Kalau citer pasal ragbi ni mesti orang akan fiikir ganas and extreme. memang betul pun. tengok gambar di atas ni pun dah nampak dah macam mana nature sport ragbi itu sendiri. memang nampak macam orang gila kemaruk dekat mamat baju biru tu pun ada gak. well, aku pun ada pengalaman dalam sukan ni whether buruk atau yang baik.
Kali pertama dan terakhir aku main ragbi time form 5 kat Lipis dulu. Alih2 kat lipis. tak ada tempat lain ke. Memang la. Macam2 aku belajar kat lipis dulu. dalam banyak2 institusi2 yang aku pernah belajar termasuk kat semenyih ni, dekat lipis jugak yang paling unik dan pengalaman yang paling pelik aku dapat kat sini. Haha tapi post kali ni aku nak cerita pasal pengalaman ragbi
aku. yang lain tu aku ada mood nak tulis, aku akan tulis. Insya Allah Banyak jugak hal aku dengan bola ragbi ni. dari pecah tingkap tandas sehinggalah rahang mulut roommate aku tercabut. macam mana rahang kawan aku boleh tercabut tu aku tak mau cerita kat sini kang ada yang tak nak baca pulak post ni kang. tapi kalau setakat pecah tingkap tu aku boleh cerita. ye la, first time sentuh bola ragbi mana tak syoknya. aku pun dengan ghairah time tu try nak pass bola ragbi tu kat kawan aku, tak pasal2 terkena cermin tingkap tandas plak. KRANNGGGG!! lari lintang pukang aku dengan kawan2 aku sekali. Alhamdulillah time tu ada kawan aku yang sudi teman aku tolong sapu balik sisa2 tingkap yang pecah tu. time tu mana la aku taw yang bola ragbi ada cara nak baling. mana boleh main suka2 je nak baling. tu yang tak pasal2 melayang jauh semacam. pada sesiapa yang tak taw camana nak baling bola ragbi boleh pi try check kat youtube. tengok betapa uniknya nak baling bola tu. kena pusing2 n bla bla...
So waktu tu ada training ragbi. sapa2 yang nak jadi wakil sekolah time tu boleh pi turun padang tengok layak tak layak nak main ragbi ni. Aku yang waktu tu berminat dengan ragbi ni pun ikut join gak training dekat padang. Dah la pecahkan tingkap, pastu ada hati lagi tu nak main ragbi lagi.
Sampai sahaja kat padang, ada ramai pelajar nak test diri untuk jadi wakil sekolah. so, training ragbi pun bermula. training lari2, pass bola, langgar orang dan sebagainya. dan kebetulan waktu tu tengah hujan, aku pula time tu dalam proses nak rabun plus astigmatism, memang vision aku waktu tu agak kabur2. nampak tak nampak. bola pass kat aku pun aku tak perasan. bila dah dapat bola, boleh pulak terlepas. kiranya, memang agak hancur prestasi aku time tu. and aku perasan coach (bukannya orang tua pun, form 5 kawan aku gak) pandang aku semacam je. muka panassssssssssss je tengok aku.
dan akhirnya training pada hari tu pun habis. so, masa untuk pemilihan sama ada layak tak layak untuk main ragbi ni. Coach A (yang panas dengan aku tadi) yang decide siapa layak yang nak main. so dia mula dengan budak form 5 dulu. sorang2 dia pilih layak untuk main. pilih pilih pilih pilih pilih pilih pilih sampai kat aku dia diam. Aik? Semua budak form 5 layak untuk main. asal Coach A ni tak sebut nama aku ni? kemudian dia pun terus dengan memilih budak form 4 pula. pastu aku dengan selamba je tanya si Coach A tu.
Gua: Eh A! aku ni dapat main ke tak?
Coach A: Kau tak boleh main. kau main dengan budak lower form (form 1- 3) je la.
Ya Allah. Masha Allah. betapa berat nya hati aku time tu mendengar ayat tu. serta merta aku speechless. seolah-olah jantung aku berhenti berdenyut untuk beberepa seketika. aku pun rasa blur. rasa macam tak percaya. waktu tu aku terasa malu sangat2 sebab kena malu depan kawan2 aku. dah la malu dengan kawan2 aku, dengan junior lagi. kalau budak form 4 boleh main, kenapa budak form 5 macam aku ni tak boleh main? Subhanallah, aku sangat2 kecewa dengan statement tersebut. rase kecil je hati aku ni. kecewa yang teramat. tiba2 aku teringat pesanan ustaz yang ajar aku pendidikan Islam form 5.
"Kalau kita ditimpa musibah, lafazlah Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun"
kemudian, aku pun segera melafazkan ayat tersebut
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiuun
ya Allah. ini lah musibah yang aku terima. aku redha dengan keputusanMu. aku redha sekiranya aku tidak layak untuk mewakili sukan ragbi untuk maktab Kuala Lipis. kemudian, tak sampai seminit selepas Coach A memilih pelajar2 yang layak nak main ragbi, dia approach aku dan berkata
Coach A: Kau buat apa lagi kat sini Zabed? pergi je la join team (yang layak) ni main (2nd session training).
Gua: Hah? serious?
Coach A: Masuk jee!
Alhamdulillah! tak dapat bayangkan bagaimana perasaan aku time tu bila diterima untuk training wakil sekolah. namun, tak dapat dibayangkan lagi bagaimana perasaan aku bila Allah memberi response kepada doa aku! Allah memakbulkan doa aku! Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang Maha Kaya, yang Maha Mendegar, yang Maha Pemurah dan yang Maha Mengasihani.
Kenapa ayat Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun hanya dilafazkan semasa berlaku kematian sahaja? kenapa kita mesti menetapkan hati kita, lidah kita dan anggota kita untuk melafazkan Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun khusus HANYA waktu bila berlaku kematian sahaja? kenapa kita tidak boleh melafazkannya tika kita ditimpa musibah? adakah kita sedar apa maksud di sebalik kalimah Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun? dah la bila berlaku kematian sahaja baru nak sebut, ni nak sebut pun salah. innalillah.. innalillah.. innalillah.. Apekebende innalillah tuh? lafazkanlah sebagaimana dengan yang lafaz yang sebenar. Cuba kita dalami apakah maksud Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun
And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirun (the patient).
Who, when afflicted with calamity, say: "Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return."
[Al-Baqarah : 155-156]
itu lah maksud sebenar Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. bila berlaku sebarang musibah pada diri kita, seperti duit kena curi, kena ejek dengan kawan2, kena marah dengan mak ayah, coursework datang bertimbun2 secara tiba2, result exam yang mengecewakan, berlaku kematian di kalangan orang-orang yang kita kenali ke atau sebarang jenis musibah yang berlaku kepada kita, maka ringankanlah lidah kita untuk melafazkan
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun
dengan hati yang ikhlas untuk meringankan lidah dengan melafazkan kalimah tersebut, mudah-mudahan Allah akan melembutkan hati kita untuk redha dengan segala perkara yang berlaku. supaya Allah juga memberi peluang kepada kita supaya bersabar, supaya kita dapat menghirup oksigen sebanyak mungkin, supaya kita dapat berfikir secara rasional, supaya kita dapat memikir bahawa musibah yang berlaku ada sebab-musababnya, supaya musibah yang berlaku ada hikmah nya, supaya kita dapat menerima musibah tersebut dalam kehidupan kita agar dapat dijadikan iktibar. dan yang paling penting sekali kita sebagai Muslim, supaya Allah meredhai kita.
O you who believe! Seek help in patience and As-Salaat (the prayer). Truly, Allah is with As-Sabirun (the patient).
[Al-Baqarah : 153]
ps: btw pasal ragbi tadi, last2 aku bukannya wakil sekolah pun atas sebab2 tertentu.
Sekian. Apa lagi, pi la praktis sebut Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
2 comments:
good post =) good job zaid!
good job? aku hanya menyampaikan apa yang patut aku sampaikan. haha ape lagi zarith. ko pun update la slalu blog
Post a Comment