Bismillaahirrahmaanirrahiim
Shipyards and dockyards are places where ships are repaired & built.
[wikipedia]
Ada sesetengah shipyard (atau orang biasa panggil 'yard') bukan setakat repair dan buat kapal saja, pelantar minyak pun diorang boleh balun. Suasana kerja di yard? Fuhhh wa cakap luu, mencabar betul.
Cuaca malaysia memang kita tau panas, tapi bila kat yard ni kepanasan tu ditambah dengan asap dari traktor dan crane, tambah lagi hang kena pakai coverall yang sememangnya menutup seluruh badan. Jarang betul dapat merasa angin bertiup dalam kawasan yard. Kalau coverall tak basah kuyup tu memang tak sah la orang kata.
Bukan setakat panas, kawasan yard ni dipenuhi dengan bunyi yang teramat bising. Bunyi orang grind besi memang sakit telinga, bunyi orang ketuk besi sekuat mungkin, bunyi 'air compressor' yang seakan-akan bunyi enjin kapal terbang. Bunyi orang buat 'blasting & painting' lagi sakit jiwa, pakai penutup telinga pun tak jadi apa.
Bukan setakat panas dan bising, yard ni memang berhabuk (dusty). Mungkin bukan benda yang orang amik kisah sangat, tapi selalu jugak la tersedak sebab banyak sangat terhidu habuk besi. Bahaya woo kalau untuk jangka masa yang panjang.
Itu baru keadaan fizikal, belum lagi sosial. Orang-orang yang biasa kerja di yard ni memang jenis orang yang keras atau kasaq (orang kedah kata). Suasana jerit pekik, marah-marah dan maki hamun ni memang benda norma. Walaupun hang buat slack sikiittttt saja, memang boleh mengundang maki hamun yang bertalu-talu. Bukan diorang kasar sebab asal usul, tapi keadaan fizikal yard yang memang macam tu mendorong perasaan yang lembut jadi cepat marah dan stress. Semua kerja nak siap cepat. Macam suasana perang la kot.
Yard ni kawasan dia besar dan sangat luas. Betul-betul luas. Pelantar minyak yang paling kecik pernah aku nampak pun bersamaan dengan bangunan 5 tingkat. Kawasan yard yang nak buat pelantar minyak ni mestilah kawasan dia sangaattt luas. Ada sesetengah yard tu boleh 'fabricate' sehingga 4 (kalau tak silap, atau lebih lagi) pelantar minyak dalam satu masa. Bayangkan besar mana yard tu boleh pergi.
Disebabkan luas sangat kawasan yard ni, so tak heran la kalau hang nampak ramai orang bawak basikal dalam kawasan yard. Kadang-kadang nampak macam lawak pun ade jugak. Haha. Tapi hang pikir, kalau hang berada di hujung yard dan hang tertinggal satu barang penting dalam kereta di tempat parking. Jenuh nak kena patah balik jalan berapa kilometer semata-mata nak amik satu barang tu je. Ulang alik di kawasan yard ni....terasa macam marathon pun ada.
Aku cerita pasal yard ni bukan apa, tapi nak korang bayangkan perasaan atau keadaan seseorang muslim yang bekerja di situ pada bulan ramadan. Kering badan......betul-betul kering. Paling teruk pernah aku kerja kat yard ni, sampai masuk waktu buka je aku minum air 3 botol sederhana. Makanan tak heran langsung sebab dahaga yang teramat. Lepas isya' camtu baru sambung makan.
Bang, kebanyakan muslim kat yard ni tak puasa pun time bulan ramadan. Yes, kebanyakan (bukan majoriti). Polis pun tak kelapaq (heran) la untuk buat tangkapan sebab dah terlalu banyak yang tak puasa. Ada sorang rigger (ala general worker / helper) yang aku kenal memang baik perangai dia. Baik-baik dia di kalangan rigger pun, kalau sehari tu dia terlepas sahur, alamatnya memang tak puasa la dia hari tersebut. Baik-baik dia pun, kalau nak minum depan aku pun dia rasa segan-segan. Yang lain? Suasana bulan ramadan di yard ni tak ada beza pun dengan bulan-bulan yang lain baik fizikal mahupun spiritual.
Nak marah atau rasa jelek sebab tak puasa......rasa macam tak kena. Kadang-kadang aku rasa diorang ni (esp rigger) tak patut berpuasa (kadang-kadang ye). Orang mungkin kata teruknya depa ni tak berpuasa pada bulan ramadan. Teruk tak teruk, aku rasa sama ja teruk dengan orang yang berpuasa tapi daily activity dia hanya tengok tv atau mengadap facebook je memanjang. Betul tak?
Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan lapar dan dahaga sahaja.
[hadits riwayat ahmad dan hakim dari abu hurairah]
Aku bukannya nak backup sapa-sapa atau nak attack sapa-sapa pun. Ramadan pun dah lepas, sekarang syawal dah pun. Kepada mereka yang usaha sebaik mungkin pada ramadan yang lepas, syabas. Korang memang osem. Kepada yang rasa macam tak ada beza pun ramadan ni, ingatlah amaran nabi:
Jibril telah mendatangiku, kemudian ia berkata:
"Celakalah orang yang menjumpai Ramadan lalu tidak diampuni".
Maka aku menjawab, "Amin".
[hadits diriwayatkan al-hakim]
Bro, walaupun ramadan dah lepas, it's better late than never untuk memohon keampunan dari Allah. Bro, Allah beri peluang kat kita untuk puasa 6 di bulan syawal ni. Bro, kalau hang rasa diri hang ni teruk sangat sehingga terasa Allah dah murka sangat-sangat, ketahuilah rahmat dan ampunan dari Allah tu jauh lebih luas dari kemurkaanNya.
*limbungan ni merupakan terjemahan bahasa malaysia untuk perkataan 'dockyard'.
Wallaahu'alam bis sowabb
0 comments:
Post a Comment