Bismillaahirrahmaanirrahiim
Tau Calvary Convention Centre atau Calvary Church di Bukit Jalil? Kalau mengikut dari sumber Malaysian Insider, gereja ni adalah gereja terbesar di Asia Tenggara. Jadi hangpa pun tau la kan bila aku sebut 'gereja terbesar' memang akan jadi isu yang sangat besar di Malaysia. Maksud aku, isu yang 'diperbesar-besarkan'.
Dulu kecoh la. Sangat kecoh. Laa ni senyap, atau aku yang tak amik port pasal benda ni. Gereja ni tak jauh pun dari ofis aku. Setiap hari kalau balik dari kerja mesti akan lalu depan gereja ni. Dan memang betui lah, bangunan dia memang nampak hi-tech. Design dia banyak kaca-kaca. Macam universiti IPTS yang mahal. Memang style.
Tapi kan bro, di sebalik kehebatan, kebesaran dan kegempakan bangunan ni, aku tak rasa macam ada 'threat' yang besar. Aku tak rasa macam munculnya gereja sebesar dan secanggih ni betul-betul akan mengancam kedudukan orang islam di malaysia.
Kalau nak kata 'threat' atau 'ancaman' yang lebih besar, aku rasa sikap orang islam yang menghalang orang islam untuk berdakwah itu lagi lah menakutkan. Tapi ancaman yang lebih besar ni disenyapkan, 'bukan isu besar' kata mereka. Sebab mungkin kita mudah sangat dipengaruhi oleh perkara-peraka yang hanya boleh dilihat dari segi luaran sahaja.
Ada sekali tu aku pergi membuat bancian untuk pengundi-pengundi di sebuah kawasan yang ditadbir oleh kerajaan pembangkang. Aku pergi dengan nama NGO sebagai orang 'neutral'. Antara isu-isu yang ditimbulkan ialah isu pembangunan. Diorang (minoriti) tak puas hati sebab kawasan mereka tidak semoden seperti negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan BN. Bila ditanya apa yang dimaksudkan dengan 'moden', bagi mereka ialah bangunan. Bangunan tak banyak, shopping mall tak banyak, tugu-tugu atau binaan-binaan canggih tidak banyak.
Asal 'bangunan' je moden. Asal 'bangunan' je membanggakan. Zaman nabi, masjid nabawi tu bukannya moden sangat atau gah. Atap diperbuat dari pohon tamar, lantai adalah tanah. Tell me, kalau hujan apa akan jadi pada masjid dan juga jemaah yang sedang solat?
Kalau nak kata 'moden-nya sesebuah bangunan merupakan suatu kekuatan', masjid nabawi zaman nabi tidaklah semoden masjid besi di putrajaya hari ni. Tell me, berapa ramai yang solat di masjid nabawi dan masjid besi? Tell me, para sahabat tidak cukup hebatkah hanya kerana masjid nabawi tidak moden??
Jangan salah faham pulak. Aku bukan nak merendahkan status mana-mana masjid. Aku juga bukan dengan sewenang-wenangnya mengatakan zaman nabi adalah kuno. Jelas hang nak 1st class facilities, tapi hang masih lagi dengan 3rd class mentality. Macam mana tu?
Tutup isu bangunan moden ni. Kalau isu Kristianisasi di malaysia merupakan ancaman, sepatutnya orang islam yang bermalasan untuk tidak keluar berdakwah itu lagi lah ancaman terbesar. Dah la malas, lepas tu tak puas hati dengan orang yang rajin pulak. Kita ada Allah, tapi guna taktik keji untuk menghapuskan mereka. Lawan secara professional lah. Sebagai orang islam malaysia, aku malu.
Hang nampak ada harimau nak makan hang. Hang pun lari lari lari sampailah terjumpa sebuah rumah kosong. Hang nak masuk rumah tu tapi hang tak berani. Sebab orang kampung selalu kata ada hantu dalam rumah tu. Betui tak betui tu lain cerita. Orang ceqita (cerita) lah kan. Antara hantu yang dikata-katakan oleh orang kampung dengan harimau yang benar-benar sedang kejar hang, mana satu yang hang takut? (*analogi ini diubah suai sesuka hati dari status facebook Prof Hafidzi Mohd Noor)
Aish panjang lebar pulak aku membebel kat sini. Gini lah. Antara kejahatan yang hanya dibisik-bisikkan atau kejahatan yang terang benderang berlaku di hadapan hang. Kerajaan mana satu yang hang betul-betul-betul akan pilih??
Tolonglah undi dengan bijak. Ini kalilah bro. Ini kalilah. Terima kasih kerana membaca. Tidurlah awal malam ni. Esok nak bangun awal untuk keluar mengundi.
Saya akhiri tulisan ini dengan untaian kata Syaikh Abu al-'Ala al-Mawdudi;
Sesungguhnya jika penjajah Barat meragut harta, merampas kekayaan material, membunuh, membinasakan seluruh anak dan memusnahkan rumah kita, semua kezaliman ini tidaklah terlalu dahsyat, terlalu keras atau terlalu teruk kesannya berbanding..
kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dengan menabur racun-racun tamadun kebendaan, kebudayaan atheis dan akhlak mereka yang runtuh dalam masyarakat kita.
[Dr Taufiq Yusuf al-Waei, Hadhir al-'Alam al-Islaami al -Aalam al-A'mal (Dunia Islam Kini)]
Braders. INI KALI LAH!!!
Wallaahu'alam bis sowab.
2 comments:
Quote 'pakcik' maududi tu somehow mcm bleh relate skit realiti palestin vs malaysia kot? :)
betul tu. terpulang kepada orang yang membaca. haha.
tapi, jangan silap sangka pulak bahawa statement pakcik al-mawdudiy tu bertujuan untuk kata bahawa parti BN telah melakukan banyak kehancuran (statement ini pun terpulang kepada masing-masing punya intrepitasi).
cuma yang nak di-highlight-kan oleh si penulis melalui kata-kata pakcik mawdudi ini ialah;
kita ni mudah menilai sesuatu pada fizikal sahaja. berbalik kpd politik malaysia, penilaian kita sudah dipengaruhi oleh beberapa hasutan dan momokan yang hanya ditakut-takutkan.
that's why, saya menyeru agar semua yang layak untuk mengundi dengan bijak. Haha panjang la pulak explanation.
anyway, jazaakillah khayr for sharing :)
Post a Comment