Tuesday, January 1, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim


"Bro, tolong amik aku kat KTM Serdang pukul 9 malam."


     Jam menunjukkan pukul 8, aku pun start enjin dan terus blah. Jarak dari ofis ke KTM Serdang tak jauh mana pun, tapi nak tempuh jam, traffic light, apa-apa semua tuh kadang-kadang boleh cecah sampai sejam jugak. Kalau sampai awal pun tak dak masalah. Boleh tidoq dulu. Mengantuk gak ni.

     Sampai je KTM Serdang (kat jejantas belakang tu), aku mati enjin. Tengok jam baru 8.30. Tolak seat ke belakang dan 'baring'-kan seat tersebut. Tak ada lah baring mana pun, dalam 70 darjah je. Masih lagi boleh nampak orang lalu-lintas keluar masuk KTM.

     Sunyi je kawasan tu. Pelik gak. New year's eve kot. Hangpa semua dok rumah ka? Atau depa dah keluaq awal lagi dah? Dan banyak kali jugak aku perasan, akan selalu ada sekumpulan budak-budak umur-baru-lepas-sekolah berjalan ramai-ramai masuk stesen KTM dengan dressing yang nampak.......style la kot bagi diorang.

     Dalam kelompok ramai-ramai tu, ada jugak beberapa perempuan yang join sekali. Mungkin benda ni orang kata "standard la kat KL budak-budak perempuan lepak dengan budak-budak lelaki", tapi bagi aku "standard kepala hotak hang. Hang tak baca ka kes 2012 Delhi Gang Rape Case yang baru berlaku 16 Disember lepas?".

     Wujud satu mentaliti yang agak stereotaip bila bicara kes-kes rogol di Malaysia: setiap kali berlaku, pengajarannya mesti tertumpu kepada perempuan. Ladies, please be more careful after this. Ladies, don't forget this and this. Ladies, make sure that everything bla bla bla. Ladies, always be with your friends and so and so. Senang cerita, 'Ladies, don't this and that'.

     Laki? Untuk kami tak ada nasihat kah? Atau kami sebenarnya memang tak bersalah setiap kali perempuan dirogol? Eh, jantina ape pulak yang merogol perempuan ni. Konfius aku. Ataupun sebab kebanyakan kes membabitkan orang luar seperti mat negro, orang bangla dan lain-lain, jadi kesedaran untuk 'educate' lelaki malaysia berkurang?


Katakanlah kepada ORANG-ORANG LAKI yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesunguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

[An-Nur (24): 30]


     Baru-baru ni kat facebook pulak kecoh pasal budak umur 13 tahun cuba merogol sorang perempuan kat satu stesen Shell. Bila dah membabitkan sampai budak pun dah mula nak merogol orang (kalau cerita ni betul), pikir-pikir balik salah siapa sebenarnya? BUDAK JE KOT...sape yang pengaruh pikiran budak ni??????







     So apa yang kita boleh buat? Baca ni, kalau rajin: Kambing lawan serigala.

     Tahun baru, azam baru, buatlah sesuatu.


p/s: Yang perempuan pulak, terang-terang ada saranan tentang menutup aurat, jangan la cari pasal. Jangan pulak lepas ni ada orang comment, "orang tutup aurat pun kena rogol, macam mana?". Tutup aurat kerana Allah, bukan kerana manusia. Yang menjaga kita ialah Allah, siapa yang lebih berkuasa selain Allah?


Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 11:05 PM
Categories:

 

2 comments:

Muhammad Faiz bin Othman said...

supaye iman kite pn terjage

:)

zabed said...

ape yang menjaga iman kita?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>