Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Isu Palestine tak selesai lagi, tetapi keesokan hari (11 June 2010) sudah bermula match pertama World Cup 2010. Astaghfirullahal 'azim. Harap-harap peristiwa yang sudah berlalu tidak berulang lagi. Peristiwa apa? Perisitwa, sama macam yang pernah berlaku di bumi Malaysia sendiri. Tahun lepas, Gaza diserang Israel Zionist kerana mereka mendakwa bahawa Gaza diperintah oleh kerajaan pengganas (dan macam-macam lagi). Kemudian, kita sebulat suara hendak memboikot barangan yang menolong dan memberi bantuan kepada Israel Zionist atas dasar kemanusiaan, kita prihatin terhadap mereka di Gaza yang dizalimi. Dan akhirnya apa jadi? Salah satu syarikat yang diboikot tersebut melancarkan satu tindakan drastik yang tak pernah dibuat sebelum ini di bumi Malaysia; menurunkan harga makanan mereka serendah mungkin pada waktu tengahari. Dan begitu juga dengan sejumlah besar para pemboikot di Malaysia, harga diri mereka juga sama jatuh dengan harga makanan syarikat tersebut. Dan lama-kelamaan, amalan boikot seolah-olah dipandang hina atau asing oleh mereka dulu yang kononnya prihatin terhadap saudara mereka di Palestine.

Sungguh, aku betul-betul risau dengan masyarakat Muslim di Malaysia. Betul-betul risau. Peristiwa baru-baru ini, peristiwa Mavi Marmara sekali lagi telah membuka mata rakyat Malaysia untuk kembali menentang Israel Zionist. Ya! Alhamdulillah, masih lagi ada jiwa-jiwa yang masih prihatin terhadap saudara kita yang ingin membantu saudara kita yang ditindas di negara mereka sendiri. Namun, sedikit demi sedikit, selepas para aktivis Malaysia pulang ke tanah air, begitu juga dengan semangat kebanyakan rakyat Malaysia. Semangat mereka juga telah pulang ke keadaan asal mereka, lagi-lagi ditambah dengan World Cup yang akan berlangsung pada keesokan hari. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuunn.