Sunday, February 12, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim





     Aku ingat dulu ada sorang cikgu ni pernah kata yang bercakap dengan binatang seperti kucing dianggap gila atau tak waras. Biar betul? Aku pun percaya bulat-bulat. Tapi bila dah semakin tua, statement yang dikeluarkan oleh cikgu tersebut adalah sangat salah dan terlalu pasif. Siapa yang selalu tengok cerita 'Dog Whisperer' kat NatGeo mesti paham apa yang aku cuba sampaikan ni.

     Dulu rumah aku pernah bela kucing. Setiap kali adik aku keluar rumah je, kucing tu mesti lari lintang pukang menyorok sebab adik aku selalu buli dia. Tapi bila mak aku yang keluar, manja semacam la pulak si kucing nak dibelai-belai oleh mak aku. Mak aku sangat penyayang kat kucing. Dok usap2 je bulu kucing tu. Dan kadang aku perasan mak aku bercakap dengan kucing tu. Sebab tu aku agak sensitif dan terasa offensive  dengan statement cikgu tu. Alhamdulillah, ciptaan Allah sememangnya bukan calang-calang otak manusia boleh pikiaq sesuka hati dengan hanya melihat secara fizikal sahaja.

     Gua bukan nak cerita pasal skill bercakap dengan kucing atau mana-mana binatang. Gua nak cakap pasal geist , roh, feeling, the Force, aura, hati dan yang seangkatan dengannya.





     Pernah baca buku A World Without Islam  karya Graham E. Fuller? Secara rambangnya, buku ni tak cerita pasal keburukan islam pun, malah kebaikan yang dunia barat dan timur dapat hasil daripada 'kewujudan islam' dan lain-lain lagi. Penulis memang terer bab-bab sejarah islam, malah sampai seerah Rasul pun tau. Beberapa ayat Quran pun telah dikaji dengan teliti sehingga dimuat masuk dalam buku ni. Hairan, kenapa penulis masih bukan orang islam sehingga ke hari ini?

     Pernah dengar cerita anak ustaz yang dididik dengan 'ilmu pengetahuan' agama sejak kecil dan tiba-tiba bila dah besar, tukar agama sebab laki?

     Tau tak dekat Harvard Uni ada sediakan course 'Islamic studies' tapi yang mengajar adalah bukan islam? Ajar pasal 'intro to hadith' pulak tu.

     Pernah dengar cerita orang-orang Barat hafal Quran, tapi tetap tak masuk islam jugak. Kadang ada yang siap menghentam islam dengan 'ilmu-ilmu pengetahuan' tu.

     Pernah dengar statement ni: "Harap belajar je sekolah agama, cakap pasal agama memang pum pam pum pam. Tapi perangai macam..........".

     Kenal Abu Talib bapa saudara Nabi? Antara benteng terkuat nabi dan sangat banyak membantu dakwah ketika zaman Mekah dulu. Tapi beliau mati dalam keadaan bukan islam.

      Ok ok. Itu kisah 'mereka'. Pernah dengar kisah Sumayyah bint Khayyat? Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah islam mati sebagai syahid. Beliau mati kira-kira 5 tahun selepas dakwah Rasulullah bermula. Dalam 5 tahun, hangpa ingat Quran dah habis diturunkan ka? Baru 5 tahun, ada 18 tahun lagi sehingga Al-Quran benar-benar complete sehingga ke hari ni. Tak silap, dalam 5 tahun tu tak ada lagi syariat kena jaga aurat.

     And yet, dengan ajaran Quran yang baru berumur 5 tahun ketika itu mampu melahirkan manusia seperti Sumayyah yang sanggup diseksa sehingga mati kerana mempertahankan islam, mengapa hari ni orang yang hafal Quran yang dah complete pun masih lagi tak nak terima islam ataupun mati kerana islam??

     Sekarang ni bukan masalah 'ilmu tak cukup tak boleh la bang~~'. Buat apa kita kumpul atau belajar ilmu tapi end up jadi macam orang-orang yang disebutkan tadi (kecuali Sumayyah) ? Kita nak membina fikrah!  , bukan mengumpul ilmu banyak-banyak ibarat lemak yang berlebihan sehingga mengakibatkan jadi obese.

     Sumayyah ambil satu kitab yang tak complete lagi namun beliau boleh faham islam sampai mati keranaNya. Ada orang kaji 10,000 kitab pun masih tak faham lagi tentang islam.

     Fikrah, dengan bahasa rambangnya bermaksud 'dari kepala turun ke hati'.



Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati.


[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]






Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)...


[Al-'A'raf (7): 179]






Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen.


[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]






Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 5:05 PM
Categories:

2 comments  

Tuesday, February 7, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim







    Aku ingat, pernah sekali aku dan 2 orang lagi member ditugaskan sebagai 'pasukan survey tempat' kat Sungai Pisang, Gombak. Kira-kira setahun yang lepas dengan tarikh hari ni. Sehari sebelum tarikh camping, barulah kitorang pergi survey, itupun baru lepas hantar coursework. Penat woo.

    Kira-kira dalam pukul 5 baru sampai ke tempat parking. Kitorang risau jugak sebab dah nak malam. Trekking ke air terjun adalah lebih kurang sejam jugak. Perjalanan balik ke kereta lagi? So tanpa buang masa, kitorang redah jugak hutan. Memang gila. Tak ready ape pun. Aku sempat tinggalkan beg camera kat kereta sebab jadi beban untuk masuk hutan.

sesat

sesat. sempat snap sebelum habis battery

     Jam menunjukkan pukul 6.30, tapi tak nampak-nampak jugak air terjunnya. Yes. Kitorang sesat. Entah camana entah kitorang masuk, main terjah je. Sorang pun tak tau jalan ke air terjun. 'Nasib baik' (bukan nasib yang baik, lebih kepada kebiasaan penggunaan perkataan) kitorang ingat jalan pulang. Dah nak gelap, balik je la. Esok pandai-pandai la kita trek camana ka.

     Sampai-sampai ke tempat parking, ketiga-tiga kitorang terkejut. Innalillaahi wa inna ilaihi raajiunn. Kereta kena pecah. Tingkap belakang pecah. Beg camera aku kena songlap dan apa lagi satu aku tak ingat. Tapi kitorang memang terkejut gila. Baru sejam tinggalkan kereta. Badan pulak terasa sangat-sangat penat tapi berlaku tragedi macam ni pulak. Serius speechless. Salah sorang dari kitorang terpaksa tidak berbaju kerana nak lapik seat belakang dari terkena sisa-sisa kaca yang pecah. Selama perjalanan pulang ke semenyih, senyapp je kitorang. Tak cakap apa pun. Sebab terkejut.

     Salah seorang dari kitorang call murabbi  (brader usrah), suruh cancel camping ni atas dasar keselamatan. Kitorang cerita perkara yang berlaku hari ni from A to Z. Tapi, murabbi tetap insist jugak untuk buat camping ni atas sebab-sebab tertentu. Berat hati, tapi murabbi dah arahkan. Ikut je la. Malam tu meeting berhabis-habisan tentang soal camping di sungai pisang ni dan akhirnya tekad jugak untuk buat camping kat sungai pisang, bukan kat tempat lain. Rasa tak sedap hati memang sangat menebal malam tu. Rasa macam nak baling kerusi kat muka orang je.


      Esoknya bertolak ke sungai pisang seperti yang dirancang dan Alhamdulillah, sepanjang 2 hari ber-camping di sana tak ada masalah besar timbul. Dan itu bukan highlight sebenarnya.

     Bertitik-tolak dari camping sungai pisang ni, salah seorang kawan kitorang menyertai usrah, walhal sebelum menyertai camping ni dialah antara orang yang banyak persoalkan dan menentang benda-benda usrah ni. Serius rasa nak meleleh air mata bila dia sendiri offer diri nak join usrah. Mahasuci Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

     Semasa cuti 2 minggu ni sempat aku dan beberapa orang lagi survey dua tempat. Kat chilling waterfall, kuala kubu bharu dan teluk cempedak, kuantan. Dan biasalah, mesti adaaaaa je ujian atau cabaran semasa nak survey tempat ni. Tak ada la seteruk seperti pecah tingkap kereta, tapi masalah-masalah seperti masalah duit, kereta, orang yang nak join, positioning , taat kepada perintah ketua etc. Tapi bila dah sampai tempat yang nak di-survey, wah lauuu. Suatu gambaran yang tak terungkap hanya dengan kata-kata. Rasa macam, "bapak best tempat ni! Kenapa dulu aku tak pernah pergi sini? ". Hilang habis segala perasaan atau masalah-masalah yang timbul awal-awal.

     Berada dalam kumpulan atau terlibat dengan reconnaissance  (to gain information about the features of the environment) ni kadang-kadang sangat mencabar. Tak de la mencabar mane pun. Lebih kepada internal conflict  je pun. Ye lah. Kau mana pernah pergi tempat tu, tak tau syiok macam mana tempat tu, kemudian semasa dalam perjalanan, dalam kepala ko dok pikir, "Eh. Berbaloi ke perjalanan/pengorbanan aku ni?". Tapi nikmat bila dah sampai ke destinasi tu, fulllaooooo. Lupa habis segala masalah yang awal-awal tadi berlaku. "Alaaaaa. Halal je la duit minyak dan duit tol tu eh!"

     Sekarang ni, sape pernah nampak syurga? Ade? Jadi, tak perlu pelik la bila dalam perjalanan ni ada banyak suara-suara yang mula persoalkan tentang destinasi. Berbaloi ke syurga ni untuk pengorbanan aku? Wujud ke syurga ni? Syurga adalah nikmat yang telah Allah ghaibkan dari pandangan mata manusia. Justeru, apa yang memotivasikan si muslim agar terus thabat di jalan ini?

     Tahun kesedihan Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam berlaku disebabkan pada tahun tersebut isterinya Khadijah dan bapak saudaranya Abu Talib meninggal dunia. Maka, kelihatan seolah-olah seperti dakwah Rasulullah mula menemui waktu yang sangat sukar tanpa kedua-dua insan tersebut. Takdir Allah, peristiwa isra' mi'raj berlaku selepas tahun kesedihan ini. Rasulullah diangkat naik ke langit, sehingga dipertontonkan syurga dan neraka, malah sehingga wajah Allah dilihatnya sendiri! Subhaanallah.

     Bagi kita ummat terakhir, syurga adalah sesuatu yang mustahil dilihat kecuali apabila syahid. Tapi sekarang ni, Allah telah pertontonkan kepada kita bibit-bibit kemenangan islam, walaupun masih jauh. Harapan itu masih ada dan sangat jelas di mata sekarang malah di dada-dada akhbar sekarang bahawa islam akan bangkit dan bakal menjadi world order  .


Islam is already the fastest-growing religion in Europe. Driven by immigration and high birthrates, the number of Muslims on the continent has tripled in the last 30 years. Most demographers forecast a similar or even higher rate of growth in the coming decades.


[An Uncertain Road: Muslims and the Future of Europe
, The Pew Forum on Religion and Public Life]


     Tahun 2012, sangat banyak tanda-tanda kebangkitan islam walaupun tak de la besar mana pun. Tapi, kenapa masih lagi ragu-ragu dengan jalan dakwah? Kenapa masih lagi beralasan dalam menjalankan tugas wajib ni?

     Orang kata, ada 3 jenis muslim sewaktu zaman kebangkitan islam; 1. orang yang bersama gerakan islam. 2. orang yang menentang gerakan islam. 3. orang yang hanya tengok.

     Bagi aku, golongan yang ke-tiga tu sangat rugi. Tengok je? dengan bahasa kasar, macam tak guna langsung. Suatu kerisauan bagi 'orang yang hanya tengok', dikhuatiri mereka inilah orang yang dikatakan Allah akan digantikan dengan 'orang-orang yang baru' (seperti revert muslims).


Dan jika kamu berpaling, Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

[ Muhammad (47): 38]


     Entah-entah pengislaman Daniel Streich merupakan pengganti kepada diri kita dalam membawa mesej islam? Naudzubillaahi min dzaalik .

Posted by Posted by zabed at 12:32 AM
Categories:

1 comments  

Tuesday, January 31, 2012


Bismillaah.


     Setelah sekian waktu tak ada di kl, akhirnya pagi Ahad aku ikut mak aku keluar pergi beli barang dapur kat jusco setiawangsa. Sedang berjalan ke arah gedung tu, singgah kat A&W nak minum air. Malaysia sangat panas sekarang.

     Sampai-sampai tu, tuuuu diaaa. Sekali dua birthday parties kau. Mascot A&W bear tu sampai dua jugak. Highlight bukan yang tu, tapi budak-budak. Ya Allah *face palm*. Bising gila. Jerit macam nak rak sebab main game apa ntah. Music chair ka apa. Yang chicken dance pape je la. Tapi memang, haishhh. Jerit sana sini. Lari sana sini. Excited gila.

     Eh. Aku tak kata budak-budak ni jahat. Diorang ni ibarat kain putih. Siapa yang cat kasi kaler macam #&$*^@ ni?







     Habis berita di tv3, terus keluar opening AJL. Gila grand. Iklan-iklan kat tv tu dah macam 'ada style', tapi bila tengok AJL tu lagi, 'bapak ah grand gila!'.

     Entah lah. Aku pening kepala. Sekarang memang nampak ummat sedang membangun, tapi pihak di 'sebelah sana' macam nak counter dengan gigih segigih mungkin untuk menghalang. Dan bertambah sadis apabila yang menghalang itu adalah mereka yang mengaku secara lidah bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. I'm not saying about Malaysian politics.

     Betul ke Malaysia merdeka? Pening. Aku pening tengok orang yang bersungguh menidakkan apa yang realiti mata persembahkan tetapi mencari hujah-hujah kosong untuk menguatkan statement supaya sesuatu yang terang-terang buruk nampak cantik. Putar belit.



WHAT'S WRONG WITH YOU MALAYSIANS????








Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil,
 
 
 
aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. 
 
 
 
Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini?



-Syed Qutb rahimahullah

Posted by Posted by zabed at 12:48 AM
Categories:

0 comments  

Sunday, January 29, 2012


Bismillaah.

antara 'orang tua' yang dikagumi


Dari Shofwan bin Amr, ia berkata,

"Ketika aku menjadi Gabenor Hums (Syria), aku menjumpai seorang bapak tua warga Syria yang telah turun kedua alisnya. Ia berada di atas kenderaannya bersiap-siap hendak ikut berperang. Lalu aku berkata kepadanya,

'Wahai Paman, engkau dimaklumi oleh Allah untuk tidak ikut berperang.'

Seraya mengangkat kedua alisnya, bapak tua itu berkata,

'Hai nak, Allah telah menyuruh kita keluar baik dalam keadaan ringan maupun berat. Ketahuilah, sesungguhnya Allah selalu menguji orang yang dicintainya.'"


     Baru-baru ni aku balik kedah kerana dapat tau yang datuk sakit dan kepenatan. Sampai kedah waktu subuh dan aku terus tidur sampai waktu tengahari. Aku sangat terkejut bila dapat tau yang datuk masih lagi dapat maintain bangun malam dan solat 8 rakaat walaupun dalam keadaan kepenatan kerana tua. Benarlah sabda Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam,


Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut

[Riwayat Imam Ahmad]


     Hadith ni mengajar kita dengan bahasa senangnya, buat je apa-apa bentuk kebaikan selagi mana tak kiamat/mati lagi. Tapi hari ni mungkin kita 'orang muda' sudah mati berkali-kali.

     Malulah weh kalau hidup ini hanya untuk kepentingan diri sendiri saja. Tak nampak ke masyarakat sedang berubah sedikit demi sedikit?



أَوَلَمْ نُعَمِّرْ‌كُم مَّا يَتَذَكَّرُ‌ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ‌
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir?
[Fatir (35): 37]




wallahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 11:39 AM
Categories:

2 comments  

Saturday, January 21, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Oh dah habis exam. Alhamdulillah. Tapi aku sebenarnya sangat takut sebab aku tau ada 3 paper yang aku kantoi. Sangat kantoi. Papepun, asalnya nak tulis satu post berkenaan tentang pasca exam tapi bila tengok balik post-post lama kat blog ni, rupenye ada 2 posts yang dah bincang tentang hal ni. Jadi aku pun tak nak menambahkan lagi koleksi cerita-cerita pasca exam. Baca je lah kalau sapa-sapa nak baca.



1. Habis Exam (January 2011) --------> Konsep tawakkal  selepas exam


2. Sesudah 'Exam' (May 2011) --------> Perasaan takut result teruk selepas exam




     Kali ni, saja nak share teka teki matematik yang buat aku berfikir selama satu malam. Haha. Here goes bebeh. Alkisah ada 3 sekawan yang tinggal di rumah sewa yang sama; George, Bobby Luke dan Aku.




      Pada suatu hari, Bobby Luke berhajat untuk membeli nasi kukus ayam dara yang berdekatan dengan kawasan rumah sewanya yang berharga RM5. Oleh kerana Bobby Luke seorang yang jarang pergi cucuk duit kat ATM dan tak ada kereta untuk bergerak ke sana sini, maka Bobby Luke memutuskan untuk berhutang dengan George sebanyak RM10. Setelah mendapat pinjaman wang sebanyak RM10 dari George, akhirnya Bobby Luke pergi membeli nasi kukus tersebut dan bawa balik untuk dia sorang je makan. Tak tolong belikan untuk housemates lain pun. Selfish. Haha ok ok.

     Ingat, Bobby Luke berhutang RM10 dengan George.

      Ok. Selang beberapa hari, George, Bobby Luke dan Aku berhajat untuk makan malam di Restoran Selera Aqim Tomyam selepas selesai solat maghrib di surau. Setibanya di restoran tersebut, Aku mendapati bahawa dalam dompetnya hanya tinggal seringgit saja! Gelabah dan cuak, walhal sebenarnya malas untuk pergi cucuk duit di stesen minyak berdekatan, Aku berhasrat untuk meminjam duit dengan si George sebanyak RM10 juga. Si George dah buat muka menyampah, sebab dia tau yang Aku ni selalu bayar hutang lambat dan duit dalam dompet dia pun tak banyak. Tiba-tiba George teringat satu perkara,



"Eh Bobby Luke. Kau hutang aku RM10 kan?" tanya George.

"Haah. Aku baru teringat. Ko nak sekarang ke?" jawab Bobby Luke.

"Ko bagi je la kat 'Aku' ni sebab dia nak pinjam RM10 dengan aku".

"Ok ok."



     Bobby Luke kemudian menyerahkan wang kertas RM10 kepada Aku. Legalah Aku, kerana malam ni beliau dapat makan nasi goreng USA, bukannya nasi bujang yang berharga RM1. Habis cerita. Tammat.

     Secara logik akalnya, Aku seharusnya bayar balik kepada George sebanyak RM10, betul? Pinjam RM10, bayar RM10, betul? Jadi, soalan teka tekinya ialah:


Kalau George bagi Bobby Luke pinjam RM10 dan RM10 lagi kepada Aku (total = RM20), mengapa akhirnya Aku hanya perlu bayar RM10 sahaja? Mana pergi RM10 lagi? George akan kekurangan RM10 kah??


.
.
.
...
.....
.......
...........
...............
....................



     Cuba try jawab.

     Rasanya agak lame  teka-teki ni. Senang sangat kalau sapa baca betul-betul. Lagi bagus kalau sapa dapat bayangkan situasi ni (sebab hakikatnya berasal dari cerita sebenar). Takpe lah. Kalau dapat jawab dengan betul pun, bukannya aku boleh belanja makan pun. Haha. Bagi sapa-sapa yang tak dapat tangkap, hint teka-teki ni bermain dengan masa.

     Kita hidup dalam dunia 4D. Selain x,y & z (space), ada satu lagi dimensi yang Allah ciptakan untuk kita (setakat penemuan sains sekarang), iaitu masa (time).

     Benarlah firman Allah, orang yang betul-betul dapat 'bermain-main' atau 'control' masa ni sebaik mungkin, memang dia tidak tergolong dalam orang yang rugi. Genius.

     Adakah entry kali ini lagha  atau sia-sia? Tak, sekiranya otak kita berfikir se-kritikal mungkin daripada stalk  orang kat Facebook. Haha.

     Insha Allah selama seminggu lebih ada 'kerja lain', jadi nak update blog tak dapat la jep. Harapnya 2 posts di atas yang disebutkan dapat menjadi saham di akhirat untuk aku ketika seminggu lebih ni. Amiin.



Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah. Selamat bercuti dan selamat menyambut tahun baru cina. Drive safely macha.

Posted by Posted by zabed at 1:05 PM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>