Tuesday, February 8, 2011


In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful


     I know it's already Tuesday, but it's never too late to call it a 'kickstart'. Here, I would like to share a letter written by an american football head coach of Uni Texas 'Longhorns' to his player in 1960s. Quite inspiring. *Sniff

Here goes:


You should all ask yourself what do you feel when you are defeated. Are you blaming others, feeling depressed, or are you feel with passion, ready to take challenge again.

All those of you who has played on the field will have tasted defeat, there's no player who has not lost before,



     Here comes my favourite part;



However, the best players, as a tribute to all their efforts, will give everything they've got to stand up again.

The ordinary players will take them a while to get back on their feet,

while the losers will remain flat on the field.


Do not be ashamed about being defeated.
To be defeated and not to stand up is what you should be ashamed of.


Darrell Royal




Do not, then, either lose heart or grieve: for you shall surely gain the upper hand if you are true men of faith [3:139]

Posted by Posted by zabed at 6:21 PM
Categories:

2 comments  

Friday, February 4, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Sedang dunia dikejutkan oleh berita di Mesir, tiba-tiba kepala aku teringat tentang Children of Bodom.


Apa dah jadi eh dengan diorang? Lama dah aku tak update pasal depa ni. Entah-entah dah ada album baru kot?


     Aku pun Google perkataan "Children of Bodom", keluar website dia, aku click dan tengok. Yeap, diorang dah keluarkan album baru.



'Relentless Reckless Forever' ? Maksud mendalam ni. Hit single? 'Was It Worth It?' Try dengar...


     Aku bukak YouTube tajuk lagu tu. Perh, siap ada trailer lagi. Maju diorang ni, makin famous. Kemudian, aku try dengar lagu dia kat youtube. Herm not bad.... Then, aku baca comment daripada uploader dekat video tu.


Uploader:

Metal heads all over the world, listen!

The world is changing! The tallest player in the NBA is asian!

And the chick with the highest pitched voice is Justin Bieber!

No one listen to metal anymore! Justin Bieber's 'baby' video currently has over 450,000,000 views! What the f*! Everybody unite on Feb 21st and watch Children of Bodom! Refresh your page 5 times to give it 5 more views! Thumbs this up so it gets noticed! And copy + paste to all metal vids of your choice! UNITE!!!

[80 like this]


     Haha aku gelak jap baca comment ni. Sedar pun diorang yang kiamat dah dekat. LOL. Pastu, ada reply untuk comment tersebut:


Anonymous:

I wouldn't mine if everyone would refresh this 10 timess ;) 

[28 like this]


     Semangat habis diorang ni! Pastu aku scroll lagi nak baca comment lain pulak.


Anonymous:

If you want to prove metal is alive, start going to live shows even to underground metal shows and buy merchandise from the band. Millions of views in youtube proves sh*! Let's prove that metal worths our money and time.

[0 like this]


     "Let's prove that ". Perh. Ni lagi mantap. Dah termasuk kategori da'wah bil haal dah ni! Da'wah bil haal: da'wah yang mengedepankan perbuatan nyata. Ni mesti baru lepas baca salah satu risalah hasan al-banna; Hal Nahnu Qaumun 'Amaliyyun? -- Adakah Kami Golongan Yang Beramal?

     Berapi-api gila semangat mereka! Apa yang mendorong mereka sebegitu? Aku tanya diri sendiri, apa yang best sangat sampai nak 'UNITE ' untuk metal band ni? Opppss silap. Dalam menilai orang lain, kita kena, "walk a mile in my shoes " dulu. *Meaning: you should try to understand someone before criticising them.

     Kemudian, aku cuba bayangkan sekiranya aku berada di tempat diorang. Hermm teringat kisah lama. Kalau aku tak join tarbiyyah, memang definitely aku akan 'bersama' diorang. Aku berjuang kerana band metal; aku akan buat seperti mana yang dianjurkan oleh uploader tersebut, aku akan copy statement tersebut kemudian paste dekat status Facebook, aku akan sebarkan berita tersebut di kalangan member-member di Melawati untuk teruskan 'perjuangan kita' & aku akan teruskan promote beberapa lagu-lagu metal kepada orang awam agar mereka dapat menerima sedikit demi sedikit. Serius gua pernah buat sekali yang promote bagi orang dengar tu. Dulu time foundation ada sorang housemate dari Nigeria. Ya know, orang-orang sana mana minat lagu-lagu metal yang keras-keras ni. Diorang dengar lagu hip hop & R&B je. Pastu, gua keep on 'dakwah' beliau setiap hari sehinggalah akhirnya dia menerima satu lagu Trivium - Like Light to The Flies. Dia kata best. Perh, betapa sukanya hati aku bila 'dakwah' berjaya!

     So,  apa yang mendorong atau motivate aku (old version) dan mat-mat metal ni? Diorang ni walaupun tidak menjadikan Allah sebagai matlamat mereka, namun 'motivasi' mereka mampu untuk menggerakkan seluruh anggota badan mereka untuk menyebarkan fahaman diorang. Pelik? Tak pelik.

     Bila aku refresh balik zaman sewaktu aku terlibat dengan benda-benda ni, akhirnya aku faham juga kenapa; Kerana rasa 'best'. Kerana manisnya rasa 'best' menghayati lagu metal, munculnya suatu perasaan dalam diri bahawa perlunya share atau kongsi perasaan manis ini kepada orang yang berada di sekeliling. Betul ke? Tanya diri sendiri laa!

     Ingat lagi cerita Kerana Manisnya Epal yang kita belajar time SPM dulu? Kenapa pakcik Buchanan tu masih lagi berjuang untuk kebun epal tersebut walaupun tentera dah on the way  ke kebun tersebut? Walaupun dah diberi tawaran yang lumayan untuk membeli tanah kebun epal tersebut? Kerana Manisnya Epal ! Baca tajuk laa!



kerana manisnya atau feeling-nya bermain gitar




     Kemudian, aku teringat kata-kata naqib aku:


"Kalau kita tak rasa 'best' dengan islam, kita tidak akan menyebarkannya"


     Zzappt! Setuju 100%.

     Bagaimana kita? Adakah kita benar-benar berasa 'best' menjadi muslim? Apa sahaja usaha kita? Jihad study??? Jihad ekonomi???


Jihad 

     Berdasarkan pengalaman, ramai yang akan mengatakan bahawa mereka sedang 'jihad study' atau 'jihad ekonomi' bila diajak untuk jihad yang sebenar-benarnya [22:78]. Berdasarkan pemerhatian, input tidak sama dengan output. Gua tak nak comment panjang-panjang pasal  jihad study atau  jihad ekonomi ni. Kang nanti ada yang terasa, berjela-jela pulak. Baca  Jihad Study  kalau nak taw sangat pasal benda ni.

     Cuma, nak tambah sedikit. Jihad berasal dari perkataan  jahdu = bersusah payah dan  juhdu = bersungguh-sungguh. Kalau betul-betul la kita kata kita berjihad, selagi mana kita tak berasa susah atau diancam, selagi mana kita tak bersungguh-sungguh, selagi itulah jangan sesekali berani membuta tuli kata bahawa, "Aku sedang  jihad study / jihad ekonomi ". Habis tu, bentuk yang macam manakah jihad yang sebenarnya itu diaplikasikan kepada manusia??

     Utusan Allah; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, qudwah atau contoh ikutan kita. Bagaimana Nabi Muhammad berjihad? Adakah baginda berasa senang-senang atau aman dengan jihad baginda? Adakah baginda berasa selesa atau berada pada comfort zone semasa baginda berjihad? Baginda ditentang! Baginda diboikot! Baginda dihina! Baginda dicaci, diejek! Baginda dituduh orang gila! Baginda dilontarkan kantung najis haiwan! Baginda dilemparkan batu sehinggakan berdarah kepalanya! Kerana apa baginda diancam sebegitu rupa sedangkan baginda sebelum diangkat menjadi rasul diberi gelaran al-amin (yang dipercayai), malah berasal dari keluarga terhormat di Quraisy, dan pada diri beliau sendiri sangat-sangat dihormati oleh rakyat-rakyat Quraisy? Kerana apa baginda keluar dari zon selesa dan aman?  Nah, inilah dikatakan jihad dengan sebenar-benar jihad. Kerana 'best'nya menjadi seorang muslim, kerana manisnya syurga, kerana manisnya mengharapkan keredhaan Allah, mereka tetap berjihad (baca: bersusah-payah dan bersungguh-sungguh) untuk menyebarkan kalimah "Laa ilaaha illallah ", tiada yang berhak disembah melainkan Allah.

     Seorang muallaf berbangsa 'biologically ' Cina Malaysia yang sedang belajar di UIA pernah ditanya, kenapa sanggup bersusah-payah demi islam, sehinggakan dihalau oleh keluarga, terpaksa mencari rezeki untuk makan minum serta menuntut ilmu di UIA dengan hasil usahanya sendiri. Kemudian beliau menjawab dengan tenang,


Akhi, dunia ini sekejap. Sekejap lagi kita akan tinggalkan


     Allah.....Tertunduk kepala gua dengar statement ni. Ini muallaf yang menganut islam, eh silap, faham islam selama 2 tahun. Kerana 'best'nya menjadi muslim, kerana manisnya syurga, kerana manisnya mengharapkan keredhaan Allah !




Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (pangkat).

[Al-Baqarah (2):155]


    
     Selagi kita berada dalam comfort zone, berada di kawasan 'aman', selagi ujian-ujian yang disebut dalam ayat 2:155 tidak dirasa kita, selagi itulah jangan mengotori erti jihad sebenar (baca: bersusah-payah & bersungguh-sungguh) dengan jihad yang kita selalu claim tersebut (i.e jihad study, jihad ekonomi, jihad demonstrasi etc).

      Kembali kepada persoalan; sekiranya kita tidak rasa 'best' dengan islam, maka kita tidak akan menyebarkannya. Benarkah kita rasa 'best' menjadi muslim? Apa sahaja usaha kita? Kita yang mengaku pemuda islam?

     Imam Hasan Al-Banna (pengasas Ikhwanul Muslimin atau lebih dikenali sebagai Muslim Brotherhood) telah merumuskan dua jenis pemuda dalam sebuah ucapannya (atau dalam risalah Ila Syabab -- Kepada Pemuda).



     1. Pertama, pemuda yang lahir dan hidup dalam kegetiran, prahara. Mereka ini pemuda perjuangan. Setiap pagi mereka bangun memikirkan bagaimana untuk survive  pada hari tersebut. Otak mereka ligat mencari jalan untuk menyelamatkan wajah-wajah kesayangan mereka daripada kekejaman musuh Allah.

     2. Manakala satu jenis lagi adalah anak muda yang lahir dalam sebuah negara yang aman damai. Keselesaan menyebabkan mereka lalai, lupa tanggungjawab yang wajib digalas.



     Itu klasifikasi untuk pemuda menurut Imam Hasan Al-Banna. So, kita pemuda islam? Tanya diri sendiri, selama aku hidup sebagai muslim, pernah tak aku rasa 'best' menjadi seorang muslim ni? Adakah perasaan best menjadi muslim tu pernah mendorong kita untuk bergerak dan beramal? Sebagaimana mat-mat metal yang comment kat video YouTube Children of Bodom tu? You ask yourself laa bro!

      Mungkin ya, mungkin tidak. Bro, camana nak rasa 'best' tu? Aku kagum tengok semangat diorang meluap-luap despite ditentang habis-habisan. Apa benchmark atau titik rujukan perasaan 'best' tu?




Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anh, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tiga perkara ini akan menjadikan seseorang merasai kemanisan atau keindahan iman iaitu:

1. Kasihnya kepada Allah dan RasulNya melebihi kasih selainnya

2. Dan mengasihi seseorang hanya kerana Allah dalam urusan mentaatinya

3. Dan perasaan benci kembali kepada kekufuran (kerana Allah telah menyelamatkannya dan memberi hidayah kepadanya) sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam neraka.

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)




     *Mungkin bagi sesetengah orang, no 1 & 2 tu susah. Tak pa. Step by step bro. Mulakan dengan no 3 dulu, betapa 'best'nya menjadi muslim bila kita benci untuk kembali ke kehidupan jahiliyah lama kita


     Naqib gua juga pernah cakap,

     "Semasa zaman kebangkitan islam (sekarang), adakah kita akan bersama-sama muslim yang sedang berjuang? Atau duduk dan tengok sahaja (complaint, excuses etc)? Atau bersama mereka yang menentang muslim yang berjuang?"

      Mudah-mudahan, Allah menurunkan hidayah kepada saya dan mereka-mereka yang sedang membaca, supaya kita berasa 'best' menjadi muslim. Amin~~        :)

Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 9:32 PM
Categories:

2 comments  

Wednesday, February 2, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Selesai sahaja solat berjemaah 'asar pada petang Khamis, aku terus tanya budak-budak rumah aku,

Aku: "Sapa puasa hari ni? Nak ikut pergi bukak puasa kat luar tak?"

B: "Aku! Aku!"

C: "Nak ikut jugak"

D: "Aku pun nak ikut sekali. Aku puasa gak."

     Ehhhhhhhh?? Ko puasa ke hari ni Mr D? Haha kantoi la weh tadi time tengahari aku nampak ko makan nasi omelette ayam ko tuh.






D: "Bhaiii... Aku puasa mata, telinga dan mulut kot."






 p/s: puasa puasa jugak, jangan lupa benda lain yang kena puasa gak


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 9:08 PM
Categories: Labels: , ,

2 comments  

Friday, January 28, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


      Pertama-tama, aku nak paparkan kisah bagaimana orang islam convert ke Christian. Sumber: [1]buku yang tak ingat nama tajuk, [2]video yang tak ingat nama tajuk & [3] berita yang hampir atau sudah terkubur di Malaysia. Kedua, aku tak berhajat langsung nak ber-comparison atau membandingkan islam dengan agama lain.


Kisah 1

     *aku dapat cerita ni melalui seorang kawan. Kawan ni pulak dapat cerita ni melalui pembacaan dari satu buku yang diberi oleh seorang lelaki kristian yang berhasrat untuk mengorat beliau. Buku tersebut berkisar tentang himpunan kisah-kisah bagaimana orang islam masuk krisitan. Get the picture? Namun, aku ingat-ingat sedikit kandungan, which mungkin ada tokok-tambah dari segi hal-hal kecik, tetapi point penting, insya Allah masih lagi aku ingat dalam kepala.


[Cerita rekaan, ingat-ingat sikit kat dalam kepala:]

     Al-kisah, ada seorang perempuan muslim, yang berhajat sangat nak jumpa anak @ suami dia (tengok, nampak sangat aku hentam atau reka-reka). Tetapi, ada sebab yang tersangat kukuh, mengakibatkan perempuan muslim tersebut tidak dapat berjumpa dengan orang yang disayanginya tadi. Dipendekkan cerita, which is, aku sendiri tak ingat, plus aku reka-reka dengan sendirinya, perempuan muslim ini berkawan dengan seorang kristian di mana orang kristian ini menawarkan Bible untuk perempuan ini baca, agar hatinya tenteram, dek kerana tidak dapat berjumpa dengan orang yang disayanginya tersebut. Kemudian, rakan kristiannya ini tak henti-henti mendakwah & men'tarbiyyah' perempuan tersebut.


[Cerita bukan rekaan, dengan kekuasaan Allah aku masih lagi ingat:]

     Oleh kerana perempuan muslim tersebut terlalu berada dalam kepekatan suasana kristian, thanks to her Christian friend, akhirnya beliau tekad untuk pergi ke gereja. Nak convert? No. Belum lagi. Saja nak test keberkesanan berdoa di sana. Kemudian, pergilah beliau ke gereja, dan cuba berdoa di sana agar impiannya tercapai.

     Apa impian dia? Haaa. Beliau berharap sangat agar dapat berjumpa dengan anak @ suami dia tersebut. Beliau berdoa di hadapan patung Jesus, dengan penuh rasa khusyuk, penuh rasa pengharapan, penuh rasa menyerah diri kepada Tuhan, penuh keyakinan bahawa berdoa di gereja adalah langkahnya yang terakhir, tiada tempat lain lagi. Bersungguh-sungguh beliau berdoa, sehinggakan bercucuran air mata membasahi pipinya. "Oh Tuhan, Kau ketemukanlah anak @ suami aku padaku. Sungguh, penderitaan yang aku alami selama ini telah berlarutan. Tiada tempat lagi yang boleh ku harap selain padaMu. Oh Tuhan..."

      Sayu, harapan yang tinggi, akhirnya beliau memandang ke bawah, menangis teresak-esak. Tiba-tiba, kedengaran suara pintu gereja dibuka. Kreeeiikkkkkk. Oh, ada orang masuk gereja. Beliau mengusap air matanya, lalu memandang ke arah pintu tersebut. Alangkah terkejutnya beliau, apabila manusia yang memasuki gereja tersebut adalah anak @ suaminya tersebut! Terus-menerus perempuan tersebut berlari mendapatkan orang kesayangannya tersebut dan memeluknya seerat mungkin. "Oh! Benarlah janjiMu Tuhan! Aku bersyukur padaMu."

     Akhirnya, muslimah tersebut mengambil keputusan untuk bertukar agama, jadilah beliau seorang wanita kristian. Hiduplah happily ever after, bersama-sama anak @ suaminya tersebut.


     Happy ending my friend? Is it a miracle that we've been looking for?


Kisah 2

       *video ni aku tengok time aku masih berasrama di Kuala Lipis. Ada seorang kawan ni ajak tengok satu video tentang debat antara islam dan kristian. Tengok guna projector dekat bilik Badan Wakil Pelajar atau lebih dikenali di IPT sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada waktu malam. Perh, salah guna kuasa betoii. Haha.


      "Ok, hang play video tu."

      Debat antara islam dan kristen. Oh, kat indonesia rupenye. Patut la. Kalau kat malaysia, entah-entah dah kena ban kot.

      Muallaf vs Murtaddin. Hah? Kawe dop pehe ('Aku tak paham'). Apa maksud dia dengan Muallaf vs Murtaddin ? Kemudian, pengerusi majilis dalam video tersebut memperkenalkan panel-panel yang akan berdebat. Di pihak muslim, syeikh-syeikh yang terlibat ialah mereka yang ketika dahulu adalah paderi-paderi besar di Indonesia. Di pihak kristian juga hampir sama, syeikh-syeikh mereka yang terlibat ialah mereka yang suatu ketika dulu adalah imam-imam masjid besar di Indonesia. Haih, equality trade betul ni. Barulah aku paham Muallaf vs Murtaddin.

     Sebelum mereka mula berdebat, pengerusi majlis menjemput setiap syeikh-syeikh dari pihak masing-masing untuk menceritakan kisah bagaimana mereka convert ke agama sekarang ni. Bermula dengan paderi-paderi kristian. Esshhhhhhh. Jangan main-main bro. Syeikh besaq masjid ni suatu ketika dulu. Camana depa ni boleh convert ke kristian pulak?

      Tau apa cerita dia? Paderi yang pertama menceritakan kisah dia. Ya, pada asalnya beliau merupakan seorang imam besar masjid di negeri mana entah tak ingat. Ramai orang selalu berguru dengan dia suatu ketika dulu. Statement dia yang aku ingat lagi sampai sekarang, pangkat dia ketika itu, merasakan dirinya sudah berada dalam keadaan selesa sudah (take note para du'at sekalian. bahaya betul perkataan 'selesa' ni). Bermaksud, dia mempunyai suatu kehidupan yang selesa dengan keluarga tersayang, menjadi imam besar, orang juga ramai berguru dengannya. Selesa. Kemudian, pada suatu malam, tiba-tiba dia bermimpi berjumpa dengan malaikat dari langit, turun ke arahnya, menghulurkan tangan agar beliau juga dapat naik bersama. Beliau pun terjaga dari tidurnya. Kemudian, keesokan atau beberapa hari selepas itu, beliau mimpi perkara yang sama lagi, cuma kali ni ada ramai malaikat mengajaknya untuk naik ke langit. Beliau pun terjaga sekali lagi.

       Kemudian, macamana entah syeikh ni boleh berjalan-jalan di suatu gereja, terkejut melihat lukisan yang menggambarkan malaikat-malaikat di dalam gereja tersebut. "Eh? Itu sebijik sebagaimana dalam mimpi aku sebelum ni!". Pada malam yang sama, beliau mimpi perkara yang sama lagi, ramai malaikat mengajaknya naik ke langit, dan akhirnya beliau bersetuju untuk menyahut seruan malaikat-malaikat tersebut. Beliau kemudiannya di angkat ke kerajaan langit, dan terkejut beliau melihat satu cross yang sangat besar. Oh! Inilah agama yang sebenar. Akhirnya, sedar sahaja dari mimpinya, beliau menukar agamanya ke Kristian. Dan berlarutan untuk beberapa periode, sekarang beliau merupakan antara paderi yang terbesar di Indonesia.

     Paderi yang kedua juga menceritakan benda yang sama; mimpi. Cuma, jalan cerita lain sikit. Sama sahaja seperti paderi yang pertama, pada asalnya beliau adalah imam besar di salah sebuah masjid, tetapi pada suatu hari hati beliau terasa sangat sedih. Tiada ubat yang mampu menghilangkan rasa sedihnya. Biarpun beliau mendapatkan khidmat nasihat dari syeikh-syeikh yang lagi besar darinya, tingkatkan ibadah (niat beribadah dia kerana Allah ke atau selain dariNya, wallahu'alam), namun hatinya masih lagi tidak hilang perasaan sedih tersebut. Akhirnya, pada suatu malam, beliau bermimpi berjumpa dengan malaikat. Malaikat ini menghulurkan tangan (lebih kurang macam paderi pertama), kemudian beliau menyahut, dan malaikat tersebut membawanya ke suatu tempat yang tinggi, dan ditunjuknya suatu cross yang besar. Terkejut syeikh ni melihat, tiba-tiba hatinya bergelojak, mendorongnya untuk menyembah cross tersebut. Tatkala beliau menyembah, tiba-tiba air mata mengalir dengan banyaknya, kerana beliau merasakan bahawa hatinya sangat berpuas hati, rasa tenang, hilang perasaan sedih yang sudah lama terpaku di hatinya. Akhirnya, beliau convert ke agama Kristian.

     Begitu jugalah dengan paderi-paderi selepasnya. Kesemua mereka menceritakan bahawa mereka mimpi berjumpa dengan malaikat, melihat cross dan Jesus, etc. Bagaimana dengan para muallaf tadi pula? Bagaimana mereka suatu ketika dahulu merupakan seorang paderi besar dan akhirnya convert to islam ? Yang pasti, kesemua mereka menceritakan bahawa mereka mendapat hidayah bukan melalui mimpi, tetapi melalui pembacaan quran etc. (tak ingat).

     Sedang kami berdua syok dan kagum tengok bagaimana muallaf-muallaf tersebut masuk islam, tiba-tiba kedengaran suatu suara, "Apa kamu tengok kat projector tu malam-malam ni? Tak reti nak tidur ke?" Aisehman. Kantoi dengan warden pulak. Kena denda? Wallahu'alam   :p

     Berbalik kepada cerita-cerita bagaimana syeikh-syeikh besar islam boleh convert kepada kristian. Terasa macam ajaib kan siap boleh mimpi berjumpa dengan malaikat lagi. Persoalannya ialah:

     Happy ending my friend? Is it a miracle that we've been looking for?


Kisah 3

     *Kisah ni, bukan kisah. Berita besar ni. Tak nak sebut nama, kang nanti tak pasal-pasal ada orang fire aku pulak, kata tu kata ni, hak tuiihhhhh!  Ok lah.

    Ada seorang rakyat malaysia, mengaku beragama islam, dan mengisytiharkan bahawa beliau akan mengembara satu dunia dengan kapal layarnya, merentasi 7 lautan. Ditakdirkan Allah, beliau selamat pulang ke tanah Malaysia, 'membanggakan' rakyat Malaysia kerana berjaya mengharungi lautan di seluruh dunia. Beberapa hari @ bulan @ tahun, aku tak ingat, beliau isytihar beliau convert kepada kristian, walaupun pada ic-nya masih mencatit agama:islam. Macam mana dia boleh masuk kristian pulak?

     Menurutnya, ketika dalam pengembaraanya men-conquer lautan di dunia, tiba-tiba beliau menghadapi kesulitan dalam perjalanan. Angin taufan, hujan lebat, storm. Dan ikutkan hatinya, memang beliau tidak berpeluang untuk hidup kerana keadaan yang terlampau kacau-bilau. Dalam kekalutan suasana tersebut, tiba-tiba beliau terlihat suatu cahaya. Beliau mengejar cahaya tersebut, dan beliau terkejut melihat cahaya tersebut sebenarnya adalah cross yang sangat besar. Beliau menggerakkan kapalnya ke arah cross tersebut, bila sampai sahaja, terus hilang cuaca buruk tadi. Ajaib ? Miracle ?

     Akhirnya, beliau memeluk agama kristian. Persoalannya ialah:

Happy ending my friend? Is it a miracle that we've been looking for?


Miracle, suatu keAJAIBan

A miracle is an unexpected event attributed to divine intervention
 [Wikipedia]


     Haish. Tergugat iman tak bila baca kisah-kisah bagaimana orang-orang islam convert to kristian? Indah kan cerita mereka? Happy ending, ada miracle, ada keajaiban. *Wink wink*

     So, apa yang special-nye islam ni? Cuba tanya diri sendiri, selama bertahun-tahun sejak kita dilahirkan menjadi islam, pernah berlaku apa-apa seperti miracle atau keajaiban tak? Pernah nampak cahaya berlegar-legar di atas quran? Pernah tiba-tiba kita mimpi berjumpa malaikat? Pernah tiba-tiba kita mendengar sejadah baca quran?

     Orang selalu cerita pernah ah. Kita ni, tak pernah lagi experience benda-benda ajaib atau miracle ni. So, kembali kepada persoalan, apa yang special sangat tentang islam ni? Haa tergugat iman kalau ada non-muslim tanya. Tu la, orang suruh baca quran sekali dengan me-faham-mi maksud tak nak. DEGIL. SOMBONG. ANGKUH. 'PEKAK'.

      Ok lah. Itu cerita bagaimana muslim convert kepada kristian. Kali ni, kisah bagaimana seorang atheist memeluk islam. Kenal Abu Bakr Ruben ?


Abu Bakr Ruben

     *seorang mat saleh dari Australia, bagaimana dia mengembara untuk mencari kebenaran, solusi kepada masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupannya. Kat post ni aku tak nak cerita from A to Z, panjang sangat. Aku point out beberapa sahaja yang ada kena-mengena dengan post kali ni, peristiwa sehari sebelum memeluk islam, di mana ketika itu dia mula menerima islam namun ragu-ragu lagi. Try tengok kat youtube atau tekan link ni kalau nak taw cerita panjang, tengok video menceritakan bagaimana dia menemui islam. Subhanallah, sehingga kini, kalau aku dengar speech dia kat video tuh, aku menangis. Tak tipu. Sayu dan syahdu cerita dia sebelum dia masuk islam, sehinggalah detik-detik dia hendak mengucap kalimah syahadah. Benarlah janji Allah dalam Al-Quran, "So whoever Allah wants to guide - He expands his chest to Islam"[6:125]. Sehina-hina manusia, kepada semulia-mulia manusia!


     Pada suatu malam, di atas katilnya sambil menyalakan lilin, beliau membuka Al-Quran yang telah diberi oleh Brothers, kemudian beliau membaca dan berfikir. Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dihadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih.

     Dia memohon kepada Allah, "Ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin kilat, untuk dia buat keputusan dan masuk islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki, apa sahaja ya Allah!". Dan dia terus menunggu 'keajaiban' atau miracle yang diharapnya itu.

     Tetapi, ternyata, tiada apa-apa yang berlaku pada malam itu. Dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah, "Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada aku sesuatu!"

     Kemudian, dia menunggu. Tak ada apa-apa berlaku. Dia kemudiannya mengulangi dan mengulangi doanya tersebut berkali-kali namun memang tak ada apa-apa yang berlaku walau sedikit bunyi pun sebagai petanda yang beliau mahukan. Tak ada keajaiban atau miracle langsung!

     Rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, tahu ayat apa dia baca? 


Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, dan kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sungguh, (semua itu) merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang menggunakan akal.

[Al-Baqarah (2): 164]


     Allahu akbar. Keesokan harinya beliau mengucapkan syahadah. Subhanallah.

     Happy ending? Check. Berlaku miracle atau keajaiban kah? Chh.... Eh jap2. Malam tu mana ada kilat petir seperti yang dia harapkan, seperti mana kisah muslimah convert kristian tu. Malam tu dia tak adalah mimpi sampai ada malaikat bercakap dengan dia tentang kebenaran islam. Malam tu jugak tak adalah rumah dia terbakar sehinggakan dia terkapai-kapai mencari cahaya yang tergambar tulisan alif lam lam ha. Senang cerita, keajaiban ataupun miracle secara fizikal, tidak berlaku langsung pada malam sebelum Ruben benar-benar yakin untuk memeluk islam. Keajaiban secara fizikal: seperti mana yang kita sangkakan, ada cahaya, ada pari-pari, sejadah terbang, quran berkata-kata dan sebagainya *Wink wink*

     Camana dia peluk islam? Tak lain tak bukan, terpesonanya beliau hanya dengan me-faham-mi Al-Quran. Bukaklah mana-mana page pun, kesemuanya Allah susun khas untuk kita, bukan untuk orang-orang Arab sahaja. Al-Quran; suatu keajaiban atau miracle yang Allah beri pada manusia, namun kita manusia sendiri telah mengeluarkannya dari kategori miracle. Tak cukup miracle lagi kah Al-Quran itu?

     Tengok Kisah 2 balik, aku hanya mention bagaimana syeikh-syeikh islam boleh murtad. Tetapi, korang pernah terfikir tak macam mana muallaf-muallaf yang suatu ketika dahulu adalah paderi-paderi yang hebat boleh lembut hati untuk memeluk islam? Aku ada cakap sikit kat atas; diorang faham Quran.

      Salah satu dari muallaf tersebut menceritakan bagaimana peristiwa mula-mula dia tersentuh untuk memeluk islam; hanya dengan membuka muka surat terawal Al-Quran sahaja! Beliau terkejut apabila membaca ayat ke-2 surah Al-Baqarah, betapa hairannya dia tentang Al-Quran kerana bila di-compare-kan dengan Bible atau kitab-kitab agama lain, kebiasaan yang akan diceritakan dalam permulaan buku-buku tersebut adalah tentang penciptaan awal-awal manusia, atau sesuatu seperti cerita tentang sebelum kejadian manusia. Bagaimana dengan ayat ke-2 surah al-baqarah? Beliau terkejut kerana pada awal-awal pembacaan Al-Quran, diterangkan "Kitab ini tidak ada keraguan padanya"! Nah. Ibarat kita baca buku-buku biasa, pada awal-awal muka surat ada diceritakan tentang 'hakcipta terpelihara', 'copyright reserved' etc.

     Aku sendiri, sebelum aku betul-betul rasa ingin turning on a new leaf, tak adalah berlaku peristiwa-peristiwa seperti aku terjumpa cahaya, lalu aku mengejar cahaya tersebut sehinggalah cahaya itu hilang masuk dalam Al-Quran. NO! Bermula apabila aku membuka al-Quran, surah Ar-Rahman, lutut aku betul-betul lembut apabila perkataan "Fabi ayyi aalaa~ irrabikuma tukazziban -- maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" sering diulang-ulang dalam surah tersebut. Cerita panjang: Antara Children of Bodom dengan Ar-Rahman.

     Tak cukupkah Al-Quran sebagai suatu keajaiban yang diturunkan Allah kepada manusia?


Mamat Cahaya



      Kita ni, selalu sangat take things for granted. Asal nak berubah je, perlukan miracle. Tak habis-habis. Asal mimpi benda-benda seperti petunjuk, 100% kita ikut mimpi tersebut, walaupun merepek. Kalau hati nak basah, selalu sangat menunggu peristiwa-peristiwa yang luar biasa, barulah nak insaf. Itu pun 2 3 hari, pastu kembali macam biasa balik. Sampai bila nak keadaan camni? Nak sangat perisitwa-peristiwa yang luar biasa? Haa boleh-boleh. Tunggu la sampai cahaya terbit dari belah barat, luar biasa habis tu. Tak pun tiba-tiba badan kita berasa sejuk, daging kita seperti disiat-siat, luar biasa habis tu. Nak tunggu perkara luar biasa atau miracle ? Sempat tak?

     Takut-takut, perkara luar biasa tersebut berlaku, dan cenderung ke arah lain. Bahaya tuh. Kalau cenderung ke arah keredhaan Allah takpa, ni tak. Jadi macam kisah-kisah orang islam masuk kristian. Silap-silap, bila kita diuji Allah dengan perkara-perkara sebegitu, kita kecundang, terus-menerus berpaling dari Allah untuk selama-lamanya. Na'uzubillahi min zaalik.

      Ibarat musyrikin Mekah, apabila Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam mengajak mereka untuk menyerahkan diri kepada Allah, mereka mempersoalkan, "Apakah benar hari kiamat itu pasti berlaku?", "Bilakah kiamat itu akan berlaku?", "Betulkah wujud hari di mana segala perbuatan kita akan dibalas kembali?". Kemudian, Allah membalas pertanyaan mereka dengan surah-surah Makkiyah seperti surah An-Naba' ayat 6-16,


Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan?

Dan gunung-gunung sebagai pasak?

Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan,

Dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirahat,

Dan Kami menjadikan malam sebagai pakain,

Dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan,

Dan Kami membangun di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh,

Dan Kami menjadikan pelita yang terang-benderang (matahari),

Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang tercurah dengan hebatnya,

Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman.

Dan kebun-kebun yang rindang. 

     
     Seolah-olah, jawapan yang diberikan Allah kepada musyrikin tersebut berbunyi, "Tak cukup lagi ke ciptaan-ciptaanKu yang berada di sekeliling kamu untuk membuktikan bahawa Aku ini wujud?"

     Oleh itu, fahamilah Al-Quran. Baca Al-Quran, baca maksud sekali, fikir-fikirlah tentang ayat-ayat yang dibaca. Keajaiban? Al-Quran ada, ciptaan-ciptaan Allah ada. Perhatikanlah. Renung-renungkanlah. Jadilah seperti Ibrahim 'alayhi salam sebelum beliau diangkat menjadi rasul; bagaimana dia mencari tuhannya hanya dengan memerhatikan alam-alam di sekelilingnya.


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 1:20 AM
Categories: Labels:

11 comments  

Monday, January 24, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



"Oh dah habis exam. Tawakal je la sekarang."


     Dari sekolah rendah habis UPSR, masuk sekolah menengah habis PMR, pastu pindah pulak sekolah asrama penuh sampai SPM, pastu masuk kolej persediaan, pastu masuk universiti, bahkan dari zaman dulu-dulu lagi, kalau bahas tentang tawakal memang tak pernah habis.

     Thus, macam mana "orang-orang macam kita", yang bukannya dari sekolah pondok, nak senang faham erti tawakkal sebenar? *Perh, cara aku cakap macam ustaz yang power pulak. Haha mengundang*


"Berserah diri kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh"


     Ni aku recap  balik jawapan untuk Pendidikan Islam SPM. Berserah diri kepada Allah, yes, berserah diri, ramai orang faham habis sahaja segala usaha penat lelah yang kita curahkan, hanya menunggu keputusan, time tu barulah kita 'memperbanyakkan ibadah kita, banyak berdoa kepada Allah, bangun malam tiap-tiap hari untuk solat hajat' etc.

     Namun, sejauh mana, atau selama mana tempoh waktu kita berserah diri kepada Allah tersebut? Adakah sehingga keputusan diperoleh kemudian kita berhenti berserah??? *Sekali lagi terasa macam ustaz yang pum pam pum pam kat ceramah agama*

     What if, sekiranya, keputusan yang diperoleh adalah 180 darjah berbeza daripada apa yang diharapkan? Penat-penat lelah berusaha, penat-penat lelah berdoa, keputusan yang diperoleh adalah yang tidak DIHARAPKAN LANGSUNG!




     Sia-sia je kan kita bangun malam setiap hari, habis solat berdoa? Kalaulah itu yang kita faham dengan konsep tawakal, LEBIH BAIK TAK PAYAH BERTAWAKKAL! Habis usaha, lebih baik aku enjoy je hidup aku. Kan??


The pens have been lifted and the ink of the pages has dried up.

Pena telah diangkat, dakwat telah pun kering.

[Riwayat At-Tirmidzi]


     Ni satu lagi masalah bila bincang tentang tawakal 'yang dipahami ramai'; TAKDIR. Sampai bila-bila bincang pun takkan habis. Ok FULLSTOP!

     Allah yang menentukan takdir untuk kita sehinggalah kita mati, jadi, persoalan yang biasa diungkapkan bila berbahas tentang tawakal ialah, "buat apat bertawakal kalau Allah dah tentukan kesemuanya?". Ok FULLSTOP! Ni bincang sampai bila-bila pun tak habis, dan aku tak mengharapkan orang comment persoalkan tentang takdir.

      Oleh itu, sekali lagi, kembali kepada persoalan awal-awal, bagaimana 'orang-orang macam kita' nak memahami konsep tawakal?

       Ada berbagai-bagai konsep tawakal yang dikemukakan oleh imam-imam yang masyhur, dan kesemuanya dengan tema yang sama. Kenal Imam Al-Ghazali? Antara salah satu bentuk definisi tentang tawakal menurut beliau, yang kemudian diterjemah oleh kepala aku sendiri ialah kita berasa happy atau gembira dengan ketentuan Allah.

     Happy? Gembira? Bahagia? Puas? Atau dengan kata lain, kita benar-benar redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan, kita benaar-benar berasa gembira dengan keputusan yang diberikanNya. Nah! Senang kan nak paham?

     Berusaha bersungguh-sungguh, kemudian menunggu keputusan. Kita pun, berserah diri kepada Allah, dengan ibadah-ibadah yang disebutkan, kemudian keputusan yang diperoleh adalah 100% bertentangan dengan harapan. Kita tawakal, kemudian kita bergembira melompat kerana kita tahu, pemberian dari Allah, itulah the best!

     Sama sahaja untuk orang-orang yang tak berusaha. Dapat keputusan yang betul-betul 100% bertepatan dengan usaha kita, kita melompat kegembiraan kerana kita tahu, pemberian dari Allah, itulah the best!


Ketika Haram bin Milhan radhiyyallahu anhu ditusuk dengan tombak, tombak diambil dari tubuhnya, dan ia melihat darah mengucur dari tubuhnya, ia malah berkata, "Demi Allah, aku beruntung."

[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad]


     Segala bentuk keputusan atau takdir yang Allah tetapkan untuk aku, walau keputusan itu bertentangan dengan harapan dan usaha kebersungguhan aku, itulah the best!

     *Sapa-sapa yang perlukan penjelasan lebih lanjut, boleh refer article Kisah Kermit, khas untuk rakan-rakan yang tak lepas fly.


     Pengajaran; sentiasalah husnu dzon dengan Allah. [Bersangka baik dengan ketentuanNya]



Who created death and life to test you; which of you is best in deed.

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.

[Al-Mulk (67): 2]


Teks asal definisi tawakal menurut Imam Al-Ghazali:

"Menyandarkan diri kepada Allah dalam menghadapi setiap kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana, dengan jiwa yang tenang dan hati yang tenteram."


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 2:51 PM
Categories:

5 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>