Saturday, June 1, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahim

Negeri matahari terbit

     Bila sebut bab solat, mungkin agak susah sikit nak terangkan dekat orang Jepun. Depa ni tak reti cakap english. Memang betul-betul tak reti la. Kita sembang dengan depa ni macam ayam dengan itik. Pengetahuan diorang tentang islam pun sangat cetek (aku rasa la). Jadi bayangkan diri hang berada di tengah-tengah umat Jepun dan waktu solat dah masuk. Hang nak solat kat mana?

     Nak solat di khalayak orang ramai? Insya Allah kita memang berani, tapi kemungkinan kita akan mengundang polis untuk datang dan tegur hang. Orang ramai tengok hang buat aksi yang sangat 'pelik'. Ditambah pulak bila hang tengah solat ada seorang makcik approach hang dan cuba nak membantu (pastinya bercakap bahasa jepun).

     Tapi kita kan tengah khusyuk solat, kita ignore orang tersebut dan terus rukuk. Ah sudah. Menjerit la makcik tu terkejut. Betapa (kononnya) biadapnya kita ignore  seorang makcik yang cuba membantu kita. Orang ramai tengok kita, dan sangkaan mereka,


"Orang mexico ni cuba meragut beg makcik tu!".


     Pulak dah. Orang ramai mula panggil polis. Hang tengah solat nak masuk rakaat kedua, menggigil-gigil. Polis pun datang approach hang. Tell me, hang nak teruskan solat atau berhenti dan melayan polis tersebut?

     Alhamdulillah Allah kurniakan rukhsah  (keringanan) dalam solat. Bagi aku, dalam situasi tadi boleh je kalau kita cari kerusi pastu solat dalam keadaan duduk. Nak cari surau memang tak ada bro. Nak explain kat polis yang kita sedang solat?? Kalau reti cakap jepun takpa la jugak kan.

     Tapi aku kagum dengan orang-orang yang mampu solat dengan 'sempurna' di khalayak ramai. Bukan di malaysia, tetapi di negera bukan islam. Kan kita selalu tengok orang share-share video pasal orang solat di airport la, di dataran bandar, etc. Sedangkan aku rasa, memang sepatutnya kita diberikan rukhsah  pun untuk solat. Lain la kalau kita kat dalam bilik atau tempat yang tak ada orang.

     Sekarang baru aku tau pasaipa diorang nak jugak solat dengan 'sempurna' walaupun diberi rukhsah. Bukan depa tak bersyukur. It's not about rukhsah, it's about sending a message.









     Aku rasa kalau kita betul-betul rasa bangga dengan islam, sepatutnya badan kita akan automatik 'send a message'. Betui dak?


wallaahu'alam bis sowab


Posted by Posted by zabed at 5:23 PM
Categories:

 

1 comments:

Hafizan Halim said...

Singgah-singgah ler :D

http://dakwahmakandalam.blogspot.com/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>