Monday, December 21, 2009


Assalamualaikum

     post kali ni bukannya bermaksud nak caci atau hina mana2 pemimpin, tapi nak tegur. bukan tegur pemimpin, tapi MASYARAKAT itu sendiri. cuma gambar di atas ada kaitan dengan post kali ni, iaitu semangat kebangsaan, 1MALAYSIA.


     by the way, aku tidak berminat dengan politik, malah aku
sendiri tak tau nak sokong yang mana. bagi aku, kerajaan ada yang tak kena, yang pembangkang pun ada yang tak kena juga. biasalah. manusia. mana perfect. mungkin belum tiba masa lagi aku ceburkan diri dalam bidang politik (ceewaah).

     bila aku cakap pasal semangat kebangsaan, aku teringat satu cerita time aku kat semenyih. ada seorang Nigerian, duduk kat depan aku dalam kelas budak2 chemical. dan pada masa yang sama, aku sedang bersembang dengan kawan aku (Malaysian) yang kebetulan duduk berhadapan dengan mamat Nigeria tadi. jadi, aku dengan kawan Malaysian aku tadi sembang2 dengan selamba je la dalam BM, dan mamat Nigeria tu (Bro F) tu duduk di tengah2 between aku dengan kawan aku tu. sembang punya sembang punya sembang sampai la tiba2 Bro F tu bangun and cakap dekat aku

What's the problem with you?

hah? apahal mamat ni? pada mulanya aku tak taw yang Bro F ni tengah marah kat aku. dipendekkan cerita, rupa-rupanya Bro F ni terasa aku kutuk dia dalam BM. pulaakkkkk. tapi ada satu statement dari mulut Bro F ni yang betul2 buat aku teringat sampai hari ni

God, Allah created everyone is equal. Even if my skin is black, what would make me different from you? Even if I came from Nigeria, what would make me different from you?

erm. aku nak mention kat sini bahawa Bro F ni bukan Muslim ya. Dia seorang Christian yang convert from Muslim. Masha Allah. bekas seorang Muslim tu. dan dia sendiri boleh bagi ceramah kat aku sedemikian? mention nama Allah lagi? tahu pasal Islam pula? tahu pasal equality in Islam juga?

The believers are nothing else than brothers. So make reconciliation between your brothers, and fear Allah, that you may receive mercy

[Al-Hujurat(49) : 10]
  
dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan dalam ayat ini bahawa setiap Mu'min itu adalah bersaudara. tidak kira warna kulit, bahasa ibunda, muka cacat cela, dari negara mana dan apa-apa sahaja selagi kita masih bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah. bagi pembaca2 post aku ni, sekiranya kamu Muslim, kamu adalah saudara kepada aku! tak kira lah sama ada kamu ini berbangsa Cina ke, India ke atau Kadazan ke tapi selagi kamu adalah Muslim, aku adalah saudara kamu.

     setiap Muslim di Bumi adalah bersaudara di antara satu sama lain. aku ambil contoh terdekat. Muslim di Malaysia juga adalah saudara kepada Muslim di Indonesia. kalau ikut rekod, Malaysia dan Indonesia dikira sebagai negara yang paling rapat sekali hubungan di antara kedua-duanya. tak ada negara-negara lain yang seerat Malaysia dan Indonesia. tapi........ kenapa sekarang Malaysia dan Indonesia seakan-akan tidak ngam? adakah rakyat Indonesia marah akan kerajaan Malaysia yang tidak melaksanakan undang2 Islam sepenuhnya? atau rakyat Indonesia marah dengan pemimpin Malaysia yang kebanyakannya corrupted? tidak sama sekali tidak, mereka marah atas dasar semangat kebangsaan. mereka mendakwa bahawa rakyat Malaysia telah mencuri budaya mereka. mereka mendakwa bahawa Malaysia telah mengambil tanah mereka di kepulauan Borneo (tak ingat nama tempat tu). tapi jelas sekali mereka marah dan tidak puas hati bukan kerana Islam tetapi nilai yang aku kira tidak masuk akal. budaya??? bangsa??? dude..gimme a break. 

     majoriti penduduk Indonesia terdiri daripada Muslimin dan negara itu sendiri boleh dikatakan sebagai status negara Islam. aku sendiri pernah pergi Indonesia dan aku memang kagum. di mana-mana sahaja ada surau dan masjid. dalam McD pun ada surau! senang betul nak menunaikan solat kalau berada di Indonesia compare to Malaysia. nak cari surau pun susah kalau jalan2 dekat area KL ni. jadi, kita refer balik ayat al-Hujurat dekat atas. adakah kita Muslimin dari Malaysia tidak bersaudara seperti Muslimin di Indonesia? Tidak sama sekali tidak!  kita adalah bersaudara! tapi mengapa rakyat Indonesia menentang Malaysia atasa dasar budaya dan semangat kebangsaan? tapi kalau mereka menentang Malaysia kerana pemimpin Malaysia tidak mengamalkan undang-undang Islam, aku pun join group Indonesia sekali. nampak mereka care tentang Islam di Malaysia, nampak mereka prihatin terhadap rakyat Muslimin di Malaysia. barulah mereka dapat membuktikan ayat al-Hujurat di atas. tapi sayang sekali tidak, atas dasar yang tidak munasabah, mereka menentang Islam. Masha Allah

Saudara-saudara seIslam yang aku sayangi dan hormati sekalian,
     aku di sini bukannya nak mencari kesalahan negara orang lain. aku hanya nak mengambil contoh sahaja. bukan setakat di Indonesia sahaja, di Middle East pun berlaku perkara yang sama. semasa Israel mengambil langkah untuk menyerang Gaza, negara2 Arab di sekeliling Gaza itu sendiri tidak mahu menolong Gaza. mereka mendakwa bahawa "kami adalah Arab Jordan", "kami adalah Arab itu ini" dan sebagainya. Adakah negara2 Arab tersebut bukan negara Islam? apakah mereka tidak mengira diri mereka sebagai orang Islam? apakah mereka tidak peduli tentang saudara-saudara Muslim mereka di Gaza sehingga membiarkan sahaja Israel laknatullah menyerang Bumi orang Islam? Astaghfirullah. Ambillah masa 1 minit untuk beristighfar.

     Di Malaysia sendiri, ada pepatah Melayu mengatakan "biar mati anak, jangan mati adat". dengar pepatah ni, terasa gatal pulak kaki aku ni macam nak melayang kat muka orang yang invent pepatah ni. di post ni, aku tak nak sebut adat yang mana, kemungkinan ada yang terasa offensive atau report kat ISA pasal post ni. kalau nak tau, tanya aku face-to-face, InsyaAllah aku boleh terangkan. jadi aku amik pepatah ini sahaja, biar mati anak, jangan mati adat. aku lagi setuju "biar mati anak, jangan mati Islam". adakah adat itu sendiri agama kita? adakah adat Melayu itu syumul (lengkap) sebagaimana Islam? adakah upacara-upacara adat itu sendiri dapat menjamn kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat? disebabkan semangat Melayu itu sendiri kita lupa bahawa ada lagi Muslim di Malaysia yang bukan berasal dari keturunan Melayu. Cina? India? Bugis? Mereka pun Muslim juga, mereka itu saudara kita juga tapi kenapa kita racist terhadap mereka yang Muslim? kalau bukan Muslim aku faham. ni Muslim. dan selalu aku lihat kat TV, bila pemimpin Melayu berucap sikit, mesti nak sebut "Hidup Melayu!", "Ketuanan Melayu!", "Bangsa diutamakan!" dan sebagainya. Mana Islam? aku simpulkan bahawa kebanyakan orang Melayu di Malaysia tidak beragama Islam sepenuhnya, mereka sebenarnya beragama Melayu yang celup Islam. Hah, nak sangat Melayu, ketepikan Islam ke sebelah. Kalau hak ketuanan Melayu tu bermati-mati berjuang, ni kalau nak laksanakan undang-undang Islam, bermati-matian menentang. sampai hantar surat dekat Imam di Mekah pasal poligami. Astaghfirullah...

     kita lihat perisitiwa pada zaman Rasulullah.

And (it is also for) those who, before them, had homes (in Al-Madinah) and had adopted the Faith, love those who emigrate to them (Muhajirin), and have no jealousy in their breasts for that which they have been given (from the booty of Banu An-Nadir), and give them (Muhajirin) preference over themselves even though they were in need of that. And whosoever is saved from his own covetousness, such are they who will be the successful.

[Al-Hashr(59) : 9]

boleh kita nampak dan bayangkan betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh kaum Ansar yang menetap di Madinah itu terhadap kaum Muhajirin yang berhijrah ke Madinah. Mereka (kaum Ansar) sanggup memberi harta mereka kepada Muhajirin, offer mereka rumah dan tempat tinggal, malah ada di antara mereka sanggup melepaskan isteri mereka sendiri untuk dikahwini oleh mana-mana lelaki kaum Muhajirin! lihatlah betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap saudara Islam mereka sendiri. Muhajirin dan Ansar adalah berlainan bangsa, tapi lihatlah sendiri kerana atas nama Islam, mereka mengetepikan hal-hal yang remeh temeh seperti bangsa.

O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honourable of you with Allah is that (believer) who has At-Taqwa [i.e one of the pious]. Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware.

[Al-Hujurat(49) : 13]


berdasarkan ayat ini, Allah mencipta kita dari bangsa2 dan puak2 yang berlainan supaya kita dapat mengenali di antara satu sama lain, tidak pula Allah menyebut di sini supaya kita berjuang bermati-matian di atas nama bangsa. kita simplify-kan lagi, tujuan Allah mencipta kita berpuak2 hanya kerana kita dapat mengenali di antara satu sama lain. bukan mahu kita hidup berpuak-puak sahaja tanpa bergaul dengan puak lain, tidak mesra dengan puak lain, mempertahankan maruah puak sendiri, tak nak bagi share tanah dengan puak lain, malah, mencipta cara hidup yang kononnya lengkap khusus untuk puak tersebut. ingatlah saudara-saudaraku, Islam yang menyatukan puak-puak tersebut. kita adalah bersaudara. berjuanglah sekiranya saudara Muslim kita berada dalam kesusahan, berjuanglah sekiranya negara yang kita duduki menindas orang Islam, berjuanglah sekiranya ada pihak cuba untuk menentang Islam, dan berjuanglah kerana Islam, kerana Allah. Insya Allah. jawapan kepada Bro F tadi, apa yang membezakan kita dengan orang-orang yang lain, tak lain tak bukan, TAQWA di sisi Allah.
akhir kalam, aku sudahi dengan hadith junjungan besar kita Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

“Tidak (sempurna) iman seseorang hingga ia menginginkan bagi saudaranya apa yang ia inginkan untuk dirinya“
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Posted by Posted by zabed at 11:05 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>