Sunday, February 23, 2014


Bismillaahirrahmaanirrahiim

     Sekarang ni musim denggi. Jadi nak cakap sikit pasal nyamuk.

     Umur nyamuk ni tak lama pun sebenarnya. Seminggu je pun. Kalau hidup lama sikit, boleh pergi sampai 40 hari. Dia punya kitaran hidup macam ni; mulanya telur, lepas tu jadi jentik-jentik. Cukup hari, jadilah seekor nyamuk. Lepas tu, ada beberapa hari saja untuk rasa nikmat hidup.

     Itupun kalau dia tak kena tampar dengan tangan manusia. Kalau kena tampaq, berapa lama je dia hidup? Mudah je kehidupan seekor nyamuk ni. Tak lama. Sat ja. Dan mungkin jugak orang akan kata, ‘murahnya’ hidup seekor nyamuk. Insignificant. Tak dak sapa perasan sama ada dia ni hidup lagi ka atau dah mati.

     Itu cerita pasal nyamuk. Sekarang ni aku nak cerita pulak pasal satu terma dalam dunia offshore; first oil . Sebut ja perkataan first oil ni, orang dah boleh agak dah apa maksud dia. Bahasa mudah-nya; first time sesuatu platform tu sedut minyak di tempat baru (biasanya di kawasan yang baru diterokai). Senang cerita, first oil ni applicable untuk platform-platform baru dipacak di atas laut.


First oil



     Selepas satu platform siap dibina atau fabricate  di atas darat, platform tersebut akan ditarik oleh kapal ke tengah laut untuk dipacakkan dengan kaki dia atau di-terapung-kan (bergantung kepada kedalaman laut tersebut). Fasa nak pacak-kan dan ‘menghidupkan’ platform ni dipanggil hook-up & commissioning  (HUC).

     Cukup saja syarat HUC, barulah pelantar tersebut dibenarkan untuk sedut minyak. Minyak yang pertama kali disedut ni dipanggil first oil . Bunyi macam mudah je kan. Simple saja. Tapi pengalaman aku dengan ada satu projek HUC ni……innalillaahi wa inna ilaihi rooji’unn.

     Bila dah masuk fasa HUC, bos-bos akan selalu tanya, “Bila nak first oil? BIla boleh first oil?”. Fuhhh. Fasa HUC ni betul-betul la wa cakap sama lu, betul-betul kelam kabut. Serabut. Semua terkejar-kejar. Semua nak cepat. Semua nak berlari. Kadang-kadang nak cepat sangat tu sampai dah masuk tahap 'rat race' (pointless effort). Setiap hari masuk progress meeting, mesti kena pressure;



“Bila system ni boleh hidup? Agak-agak boleh siap sebelum first oil?”

“Ingat ye. Tarikh ‘sekian-sekian’ mesti system ni siap. Kalau tak boleh siap, sekarang ni suruh budok-budok mung kije sampai malam. Aku tau benda ni kena siap sebelum first oil.”


     Tekanan-tekanan seperti ini mengakibatkan suasana bekerja yang sangat ‘chaotic’. Very very hasty. Bila semua kerja nak buat cepat, tok sah cakap pasal soal keselamatan la. Sangat-sangat bahaya. Tak ikut prosedur lansung.

     Akhirnya, kemalangan berlaku. Bukan satu dua, banyak jugak. Walaupun bukanlah kecederaan cacat kekal, tapi parah jugak la bila dah kata kemalangan tu. Aku pun bertanya dengan seorang boss ni,


“Boss, dah ada beberapa accident case dah ni walaupun bukan LTI (lost time injury). Tak ada ‘stop-work’ ke?”

“Kalau ada kes yang sampai berlaku kematian pun, kita boleh bayar”.


     Ya Allah…..sampai camtu sekali dia boleh cakap camtu. Tapi apa yang dia cakap tu ada point dia. Selepas first oil, platform tersebut boleh generate sehingga 10,000 barrel per day. Let’s do some math. Harga minyak sekarang:

1 barrel = 100 USD.
10,000 barrel = 1 million USD
1 million USD = RM 3 juta

     Ok bro. Ini satu platform dapat dalam satu hari; 3 juta ringgit.  Dalam satu hari bro, baru satu platform. Berapa banyak platform kat Malaysia ni? Tak kira lagi berapa banyak telaga minyak baru dijumpai??

     Oh lupa nak habaq. Minyak di Malaysia ni dikategorikan sebagai ‘sweet crude’. Biasanya harga minyak sweet crude ni 3 kali ganda lebih dari harga biasa. Jadi satu platform tu boleh dapat berapa sehari? 9 juta?

     Kalau berlaku satu kematian dan perlu bayar wang pampasan sejuta ringgit kepada keluarga mangsa, alaahhhhai. Tak ada masalah lah. Sejuta ringgit je pun. Sedangkan wang pampasan tak sampai sejuta pun sebenarnya. Sikit lagi daripada tu. Tapi nilai nyawa manusia ni murah sangat, kalau bagi sejuta ringgit, semua mulut boleh senyap.

     Hari ni kalau ada orang bagi seribu ringgit kat kita, macam tak percaya pun ada jugak. Kalau orang kaya sikit, bagi 10 ribu, tengok muka dia macam mana. We are talking about millions of dollar bro. Kalau dapat sejuta?? Unimaginable. Hang tau tak sejuta ringgit ni nilai dia sangat murah??

     Sekarang ni musim denggi. Dengar bunyi nyamuk sikit, kita tampar. Pastu lap tangan sebab ada kesan darah.  Bangkai nyamuk tu entah kita buang kat mana-mana je. Kita perasan nyawa nyamuk ni sangat murah. Sama macam nyawa kita, sangat murah.

     Cuba tengok bangkai nyamuk tu. Apa beza dia dengan kita. Dia hidup sekejap, kita hidup lama? Dia tak ada akal, kita ada akal? Aku tak tau apa beza kita dengan nyamuk bro. Our lives are very cheap. Habis tu, apa beza kita dan nyamuk?



Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau kerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
[Hamka]



Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
[Al-Baqarah (2): 30]



Apa beza aku dengan nyamuk?



Wallahu’alam bis sowab…


*Lebih Serius post latest: Jenis-jenis Tsabat.

Posted by Posted by zabed at 4:16 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>