Monday, March 3, 2014


Bismillaahirrahmaanirrahiim


“Bed, hang nak makan roti tempayan tak?”

“Roti tempayan? Macam mana tu? Sedap ke?”

“Haaaaa…”


     Bila orang dah sebut ‘haaa…’ tu, memang sengaja mengundang curiosity level  yang tinggi. Berkali-kali jugak untuk cuba merasa roti tempayan tapi selalu hajat tidak kesampaian sebab banyak sangat kekangan. Yang aku tau, roti tempayan ni ada kat area Terengganu saja. Tempat lain tak dak.

     Akhirnya dapat jugak merasa roti tempayan ni. Memang excited  la mula-mula nak makan tu. Tengok pun tak pernah. Tup tup tup, sampai jugak roti ni kat atas meja. Berasap-asap. Tapi….macam pernah aku tengok roti ni kat mana-mana. Aku pun terus cubit sikit nak rasa. Aik…macam ku kenal jugak rasa roti ni. Terus aku tanya member aku,


“Betui ka aku order roti tempayan ni?”

“Betui la hang order roti tempayan tu.”


     Aku pandang je member aku tu. Aku cubit lagi roti ‘tempayan’ tu. Rasa lagi, ish kenal sangat aku roti ni. Terus aku tanya sekali lagi,


“Ni roti tempayan ke roti naan?”

“Dakk. Roti tempayan lain, roti naan pun lain. Depa beza dekat blablablabla*aku pun tak ingat apa benda dia cakap*”


     Aku pun fikir jap. Nama pun roti tempayan, sebab dia masak kat dalam tempayan. Kan dah sebijik macam roti naan yang bakar kat dalam tembikar besar tu? Bunyi pun dah dekat-dekat; naan & tempayan. Ramai orang yang aku tanya ‘apa beza roti naan & tempayan’, mesti diorang cakap banyak beza dia (esp. orang Terengganu).

     Kalau macam tu, aku boleh cakap jugak roti naan kat semenyih tak sama dengan roti naan kat kajang. Sebab ada satu restoran mamak kat kajang ni memang superb gila buat roti naan. Sedap gila. Aisehman, restoran yang mana satu pulak ni kat kajang? Roti naan kat resoran Ridz1 ke restoran Ibrahim maju kajang? Pun beza-beza rasa dia.

     Akhirnya beza roti tempayan dan roti naan hanya nama saja. Haha atau mungkin asal usul dia yang berbeza. Rasa dia memang sama. Cuma mungkin ada la beza sikit-sikit yang aku pun tak tau kat mana beza dia. Jangan orang samakan roti naan dengan roti canai pulak sebab kedua-duanya boleh didapati di restoran mamak dan diperbuat dari roti. Pandai-pandai la bro. Takkan benda ni nak kena ajar jugak.



Tempayang

*******


     Kalau aku bersikap adil dengan memberikan sejumlah wang yang sama nilai kepada beberapa orang, orang akan kata aku ni sosialis. Kalau aku rasa nak ikut hadits dan quran secara rigid, orang akan panggil aku wahabi. Kalau aku bersama orang-orang untuk turun protes pasal pilihanraya yang adil dan bersih, orang tuduh aku puak liberal pulak. Entah kalau aku pi negara China dan menetap selama 10 tahun, rasa-rasanya ada tak orang nak kata aku ni komunis?

     Yang diambil ialah sifat-sifat baik dari isme-isme tersebut, bukannya ‘bergabung’ dengan isme-isme tersebut. Adakah islam dan isme-isme ni tiada titik persamaan? Bila guna perkataan ‘titik persamaan’ pun boleh jadi kontroversi. Haha.

     Pasal benda ni, pengasas Ikhwan Muslimin; Imam Hasan Al-Banna pernah kata dalam risalah Dakwatuna  . Sikap Ikhwan Muslimin terhadap isme-isme tersebut ialah “Yang sesuai dengan dakwah kami, akan kami sambut. Sedangkan yang tidak sesuai, maka kami berlepas diri darinya. Kami percaya bahawa dakwah kami bersifat universal dan integral. Tidak ada sisi baik yang ada pada sebuah isme, kecuali telah dirangkum dan diisyaratkan dalam dakwah kami”.

     Berkaitan nasionalisme, Hasan Al-Banna menulis;

“Jika nasionalisme yang mereka maksud adalah memperkuat ikatan antaranggota masyarakat di satu wilayah dan membimbing mereka menemukan cara pemanfaatan kokohnya ikatan untuk kepentingan bersama, maka kami juga sepakat dengan mereka”.


     Dan masih lagi di tajuk nasionalisme, beliau sambung lagi;

“Tapi jika yang mereka maksudkan dengan nasionalisme itu adalah memecah belah umat menjadi kelompok-kelompok yang saling bermusuhan, memendam dendam, mencaci, melempar tuduhan dan saling membuat tipu daya; juga mendukung sistem buatan manusia yang dipandu syahwat, diformat ambisi duniawi dan ditafsirkan sesuai kepentingan peribadi……………..Nasionalisme seperti itu adalah nasionalisme palsu yang tidak membawa kebaikan, baik bagi penyerunya maupun masyarakat luas”.


     Berkaitan kebangsaan pula, Imam Hasan al-Banna menulis;

“Jika yang dimaksudkan kebangsaan adalah bahawa keluarga besar seseorang atau umatnya itu lebih utama mendapat kebaikan dan baktinya, serta lebih berhak dengan kebajikan dan jihadnya, maka ini pun benar.”


     Dan apa yang membuatkan ikhwan dan kebangsaan ni tidak sekufu ialah;

“Tapi jika yang dimaksud dengan kebangsaan adalah membanggakan ras, hingga melecehkan ras lain, memusuhinya, dan mengorbankannya demi eksistensi serta kejayaan suatu bangsa………maka ini juga makna tercela dan sama sekali tidak memiliki nilai kemanusiaan. Sebab ia bermakna menabuh permusuhan antarras manusia, hanya didasari semangat memperjuangkan asumsi, praduga yang sama sekali tidak berwujud dan tidak menyimpan kebaikan”.


     Apa yang baik, itu yang ikhwan terima. Yang jelas bertentangan memang tidak bersama kami, kata ikhwan. Hari ni kita cubit sikit dari satu isme, orang dah tuduh kita ‘bergabung’ dengan isme tersebut. The word is ‘bergabung’. Amik satu teguk air dari baldi saja, tapi orang cerita macam kita ni membasahkan diri dalam baldi tersebut.

     Dan yang sebenarnya bukan mengambil benda-benda yang baik dari isme-isme tersebut, tapi dalam islam memang dah jelas-jelas dah ada ‘attributes’ tersebut.


“Sekarang, anda telah mengetahui bahwa kami sejalan dengan para penyeru nasionalisme (dan isme-isme lain – penulis), bahkan dengan kalangan radikal di antara mereka. Tentu, dalam nilai-nilainya yang baik, yang mendatangkan kebaikan bagi negara dan manusia. Anda juga telah melihat, ternyata seruan nasionalisme (dan isme-isme lain – penulis) yang membahana itu hanya sebahagian kecil dari ajaran islam.”

[Hasan Al-Banna, Dakwatuna]


     Kalau aku makan roti tempayan, orang kata aku ni orang Teregganu. Kalau aku makan roti naan, orang kata aku ni orang India (tak ada la sampai macam tu, tapi let’s say macam tu la kan..haha). Rasa kedua-duanya sama saja, yang penting halal. Kalau rasa dia sama tapi tak halal, jangan la makan.

     Aish benda ni pun nak kena ajar. Pandai-pandai la bro. Bak kata Perdana Menteri Malaysia, kena la amalkan sikap wasatiyah .


Wallaahu’alam bis sowabb..

Posted by Posted by zabed at 11:12 AM
Categories:

 

1 comments:

Abu Khalid said...

Wasotiyah
... Dah banyak kali dengar dari beliau

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>