On the way dari KL ke Putrajaya, melalui MRR2 pada waktu senja, sebelum maghrib.
Mak aihh. Jam gila. Gerak sikit-sikit je. Habis minyak aku. Biasanya, even time senja-senja camni pun, jam kat MRR2 tak de la teruk sangat sampai gerak sikit, sikit sikit. At least ada satu lane yang smooth, yang gerak slow, tapi tak payah break.
*tips: mengikut pengalaman aku yang tak seberapa, kalau jam kat MRR2 sila ikut lane paling kiri sekali. Biasanya tu la lane yang paling smooth tapi banyak orang tak perasan. Orang pikir nak laju je.
Tapi, jam petang ni memang lain macam sikit. Aku try lari dekat lane paling kiri, same jugak. Gerak sikit, sikit, sikit. Aik, tak menjadi plak trick ni. Ok, try pindah gi lane tengah n kanan pulak. Same jugak! Gerak sikit, sikit, sikit. Aduhh, tension gua time tu. Dah la ade hal time tu.
Lepas je simpang nak masuk DUKE highway tu, depan sikit dekat dengan Honda Dealer kat belah kiri, aku nampak ramai gile orang kat atas bukit tu dok intai bawah (jalan MRR2 yang tengah jam). Aku rase semua yang selalu bawak kereta mesti dah boleh agak dah ape jadi. Aku tengok, dengan ilmu dan pengalaman yang diberikan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, aku rasa-rasa, ni jam teruk ni sampai tak boleh nak lari kemana-mana ni biasanya ada orang
accident.
*info: kalau kat UK (atau negara-negara Eropah lain), diorang tak pakai lagi dah term
accident kalau berlaku kemalangan di jalan raya, diorang guna term
collision. Sebab kalau guna term
accident, seolah-olah benda tu berlaku
accidentally, bermaksud, takde sape yang bersalah lah macam tu. So, diorang guna
collision, perlanggaran. Kat Malaysia? Ke'
malang'an? Ape best word nak ubah perkataan
malang yang dah lapuk lagi memutarbelitkan pemikiran?