Saturday, August 31, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Sejak kecik, aku suka tengok benda-benda besar. Aku kagum gila bila tengok kapal terbang. Teruja. Sebab benda tu besar tapi boleh terbang. Sangat...wow. Camana la benda seberat macam tu boleh 'terapung' di udara. Gambar di atas ni saja dah cukup untuk aku terpacul keluar perkataan "holy cow!" (an exclamation of suprise).

     Sewaktu sekolah menengah dulu, aku dah set dalam kepala nak jadi seorang pilot. Disebabkan kekangan mata dan mak bapak tak kasi, harapnya jadi 'engineer' untuk kapal terbang pun jadi la. Tapi 'jalan' ke arah untuk diterima menjadi engineer kapal terbang bukan lah semudah yang disangka. Akhirnya, Allah membuka jalan kepadaku untuk bekerja dalam industri oil and gas.

     Kapal terbang tak ada. Ok lah, janji main dengan benda-benda besar. Kita panggil 'heavy engineering' atau 'heavy industry'. Bila google image gambar-gambar pelantar minyak, perasaan terasa...meh. Tapi bila dah turun site tengok sendiri pelantar tu depan mata, rasa macam.....mak aih besar gila benda ni terpacak kat tengah-tengah laut!

     Sekarang ni aku teruja tengok platform-platform besar. Platform yang ada 'living quarters'; yang dalamnya ada gelanggang futsal, panggung wayang kecik, gym, tempat main snooker etc. Aku lagi teruja kalau berpeluang tengok platform yang dah siap get ready untuk diangkut dari yard ke atas bot besar (kita panggil 'lay barge'). Bertambah teruja lagi kalau dapat tengok platform tu di'angkat' dari barge untuk dipasang di atas laut.


Thialf; the largest crane vessel.


     Ye memang aku jakun tengok benda-benda besar. Aku teruja, sebab macam mana manusia yang kecik ni boleh cipta benda yang beribu-ribu lebih besar dari badan dia sendiri. Yang buat aku sangat kagum, bila kita nak gerakkan benda tersebut (kapal terbang atau kapal laut besar), tak perlukan ramai orang pun. Macam kapal terbang tu setakat 2 orang pun dan boleh terbang.

     Let's say....kalau secara fizikal, seorang manusia boleh angkat beban seberat 50 kilo. 2 orang manusia boleh angkat 100 kilo beban. Tapi hari ni kita boleh lihat 2 orang manusia mampu menerbangkan 650 tan beban (lebih 650 ribu kilogram). Berapa kali ganda tu? Camana depa (manusia) boleh buat camni?

     Setiap benda/perkara/fenomena/etc. ni Allah tetapkan beberapa peraturan. Dan setiap benda/perkara/fenomena/etc. ni tak pernah pun melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah. How obedient they are towards Allah. Dan karakteristik 'obedience' makhluq-makhluq ni dipanggil 'the law of physic' oleh saintis (dan juga biologi, kimia, blablabla jenuh nak tulis semua).

       Perkara-perkara 'magic' seperti menerbangkan beban seberat 650 tan boleh dilakukan kalau kita dapat 'apply' Prinsip Bernoulli, dengan syarat beban tersebut cukup karakteristik aerodinamik-nya. Prinsip Bernoulli ni lah kita panggil sebagai makhluq Allah yang sesekali tak akan berani langsung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan sehinggalah hari akhirat kelak. Maha Benar Allah dalam firman-Nya:


Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.

Supaya kamu duduk di atas punggunggnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan:

"Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya"

[Az-Zukhruf (43): 12-13]


     Hang cuba campak sampah ke atas lantai. Berani sampah tu tak nak cecah lantai? Berani sampah tu nak terapung di udara? Berani sampah tu tiba-tiba terbang ke langit? Berani graviti bumi nak langgar perintah Allah? Dude.....graviti tu tunduk pada perintah/peraturan Allah. How obedient he is towards Allah. Subhaanallah. Allahuakbar.

     Membebel panjang pulak kat post ni. Haha ok lah. Sebenarnya nak cerita satu benda ni. Kalau ikutkan schedule, seminggu selepas raya aku sepatutnya kena pulang ke Bintulu. Yang best-nya, lepas raya ni jugak lah berlambak-lambak kawan yang nak kahwin. Ada seorang kawan rapat mesej aku (sebelum raya),


Bed, ko confirm kan nak datang kenduri aku?


     Ko tengok, mesej macam ni jelas dia tau kerja aku macam mana tapi dia nak jugak aku datang kenduri dia. Ko bayangkan perasaan aku nak reply mesej mamat ni. Berpeluh-peluh aku menaip. Dan hasilnya, mesej yang aku reply tu sangatlah panjang dan sangat banyak perkataan "insya Allah"; nak membayangkan betapa aku nak sangat pi kenduri dia tapi kekangan untuk hadir tu terlalu besar. Lepas tu, mamat tu tak reply langsung mesej aku. Fuhhh berat gila hati gua time tu.

     Allahu akbar. Allahu akbar. Allah sungguh Maha Besar. Sebesar-besar 'barge' yang buat aku kagum dan teruja tu; Allah boleh hentikan dia daripada berlepas untuk ke laut. Hasilnya, lagi sebulan atau dua bulan lagi baru ada the next barge.

     Cerita teknikal: Semasa 'offshore campaign', barge ni akan di-park bersebelahan dengan platfrom minyak sebagai tempat accommodation. Oleh sebab beberapa isu safety, barge tersebut telah di-reject dan untuk tunggu barge seterusnya perlu memakan masa selama sebulan atau 2 bulan.

     Wow. Sungguh aku rasa kagum. Aku teruja dengan 'the power of doa'. Aku ni manusia kecik dan kuruih je bang, tapi barge yang boleh tampung 100 orang tu boleh Allah hentikan untuk aku. Wow. Subhaanallah. Allahu akbar. Alhamdulillah, dapat jugak aku pi kenduri kawan aku tu.


Dan supaya kamu mengucapkan,

Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,

dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.



*******



     Gua nak selit sedikit isu mesir. Hang kalau tak nak amik tahu pasal isu mesir, sama saja macam hang cakap dekat polis, "oh yeke tak boleh u-turn kat sini. Saya mana tau". Hang rasa polis boleh terima ka jawapan hang tu?

     Ada sorang anney yang selalu buat teh o ais limau kat aku pagi-pagi tu, boleh tau update terkini mesir melalui facebook! Dey macha! Anney pun ada facebook. Siap tau perkembangan mesir lagi! Apa lagi alasan hang?

     Doa bro. Doa. Doa yang serius, bukan main-main punya doa.


Mereka (ahli-ahli sihir yang insaf) berkata: Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu (firaun) daripada bukti-bukti yang nyata, yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami;

maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan! Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan ini saja!

[20:72]

Posted by Posted by zabed at 3:38 AM
Categories:

0 comments  

Tuesday, August 13, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Shipyards and dockyards are places where ships are repaired & built.

[wikipedia]


     Ada sesetengah shipyard (atau orang biasa panggil 'yard') bukan setakat repair dan buat kapal saja, pelantar minyak pun diorang boleh balun. Suasana kerja di yard? Fuhhh wa cakap luu, mencabar betul.

     Cuaca malaysia memang kita tau panas, tapi bila kat yard ni kepanasan tu ditambah dengan asap dari traktor dan crane, tambah lagi hang kena pakai coverall yang sememangnya menutup seluruh badan. Jarang betul dapat merasa angin bertiup dalam kawasan yard. Kalau coverall tak basah kuyup tu memang tak sah la orang kata. 

     Bukan setakat panas, kawasan yard ni dipenuhi dengan bunyi yang teramat bising. Bunyi orang grind besi memang sakit telinga, bunyi orang ketuk besi sekuat mungkin, bunyi 'air compressor' yang seakan-akan bunyi enjin kapal terbang. Bunyi orang buat 'blasting & painting' lagi sakit jiwa, pakai penutup telinga pun tak jadi apa.

     Bukan setakat panas dan bising, yard ni memang berhabuk (dusty). Mungkin bukan benda yang orang amik kisah sangat, tapi selalu jugak la tersedak sebab banyak sangat terhidu habuk besi. Bahaya woo kalau untuk jangka masa yang panjang.

     Itu baru keadaan fizikal, belum lagi sosial. Orang-orang yang biasa kerja di yard ni memang jenis orang yang keras atau kasaq (orang kedah kata). Suasana jerit pekik, marah-marah dan maki hamun ni memang benda norma. Walaupun hang buat slack sikiittttt saja, memang boleh mengundang maki hamun yang bertalu-talu. Bukan diorang kasar sebab asal usul, tapi keadaan fizikal yard yang memang macam tu mendorong perasaan yang lembut jadi cepat marah dan stress. Semua kerja nak siap cepat. Macam suasana perang la kot.

     Yard ni kawasan dia besar dan sangat luas. Betul-betul luas. Pelantar minyak yang paling kecik pernah aku nampak pun bersamaan dengan bangunan 5 tingkat. Kawasan yard yang nak buat pelantar minyak ni mestilah kawasan dia sangaattt luas. Ada sesetengah yard tu boleh 'fabricate' sehingga 4 (kalau tak silap, atau lebih lagi) pelantar minyak dalam satu masa. Bayangkan besar mana yard tu boleh pergi. 

      Disebabkan luas sangat kawasan yard ni, so tak heran la kalau hang nampak ramai orang bawak basikal dalam kawasan yard. Kadang-kadang nampak macam lawak pun ade jugak. Haha. Tapi hang pikir, kalau hang berada di hujung yard dan hang tertinggal satu barang penting dalam kereta di tempat parking. Jenuh nak kena patah balik jalan berapa kilometer semata-mata nak amik satu barang tu je. Ulang alik di kawasan yard ni....terasa macam marathon pun ada.

     Aku cerita pasal yard ni bukan apa, tapi nak korang bayangkan perasaan atau keadaan seseorang muslim yang bekerja di situ pada bulan ramadan. Kering badan......betul-betul kering. Paling teruk pernah aku kerja kat yard ni, sampai masuk waktu buka je aku minum air 3 botol sederhana. Makanan tak heran langsung sebab dahaga yang teramat. Lepas isya' camtu baru sambung makan.

     Bang, kebanyakan muslim kat yard ni tak puasa pun time bulan ramadan. Yes, kebanyakan (bukan majoriti). Polis pun tak kelapaq (heran) la untuk buat tangkapan sebab dah terlalu banyak yang tak puasa.  Ada sorang rigger (ala general worker / helper) yang aku kenal memang baik perangai dia. Baik-baik dia di kalangan rigger pun, kalau sehari tu dia terlepas sahur, alamatnya memang tak puasa la dia hari tersebut. Baik-baik dia pun, kalau nak minum depan aku pun dia rasa segan-segan. Yang lain? Suasana bulan ramadan di yard ni tak ada beza pun dengan bulan-bulan yang lain baik fizikal mahupun spiritual.

     Nak marah atau rasa jelek sebab tak puasa......rasa macam tak kena. Kadang-kadang aku rasa diorang ni (esp rigger) tak patut berpuasa (kadang-kadang ye). Orang mungkin kata teruknya depa ni tak berpuasa pada bulan ramadan. Teruk tak teruk, aku rasa sama ja teruk dengan orang yang berpuasa tapi daily activity dia hanya tengok tv atau mengadap facebook je memanjang. Betul tak?


Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan lapar dan dahaga sahaja.

[hadits riwayat ahmad dan hakim dari abu hurairah]



     Aku bukannya nak backup sapa-sapa atau nak attack sapa-sapa pun. Ramadan pun dah lepas, sekarang syawal dah pun. Kepada mereka yang usaha sebaik mungkin pada ramadan yang lepas, syabas. Korang memang osem. Kepada yang rasa macam tak ada beza pun ramadan ni, ingatlah amaran nabi:


Jibril telah mendatangiku, kemudian ia berkata:

"Celakalah orang yang menjumpai Ramadan lalu tidak diampuni". 

Maka aku menjawab, "Amin". 

[hadits diriwayatkan al-hakim]



     Bro, walaupun ramadan dah lepas, it's better late than never untuk memohon keampunan dari Allah. Bro, Allah beri peluang kat kita untuk puasa 6 di bulan syawal ni. Bro, kalau hang rasa diri hang ni teruk sangat sehingga terasa Allah dah murka sangat-sangat, ketahuilah rahmat dan ampunan dari Allah tu jauh lebih luas dari kemurkaanNya.






Gambar kenangan di yard



*limbungan ni merupakan terjemahan bahasa malaysia untuk perkataan 'dockyard'. 


Wallaahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 1:52 PM
Categories:

0 comments  

Friday, August 9, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Bukak tv, keluar berita tentang askar yang menjalankan tugas tidak pulang ke kampung halaman di musim perayaan. Heroic. Bekerja semasa musim perayaan dianggap heroic oleh masyarakat, tak kisah lah hang ni kerja tentera ka atau kerja biasa pun.

     Kalau ikutkan, sepatutnya aku pun kena beraya di atas laut (walaupun bukan bekerja sebagai tentera). Tapi pum pam pum pam dipendekkan cerita, alhamdulillah dapat lah jugak kebenaran dari boss untuk aku pulang ke kedah.

     Bila aku ikut mak pergi beraya ke rumah orang, aku boleh nampak dengan jelas perasaan bangga mak bercerita tentang aku bekerja sehingga ke lautan sarawak. Kadang-kadang dia selitkan cerita pasal yang sebenarnya aku ni kena beraya atas laut. Haha. Biasa lah mak-mak kan memang macam ni. Aku pun turut hepi.

     Time raya ni jugak sempat aku ziarah keluarga pakcik-pakcik yang kerja diorang lebih kurang macam aku jugak. Bila sembang dengan 'orang-orang rumah" diorang ni, wow. Cekal gila hati diorang. Diorang memang pasrah dan redho dengan pekerjaan suami diorang. Cekal tak cekal hati diorang sehinggakan diorang kata, 

"kalau depa (suami-suami) ni pergi ke laut, janganlah tanya bila nak balik"

     Kebiasaan isteri (mungkin) berleter atau complain "kenapa lah abang pi lagi", "tak nak tukaq kerja ka", "carilah kerja yang rilek sikit", dan lain-lain. Aku sendiri pun asalnya ingatkan pergi sarawak ni setakat seminggu atau dua, sekali amik kau sampai 2 bulan. Kalau hati isteri-isteri ni tak cekal, silap-silap.....*na'udzubillaahimindzaaalik*...boleh bercerai.

     Itulah antara pekerjaan yang nampak heroik di mata rakyat malaysia; berkhidmat semasa musim perayaan. Kalau kita ziarah keluarga yang bapa atau suami yang bekerja macam ni dan dengar sendiri cerita-cerita diorang (kalau korang dapat family yang cekal la kan), fullaoo cerita diorang. Lebih kurang macam korang dengar cerita kesetiaan keluarga-keluarga di palestin dan syria menunggu suami atau bapa diorang.

     Baru kahwin beberapa hari, suami kena tangkap dengan zionis. Selepas berpuluh-puluh tahun, akhirnya suami dibebaskan (muka pun dah macam datuk orang). Si isteri masih lagi setia menunggu suaminya sedangkan boleh saja isteri tu minta cerai dan kahwin dengan orang lain. Bro, baru beberapa hari kahwin kot tapi kesetiaan dia macam dah beratus tahun dah kahwin. Sooo heroik.

     Sebelum pergi berperang, si ayah meninggalkan isteri dan anak yang baru saja lahir untuk meyahut seruan jihad. Selepas berpuluh-puluh tahun, si bapa pun pulang. Balik rumah ada lelaki lain pulak kat rumah. Bergelut lah kedua-dua orang ni. Tau-tau rupanya si lelaki yang ada kat rumah tu anak dia yang dah besaq dah. Mana la si bapak dengan anak nak kenal sama sendiri.

      Aku harap perkara yang sama boleh berlaku di malaysia. Tapi itulah, kita di sini mana ada suasana peperangan pun. Aman damai. Takkan medan politik dan medan 'mencari rezeki' saja yang dianggap heroik di malaysia. Aku rasa ada satu lagi medan yang sangat heroik dan sesuai dengan masyarakat yang aman macam malaysia ni. 

     Medan 'guru'. Bukannya 'guru' sebagai profesion. Tapi.....guru secara natural -nya. Memang sifat hang ni orang kenal sebagai suka mengajar, bukan terhad kepada mengajar di kelas-kelas sekolah tu. Biarpun hang ni seorang doktor ka, engineer ka, accountant ka, kerani ka, tapi orang akan kenal hang sebagai seorang pendidik, seorang murobbi .

     Medan guru atau lebih tepat lagi tarbiyah . Tarbiyah masyarakat. Ya, masyarakat malaysia memang aman damai, tapi deep down depa ni sakit. Saakitt. Hati yang hilang.

     Aku mungkin seorang jurutera yang jasadnya selalu ke laut di pelantar minyak. Namun, itu tak mematahkan semangat untuk aku menjadi seorang guru, seorang murobbi. Aku nak nanti bila berada di kubur, pahala aku akan terus menerus berjalan sehingga ke akhirat kerana 'perkara-perkara' yang aku sampaikan sewaktu hidup dulu. Biidznillah. Insya Allah. 

      Say hello to usrah fellas.


                                                                **************



     *Ayat yang menceritakan tugas seorang murobbi agung:


(Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya.

Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.

[at-talaq (65): 11]





*bagi yang beraya di kampung, berhati-hati di jalan raya bila nak balik ke rumah. Sedikit pesanan:


1. Family is priority, but safety's first.

2. Ngingat penglikun, ingat orang kesayau (utamakan keselamatan, ingat orang tersayang).


Posted by Posted by zabed at 11:05 AM
Categories:

2 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>