Tuesday, February 7, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim







    Aku ingat, pernah sekali aku dan 2 orang lagi member ditugaskan sebagai 'pasukan survey tempat' kat Sungai Pisang, Gombak. Kira-kira setahun yang lepas dengan tarikh hari ni. Sehari sebelum tarikh camping, barulah kitorang pergi survey, itupun baru lepas hantar coursework. Penat woo.

    Kira-kira dalam pukul 5 baru sampai ke tempat parking. Kitorang risau jugak sebab dah nak malam. Trekking ke air terjun adalah lebih kurang sejam jugak. Perjalanan balik ke kereta lagi? So tanpa buang masa, kitorang redah jugak hutan. Memang gila. Tak ready ape pun. Aku sempat tinggalkan beg camera kat kereta sebab jadi beban untuk masuk hutan.

sesat

sesat. sempat snap sebelum habis battery

     Jam menunjukkan pukul 6.30, tapi tak nampak-nampak jugak air terjunnya. Yes. Kitorang sesat. Entah camana entah kitorang masuk, main terjah je. Sorang pun tak tau jalan ke air terjun. 'Nasib baik' (bukan nasib yang baik, lebih kepada kebiasaan penggunaan perkataan) kitorang ingat jalan pulang. Dah nak gelap, balik je la. Esok pandai-pandai la kita trek camana ka.

     Sampai-sampai ke tempat parking, ketiga-tiga kitorang terkejut. Innalillaahi wa inna ilaihi raajiunn. Kereta kena pecah. Tingkap belakang pecah. Beg camera aku kena songlap dan apa lagi satu aku tak ingat. Tapi kitorang memang terkejut gila. Baru sejam tinggalkan kereta. Badan pulak terasa sangat-sangat penat tapi berlaku tragedi macam ni pulak. Serius speechless. Salah sorang dari kitorang terpaksa tidak berbaju kerana nak lapik seat belakang dari terkena sisa-sisa kaca yang pecah. Selama perjalanan pulang ke semenyih, senyapp je kitorang. Tak cakap apa pun. Sebab terkejut.

     Salah seorang dari kitorang call murabbi  (brader usrah), suruh cancel camping ni atas dasar keselamatan. Kitorang cerita perkara yang berlaku hari ni from A to Z. Tapi, murabbi tetap insist jugak untuk buat camping ni atas sebab-sebab tertentu. Berat hati, tapi murabbi dah arahkan. Ikut je la. Malam tu meeting berhabis-habisan tentang soal camping di sungai pisang ni dan akhirnya tekad jugak untuk buat camping kat sungai pisang, bukan kat tempat lain. Rasa tak sedap hati memang sangat menebal malam tu. Rasa macam nak baling kerusi kat muka orang je.


      Esoknya bertolak ke sungai pisang seperti yang dirancang dan Alhamdulillah, sepanjang 2 hari ber-camping di sana tak ada masalah besar timbul. Dan itu bukan highlight sebenarnya.

     Bertitik-tolak dari camping sungai pisang ni, salah seorang kawan kitorang menyertai usrah, walhal sebelum menyertai camping ni dialah antara orang yang banyak persoalkan dan menentang benda-benda usrah ni. Serius rasa nak meleleh air mata bila dia sendiri offer diri nak join usrah. Mahasuci Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

     Semasa cuti 2 minggu ni sempat aku dan beberapa orang lagi survey dua tempat. Kat chilling waterfall, kuala kubu bharu dan teluk cempedak, kuantan. Dan biasalah, mesti adaaaaa je ujian atau cabaran semasa nak survey tempat ni. Tak ada la seteruk seperti pecah tingkap kereta, tapi masalah-masalah seperti masalah duit, kereta, orang yang nak join, positioning , taat kepada perintah ketua etc. Tapi bila dah sampai tempat yang nak di-survey, wah lauuu. Suatu gambaran yang tak terungkap hanya dengan kata-kata. Rasa macam, "bapak best tempat ni! Kenapa dulu aku tak pernah pergi sini? ". Hilang habis segala perasaan atau masalah-masalah yang timbul awal-awal.

     Berada dalam kumpulan atau terlibat dengan reconnaissance  (to gain information about the features of the environment) ni kadang-kadang sangat mencabar. Tak de la mencabar mane pun. Lebih kepada internal conflict  je pun. Ye lah. Kau mana pernah pergi tempat tu, tak tau syiok macam mana tempat tu, kemudian semasa dalam perjalanan, dalam kepala ko dok pikir, "Eh. Berbaloi ke perjalanan/pengorbanan aku ni?". Tapi nikmat bila dah sampai ke destinasi tu, fulllaooooo. Lupa habis segala masalah yang awal-awal tadi berlaku. "Alaaaaa. Halal je la duit minyak dan duit tol tu eh!"

     Sekarang ni, sape pernah nampak syurga? Ade? Jadi, tak perlu pelik la bila dalam perjalanan ni ada banyak suara-suara yang mula persoalkan tentang destinasi. Berbaloi ke syurga ni untuk pengorbanan aku? Wujud ke syurga ni? Syurga adalah nikmat yang telah Allah ghaibkan dari pandangan mata manusia. Justeru, apa yang memotivasikan si muslim agar terus thabat di jalan ini?

     Tahun kesedihan Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam berlaku disebabkan pada tahun tersebut isterinya Khadijah dan bapak saudaranya Abu Talib meninggal dunia. Maka, kelihatan seolah-olah seperti dakwah Rasulullah mula menemui waktu yang sangat sukar tanpa kedua-dua insan tersebut. Takdir Allah, peristiwa isra' mi'raj berlaku selepas tahun kesedihan ini. Rasulullah diangkat naik ke langit, sehingga dipertontonkan syurga dan neraka, malah sehingga wajah Allah dilihatnya sendiri! Subhaanallah.

     Bagi kita ummat terakhir, syurga adalah sesuatu yang mustahil dilihat kecuali apabila syahid. Tapi sekarang ni, Allah telah pertontonkan kepada kita bibit-bibit kemenangan islam, walaupun masih jauh. Harapan itu masih ada dan sangat jelas di mata sekarang malah di dada-dada akhbar sekarang bahawa islam akan bangkit dan bakal menjadi world order  .


Islam is already the fastest-growing religion in Europe. Driven by immigration and high birthrates, the number of Muslims on the continent has tripled in the last 30 years. Most demographers forecast a similar or even higher rate of growth in the coming decades.


[An Uncertain Road: Muslims and the Future of Europe
, The Pew Forum on Religion and Public Life]


     Tahun 2012, sangat banyak tanda-tanda kebangkitan islam walaupun tak de la besar mana pun. Tapi, kenapa masih lagi ragu-ragu dengan jalan dakwah? Kenapa masih lagi beralasan dalam menjalankan tugas wajib ni?

     Orang kata, ada 3 jenis muslim sewaktu zaman kebangkitan islam; 1. orang yang bersama gerakan islam. 2. orang yang menentang gerakan islam. 3. orang yang hanya tengok.

     Bagi aku, golongan yang ke-tiga tu sangat rugi. Tengok je? dengan bahasa kasar, macam tak guna langsung. Suatu kerisauan bagi 'orang yang hanya tengok', dikhuatiri mereka inilah orang yang dikatakan Allah akan digantikan dengan 'orang-orang yang baru' (seperti revert muslims).


Dan jika kamu berpaling, Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

[ Muhammad (47): 38]


     Entah-entah pengislaman Daniel Streich merupakan pengganti kepada diri kita dalam membawa mesej islam? Naudzubillaahi min dzaalik .

Posted by Posted by zabed at 12:32 AM
Categories:

 

1 comments:

Atiqah Hassan said...

thumbs up!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>