Bismillahirrahmanirrahim.
Naik 2nd year ni kerja bertimbun-timbun. Haha part yang kelakar ialah ada sorang senior kat universiti celup barat aku ni, beza dengan aku setahun je la, sewaktu aku foundation;
SeniorTuaSetahun: Bro! Camana foundation?
Aku: Susah gak eh. Ramai senior cakap foundation senang.
STS: Taw takpe! Ko tak naik degree lagi bhai.
Pastu, habis foundation, naik 1st year. Perh, memang la aku rasa betul2 yang foundation tu boleh relax lagi. Kemudian, si STS ni jumpa aku kat library;
STS: Wah rajin belajar!
Aku: Haha mestilah. Susah kot 1st year ni. Risau aku.
STS: Alaa baru first year dah rajin belajar. Mana masuk percentage degree. Ko tak rasa lagi 2nd year camana plak.
Sunday, October 31, 2010
Posted by Posted by
zabed
at
12:34 PM
Categories:
Labels:
recommended
3
comments
Tuesday, October 19, 2010
I came across a nearby shop and stunned by the song played; The Man Who Sold The World by Nirvana. "Who knows? Not me". Ahah. How long has it been this way.
Posted by Posted by
zabed
at
8:56 AM
Categories:
5
comments
Saturday, October 16, 2010
Salaamun 'alayk
Selalu baca Yaasin?
"Haihh jangan cakap bro. Setiap malam jumaat aku baca"
Pernah dengar ayat ni?
"Aku hapai (hafal) satu Yaasin bro!"
Pernah taw apa maksud ayat tu?
"Oh macam menarik. Apa dia?"
Haaa....
Posted by Posted by
zabed
at
9:06 AM
Categories:
Labels:
my pick
2
comments
Saturday, October 9, 2010
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku nak share satu cerita yang aku dengar dari khutbah Jumaat di Islamic Centre di campus aku. Sejauh mana kebenaran cerita ini, aku tak taw. Wallahu'alam. Allah lebih Mengetahui. Ada beberapa point yang aku rasa menarik perhatian. Mungkin aku edit-edit sikit agar orang lebih paham (kot?).
Jatuh, atau Mati
Al-kisah, ada seorang pendaki gunung, yang memang suka panjat gunung.
One day, sedang beliau memanjat salah sebuah gunung yang agak mencabar, ditambah lagi dengan cuaca buruk dan suasana yang gelap, beliau tergelincir ke dalam gaung. Dalam keadaan split-second, beliau sempat memegang salah sebuah (seutas, setandan etc) tali yang kebetulan ada di situ. Dengan kuasa Yang Maha Menciptakan, beliau masih lagi hidup, berpaut dengan tali tersebut. Suasana gelap, beliau tidak dapat melihat sejauh mana kedalaman gaung tersebut.
Hujan, suhu yang sejuk, badan yang penat tetapi dalam keadaan memerlukan tenaga yang banyak, either you hold, or you die, what do you expect?
Kemudian, lantas beliau menjerit, "Ya Allah! Tolonglah aku!!".
Tiba-tiba, kedengaran satu suara yang membalas pertanyaannya itu.
"Adakah kau percaya (kewujudan) Ku?"
"Ya! Aku percaya kepada kewujudanMu! Sesungguhnya aku di kalangan orang-orang yang Islam (berserah diri)!"
"Adakah kau percaya kepada (kekuasaan) Ku?"
"Ya! Aku percaya kepada kekuasaanMu sepenuh hati! Tolonglah hambaMu yang lemah ini!"
"Jadi, lepaskanlah tali itu."
Tiba-tiba suasana menjadi senyap. Pelik si pendaki ini memikir. Kalau aku lepas, matilah aku!
"Ya Allah! Sekiranya aku lepas, aku akan jatuh ke dalam gaung ini. Tiada cara yang lain kah?"
"Lepaskan tali itu."
"Tidak! Aku tidak akan lepaskan! Atau aku akan mati!"
"Maka (oleh demikian sikap kamu itu), jadilah kamu di kalangan mereka yang tidak percaya kepada Ku!"
Sejurus selepas itu, tiada lagi kedengaran 'suara misteri' tersebut. Walau si pendaki tersebut memanggil-manggil Tuhan yang 'kononnya' disembahnya, tetapi, langsung tiada jawapan. Beliau tetap dengan pendirian beliau, masih lagi memegang tali tersebut dalam keadaan gelap.....sejuk.
Keesokan pagi, pasukan rescue berjaya menjumpai pendaki tersebut, atau mayatnya, sedang memegang dengan erat tali tersebut, dalam keadaan beku akibat kesejukan yang menimpa dirinya. Pasukan rescue yang berada di situ berasa kehairanan melihat gelagat pendaki tersebut.
"Kenapa mamat ni tak lepas je tali tu? 2m je pun jarak ketinggian."
Posted by Posted by
zabed
at
2:41 PM
Categories:
2
comments
Sunday, October 3, 2010
2009
Perisitiwa berlaku beberapa jam sebelum tahun 2010. Senang cerita, New Year's Eve.
Malam tu aku dengan beberapa brothers terlibat dengan satu aktiviti mengedar flyers kepada orang awam di KLCC. Haaaa. New year's Eve macha. Mesti ramai orang punya. Lagi-lagi KLCC, nak tengok fireworks, concert dan sebagainya. Kitorang ni bukannya badan pencegah maksiat atau kantoi-mengkantoikan orang ni, kitorang just nak edar flyers je pun, tak ada lesen, tak ada permit. Flyers kami pun bukannya nak promote barang untuk dijual ke, pinjaman berlesen ke, MLM etc., tetapi hanya berkisar tentang bahayanya zina. Herm.....
Posted by Posted by
zabed
at
5:05 PM
Categories:
1 comments