Bismillaahirrahmaanirrahiim
DOOM. DOOM. Bunyi orang ketuk dinding guna tukul besar. Aku pun tak heran lalu masuk ke dalam tandas shopping mall ni. Bukak je paip air nak basuh muka, tiba-tiba blackout. Woohoo. Kelam kabut semua orang. Yang best-nya, sebelum blackout tu, semua ada dengar bunyi kuat macam ada benda yang roboh.
Ramai-ramai keluar tandas kelam kabut. Orang bising. Alhamdulillah, nasib baik kat luar ada elektrik. Dah la malam. Aku pun jalan pi tengok tempat orang berkerumun. Tengok tengok......ada satu dinding kedai ni roboh. Beberapa kontraktor kat situ tengah pening kepala sebab dinding roboh tu buat satu paip air ni bocor. Keluar tak henti-henti.
Dinding roboh satu hal. Paip pecah pun satu hal. Tapi yang paling tak boleh blah, tak sorang pun dari kontraktor tu pakai safety helmet. Pakai selipar pulak tu. Ya Allah. Teruk betui la safety policy depa ni. Kalau kepala pecah kena lenyek dengan batu bata dinding tadi, ada yang berani nak bawak pergi hospital??
Dulu aku pernah praktikal kat company kontraktor buat bangunan. Ada sekali tu aku pi site survey kat tingkat 30 lebih, ada beberapa pekerja buruh 'working at height' without any 'safety harness' (sila google image perkataan yang di' ' kalau tak paham). Kalau aku tak puas hati kat mamat tu, aku pi tendang dia dan sekejap ja dia lose balance. Pastu jatuh dari tingkat tinggi. Mati? Tu tak campur lagi berapa banyak safety helmets yang tak ada suspension tu.
Kalau construction atas darat, benda-benda ni kira biasa walaupun dah berapa banyak kes mati pun. Orang tetap buat tak kisah je. Orang awam sendiri pun tau betapa teruknya safety policy yang diamalkan oleh kontraktor-kontraktor ni.
Tapi beza pulak halnya dengan dunia 'oil & gas' atau offshore. Kalau ikutkan dari segi potential hazard, duduk di pelantar minyak tu jauuuuuuuhhhhhhhh lagi bahaya daripada construction bangunan atas darat. Senang cerita la kan, kalau hang berada di Zone 0, anytime je boleh meletup. Tu tak campur lagi radiasi atau gas yang setiap hari kita bau. Hang pulak berada di tengah-tengah laut, kalau apa-apa jadi kat platform? Tu tak campur lagi kalau lautan bergelora gila macam kat North Sea (sila youtube kalau berminat), berani nak terjun? Kalau cuaca hujan lebat, nak terjun? Cuaca di lautan dan kat atas darat, perhhh jauh beza bang.
Tapi sebahaya-bahaya tempat pun, itulah tempat yang paling selamat. Tau pasaipa? Ni lah peribahasa mat saleh; "better the devil you know than the angel you don't". Hang betui-betui tau tempat tu bahaya, secara automatik hang betui-betui berjaga sebaik mungkin. Safety policy di offshore, perhh ketat gila. Seketat-ketat mungkin. Tapi aku lagi rela bekerja di atas pelantar minyak daripada kerja construction atas darat yang safety policy entah pape tu.
Sebagai contoh, safety helmet tu kalau hang pakai terbalik je pun (ala ala macam pakai cap terbalik), silap-silap esok kena hantar balik ke darat sebab tak mematuhi peraturan. Hisap rokok bukan di tempat yang disediakan, bukan kena hantar balik atas darat je. Itu dah boleh jadi kes polis dah tu sebab membahayakan nyawa semua orang atas platform
Pakai coverall adalah wajib pada setiap masa bekerja. Panaih mak oii pakai coverall ni. Itupun kalau boleh diorang suruh pakai coverall semasa tidur takut-takut emergency pape ke. Kalau kantoi dadah atau minum arak, bukan setakat kena ban dari naik platform yang sama lagi. Semua platform minyak atas dunia ni akan ban orang tersebut. Dan banyak lagi lah peraturan-peraturan yang sangat ketat tapi selamat.
Bunyi macam....aih lecehnya kerja atas pelantar minyak ni. Tapi safety insya Allah jauh lebih selamat dari kerja construction atas darat kalau betul-betul ikut guideline dia. Ada orang suka, ada orang tak suka. Aku suka, sebab makan memang free pun atas platform. 6 kali sehari pulak tu. Bukan makanan cikai, heavenly pulak tu. Haha
Ok ok. Mana yang lebih bahaya:
1. Menjaga kesihatan dengan semaksimum mungkin semasa musim jerebu atau,
2. Hisap rokok di hadapan anak-anak kecil di cameron highlands semasa cuaca baik.
Paham kan ape yang aku cuba sampaikan? Jangan salah faham, tak ada niat untuk bersikap sinis atau perli pun. Orang sarawak kata, 'penglikun berepun ari semua' atau maksudnya 'keselamatan bermula dari semua'.
Wallaahu'alam bis sowabb