Nanti esok Zaid habiskan." Ahh sudah. Kali ni bukan sense  lagi dah, memang betul-betul ada a distrubant in the Force . LOL.

"Esok baru nak habiskan?? Pot pet pot pet pot pet bebelbebelbebel!"


    Aku sengih je sorang-sorang. Lama dah tak kena leter dengan mak aku ni. Hahaha. Lepas makan, masuk bilik, study *kononnya *



Keesokan hari,

"Zaid dah siap-siap dah barang-barang Zaid yang nak bawak balik?"

"Dah dah. Zaid dah letak dalam kereta dah."

"Baju Zaid yang dah basuh semalam letak kat mana?"

"Tu Zaid ada gantung kat seat belakang."

"Laa gantung ka. Meh sini Ummi tolong lipatkan."

"Eh takpe la ummi. Nanti balik sana kang Zaid lipat sendiri."

"Meh sini ummi kata. Sekejap ja ummi lipat ni."

"Ok ok." Aku mengalah akhirnya.


     Kemudian, masuk rumah, secara perlahan dan lembut, aku perhatikan cara mak aku lipat baju. Kemas, cantik, indah, perfect. Satu per satu baju aku dilipat ummi. Aku hanya mampu perhatikan kelembutan seorang ibu dibahaskan dengan cara melipat baju. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya dan sejuknya hati aku melihat ummi time tu.

   Habis lipat, aku angkat semua baju yang dilipat tu masuk dalam kereta balik. Siap packing , aku salam mak aku, cium tangan ummi, ummi cium kepala aku. Start enjin, kereta bergerak.

    Aku bawak slow je. Constant velocity . Sambil drive, sambil fikir. "Ummi dah 50 tahun dah. Rambut pun dah banyak putih. Tak lama lagi........... Aish! Apebende aku fikir ni??????!!"

     Ya Allah. Sungguh, berkali-kali aku cuba deny  fakta ni. Mungkin, suatu hari nanti aku tak boleh terima takdir sebegini. Aku tahu, one day , suatu hari nanti, pasti, pasti, aku akan berpisah dengan mak aku. Ya Allah, berikanlah hambaMu kesabaran.



أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,
[4:78]



     Dah besar dah aku rupenye. Dulu dok bawah ketiak mak, dah masuk asrama baru nak menghargai kelembutan belaian seorang ibu. Sekarang, ada setahun lagi sebelum aku grad. Perh, hampir 6 tahun. Ya Allah. Cepatnye masa berlalu. Aku sedar, semakin dewasa, semakin sibuk, semakin kurang masa yang ada untuk bersama dengan mak.

    Peduli hape aku orang nak kaitkan Mother's Day dengan Illuminati la, Freemason la, Yahudi la, etc. Lagi la aku menyampah bila ada suara-suara yang kata, "Laa, bila Mother's Day baru nak ingat kat mak? Aku setiap hari pun Mother's Day". HAK TUIHHHHH!! Dan aku tak kesah pun kalau ada yang nak cakap aku ni anak mak ke, anak manje ke, anak tak boleh berdikari etc. Nak sayang mak pun tak boleh? Haihhh pelik la tengok orang-orang 'intelek' zaman sekarang.

     Apa-apapun, aku sangat-sangat bersyukur sebab ada orang tolong invent  Mother's Day ni. Aku disibukkan dengan berbagai benda, dan bila sibuk, aku tak ingat mak aku. Jarang call rumah. Bila tengok kalendar ada tulis 'Hari Ibu', terus terbayang dalam kepala wajah Ummi.

     Hargailah ibu anda masing-masing. Mungkin, kita tidak sehebat 'mereka-mereka' yang berkata "setiap hari adalah hari ibu" kerana kesibukan kita, tetapi, bila kita tengok kalendar tertera 'Hari Ibu', terus kita berhenti dengan kerja kita, angkat telefon, dial no. rumah, dan bersembang lama dengan mak kita.




<


Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu
Takkan pernah terbalaskan
Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan

Oh Ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan

Oh Ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasih mu kan abadi
Dalam hidupku
Oooh putih kasih mu kan abadi
Dalam hidupku




     One day, yes, one day, Allah akan menarik nikmat belaian seorang ibu. Ya Allah, berikanlah kami kesabaran dalam setiap dugaan yang Kau timpakan.

     Selamat Hari Ibu. Semoga saya tidak mensia-siakan keperitan & kasih sayang selama 9 bulan dan *umur diri sendiri* tahun yang dialami oleh kaum ibu sedunia. May Allah shower us with His guidance.




رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil
[17:24] 





The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find forgiveness - Honoré de Balzac



notakaki:
1. cara aku cakap 'sibuk' tu agak mengundang. baru student, takkan sibuk kot? saja ja nak hiperbola sikit
2. ada satu blog di mana penulisnya meninggal dunia. Post yang terakhir adalah dedikasi kepada ibunya. Sila baca She Who Never Disappoints.
3. jangan jadi jahat please. tak kesian kat mak ke?


Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 12:21 PM
Categories:

4 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>