Sunday, January 27, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Sebulan lepas, aku buat medical check up. Hasilnya, baru tau rupe-rupenye aku ber-kolestrol tinggi (5.58 H mmol/L). Kadar normal ialah tidak melebihi 5.2. Angka yang tak tinggi mana pun tapi disebabkan umur aku yang tak sampai 25 lagi, jadi aku agak cuak lah jugak. Muda lagi dah kena kolestrol tinggi. Padahal berat badan tak sampai 60kg pun.

     Dan bermulalah diet makan oat setiap hari. Perhhh. Memang betul-betul cabaran. Tak tau nak cerita camana, pi lah makan oat tu selama 3 hari. Minuman pun dah bertukar dah.



Bos! Teh wo ais tak mau gula onnei!

Teh wo ais kosong என்று  ?

Haa betul la tuh teh o ais kosong.



     
Aku hirup je teh o ais kosong tu.........hanya Tuhan saja yang tau rasanya. Mula-mula memang aku tak biasa. Setiap hari minum, boleh laaaaaaaah layan daripada minum air kosong je. Tak ada gula pun mamak tu boleh charge harga sama je macam yang ada gula. Ini pun boleh jadi penyumbang kepada perit perjuangan untuk hidup sihat. Orang la ni kata, healthy lifestyle .



mushroom burger as we all know



     Ada sekali tu sorang member ajak satu project team ofis untuk makan di satu restoran yang mengamalkan konsep healthy lifestyle  (atau healthy food?). Harga makanan dia, wa cakap lu tak beragak betul. Tapi takpa, dia nak belanja so aku kisah apa? haha.

     Ada sorang kawan order mushroom burger. Dia ingat burger mushroom yang dia order tu macam burger mushroom yang kita harapkan; ada daging, ada mushroom sauce, ada beberapa ketul mushroom ke etc. Pastu sampailah mushroom burger tu. Kawan ni dok cek-cek burger dia. Mana pi daging dalam burger ni? Mushroom ada. Besaq pulak tu.

     Kawan ni pun panggil waiter untuk pastikan daging yang hilang tu. Waiter tu pulak tersengih. Aik? Pasaipa pulak ni. Waiter tu amik menu, kemudian dia tunjuk intipati 'mushroom burger' yang dia order tu (biasanya dekat menu kan ada tulis sikit apa intipati makanan yang kita nak order tu). Tengok punya tengok, satu meja gelak besar. Kah kah kah. Memang betul la ni 'mushroom burger'; 2 roti, sayur sikit, pastu sebijik mushroom yang besar. Daging tak dak. Mushroom sauce pun takdak. Makan lah mushroom burger yang tak ada daging tu. Tak rasa apa. Harga 20 ringgit ++ bang. Amik kau nak sangat healthy lifestyle  (atau healthy diet?).

     Sorang lagi member order steak. Harga 50 ringgit, tapi dia bagi seketul daging steak tu ditambah beberapa dozen kacang bendi kecik. Pastu ada sauce apa tah aku tak ingat. Nasib baik daging steak tu sedap, tapi 50 ringgit hanya daging seketul dan kacang bendi?????? Betul, bersih memang bersih, minyak memang tak ada, tapi..... entah. Healthy lifestyle  anyone?






     Kita selalu berdoa agar 'dipanjangkan umur'. Allah kata dalam Quran:


Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan".

Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?

Maka rasakanlah dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun.

[Fatir (35) : 37]


...........................................................................


Wallaahu'alam bis sowabb....




p/s: ada tips tak camana nak kurangkan kolestrol dalam darah?

Posted by Posted by zabed at 11:20 PM
Categories:

 

2 comments:

faez said...

tu lah den dah kato.. orang kurus selalu ado tinggi kolesterol dalam darah.. makan banyak2 oat lopaih nie jang..

zabed said...

apo kono eh jang? eden torai ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>