Friday, February 7, 2014


Bismillaahirrahmaanirrahim

     Antara kejutan budaya yang aku rasa ketika berada di bumi sarawak ialah parking kereta di kawasan masjid sewaktu solat jumaat; space availability .

     Kalau hang sampai lambat ke masjid, insya Allah tak ada masalah untuk parking kereta. Mesti ada je lebihan parking space untuk orang yang sampai lambat. Kalau penuh parking space pun, orang-orang yang park kereta kat luar tu takkan berjela-jela atau sesak gila macam kat semenanjung ni.

     Bila balik semenanjung, mai lambat sikit ke masjid je.....habisssssss. Double parking kaw-kaw punya. Tapi tu la orang kata, serve you right. Siapa suruh hang datang lambat?? Haha.

     Budaya orang malaysia; siapa cepat dia dapat. First come first serve. Kalau pergi ofis, siapa yang mai awal, yang tu la seboleh-bolehnya nak park depan pintu atau lift. Pergi shopping pun sama. Tapi betul la kan? First come first serve. Siapa yang berusaha dia yang dapat. Adil la kan? Siapa suruh hang datang lambat??

     Lain pulak cerita dia bila di bumi Vienna, Austria. Kalau ada staff yang sampai awal ke ofis, dia akan park kereta jauh-jauh atau sedang-sedang je. Bukan sedekat yang mungkin. Aku pun hairan lantas bertanya, "Pasaipa??"

     Sebab nak bagi ruang untuk orang yang sampai lambat. Orang yang sampai lambat mesti kelam kabut punya nak sampai ofis. Tolak gaji lagi, jatuh KPI lagi, kena marah pulak. Lagi-lagi budak yang nak pergi interview, dia pulak boleh buat slack datang lambat. Aduhhh *i feel you bro*. Tengah-tengah kelam kabut mencari parking, tiba-tiba ada keajaiban berlaku; ada ruang parkir kosong betul-betul depan ofis / pintu lift. Bersinar-sinar mata mamat yang datang lambat tu.

     Sampai macam tu sekali zhon  (sangkaan) orang Vienna terhadap orang yang datang lambat. Sedangkan perkataan 'lambat' selalu dikaitkan dengan perkara-perkara yang negatif. Kalau kita praktis budaya parking macam ni kat malaysia, karang ada pulak kutu mana yang shokkkk ambil kesempatan. Haha tapi tu la orang malaysia *sambil bercakap di hadapan cermin*.

     Point to be taken; bukannya budaya parking tu yang nak di-highlight, tapi perasaan empathy  tuh yang mahal.



     Bercakap pasal empathy, Allah pernah highlight-kan benda ni dalam quran;


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.

[Al-Mujadilah (58): 11]



     Cerita di sebalik turunnya ayat ini ialah; Ada sekali tu nabi dan beberapa sahabat sedang duduk dalam satu majlis. Ruang tempat tu agak mampat dengan sahabat-sahabat yang duduk sekali dengan nabi. Kemudian, datang beberapa sahabat untuk join sekali tapi ruang terhad dan padat. Ada jugak la sahabat yang sedang duduk tu kuis-kuis ke depan sikit nak bagi ruang kepada yang masih berdiri ni. Ada jugak sahabat yang tengah duduk tu tak bergerak langsung.

     Bayangkan kalau kita di tempat sahabat-sahabat yang tengah duduk tu, dengan mentaliti kita yang sekarang ni. Aihh aku sampai awal dah, ingat senang-senang ka nak dapat tempat ni. Dah la dekat dengan nabi pulak tu. Siapa suruh hang mai lewat??

     Ok sambung balik. Melihatkan keadaan sebegitu, nabi pun sebut nama beberapa sahabat yang tengah duduk tu untuk berdiri (macam bagi ruang kepada sahabat yang sampai lambat tu untuk fill in ). Sahabat-sahabat yang nama kena sebut untuk berdiri ni terasa macam, aih berat betul perasaan ni. Rasa macam darjat lebih rendah dari sahabat-sahabat yang sampai lambat (sebab yang sampai lambat ni adalah mereka-mereka yang join perang Badar). Kalau dalam bahasa kita, bunyi dia macam, "Aih, hina sangat kah aku ni sampai kena petik nama ni??". Lebih kurang macam tu la. Wallaahu'alam.

     Tapi Allah kata tak, tak hina pun kalau memberi ruang kepada orang lain sepertimana ayat 11 surah mujadilah. Kerana sifat empathy ni, Allah akan mengangkat darjat manusia tersebut.

     Itu pada tahap individu, bayangkan kalau sekumpulan masyarakat pulak? Kena ingat surah ni diturunkan di madinah, suatu fasa di mana kebanyakan ayat-ayat quran yang diturunkan ketika ini adalah untuk pembinaan masyarakat islam.

     Bila baca ayat ni, seolah-olah sifat empathy tidak diamalkan sorang-sorang, tapi sebagai masyarakat. Wow. Satu masyarakat tu ambil kisah pasal orang lain, yang dia tak kenal pun. How awesome is that?

     Orang Vienna awesome. Tapi nabi dan sahabat dah buat benda ni dah lama dah. Lagi awesome nabi kita.


This is yet another example of the Quranic method of educating Muslims, teaching them to be kindly, accommodating and helpful by bringing out their better feelings.

-Sayyid Qutb, when commenting on ayah 11 surah Mujadilah in Fi Dzilal Quran


Wallaahu'alam bis sowab



*hadits pasal cerita di sebalik ayat 11 ni diriwayatkan oleh Muqatil ibn Hayyan. 

Posted by Posted by zabed at 6:11 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>