Wednesday, July 30, 2014





     Tahun 2006-2010 dulu kira famous la Blogging ni. Sekarang mana ada orang ber-blogging dah. Orang banyak ber-microblogging di facebook. Lebih senang sebab orang sekarang dah malas nak click link dan baca post yang berjela-jela (sekarang ni semua nak cepat & senang).

     Tapi aku lebih selesa dengan Blog daripada microblogging (di facebook). Lagi selesa kononnya nak meluahkan idea. Haha poyo je ayat.

     Bila dah lama tak menulis, ada satu perkara penting yang aku rindu dalam hidup selepas meninggalkan Blogging ni (selain dari kereta perang lama aku). Secara tak sedar, blog ni banyak bagi nasihat kat aku. Walhal asalnya blog ini ditulis bertujuan untuk orang luar yang baca.

     Bila habis tulis satu post, aku akan teringat-ingat content post tersebut untuk berminggu-minggu (ada yang sampai berbulan-bulan). Bila tulisan tadi terngiang-ngiang kat kepala otak, secara tidak sedar ia bertukar menjadi nasihat untuk diri sendiri. Wow masya Allah.

     Rasa macam ada improvement . Rasa macam diri sendiri menjadi lebih baik. Lebih baik untuk diri sendiri, lebih baik untuk keluarga, lebih baik untuk orang sekitar & lebih baik kepada Tuhan (insya Allah). Yang pasti, bukannya nak tunjuk baik pun tulis post ni. Haha (Na'udzubillahi min dzalik).

     Ada seorang syeikh pernah bagi satu contoh real tentang beberapa pendakwah muda zaman sekarang; orang luar mungkin menyanjung tinggi mereka kerana kepetahan bercakap, berhujah, berceramah, etc., tapi orang yang paling rasa jelek dengan diorang ialah keluarga mereka sendiri. Mungkin tanggungjawab keluarga diabaikan, atau tanggungjawab terhadap diri sendiri pun dilupakan?

     Kemudian syeikh tersebut menambah lagi, 'imam-imam' muda tersebut tidur lewat setiap hari kerana membincangkan masalah ummat yang terlalu banyak. Esoknya bangun, subuh pun melepas. Itupun belum tanya lagi solat kat bilik ka atau di masjid.

     Syeikh ni menegur bukan kerana nak condemn  'syaikh-syaikh' muda ni pun. Tapi ya la kan, nama pun 'pendakwah', sangat ironi-lah kalau diri sendiri pun tak boleh di-dakwah-kan. Na'udzubillahi min dzalik.

     Pernah Abu Darda' sibuk beribadah sehinggakan keadaan isteri beliau seolah-olah tidak dijaga, lalu Salman Al-Farisi pun menegur Abu Darda':


Allah mempunyai hak ke atasmu, jiwamu mempunyai hak ke atasmu, dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu, maka tunaikanlah hak-hak semua orang yang mempunyai hak ke atas kamu.

[Sahih Al-Bukhari]*


     Tahun-tahun sekarang ni dah makin banyak 'penasihat-penasihat' islam dilahirkan (walaupun mereka tidak menggelarkan diri mereka sebegitu). Bagi nasihat kat orang lain memang banyak pahala, tapi jangan la pulak kita perlekeh usaha untuk bagi nasihat kat diri sendiri.

     Bagi nasihat kat diri sendiri, besar pahala tu. Boleh jadi jihad gak tu (ye ke?). We are doing islam a favour by making ourselves better.

      Bagi aku, menulis merupakan salah satu cara aku nak nasihat diri sendiri ni. Dan pastinya tulisan ini (dan segala isinya) aku peringatkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain. Alhamdulillah kerana nikmat ini.

     Insya Allah aku akan terus menulis untuk kebaikan diri sendiri J (berapa kali dah aku cakap camni, tapi hanya bertahan untuk 1-2 post je, lepas tu senyapp. Hahaha).

     Nasihat = memberi peringatan.


Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak di atas bumi kamu.
[Imam Hasan Al-Banna]



Wa dzakkir, fa inna al-zikra tanfa' al-mu'minin

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

[Az-Dzariyat (51): 55]



Wake up call




*cerita pasal macam mana Salman tegur Abu Darda' ni best. Kalau ada masa, pergi la cari.

p/s: di kesempatan ini, ambe nok mengajak sek-sek deme untuk berpuasa enang. Nabi kata kalau kita puasa enam hari selepas berpuasa penuh di bulan Ramadan, ganjarannya seperti berpuasa setahun (mafhum hadits riwayat muslim).

Posted by Posted by zabed at 10:27 AM
Categories:

 

2 comments:

Hussaini Abu Khalid said...

Yo

zabed said...

jzkk akhi for your post pasal blogging/microblogging tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>