Friday, January 21, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim.


Gunung Nuang


     Aku dah pernah cerita dah dekat post Tahun Baru. Azam Baru, Semangat Baru, tapi takpe. Pengajaran tu yang penting.

     Sewaktu berada di base camp Gunung Nuang, aku dan beberapa fasi sedang menghidupkan api untuk sediakan makanan kepada peserta. Sedang memotong kayu api yang keras, tiba-tiba hayunan parang terkena salah satu jari kiri aku (*correction dari cerita sebelum ni). Alhamdulillah, ada kesan calar sikit je. Tak dalam pun. Kemudian, ada seorang brader atau ikhwah macam terkejut, seolah-olah melihat hayunan parang tersebut bakal memberi kesan cedera yang membahayakan.

    Melihat reaksi beliau, aku pun berniat untuk bergurau dengan ikhwah tersebut dengan cara sengaja memotong kayu yang keras tersebut dengan sebelah tangan sahaja tanpa apa-apa sokongan seperti batu. Sekali hayun, terkena kayu tetapi tidak kesan tidak mendalam. Ikhwah tersebut hanya dengan suara "Uish!". Aku lagi bertambah seronok untuk bergurau dengan mesej "Alaa tak ada pape la ni". Kemudian, hayunan kedua, aku tekad untuk menambah force, dan menghayun. Hayunan tersebut ternyata tidak kena pada kayu kerana tiada sokongan seperti batu, namun terkena pada jari tunjuk tangan kiri.

    Uuh! Aku takut. Aku terus tengok jari tersebut. Aku tengok, herm, tak dalam sangat ni. Tapi, sekali lagi aku perhatikan, kenapa daging ni kaler ungu, bukan kaler merah. Biasanya merah. Tengok dengan lebih dekat, ya Allah, tu memang daging kat dalam. Aku cuba angkat tangan aku untuk melihat dari sudut atau angle yang lain, Allahuakbar, aku nampak tulang aku. Perh!

     Setelah berminggu-minggu sejak peristiwa tersebut, ada seorang ikhwah berkata, "Segores luka di jalan Allah, akan menjadi saksi pengorbanan." Setiap pengorbanan, Allah telah membelinya dengan tukaran syurga [9:111]. Hakikatnya, pernah persoalkan diri kita, bahawa adakah kita betul-betul berkorban kerana Allah? Secara physically nampak, sehingga habis tu habis ni, tetapi secara niat nya?


Allah tidak menerima amal, kecuali yang dikerjakan dengan ikhlas kerana Dia semata, dan dimaksudkan untuk mencari redha-Nya

[Hadith riwayat Ibnu Majah]


     Ikhlas ke berkorban? Aku berniat untuk bergurau senda dengan ikhwah tersebut, walaupun itu perkara baik. Hakikatnya aku lupa nak include Allah sekali dalam niat aku. Lalai. Lalai. LALAI!


     Kalau nak bergurau pun, niatlah kerana Allah!


    Astaghfirullah. Dah la bersusah-payah di jalan Allah sehinggakan tercedera, tetapi tidak berniat untuk Allah. Rugi pada badan jasmani, rugi pada badan roh. Rugi di dunia, rugi di akhirat. Itulah orang muflis.

    Astaghfirullah. Ampunilah aku.


Jalan Lama Bangi-Semenyih

      Hari Rabu, ada seorang ikhwah meminta tolong aku untuk jadi driver beliau ke Kolej MARA Banting (KMB) untuk memberi pengisian kepada pelajar-pelajar di sana.

     Habis sahaja program, kami bertolak dari Banting menuju Semenyih melalui jalan lama, jalan kampung, jalan berpusing-pusing. Ditakdirkan Allah, Allah menguji kesabaran aku dengan munculnya sebuah lori di hadapan aku. Oh lupa nak cakap, jalan lama ada satu lane je. So, kalau nak potong kereta kat depan, kena potong melalui lane orang dari arah bertentangan. Kalau tak paham, buat-buat je paham, tak pun try drive kat jalan kampung.

     Kebiasaannya, aku selalu memotong kereta atau lori di jalan lama tersebut. Tiada masalah kerana selalu. Namun, ujian Allah bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan. Semasa aku hendak memotong lori tersebut, pemandu lori tu pun meningkatkan kelajuan juga. Haish, kat depan ada kereta, tak sempat nak potong lori ni. Aku pun slow, kembali kepada belakang lori tersebut. Dan berkali-kali aku cuba potong, lori tersebut masih dengan tingkah-lakunya. Aku dah bengang dah time tu. Dah la semalam tido tak cukup, nak balik cepat pun sebab nak sambung tido.

     Sekali lagi, ujian Allah bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan [2:155]. Sampai satu ketika, pandangan aku tertumpu pada lane bertentangan. Kosong. Kereta tak ada ni. Jalan pun boleh tahan lurus jugak. Ok, now or never. Aku berniat untuk memotong lori tersebut, dan vroom! Aku menekan accelerator sekuat mungkin, dan lori tersebut juga bergerak dengan kelajuan yang tinggi. Seolah-olah seperti kami sedang racing. *Slow gila kereta aku sama laju dengan lori*

    Sekali lagi, ujian Allah bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan. Tiba-tiba, kelihatan sebuah kereta sedan berwarna perak atau putih (tak pasti), bergerak dari arah bertentangan dengan kelajuan yang sangat tinggi. Allahuakbat. It's now or never. Antara aku melanggar kereta sedan tersebut, mencederakan diri sendiri dan juga orang lain, atau aku pusing ke arah rumput melanggar tiang, hanya mencederakan diri sendiri.

     Split-second, aku memilih untuk pusing ke kanan, mengelak kereta sedan tersebut, tayar mencecah rumput dan bumi, kereta masih bergerak, tidak sampai satu saat, BOOOOM!

     Aku bukak mata, Alhamdulillah. Hidup lagi, tetapi, kenapa pemadangan aku kabur semacam je ni? Pandang bawah, oh, spek mata aku tercampak rupenye. Pakai spek, ya Allah, terlanggar tiang, dan juga termasuk parit. Innalillahi wa innailaihi raajiuun.

    Alhamdulillah, kedua-dua kami selamat, dan tiada kereta yang dilanggar. Huh.

    
Segores luka di jalan Allah, akan menjadi saksi pengorbanan


     Betul ke quote kat atas ni boleh diaplikasikan kepada aku? Sekali lagi, aku adalah seorang yang muflis. Aku berniat untuk memotong lori tersebut, tanpa mengingati Allah dalam niat tersebut. LALAI! Kalau nak potong pun, potonglah kerana Allah!

     Muflis; kita sangka kita berkorban kerana Allah, hakikatnya niat kita berkorban telah salah, mengakibatkan amal kita tidak diterima. Rugi di dunia, rugi di akhirat. MUFLIS.

     Astaghfirullah. Allah, ampunilah aku.




Hanya segala amal bergantung kepada niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.
Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

[Muslim]


Wallahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 12:24 PM
Categories:

3 comments  

Sunday, January 16, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahim

     Terus-terang cakap, minggu exam ni betul-betul terasa stress. Masalah selalu sangat timbul time betul-betul tengah desperate. Setiap hari, breakfast & lunch makan biskut sapu dengan mayonis, malam makan nasi bujang (simbolik sahaja). Masalah betul-betul timbul, mula-mula dari amwaalahum (harta), kemudian, secara perlahan-lahan, anfusahum (jiwa). Allah...betul-betul aku ni hambaMu yang lemah.

     Kemudian, Allah memberi hidayah melalui satu hadith, yang memberi petunjuk kepada jalan keluar kepada kesedihan:




     Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam berkirim surat kepada Mu'adz ra. dalam rangka bertakziyah atas kematian putranya,


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam kepada Mu'adz bin Jabal:


Salaamun 'alaik, aku panjatkan puji kepada Allah untukmu yang tiada ilah melainkan Dia. Amma ba'du, semoga Allah melipatgandakan pahala untukmu, mengilhamkan kesabaran kepadamu, dan memberi rezeki rasa syukur kepada kami dan kamu.

Sesungguhnya jiwa, harta, keluarga, dan anak-anak kita adalah bagian dan pemberian Allah Azza wa jalla yang menyenangkan, dan pinjaman yang dititipkan (kepadamu). Kita menikmatinya hingga batas yang telah ditentukan dan



Allah akan mengambilnya



di waktu yang ditentukan pula. Kemudian Allah mewajibkan kepada kita bersyukur jika diberi ujian.

Anakmu adalah bagian dari karunia Allah yang menyenangkan dan pinjaman-Nya dititipkan. Semoga dengannya Allah menghiasmu dengan kegembiraan dan suka cita, dan semoga Allah mengambilnya darimu dengan pahala yang banyak, (yakni) keselamatan, rahmat, petunjuk, jika kamu memang mengharap pahala-Nya.

Kerana itu, bersabarlah, jangan sampai keluh kesahmu menghapus pahalamu, hingga kamu menyesal. Ketahuilah, keluh kesah itu tidak mengembalikan apa-apa dan tidak mengusir kesedihan. Dan, apa yang diputuskan pasti akan terjadi.

As-salaamu 'alaikum."

[h.r. Hakim dan Ibnu Mardawaih]



     Allahuakbar. Lembut lutut aku baca hadith ni. Sayu je hati aku bila baca hadith ni. Bagaimana, atau cuba kita bayangkan kita berada di tempat Mu'adz bin Jabal, kemudian menerima sepucuk surat di atas yang dikirim dari baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Allahuakbar. Sayunya hati, hanya Allah sahaja yang tahu.


"Kita menikmati sehingga batas yang telah ditentukan, dan Allah akan mengambilnya"


      Kita milik Allah, betul? Teliti perkataan Allah akan mengambilnya sedalam mungkin, kemudian cuba relate dengan ayat ni (yang di-gariskan, di-besarkan):




(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah



kami kembali



[Al-Baqarah (2): 156]



     Allah akan mengambilnya, kepada Allah jualah kami kembali. In the end, dan sebagai konklusi, kembalilah kepada Allah, itulah jalan keluar kepada kesedihan.

Wallahu'alam bis sowab




Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman
[3:139]

Posted by Posted by zabed at 2:46 AM
Categories:

4 comments  

Saturday, January 15, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahim


     Alhamdulillah, baru habis C++ programming test. Dalam post kali ni, aku ada create C++ coding bagi sesiapa yang ada C++ compiler (Microsoft Visual Studio, C-Free etc).

    Copy code kat bawah ni:

#include

using std::cin;
using std::cout;
using std::endl;

int main()
{
int pilihan;

cout << "'maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya'\n\n\n";

cout << "Pilih:\n\n1. Taqwa\n2. Terkutuk\n\n";

cin >> pilihan;

switch( pilihan )
{
case 1: cout << "Sungguh beruntung orang yang MENYUCIKANNYA"
<< endl;
break;

case 2: cout << "Sungguh rugi orang yang MENGOTORINYA"
<< endl;
break;

default: cout << "ERROR! Tiada jalan KETIGA"
<< endl;
break;
}


cout << "\n\n\n\tAs-Syams [91]: 8 - 10\n\n";
return 0;
}


     Kemudian paste dekat notepad. Save file as XXX.cpp (contoh: namasendiri.cpp). Kemudian, compile. Bergantung kepada compiler masing-masing. Kepada students di uni aku, kat tiscra ada C++ compiler. So, lepas korang save as .cpp , bukak file tersebut, then dah keluar Microsoft Visual Studio, tekan Ctrl + F5.

     Pastu, selamat


memilih


     Syed Qutb telah merumuskan dalam Ma'alim Fit Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan), 2 pilihan sahaja kita ada;


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 2:40 PM
Categories:

1 comments  

Saturday, January 8, 2011


Bismillahirrahmanirrahim


*Berikut merupakan dialog yang benar-benar berlaku di antara 2 housemate, cuma di-tokok-tambah-kan sedikit agar cerita menjadi lebih sedap.


     Beberapa hari sebelum final exam sem 1, pulang sahaja mereka dari makan tengahari, maka berlakulah dialog ini di kawasan ruang tamu rumah bujang:


A: Ahhh tak boleh study ah aku! Tengah kenyang-kenyang ni rasa mengantuk pulak.

Z: Itu mentality je tu macha. Kalau ko fikir nak tido, memang ko akan tido pun. Kalau ko fikir nak study, makan kenyang mana pun ko tak akan rasa mengantuk. Ko taw tak, orang yang tak reti berenang pun reti berenang bila dia taw ada ikan jerung kat kawasan air tu. Pernah berlaku taw.

A: Tu bukan dalam cerita Doraemon ke? Nobita kan yang tak reti berenang tu?

Z: *Ciss kantoi pulak!* Haa......ah. Betul la tu. Ade je kat real-life peristiwa camni. Waktu aku form 1 dulu, kitorang pernah night walk kat area sekolah kitorang. Ni kira program sekolah, conducted by senior-senior yang suka raging (aku tak taw nak eja camana). Memang penat gila lah kitorang malam tu sebab program start dari tengahari. Ada seorang kawan aku ni, berbadan besar, dan suka complain (metafora: orang yang pemalas), kebetulan time tu dia terserempak dengan anjing liar. Besar tak besar, walaupun tengah penat masa tu, dia berjaya jugak melepaskan diri daripada kena kejar dengan anjing tersebut sehinggakan dia panjat pagar. Mula-mula kitorang tak percaya jugak dia ni boleh lari, tapi tengok baju dia terkoyak sebab panjat pagar terus kitorang gelak. Memang kurang asam. Hahaha tapi tu la, mentality mat!

A: Kan senang kalau kau bagi cerita macam ni.

Z: Cerita apa?

A: Aahh.. aah... erm... *sedang mengingat*

Z: *Man.. I'm waiting......*

A: Haa cerita dia macam ni. Ada seorang paderi dulu, dia dipenjarakan *Penulis tak ingat nama paderi tersebut*. Sewaktu dia kena hukuman, dibakar hidup-hidup, dia relaks je. Tak jerit-jerit pun sewaktu kena bakar.

Z: Sampai mati?

A: Yeap, sampai mati.

Z: Eh camana pulak tu?

A: Haaa.... *muka bangga*. Sewaktu dia kena penjara dulu, dia asyik berfikir tentang sejuk je. Dia taw nak kena bakar, dia fikir pasal sejuk je. Sejuk, sejuk, sejuk, bila dia kena bakar pun, dia tak rasa panas, sampai la dia mati.

Z: Perh.. mentality ! Sebab tu certain orang kata "human is limitless". Manusia punya ketahanan unpredictable.

A: Herm...


Suasana di ruang tamu ketika itu sunyi. Masing-masing khusyuk menyambung ulangkaji mereka. Tiba-tiba, muncul suara beberapa minit lepas tu:


Z: Daripada ko bagi contoh cerita tadi, lebih baik ko cerita je pasal Perang Badar. Nampak islamic sikit.

A: Haah. Betul gak.



*Tambahan dari penulis berkaitan perang Badar:

[1] Tentera islam ketika itu berbilangan 313 orang sahaja menentang tentera musyrikin Mekah yang berjumlah 1000 orang.

[2] Teknologi perang tentera islam ketika itu sangat menyedihkan, sehinggakan seorang atau beberapa sahabat terpaksa membawa pelepah tamar sebagai ganti untuk pedang kerana tidak mampu memilikinya. Tentera musyrikin Mekah ketika itu pula lengkap dengan set pakaian besi dari kepala hingga ke kaki, ditambah kelengkapan transportation yang mencukupi seperti kuda dan unta sedangkan tentera islam hanya berjalan sahaja dari Madinah.

[3] Perang Badar berlaku ketika bulan Ramadhan. Walaupun dalam keadaan berperang, tentera islam tetap juga berpuasa, berbanding tentera musyrikin Mekah yang membawa makanan mewah mereka, daging-daging yang mencukupi untuk setiap tentera mereka, ditambah lagi dengan arak, betapa mewahnya mereka semasa perjalanan ke Badar. Tak cukup lagi, mereka membawa wanita sebagai penghibur mereka dan pemberi semangat.


Lihat sahaja pada ketiga-tiga point ini cukup membuatkan kita berfikir secara logik dan theoretical, bahawa sungguh mustahil untuk tentera islam menang dalam peperangan Badar ini. Namun, mentality tentera islam ketika itu ialah, sami'na wa atho'na! (Kami mendengar dan kami patuh!) Turun sahaja perintah Allah untuk berjihad, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan jiwa raga mereka walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan serba kekurangan. Mentality yang mengharapkan kemenangan dari Allah, baik berupa menang dalam perang ataupun syahid mendapat syurga, mendatangkan pertolongan dari Allah, Tuhan seru sekelian alam, tentera musyrikin yang kaya dengan materi dikalahkan begitu sahaja. Allahu Akbar!



Z: Dalam Al-Quran ada diceritakan tentang mentality. Dalam surah ar-ra'ad kalau tak silap.

A: Bukan ar-ra'ad, tapi Ar-Ra'd.

Z: Oh yeah? Aku tak taw sangat bahasa arab ni. Haha.


Kemudian, keadaan kembali senyap. Masing-masing menyambung ulangkaji pelajaran mereka. Namun, sekali lagi, suasana 'study' tersebut dipecahkan oleh suara yang sama:


Z: Haa! Makes me wonder. Tiba-tiba aku dapat idea....

A: Untuk tulis dalam blog.

Z: Exactly!





--Tammat--





Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka....


mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri

[Ar-Ra'd (13): 11]




Posted by Posted by zabed at 9:17 PM
Categories: Labels:

6 comments  

Monday, January 3, 2011


Bismillahirrahmanirrahim

     Krennngggggkk! Pak guard terus mengangkat palang besi, membenarkan aku masuk. Kemudian, aku terus memijak accelerator, masuk ke kawasan Taman TS5. Tiba-tiba kedengaran pak guard tu menjerit, "Hey! Hey!". Ah sudah. Mentang-mentang dah tahun baru terus nak check sticker kereta pulak. Sebelum ni tak check pun. Tak sempat break, hanya mampu melihat apa yang pak guard tu nak cakap. Kemudian, dia sambung menjerit lagi, "Happy new year bro!!". bikin saspen betul la mamat ni.


Tahun Baru, Azam Baru 1

     Tolak fireworks, tolak enjoy di tengah-tengah KL, tolak countdown sampai pukul 12, tolak tolak tolak tolak benda-benda yang berunsur bersuka-ria atau hedonisme, antara perkara yang biasa berlaku pabila bermulanya tahun baru pada Gregorian calendar ialah

azam baru

     I wish.. I wish.. I wish..

"Tahun ni nak belajar bersungguh-sungguh. Tak nak jadi macam tahun lepas."

"Kali ni, nak memperluaskan lagi bidang perniagaan aku, sampai ke sebelah sana pulak"

"Azam tahun baru kali ni nak menjadi lebih famous di universiti aku. Ahhhh!" [extract dari surat khabar hari Ahad]

"Tahun baru azam baru! Yeahhh! Semangat semangat! Berubah dari tahun lepas! Henshin!"


     Azam baru, bermaksud, berbeza dari sebelum ni, suatu bentuk pencapaian, suatu bentuk perpindahan. Ye ke?

     Pada mulanya, aku ingat nak post tajuk ni pada maal hijrah beberapa bulan yang lepas, tetapi, lebih ramai yang prefer tahun baru pada Gregorian calendar sebagai benchmark atau titik-tolak mereka. Tapi, sama je kan? New Year ke, Tahun Baru China ke, Maal Hijrah, masuk sem 2 sekalipun kebanyakan orang akan menjadikan waktu-waktu tersebut sebagai titik-tolak kepada azam atau perubahan yang bakal di-implementasi.


Hijrah

Hijrah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud meninggalkan suatu tempat untuk menuju ke tempat lain.
 
[Hasnan bin Kasan, Panel Penulis JAKIM]


     Kita lihat pada peristiwa hijrah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.

      Kita semua sedia maklum bahawa keadaan golongan awal memeluk islam (baca: menyerah diri kepada Allah) di Mekah adalah sangat menyedihkan. Mereka diseksa, mereka dipulau, mereka dihina, dicaci dan sebagainya. Kehidupan mereka betul-betul diancam, ke mana sahaja mereka pergi.

     Selepas 13 tahun, turunlah wahyu menyatakan bahawa perlunya perpindahan atau hijrah dari Mekah ke Madinah. Kita semua juga sedia maklum beberapa advantage atau kelebihan dengan berhijrah ke Madinah. Selamatkan diri, selamatkan islam, perintah dari Allah dan sebagainya.

     Mudahkan kalau kita bercakap dari pihak ketiga? Cuba, kalau kita bercakap dari pihak pertama, atau kita membayangkan keadaan sekiranya kita lah golongan awal tersebut yang perlu berpindah dari Mekah ke Madinah.

     Betul, kalau kita berpindah ke tempat lain, kita akan selamat dari gangguan dan seksaan, kita tahu benar lebih banyak kelebihannya sekiranya kita berpindah daripada tinggal di tempat yang tidak aman ni. Tapi, fikir balik, aishhh. Berat hati pulak.

     Ni kampung halaman aku. Ni tempat kelahiran aku. Aku dibesarkan di sini, aku menjadi remaja di sini, aku menjadi matang di sini, aku mengenal islam juga di sini. Aku ada ramai kenalan di sini. Semua tempat kat kawasan ni aku dah pernah pergi. Cukup aku kenal selok-belok kawasan ni. Berbagai-bagai jenis pengalaman aku dapat kat sini, manis mahupun pahit. Seolah-olah, seumur hidup aku tidak pernah terfikir bahwa pada suatu hari nanti aku perlu pindah ke tempat lain. Dengan erti kata lain, tempat ini merupakan salah satu bentuk definisi untuk diri aku.

     Macam kita lah kan. Kenapa tak pindah dok negara-negara kat luar sana yang lebih modern dan lebih menarik? Gaji pun lebih masyuk. Gaji sapu sampah bersamaan dengan gaji seorang cikgu kat sini. Kenapa? Sebab kita dah selesa kan duduk kat Malaysia walaupun macam-macam masalah yang ada kat sini, tak modern, first class facility, 3rd class mentality etc ?

     Sama sahaja seperti mereka pada zaman Mekah. Mereka dah selesa tinggal di kampung halaman mereka, betapa beratnya hati mereka untuk meninggalkan tempat kelahiran mereka sehinggakan salah seorang sahabat mendendangkan syair berkisar Mekah semasa di Madinah mengakibatkan beberapa sahabat yang lain sedih mengingatkan kampung halaman mereka.

     Kenapa mereka, bersusah-payah ?




***** 


     Tahun 2 Hijrah, bermulanya perang pertama dalam sejarah islam, perang Badar. 313 tentera islam berlawan 1000 orang tentera musyrikin Mekah. Malah, ada di kalangan tentera islam hanya membawa pelepah tamar (kurma) sahaja kerana tidak mampu untuk memiliki pedang. Tentera musyrikin, dengan pedang berkilau dan tombak-tombak yang tajam, dengan satu set lengkap pakaian besi, pengangkutan yang banyak seperti kuda dan unta dan makanan mewah-mewah semasa hendak berperang.


     Tentera islam tahu benar kondisi atau keadaan musuh mereka yang lengkap dengan peralatan berperang berbanding mereka yang hampir tidak memiliki apa-apa. Secara theoretically-nya, tentera islam akan kalah. Pelik kan tengok mereka, tentera islam ni. Dah la baru 2 tahun berpindah dari kampung halaman, pastu berperang pula dengan orang-orang dari kampung halaman mereka, malah ada saudara-saudara sekandung mereka sendiri. Mengapa.....?


Kenapa mereka, bersungguh-sungguh ?


Susah Payah & Bersungguh-sungguh

     Dalam bahasa Arab, susah-payah disebut sebagai jahdu. Bersungguh-sungguh pula disebut sebagai juhdu. Kedua-dua perkataan jahdu & juhdu adalah asal perkataan kepada...


JIHAD 


     Haaa takut takut. Sebut jihad je, ingat perang. Sebut jihad je, ingat terrorisme. Sebut jihad je, ingat pengeboman berani mati. Sebut jihad je, ingat September 11. Dan berbagai lagi perkara negatif.

     Hakikatnya, asal maksud perkataan jihad berasal dari 2 perkataan; bersusah-payah & bersungguh-sungguh.


Apa Kaitan?

     Ramai orang boleh menyuarakan azam mereka pada setiap tahun baru. Tahun ni nak buat ni. Masuk tahun depan, azam yang lebih up pula. Senang cerita, ramai yang boleh cakap lebat, kencang bila berbicara tentang azam-azam mereka. Pada awalnya, boleh nampak yang kita bersemangat betul-betul dengan apa yang kita cakap pada 1hb Januari. Kemudian, macam biasa. Slow. Lupa terus azam. Tak ada stamina. Tetapi, berapa ramai pula yang sanggup berjihad (baca: bersusah-payah & bersungguh-sungguh) untuk azam mereka?


[1] Orang Jepun pada zaman dahulu, pernah berdoa, "Ya Tuhan! Berikanlah aku kesusahan & cabaran!"

[2] Rain, seorang artis dari Korea, yang telah mem-popular-kan dirinya di seluruh dunia, pada awal kehidupannya bukanlah orang yang berada atau mid-class sekalipun. Rumahnya hanya berlantaikan simen yang sejuk, sehinggakan detik-detik terakhir emaknya hanya berlantaikan simen tersebut, tanpa alas atau pelapik. Bertitik-tolak dari peristiwa kematian emaknya, beliau bersusah-payah & bersungguh-sungguh untuk mengejar azamnya, walaupun orang di sekeliling mengkritiknya kerana han yang terlampau hina.

(note: han dengan kata lain adalah unfinished business dalam budaya Korea. Contoh dalam cerita Rain, han beliau ialah beliau tidak dapat melayan ibunya dengan sebaik mungkin semasa jangka hayatnya. Disebabkan unfinished business beliau terhadap ibunya, beliau berazam untuk menggantikan unfinished business tersebut dengan menjadikan dirinya seorang artis terkenal, sebagaimana beliau berjanji dengan ibunya ketika detik-detik terakhir)

[3] Adolf Hitler, ketika ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1923, menulis buku yang merupakan ideologi kepada Nazi, Mein Kampf (My Struggle). Pada tahun 1934, beliau merupakan Führer und Reichskanzler atau dengan bahasa yang kita faham, presiden atau ketua negara German.

[4]  Kerajaan islam yang pertama dalam sejarah ialah Madinah al-Munawwarah. Selepas orang-orang islam bersusah-payah meninggalkan kampung halaman mereka sendiri dan berhijrah ke Yathrib (Madinah), akhirnya mereka berjaya membina kerajaan islam di sana. Pada perang Badar, orang-orang islam sanggup bersusah-payah malah, bersungguh-sungguh walaupun bilangan tentera yang sedikit, ditambah lagi dengan kelengkapan berperang yang mundur, tambahan, mereka sedang berpuasa pula ketika itu. Akhirnya? Mereka juga yang menang!


Tahun Baru, Azam Baru 2

f(x) = jihad
     Tak kira lah hari apa-apa pun, waktu mana pun, bermulanya titik-tolak, atau niat perpindahan kita (Hijrah), pasti akan disusuli dengan jihad. Kita pasti akan diuji. Sebab tu, tak ramai yang betul-betul boleh mendapat impian mereka sebagaimana yang mereka berapi-api menyatakan azam mereka dulu.

     Apa azam kita kali ini? Apa-apapun azam kita, mudah-mudahan adalah sesuatu yang mampu mengejar keredhaan Allah, bukan sebaliknya. Berusahalah, Allah bersama hamba-hambaNya yang bersabar.


Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (pangkat/darjat). Dan berikanlah berita gembira kepada...


orang-orang yang sabar
  
[Al-Baqarah (2): 155]



Bonus: Gunung Nuang

     Sedang aku membelah kayu api dengan menggunakan parang, tiba-tiba layunan aku terkena tangan kanan aku. Tiba-tiba ada seorang ikhwah atau brader terkejut, "Uish ya Allah!". Aku tengok, alhamdulillah. Calar sikit je. Pastu, aku sengaja bermain-main dengan menghayun-hayunkan parang tersebut, simbolik seperti saja nak kenakan ikhwah tersebut, seolah-olah hayunan parang itu tidak mampu mencederakan tangan aku. Sedang aku bermain-main dengan parang tersebut, sengaja mencuba dengan menghayunkan ke arah kayu api tadi, dengan takdir Allah, hayunan parang tersebut tidak mengenai kayu, tetapi terkena jari tangan kiri aku. Sekali tengok, hesh, calar sikit jugak ni, cuma makin besar sikit je. Sikit je? Tengok betul-betul kat luka tersebut, Ya Allah. Ternampak tulang jari aku! Terkejut aku bila tengok darah mula mengalir!

    Memandangkan itu adalah pertama kali, aku benar-benar blur atau tidak tahu langsung untuk buat apa dengan kecederaan sebegini. Tiba-tiba, ada ikhwah lain kata, "Pergi basuh guna air! Pergi basuh guna air dulu!". Aku pun pergi ke muara sungai, membasuh luka tersebut. Berkali-kali basuh, darah tetap mengalir. Kemudian, sekali lagi aku blur nak buat apa. Toleh ke belakang, kelihatan seorang ikhwah bergegas ke arah aku dengan membawa iodine, kapas &  plaster. Beliau sendiri yang menyapu iodine pada jari aku, kemudian  meletakkan plaster. Alhamdulillah, lega sikit. Namun, darah masih lagi mengalir, di celah-celah plaster tersebut. Muncul pula ikhwah yang lain yang merupakan pelajar perubatan tahun ketiga, dengan membalut luka tersebut dengan kapas dan kain pembalut. Dengan kekuasaan Allah, darah tersebut berhenti mengalir. Alhamdulillah.... *Pedih*


Saudara-saudara yang dirahmati Allah,

     Dalam kesibukan kita mengejar impian kita, azam kita, penghijrahan kita, pentingnya mereka-mereka yang di sekeliling kita yang boleh dipercayai, saudara-saudara se-aqidah kita, kawan-kawan kita, semasa perjalanan kita untuk berhijrah. Di saat kita kecundang, di saat kita menimpa dugaan, di saat kita dilukai, mereka-mereka yang boleh dipercayai akan datang dan membantu kita, agar kita bangkit semula, mengejar kembali ke arah destinasi kita. Sama seperti seerah, saat ketika orang-orang islam di Mekah berberat hati untuk berhijrah ke Madinah, orang-orang islam di Madinah juga yang menolong mereka dengan menyediakan pelbagai bentuk kemudahan agar beban mereka dikongsi bersama. Pentingnya ukhuwwah, indahnya ukhuwwah, manisnya ukhuwwah bukan ketika kita menerima, tetapi ketika kita memberi.

Gunung Nuang

Masjid Putrajaya
Port Dikcson





*dua kali panjat gunung nuang, 2 benda yang aku belajar; jihad & ukhuwwah 

Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 7:02 PM
Categories:

2 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>