Assalamualaikum para pembaca (gila skema)
pergh. punya lah aku ambil masa nak buat blog, akhirnya Alhamdulillah dapat jugak aku buat satu blog. sekali lagi Alhamdulillah. cita2 aku tercapai. banyak gak motif2/tujuan kenapa aku nak buat blog. tapi itu korang sendiri la judge blog aku ni camana. InsyaAllah, aku cube update blog aku dari semasa ke semasa. bukan aku nak perasan aku ni macam penulis blog yang famous2 tuh
, cuma kalau ada yang nak baca tuh, baca la. dapat jugak manfaat baca blog orang. tambah ilmu. experience boleh share sama2. kalau kita ada ilmu, buat apa nak simpan sorang2?? sebar2 la kat semua orang or sape2 yang berminat nak baca. dapat jugak pahala. tak nak bace tak pe. habis cerita. oh btw aku ni suke melalut dariapada topik asal.
walaupun ni kira post aku yang introduction, aku still nak share jugak la apa yang aku dapat selama aku bercuti kat kedah (Eidul Adha 09). SPM 09 sedang berlangsung sekarang, adik aku dan cousin aku candidates. SPM tak SPM, dapat jugak la cuti nak raya haji (bagi yang dok asrama paham kot), balik kampung ke, rumah ke.. etc. so pendekkan cerita, satu family aku and adik aku sekali balik kedah nak sambut raya haji.
Ni kisah benar dari adik aku (siap masuk paper lagi). Exam add maths dah habis. Seronok punya tak hingat la kalau aku ingat balik time spm 07 dulu. orang kata add maths la paling susah, add maths la killer subject, add maths la itu ini macam2 la. pendekkan cerita, exam add maths dah habis ramai students happy! korang yang penah merasai SPM ni pun mesti happy lah kan bila paper add maths dah habis. So, kawan kepada adik aku ni or cousin kepada kawan adik aku ni (aku pun dah tak ingat sapa dah, yang penting! iktibar cerita ni), balik rumah selepas paper ni habis dengan naik motor. punya la seronok nak balik rumah ni nak cerita kat mak ayah ka, family ka sapa2 je la paper add maths dah habis ni! seronok punya seronok dan ditakdirkan Allah, pelajar tersebut accident semasa on the way balik rumah. dan ditakdirkan Allah juga, pelajar tersebut meninggal dunia (Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun).
bila aku dengar cerita ni, aku speechless sekejap. tak sangka plan nak balik rumah selepas paper add maths jadi macam ni. tapi kita kena ingat, janji Allah itu benar dan pasti. Setiap yang bernafas itu pasti akan menemui ajal. cuma tinggal berapa lama je kita nak hidup kat bumi materialistik ni. The older you get, the closer you are to death. pelajar tu merancang nak balik rumah, Allah juga merancang untuk pelajar tersebut. dan sebaik2 perancangan ialah dari Allah.
jadi, as conclusion, setiap orang pun ada conclusion sendiri. setiap orang lain2 pemikiran. bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam tapi hati lain2. jadi bagi aku lah, kematian itu adalah pasti, tak kira lah di mana jua, bila masa, ada event apa2 ka, bila Allah menetapkannya, maka jadi lah ia.
"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu" (Yaasin:82).
taubatlah kita sebelum kita disembahyangkan. Wallahua'lam
Jenis-jenis tsabat
10 years ago
0 comments:
Post a Comment