Sunday, April 21, 2013


Bismillaahirrmaanirrahiim






     Orang atas pagar.....peratusan orang-orang macam hangpa ni masih banyak lagi kat malaysia. Aku mengaku yang aku ni orang atas pagar....tapi tu dulu. Aku paham kenapa masih ramai lagi yang duduk atas pagar. Senang saja alasan mereka, sebab kedua-dua pun ada masalah (eh jap, hang ni manusia jugak kan? ke hang dah naik syeikh jadi malaikat pulak?).

     Bro.....kalau hang betul-betul sayangkan negara, turun lah dari pagar tu. Berpijaklah di bumi nyata. Choose your side, biarpun kedua-dua 'sides' ada banyak masalah. Bro....kalau hang memang tak ada perasaan atau tak kisah pun apa nak jadi pada negara ni asalkan 'aku-masih-lagi-dapat-makan-nasi-dengan-mewah-setiap-hari', udah-udahlah dengan suara teriakan yang kononnya bersifat 'neutral' tersebut. You are not helping at all, sebab hang memang tak amik kisah pun pasal negara ni. Hang komen semata-mata nak tunjuk pandai ja (kenyataan ini adalah tidak 100% betul).

     Bagi mereka yang dah turun pagar dan berpijak atas bumi, syabassssss. Hangpa dah jadi lebih mulia daripada tin kosong. Tapi masih lagi ragu-ragu nak pilih side yang mana satu?? Macam ni lah, kalau sudi...dengarlah luahan hati aku ni.

     Aku memang asalnya duduk atas pagar sebab aku rasa kedua-duanya ada kelemahan yang sangat besar. Tapi aku sedar, being neutral sepanjang masa sehinggakan nak tunggu Imam Mahdi muncul, takut tak tersampai je nak tunggu waktu tu. Kemudian, mati dalam keadaan hanya ambil peduli pasal perut sendiri. Dan mulut masih lagi dalam keadaan komen kesalahan-kesalahan orang. Mulia sangatkah mati dalam keadaan macam tu?

     Akhirnya aku turun pagar dan tahu dah nak pilih 'side' yang mana. Semestinya 'side' yang berlawanan dengan kerajaan sebab aku memang sangat meluat dengan kerajaan. Bila aku cakap macam ni, pastinya ada suara dari atas langit....mungkin 'malaikat' kot (tolonglah baca dengan nada yang sangat sarkastik) yang akan teriak,


"Hang ingat baguih sangat ka pembangkang tu? Lagi-lagi parti hijau tu, dah la guna nama islam tapi perangai tak serupa orang islam pun. Hakkk tuihhh!"


     Kemudian aku memandang ke atas, cuba berdialog dengan orang kerajaan langit,


"Habis tu hang nak sokong sapa?"

"Aku malaikat! Buat apa aku nak sokong manusia yang banyak kesalahan tu??"


     Ok ok ok dah jadi merepek dah ni. Ok sambung cerita. Ya betul. Aku sedar, nobody's perfect sekalipun mereka yang mengaku untuk berjuang kerana islam. Dan bila aku cakap aku bersama Pakatan, tidak bererti aku setuju 100% dengan apa yang Pakatan buat. Kalau BN lagi ok, lebih baik aku undi BN. Tapi (buat masa sekarang) bagi aku, kesalahan di sebelah kerajaan lagi teruk. INI PENDAPAT AKU LAH YE. PENDAPAT.

     Kalau ada orang nak label kedua-dua pihak adalah 'jahat'; well bagi aku, antara dua 'kejahatan', lebih baik aku pilih 'kejahatan' yang lebih kurang. The point is bukannya nak label sapa-sapa jahat, tapi dah memang termaktub hak setiap orang yang berumur 21 untuk pergi mengundi. A atau B, itu saja.

     Dan boleh jadi kau seorang yang sokong kerajaan, tetapi tidak bererti kau tak boleh tolong kerajaan dengan menolong pembangkang. Kalau pembangkang hanyalah 'alamak-senang-sangat-lah-pembangkang-ni-nak-dikalahkan', sampai bila-bila pun kita tak akan dapat BR1M atau benda-benda yang kerajaan bagi duit kat rakyat tuh. By time, pembangkang menjadi suatu gerakan yang menggerunkan kerajaan sendiri, kalaaaauuuuuu kerajaan ni jenis yang tidoq dan makan rasuah saja kerja dia.

     Dan lihat kepada manifesto, kedua-dua pun hampir sama. Ini bukannya isu siapa tiru siapa. Yang penting, kedua-dua memang benar-benar tahu apa yang rakyat nak. Apa yang rakyat butuhkan. Dulu ada kerajaan nak bagi manifesto macam ni? Nak tak nak, 'rival' tu memang akan wujud kat mana-mana hidup seorang hero. Dan semestinya hero tak akan jadi epic hero selagi mana tidak ada rival yang betul-betul menggerunkan.

      Kalau Pakatan menang dan terbukti mereka memang lebih teruk dari BN, ape susah. The next election, pilih la BN balik. Samalah macam action film tamil, mula-mula hero kalah dulu. Kemudian si watak jahat akan bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya. Akhirnya semua pun tahu 'bau' sebenar si watak jahat tersebut. Lalu, hero pun bangkit kembali dan bantai si watak jahat sampai pecah dinding, kereta meletup dan apa semua action yang melampau tu la.

     Itu pun kalau korang melihat BN sebagai hero lah kan....which is bagi aku memang tak lah. Hahaha. Papepun, aku respek pilihan masing-masing. Kalau korang undi sapa-sapapun dengan niat untuk kebaikan, insya Allah Allah akan mengganjari kebaikan kepada kita.

     Dan aku perasan, tulisan post ni sangatlah bersifat ke-anak-anak-an, tak ada hujah atau fakta yang kuat untuk menyokong. Hanya logik akal, yang aku harap semua yang membaca faham. Dan pastinya tulisan ini bila-bila pun orang boleh bidas, juga dengan logik akal sekalipun. Aku berlindung dengan Allah agar sentiasa membukakan hati ini dengan kebenaran, bukannya ego semata-mata. Amin.

     Tulisan ini khas untuk orang yang masih lagi duduk atas pagar. Walaupun bilangan korang ni tak ramai, tetapi peratusan korang ni sangat-sangat-sangatlah sebenarnya berperanan dalam menentukan the next government. Dah sampai masa dah, buanglah 'sayap-sayap' kat belakang tu, turunlah dan hiduplah di atas bumi. Rasailah keadaan orang-orang yang sudah berada di atas bumi. Walaupun manusia ini banyak berdosa, tapi tetap juga Allah meng-amanah-kan mereka ini dengan tugas sebagai 'khalifah'. Kenapa? Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang Allah ketahui.


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"

Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".


[Al-Baqarah (2): 30]



Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 3:24 PM
Categories:

1 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>