Saturday, March 2, 2013


Bismillahirrahmaanirrahiim


Jalang besuk; kalau sapa yang tak paham dialek ganung, mungkin bila baca perkataan 'besuk' terbayang perkataan 'busuk'. Tak lawak pun. Lame stuff. Haha.

Ada satu jalan di 'kemamang' diberi nama 'Lorong Besut'. Tak ada benda yang special pun, tapi aku ternganga jap bila tengok papan tanda lorong tersebut. Sekali tengok, aish ini bukan 'lorong besut' ni. Ini 'lorong best' ni.

Huruf 'U' tak nampak dengan jelas sebab macam dah tercabut dah sticker 'U' tu. Atau pudar sikit. Ditambah pula dengan ada satu tiang haluih (kurus) di hadapan papan tanda tersebut, posisi betul-betul seperti menutup huruf 'U' tersebut. 'Lorong best' lah jadinya.

Cube kau jaja cerita pasal kewujudan 'lorong best' di kalangan orang kemamang. Secara automatik diorang tau dah, "Lorong best ke lorong besuk mung nih? Berak nanang aah". Ataupun diorang memang percaya kewujudan 'lorong best', tapi bukan dari maksud literal. Diorang faham best benda lain la kot.

Tapi aku tetap yakin yang lorong tersebut bukang lorong besuk, tapi lorong best! Pasaipa? Sebab kedua biji mata aku menjadi saksi dengan jelas huruf 'U' tidak wujud pada papan tanda tersebut. Nak bukti? Bolehhhhh tadahal. Aku akan amik gambar yang jelas, memang jelas perkataan 'best'.

Dengan bukti yang jelas (bukannya photoshop), sekali lagi aku menjaja cerita pasal kewujudan lorong best ni di hadapan orang ramai kemamang nih. Dengan suara lantang aku tegaskan, "Nah! Lihatlah dengan mata sendiri. Mana ada photoshop. Sekarang mana lorong besuk mung??".

Reaksi orang kemamang? Tak bersuara. Mereka hanya pandang muka aku dan blah dari situ. Reaksi muka diorang jelas terpampang mesej, "Do whatever you want kiddo". Orang kemamang jelas malas nak layan aku. Sapa yang akan percaya cerita aku. Orang KL je lah yang ada harapan untuk percaya cerita 'lorong best' aku ni.

Literalist; merekalah manusia yang paling betul sekali di atas dunia. Tiada yang lebih betul melainkan merekalah yang paling sebetul-betulnya. Kerana mereka ada bukti yang terlalu bagus untuk menjadi betul (too good to be true). Tolong baca dengan nada penuh sarkastik.

Kadang-kadang gua sedih, bila mereka ni jadikan quran dan hadits sebagai 'bukti' hujah mereka, seperti mana mereka mengambil gambar 'lorong best' yang sebenarnya orang memang paham bahawa nama sebenar lorong tersebut ialah 'lorong besut'.

Jangan salah faham. Aku tak kata orang yang mengambil quran dan hadits sebagai hujah adalah salah, berdosa atau sesat. Cuma...........haish tak tau nak explain camana. Bacalah dua ayat di bawah ni:



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

[Al-A'raf (7): 179]



Dan bukan pula perkataan tukang tenun. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran darinya.

[Al-Haaqqah (69): 42]




Khas untuk mereka yang mengaku bergerak bersama-sama gerakan islam; adakah kita sudah mendapat kefahaman yang jelas atau sekadar fanatik-taksub-doktrin?

Pantai Teluk Mak Nik, sebutan dalam dialek ganung ialah Mok Nik. Dalam bahasa Inggeris tau sebutan dia camana? Cuba cari perkataan Monica Bay di papan tanda sekitar bandar Chukai kalau tak percaya. Dekat dengan RHB Bank. Inilah bahana orang literal.


Wallaahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 2:05 AM
Categories:

 

6 comments:

D-SIM said...

Kau bukan orang kedah ke ? @.@

zabed said...

takkan selama-lamanya dok kedah kot? kena merantau jugak lah. haha

Anonymous said...

Mendalam..

huda said...

tensen baca newsfeed fb 2-3 minggu ni. buat kami yg baru2 nak kenal dakwah ni pening dgn gelagat org2 lama..

btw suka baca entry2 blog ni. santai tp ade msg

Perindu Syahid said...

Huuuu XD

zabed said...

huda: entah lah. rasanya lagi pening kalau kita deal dengan puak literal yang suka main benda2 seperti 'bawa lah ke mahkamah kalau berani'. memang terus hilang respek. anyway, jalan yang (paling) baik ialah dengar je cerita2 diorang ni, either orang2 lama atau orang2 paling asolah. pastu decide sendiri. wallaahu'alam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>