Friday, September 2, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahim..




    



     Time tu tengah jam gila sebab bazar Ramadan, kereta pun gerak sikit-sikit. Walaupun dah masuk simpang @ atas line kuning, ada jugak yang tak nak bagi kereta kaler merah tu masuk. Kalau ikut undang-undang dah dikira salah dah ni sebab berhenti di atas line kuning.

     Kesian punya pasal, aku (kereta coklat) bagi brader kereta merah tu lalu dulu. Walaupun aku dah berhenti, tapi brader tu macam ragu-ragu nak masuk. Last-last aku bagi isyarat tangan kata, “masuk masuk!”. Brader tu pun terus pecut dan blah camtu je.

     Wow. Agak pissed off  gak time tu sebab brader kereta merah tu tak angkat tangan langsung. Blah gitu je. Sabaq sabaq. Beberapa hari selepas tu pulak:





      Kali ni aku pulak di situasi brader kereta merah tadi. Lol sungguh.

     Jalan ni memang banyak kereta. Susah gila nak dapat peluang curi-curi masuk. Sampailah giliran brader kereta biru ni, dia bagi aku jalan dulu dengan isyarat tangan, “masuk dulu!”.

     Oleh kerana jalan ni sesak, aku selalu pandang kanan pandang kiri sambil menekan pedal minyak dengan kuat, sebab takut-takut tak perasan ada kereta muncul entah mana pastu rempuh aku. Hasilnya, alhamdulillah aku dapat masuk jalan yang aku nak dengan selamat. Tapi aku tak sempat dan tak berpeluang langsung nak angkat tangan kepada brader kereta biru tu sebab bimbang keselamatan sendiri.

     Astaghfirullah. Hambik kau. Kan dah dapat tarbiyah  direct dari Allah?  

     Khabbab, seorang sahabat yang pernah disiksa sehinggakan lemak-lemak yang mengalir dari badannya memadamkan bara api siksaan, mengadu kepada Rasulullah,


“Mengapa tuan tidak memohonkan pertolongan untuk kita sehingga kita menang?”


     Tau Rasul kita jawab apa?


KAMU SEMUA NI TERGESA-GESA!


     Memang benar kata Rasulullah. Lepas 2 abad, barulah Nabi dan sahabat berjaya menawan kota Mekah (Fathul Makkah ). Hebatnya Allah kerana boleh buat masyarakat Quraisy terpinga-pinga-tak-percaya-unbelievable! selepas melihat golongan dhaif miskin hamba hina ini pada suatu ketika dulu berjaya menawan 2/3 dunia.



وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
[65:3]




     So, janganlah kita membayangkan bagaimana rupa ganjaran dari Allah, walaupun 'mengangkat tangan tanda terima kasih selepas bagi jalan'. Aku tau. Kita semua manusia, memang kebiasaan kita akan membayangkan bentuk ganjaran tersebut. Cuma, post ni lebih ke arah memujuk/menenangkan/mententeramkan hati selepas menerima 'habuk' berakibatkan perbuatan baik kita.

     Rilek bro. Rezeki datang dari arah yang tidak disangka-sangka.


إِذَا جَاءَ نَصْرُ‌ اللَّـهِ
Apabila telah datang pertolongan Allah
[An-nasr 110:1]





Notakaki:

1. Surah An-Nasr merupakan surah terakhir, diturunkan selepas penawanan kota Mekah (Fathul Makkah ).

2. Hadith panjang kisah Khabbab:

Dari Abu Abdullah, yaitu Khabbab bin Aratti r.a., katanya: "Kami mengadu kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam  dan baginda s.a.w. ketika itu meletakkan pakaian burdahnya di bawah kepalanya sebagai bantal dan berada di naungan Ka'bah, kami berkata:

"Mengapa tuan tidak memohonkan pertolongan untuk kita, sehingga kita menang? Mengapa tuan tidak berdoa sedemikian untuk kita?"



Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam  bersabda: "Pernah terjadi terhadap orang-orang sebelummu seorang yang ditangkap (oleh musuhnya, kerana dia beriman) kemudian digalikanlah tanah untuknya dan dia diletakkan di dalam tanah tadi, selanjutnya didatangkanlah sebilah gergaji dan ia diletakkan di atas kepalanya, seterusnya kepalanya di belah menjadi dua. Selain itu diapun disikat dengan sikat yang diperbuat daripada besi yang dikenakan yang memisahkan daging dan tulangnya, semua seksaan itu tidak memalingkan dia dari agamanya.

Demi Allah, Allah sungguh akan menyempurnakan perkara ini (yakni islam), sehingga seseorang yang berkenderaan yang berjalan dari Shan'a ke Hadhramaut tidak ada yang ditakuti melainkan Allah atau kerana takut pada serigala ke atas kambingnya. Akan tetapi kamu semua tergesa-gesa"



[Riwayat al-Bukhari]






Wallaahu'alam bis sowab....

Posted by Posted by zabed at 12:10 AM
Categories:

2 comments  

Thursday, September 1, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim..




     *Sila baca dengan slang Kedah

     Pernah suatu ketika di Aloq Staq, Kedah, aku ikut bapak pergi beli nasi kandaq untuk family saudara mara datuk nenek kat rumah. Sementara nak tunggu  order nasi kandaq + lauk-lauk siap dibungkus, bapak aku ajak duduk minum ayaq dulu. Ditakdirkan Allah, meja kami betul-betul bersebelahan dengan tempat buat air + jual rokok.

      Sedang aku sedap dok hirup ayaq milo (time kecik dulu), tiba-tiba bapak aku bersuara,


你怎么


     Uik? Sejak bila bapak aku boleh cakap cina ni?? Tak lama pastu, ada orang balas balik,


哇!你可以中国人


     Oh. Rupe-rupenye orang yang buat air tu berbangsa Cina.  Dan kemudian mereka pun saling berbalas-balas sampai aku pun tak tau pebende diorang dok sembang ni. Brader cina buat air tu gelak besar. Wah suka betui mamat ni. Aku rasa la kan, brader cina ni lonely  kot, tu yang seronok gila bila bapak aku speaking  mandarin. Haha selambe je buat andaian.

     Kemudian, bapak aku pesan kat brader cina tu nak rokok ‘Salem’. Brader tu pun pas sekotak ke bapak aku, dan dia kata,


“Abang, tunggu kejap ya”


      Brader tu terus sibuk mencari benda dalam laci kat tempat dia tuh. Cari cari cari cari cari, akhirnya jumpa satu kotak warna hitam dan dia bagi kat bapak aku. Bapak aku hairan,


“Apa dia ni?”


“Abang cuba bukak lah”


     Bapak aku pun bukak lah, curios punya pasal. Tengok-tengok, kotak rokok rupanya. Kotak yang boleh isi rokok, lepas tu tekan satu butang ni, nanti akan keluar sebatang rokok. Kotak rokok yang mechanical  lah senang cerita.


“Wah. Terima kasih banyak lah leng chai  (hensem)!”


     Brader cina tu angkat tangan. Muka senyum suka happy ceria gembira habis. Aku pun belek-belek tengok kotak rokok mechanical  tu. Perh. Ni rasanya, bukan murah ni. Macam branded  semacam je. Free-free je brader tu boleh bagi kat bapak aku? Dah la tak nampak riak wajah yang menyesal, malah senyum suka happy pulak tu bila memberi kotak tersebut kat bapak aku?

     Setelah beberapa tahun, baru lah aku sedar. Itulah yang dinamakan ikhlas.

     Sikit pun tak rasa menyesal bila memberi walau barang berharga kepada orang lain. Malah, rasa syok pulak tuh. Puas je rasa. Tenang je perasaan. Pastu senyum lebar. Ewah. Kalau lah aku boleh buat macam tu dengan Allah, nak solat pun tak rasa berat. Nak infaq harta pun tak ada hal lah. Nak menjual tenaga pemuda untuk beri peringatan pun rasa berkobar-kobar. Semua itu boleh kalau ada ikhlas.


Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya
[Saba’ 34:39]


What you give, you get back
[The Scorpions]


The more you give, the more you get
[Robert T. Kiyosaki]


        Kata kuncinya ialah merdeka. Merdeka dari rantai-rantai belenggu dunia. Lepaskan diri, maka perasaan ikhlas akan datang insyaAllah.


Dari segi bahasa, tajarrada maknanya macam tanggalkan pakaian dari badan.
[Syaikh besaq]


     Jadi, sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-54, merdeka-kanlah dan ber-tajarrud-lah diri anda dari pakaian atau rantaian yang mengikat kita jauh dari Allah. InsyaAllah bila dah ikhlas, barulah kita tak akan berkira pun dengan Allah. Betul ke?

     INI BARU LAH MERDEKA!

p/s: ewah. Cakap macam senang. Aku sendiri pun bergelut dengan rantai dunia. Sekurang-kurangnya mencuba, daripada tak buat langsung. Ye ke?

Lawak sinis politik: jadilah diri anda ‘pejuang komunis’ yang memperjuangkan ‘kemerdekaan negara’. Jangan jadi ‘anjing kepada British’. *Lol sungguh politik Malaysia sekarang.



Wallaahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 1:17 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, August 27, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim..


     Aku mintak cuti seminggu untuk raya minggu depan. Dan aku rasa, bukan aku sorang je, hampir semua yang kat ofis ni, tak kira lah muslim ke tak-muslim ke. Dan bukan setakat satu ofis je, ofis seluruh bangunan ni pun sama, dan senang cerita seluruh Malaysia pun sekali lah!

     Tepat pukul 5, ramai-ramai keluar ofis. Muka ceria ja semua. Cuti seminggu, balik kampong pulak tu. Mana tak happy dok? Bagusnya perasaan ‘happy’ ni sehinggakan jumpa lah sapa-sapa pun, mesti ada orang akan wish “Selamat Hari Raya”.

     Komuniti masyarakat Cina di ofis ramai-ramai wish “Selamat Hari Raya” kat kitorang. Siap ada yang buat lawak lagi, “Zaid, don’t forget to bring back kuih raya banyak-banyak ya!”. Senang cerita, ceria habis lah ofis. Ewah, bila ada project yang overdue, bukan main stress lagi muka. Hahaha.

     Turun lif je, asal berselisih dengan orang Melayu, mesti diorang akan ucap antara salah satu ni,


“selamat hari raya bang”

“maaf zahir batin bang”

“balik kampong mana nanti?”

“bawak kereta elok-elok nanti”


     Dengan riak wajah yang sungguh ‘welcoming ‘. Sungguh ceria, sungguh manis senyuman. Kemudian diiringi dengan bersalam. Wah. Syiok sungguh. Nampak pak guard, pak guard pun ucap selamat hari raya!

     Bukan setakat pak guard, buruh-buruh asing yang bekerja kat sebelah bangunan under construction ni pun ucap benda sama. Indonesia ke, Bangladesh ke, Vietnam ke etc.


“Selamat hari raya mas!”


      Senang cerita, you will see happy faces pada setiap wajah manusia. Semuanya bersenang hati. Seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Seperti negara yang aman, terasa diri ni selamat untuk keluar berjalan-jalan mana-mana saja. Semua orang seakan-akan mengambil berat tentang kita.

     Subhanallah. Ini mungkin salah satu sebab mengapa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam  tekankan ‘pemberian salam’ ketika mula-mula sampai Madinah. Benarlah sabda Rasulullah:


Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur
[Riwayat Al-Baihaqi]


     Inilah komuniti masyarakat yang diimpi-impikan islam. Inilah komuniti masyarakat yang aku rasa sangat selesa dan senang hati. Pergi mana-mana pun terasa selamat. Pergi mana-mana pun, lihat wajah yang ceria, Allah...terus naik iman.

       Muslim ke, tak-muslim ke, semuanya bahagia, tiada prejudis antara satu sama lain. Ya Allah, jadikanlah kami sebahagian dari kumpulan yang ingin membentuk masyarakat yang ideal, tiada persengketaan, mengharapkan senyuman ceria masyarakat dan pastinya keredhaan Mu. Ameen ya robb.



Singsikan lengan baju pancangkan asa
Ukirlah hari esok pertiwi jaya
Bergandingan tangan untuk meraih ridho Allah

Buatlah negeri ini selalu tersenyum
Bahagia dan sejahtera dalam cinta-Nya
Tiada lagi resah, tiada lagi duka lara

Negeri  indah Malaysia
Memanggil namamu
Menyapa nuranimu

Negeri indah Malaysia
Menanti hadirmu
Rindukan karyamu


Handzalah Project ™: Misi BADR 1432





p/s: Ramadan is leaving, are we leaving him too early??

Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 12:18 PM
Categories:

0 comments  

Friday, August 26, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim..



     Ni sebenarnya khutbah minggu lepas sempena dengan Nuzul Quran hari Rabu. Tapi rasanya lagi sesuai post pada hari jumaat, orang kata, baru ada geist  hari Jumaat.

      Mula-mula aku dah ready nak tido dah sebab dengar petikan ayat-ayat yang sungguh tipikal di kalangan pakcik-pakcik surau/masjid:


Kita menjaga jasad Quran, tak nak letak atas lantai, atas kerusi. Kita memuliakannya dengan meletak di tempat tinggi-tinggi blablablabla.


     Sungguh tipikal kan? Bila dah ready nak tutup mata, tiba-tiba aku tersentak dengar sambungan kepada petikan tadi:


Tetapi apa guna kita memuliakan jasad quran kalau kita meninggalkan perintah kandungan Quran?


     Ouch. Terus tak jadi tidur.



Pengajaran:

1. Related article: Kemuliaan Al-Quran (aku tau, tajuk ni sangat tak bersifat promotive  untuk generasi muda yang huh-ha , tapi kalau betul-betul berminat@curious dengan Quran, why not give it a try aite? )

2. Astaghfirullah. Aku betul-betul kena hentikan sifat bersangka buruk kepada masyarakat sebab sekarang jelas bahawa umat ini masih ada harapan



Wallaahu'alam bis sowab..

Posted by Posted by zabed at 2:31 PM
Categories:

1 comments  

Tuesday, August 23, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Buat pertama kali dalam 3 bulan praktikal/internship, jalan dari kawasan rumah ke highway MRR2 jam  pada waktu pagi. Pesal jam  ni? Spoil mood sungguh. Jalan 2 lane jadi satu lane sebab banyak kereta berenti kat tepi. Accident ke? Ha’ah betul. Ada motor kena langgar dan ‘rasa-rasanya’ penunggang motor tersebut terlantar di tepi jalan, lalu orang ramai cuba untuk menyedarkannya.

     Agak tragis. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. Kalau si penunggang tersebut ditakdirkan mati, harapnya agar beliau dapat berjumpa dengan Rabb-nya dalam keadaan bersih dari dosa. Amin. Kalau masih lagi bernyawa, ‘rasa-rasanya’ kena beraya dalam hospital la kot, membuatkan aku teringat keadaan diri sendiri yang berlaku pada Ramadan tahun lepas.

      Hampir 2 minggu aku terbaring kat hospital pada Ramadan lepas. Bila aku fikir balik, ya Allah, wasted  macam tu je 10 malam terakhir Ramadan. Bertambah pilu lagi apabila sebenarnya aku dah berazam untuk ‘pulun’ pada Ramadan lepas kerana itulah pertama-pertamanya Ramadan yang aku mula nak hargai.

     Sebak. Serius sebak bila fikir balik. 15 hari pertama memang boleh kata aku ‘pulun’ habis. Tapi, aku merancang dan Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Hari pertama dalam wad, badan kaku, nak cakap pun sepatah dua. RASA MACAM NAK MATI.

      Orang kata, bila kita rasa nak sampai ajal atau tahu bila nak mati (dah tua), baru kita akan mula memperbanyakkan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah. Lu silap besar jep. Lu silap besar. Kalau dah seluruh badan ko dah tak boleh nak bergerak, ko nak beribadah ape je jep?? Orang kata try lah zikir dengan hati. Try lah buat, hanya ‘zikir dengan hati’.

      Walau banyak mana pun ‘zikir dalam hati’, last-last kau akan sedar jugak hakikat bahawa amalan kau sebenarnya memang tak cukup pun untuk berjumpa dengan Allah. Walau kau cuba ‘zikir dalam hati’ 24 jam sekali pun, kau tetap tahu bahawa amalan ni memang sebenarnya sikit untuk dibandingkan dengan dosa berpuluh-puluh tahun hidup. Akhirnya, kau akan end up  menangis atas katil wad,kerana sedar bahawa kau tak layak pun nak masuk syurga sebenarnya.



Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati
[mafhum hadith riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]


“Ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”
[kata-kata seseorang sebelum menghembuskan nafas terakhir]



     Beberapa hari lagi Ramadan akan pergi. Aku harap aku tidak mensia-siakan Ramadan kali ini. Ameen ya rabb.



Wallaahu’alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 11:48 AM
Categories: Labels:

7 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>