Wednesday, December 8, 2010


     Perhh. Dah lama tak update blog. Idea tu blambak-lambak, tapi tak dapat cari time yang sesuai yang betul2 ada masa kosong untuk duduk depan laptop, pastu start menulis. Ke aku ni banyak bagi alasan ???

     Pastu, terdorong pulak aku nak Google ayat procrastination. 'Konon'nya nak cari article2 tentang procrastinate ni yang boleh buat aku terasa. Baca punya baca, aku pun jadi boring. Saja-saja gatal tekan Google Image pulak, tengok apa ada. Hahaha. Memang kelakar. Aku terjumpa picture ni:


      Hahaha. Boleh tahan boleh tahan. BOLEH TAHAN TERASA LA JUGAK. Hahahahaha (aku gelak serius ni).

     Oh yeah. Sekarang cuti sekolah, termasuk jugak lah IPTA. Tapi aku tak cuti sebab aku belajar kat IPTS. Celup 'British' punya. Sekarang ni hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum final. By next week insya Allah dah start study week. Hahahaha. Here comes the funny part:

Awal Sem
Haish.. Sem lepas aku dah teruk dah markah aku... Sem ni aku kena pulun betul-betul ni. Setiap pagi sebelum pergi kelas wajib study walaupun sedikit!

Minggu ke-5
Haishh. Dah nak dekat 2 minggu dah ni aku tak study apa-apa lagi. By next week, KONPEM KONPEM aku kena start balik study! Hiyaaahhhh!


so..sekarang ni ada satu minggu lagi sebelum study week. Kebanyakan dialog yang selalu aku dengar:

Beberapa Minggu Sebelum Study Week
Burn habis la sem aku kali ni. Kali ni, KONPEM KONPEM, start study week je, memang aku betul-betul push. Bangun dari tidur, tengok notes, sebelum tidur tengok notes. Memang aku nak study betul2! Balik rumah sekejap je. Dapat restu mak bapak je. Pastu balik campus terus study 24 hours! Raaarrrrrrrr!



Hahaha. Kelakar kelakar. Rasa macam nak record je sorang-sorang cakap apa dari awal sem, termasuklah mulut aku sekali. Pastu, sekarang ni, which is dah nak study week dah, bagi sorang-sorang dengar balik apa yang diorang dah ikrar-kan dolu-dolu. Bila semua dah dengar tu, respon diorang + aku:

"Hermm. Kelakar doh. Tapi serius serius serius, kali ni, start esok pagi, kita kena terus buat."


Hahahaha. Lagi la aku gelak. [Terasa macam syok sendiri pulak bila banyak gelak2 ni, takut yang sedang membaca tak paham].

Persoalan atau jawapan yang senang:
Kenapa tak nak start sekarang je?

Hahaha. Sekali lagi aku gelak. Sekali lagi aku nak letak picture atas tadi. Khas untuk kita semua 'kot'.


Indeed, mankind is in loss,

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[103:2]


*nak paham maksud ayat kat atas ni, baca ayat sebelumnya

Posted by Posted by zabed at 11:45 PM
Categories:

4 comments  

Thursday, November 18, 2010



Malaysians are good sprinters, but never withstand in a long endurance marathon
[Tan Sri Dato' Lim Kok Wing describing Malaysians towards Vision 2020 (Wawasan 2020)]


Sebelah kiri tu juara dalam marathon race, tapi sebelah kanan tu juara dalam sprinting.


     Mana yang lagi bagus? Stamina kita boleh bertahan sampai mana??


Daripada Aisyah radhiyallahu'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan....






walaupun sedikit









[Al-Bukhari & Muslim]


     Baik aku kayuh pelan-pelan dulu kalau aku ni beginner dalam naik basikal. Dah pro, barulah kayuh laju-laju. Kalau awal-awal aku nak kayuh laju-laju, nak balance-kan basikal pun kantoi lagi, memang percentage nak accident tu tinggi lah kot.


Hint: Konsisten

Wallahu'alam bis sowab..

Posted by Posted by zabed at 7:00 PM
Categories:

3 comments  

Wednesday, November 17, 2010


*mungkin boleh jadi sambungan kepada Kisah Kermit


     Sehari sebelum raya korban di microprocessor lab, dengan lagak tekun, aku pateri semua electronic components pada PCB. Project untuk sem 3: buat speaker.

     Sedang aku meneruskan lagak tekun aku tu, tiba-tiba kedengaran beberapa suara yang menjerit, "Yeay! We've done it! Aaaahhhhh!!". Aku dengar, dan pandang ke arah group yang dah siap buat amplifier tu, kemudian berfikir, "Aahh takpe2 Zaid. Sabar dulu. Sat lagi nak siap dah circuit ni".

     Dengan hati cekal, aku meneruskan kerja memateri (realiti: lab mate aku yang pateri, aku hanya tolong pegang sebab tak nak goyang). Beberapa minit lepas tu, tiba-tiba kedengaran bunyi muzik orchestra dipasang dengan kuat sekali. Sekali lagi, aku berfikir, "Perh, dah 2 group dah ni siap buat amplifier. Takpe2. Sabar. Sat lagi nak siap la tu".

Posted by Posted by zabed at 12:16 AM
Categories:

3 comments  

Thursday, November 11, 2010




     Mula-mulanya aku ingat nak letak gambar sebenar (actual image) kodok. Tapi, lepas aku try Google Image perkataan 'toad', aku tengok.....Ya Allah. Bukan setakat orang yang nak baca je, aku yang nak tulis pasal kodok ni pun jadi tak selera. Korang try la Google Image perkataan toad.


***

Kermit Si 'Kodok'


     "Baldi aku dah penuh bhai!"

     Lepas subuh, aku terus angkat baldi yang sarat dengan baju-baju dan seluar-seluar aku yang tidak berbasuh + peluh melekit, kemudian dengan lembut, satu persatu aku letakkan baju2 dan seluar2 tersebut ke dalam washing machine. Tekan button play >||, aku pun membiarkan sang washing machine melakukan kerjanya.

Posted by Posted by zabed at 6:34 PM
Categories:

7 comments  

Friday, November 5, 2010


Cerita 1



     Cerita ni berlaku time aku form 2 dulu. Ada sorang member ni, Brado namanya, berbadan besar dan tinggi, tapi tidak berlemak, lebih kepada daging.Time form 2 dulu, dialah yang paling tinggi dalam batch kitorang.

     Yang best pasal Brado ni ialah walaupun badan besar dan tinggi ala-ala Big Show (tak gemuk ye), tapi dia bukannya seorang yg bully. Dia tak buli mana-mana budak kat sekolah aku, dia tak pi belasah mana-mana budak sesuka hati dia, dia tak mengamuk sesuka hati, kalau dia mengamuk pun (sebab terkumpul), dia akan minta maaf balik. Wah laa. Gentleman sungguh. Kalau apa yang dibuat tu salah, dengan rela hatinya dia mengaku kesalahannya dan meminta maaf. Senang cerita gentleman lah! Walaupun dengan tubuh fizikalnya yang mantop, hatinya still maintain sebagai seorang yang gentleman.

     Tapi.......

Posted by Posted by zabed at 5:35 PM
Categories:

5 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>