Saturday, August 31, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Sejak kecik, aku suka tengok benda-benda besar. Aku kagum gila bila tengok kapal terbang. Teruja. Sebab benda tu besar tapi boleh terbang. Sangat...wow. Camana la benda seberat macam tu boleh 'terapung' di udara. Gambar di atas ni saja dah cukup untuk aku terpacul keluar perkataan "holy cow!" (an exclamation of suprise).

     Sewaktu sekolah menengah dulu, aku dah set dalam kepala nak jadi seorang pilot. Disebabkan kekangan mata dan mak bapak tak kasi, harapnya jadi 'engineer' untuk kapal terbang pun jadi la. Tapi 'jalan' ke arah untuk diterima menjadi engineer kapal terbang bukan lah semudah yang disangka. Akhirnya, Allah membuka jalan kepadaku untuk bekerja dalam industri oil and gas.

     Kapal terbang tak ada. Ok lah, janji main dengan benda-benda besar. Kita panggil 'heavy engineering' atau 'heavy industry'. Bila google image gambar-gambar pelantar minyak, perasaan terasa...meh. Tapi bila dah turun site tengok sendiri pelantar tu depan mata, rasa macam.....mak aih besar gila benda ni terpacak kat tengah-tengah laut!

     Sekarang ni aku teruja tengok platform-platform besar. Platform yang ada 'living quarters'; yang dalamnya ada gelanggang futsal, panggung wayang kecik, gym, tempat main snooker etc. Aku lagi teruja kalau berpeluang tengok platform yang dah siap get ready untuk diangkut dari yard ke atas bot besar (kita panggil 'lay barge'). Bertambah teruja lagi kalau dapat tengok platform tu di'angkat' dari barge untuk dipasang di atas laut.


Thialf; the largest crane vessel.


     Ye memang aku jakun tengok benda-benda besar. Aku teruja, sebab macam mana manusia yang kecik ni boleh cipta benda yang beribu-ribu lebih besar dari badan dia sendiri. Yang buat aku sangat kagum, bila kita nak gerakkan benda tersebut (kapal terbang atau kapal laut besar), tak perlukan ramai orang pun. Macam kapal terbang tu setakat 2 orang pun dan boleh terbang.

     Let's say....kalau secara fizikal, seorang manusia boleh angkat beban seberat 50 kilo. 2 orang manusia boleh angkat 100 kilo beban. Tapi hari ni kita boleh lihat 2 orang manusia mampu menerbangkan 650 tan beban (lebih 650 ribu kilogram). Berapa kali ganda tu? Camana depa (manusia) boleh buat camni?

     Setiap benda/perkara/fenomena/etc. ni Allah tetapkan beberapa peraturan. Dan setiap benda/perkara/fenomena/etc. ni tak pernah pun melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah. How obedient they are towards Allah. Dan karakteristik 'obedience' makhluq-makhluq ni dipanggil 'the law of physic' oleh saintis (dan juga biologi, kimia, blablabla jenuh nak tulis semua).

       Perkara-perkara 'magic' seperti menerbangkan beban seberat 650 tan boleh dilakukan kalau kita dapat 'apply' Prinsip Bernoulli, dengan syarat beban tersebut cukup karakteristik aerodinamik-nya. Prinsip Bernoulli ni lah kita panggil sebagai makhluq Allah yang sesekali tak akan berani langsung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan sehinggalah hari akhirat kelak. Maha Benar Allah dalam firman-Nya:


Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.

Supaya kamu duduk di atas punggunggnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan:

"Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya"

[Az-Zukhruf (43): 12-13]


     Hang cuba campak sampah ke atas lantai. Berani sampah tu tak nak cecah lantai? Berani sampah tu nak terapung di udara? Berani sampah tu tiba-tiba terbang ke langit? Berani graviti bumi nak langgar perintah Allah? Dude.....graviti tu tunduk pada perintah/peraturan Allah. How obedient he is towards Allah. Subhaanallah. Allahuakbar.

     Membebel panjang pulak kat post ni. Haha ok lah. Sebenarnya nak cerita satu benda ni. Kalau ikutkan schedule, seminggu selepas raya aku sepatutnya kena pulang ke Bintulu. Yang best-nya, lepas raya ni jugak lah berlambak-lambak kawan yang nak kahwin. Ada seorang kawan rapat mesej aku (sebelum raya),


Bed, ko confirm kan nak datang kenduri aku?


     Ko tengok, mesej macam ni jelas dia tau kerja aku macam mana tapi dia nak jugak aku datang kenduri dia. Ko bayangkan perasaan aku nak reply mesej mamat ni. Berpeluh-peluh aku menaip. Dan hasilnya, mesej yang aku reply tu sangatlah panjang dan sangat banyak perkataan "insya Allah"; nak membayangkan betapa aku nak sangat pi kenduri dia tapi kekangan untuk hadir tu terlalu besar. Lepas tu, mamat tu tak reply langsung mesej aku. Fuhhh berat gila hati gua time tu.

     Allahu akbar. Allahu akbar. Allah sungguh Maha Besar. Sebesar-besar 'barge' yang buat aku kagum dan teruja tu; Allah boleh hentikan dia daripada berlepas untuk ke laut. Hasilnya, lagi sebulan atau dua bulan lagi baru ada the next barge.

     Cerita teknikal: Semasa 'offshore campaign', barge ni akan di-park bersebelahan dengan platfrom minyak sebagai tempat accommodation. Oleh sebab beberapa isu safety, barge tersebut telah di-reject dan untuk tunggu barge seterusnya perlu memakan masa selama sebulan atau 2 bulan.

     Wow. Sungguh aku rasa kagum. Aku teruja dengan 'the power of doa'. Aku ni manusia kecik dan kuruih je bang, tapi barge yang boleh tampung 100 orang tu boleh Allah hentikan untuk aku. Wow. Subhaanallah. Allahu akbar. Alhamdulillah, dapat jugak aku pi kenduri kawan aku tu.


Dan supaya kamu mengucapkan,

Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,

dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.



*******



     Gua nak selit sedikit isu mesir. Hang kalau tak nak amik tahu pasal isu mesir, sama saja macam hang cakap dekat polis, "oh yeke tak boleh u-turn kat sini. Saya mana tau". Hang rasa polis boleh terima ka jawapan hang tu?

     Ada sorang anney yang selalu buat teh o ais limau kat aku pagi-pagi tu, boleh tau update terkini mesir melalui facebook! Dey macha! Anney pun ada facebook. Siap tau perkembangan mesir lagi! Apa lagi alasan hang?

     Doa bro. Doa. Doa yang serius, bukan main-main punya doa.


Mereka (ahli-ahli sihir yang insaf) berkata: Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu (firaun) daripada bukti-bukti yang nyata, yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami;

maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan! Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan ini saja!

[20:72]

Posted by Posted by zabed at 3:38 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>