Thursday, June 7, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


    Sejak bila aku mula 'bergaduh'? Oh baru teringat. Seingat aku la, orang pertama yang bergaduh dengan aku ialah adik sendiri. Haha. Sebelum tadika lagi. Setiap kali bergaduh, mesti aku kalah sebab aku ni dikira sebagai 'abang'. Gaduh pasal apa pun tak ingat. Gaduh pasal mainan kot. Entah wallaahu'alam.

     Kemudian naik darjah satu. 'Gaduh' kali ni boleh tahan epic. Bukan gaduh lagi dah. Ini dikira perang. Perang di antara kelas melawan kelas. Ni bukan perang macam lawan sukan ke, lawan akademik ke etc. Ini perang betul-betul ni. Amik penyapu dan penyodok pergi serang kelas sebelah. Ketuk kepala orang, tonyoh-tonyoh budak. Bukan sorang dua je, satu kelas 'join the cause'. Aku pun tak tau pasaipa boleh sampai berperang dengan sungguh violent .

     Kemudian biasa la kan dalam kelas mesti ada sampai satu tahap tu pelajar lelaki dan pelajar perempuan bergaduh. Bukan gaduh secara fizikal pukul-pukul tu, tapi gaduh setakat perang mulut je. Kalau ada quiz dalam kelas, pelajar lelaki boleh pulak bersatu untuk menentang pelajar perempuan walhal sewaktu darjah satu dulu selalu je berperang antara kelas lawan kelas.

     Aku teringat ketika pertama kali belajar di sekolah berasrama penuh di Kuala Lipis. Walaupun sekolah terletak di Pahang, majoriti pelajar batch aku adalah berasal dari negeri Kelantan dan KL. Mak aihhhh. Semangat kenegerian memang menebal gila time tu. Boleh pulak susunan bilik kat dorm tu disusun mengikut negeri. Bukan disengajakan disusun macam tu, tapi kebanyakan pelajar-pelajar baru berasal dari Kolumpur, jadi seolah-olah nampak macam ada Wing Kelantan dan Wing KL pulak kat dorm tu. Ni pun macam Cold War jugak walaupun tak ada pertembungan fizikal. Cold War yang sampai tahap, kalau ada barang yang hilang atau dicuri, mesti nak salahkan orang dari 'Wing' yang lain. Atau contohnya kalau ada orang dari Wing A melintas Wing B, mesti terasa macam diri seekor kucing melintasi kawasan yang dipenuhi dengan anjing yang bersedia untuk menerkam kita.

     Tapi Cold War antara negeri-negeri ni tak lama. Setahun je. Naik form 5, susunan bilik dah tak macam dulu. Kelantan ke, KL ke, Ganung ke, Pahang ke main campur je. Janji semua budak form 5 dalam satu dorm tu. Terus hilang semangat kenegerian masing-masing. Semua bersatu, bersatu untuk melawan 'SPM'. Dan alhamdulillah, batch kami adalah batch terbaik dalam pencapaian keputusan SPM semenjak sekolah tu dibuka. Ini memang betul-betul 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

     Bila masuk universiti, kali ni persengeketaan antara jurusan dengan jurusan pulak (terasa macam guna perkataan 'jurusan' dalam Naruto pulak) padahal berada dalam satu fakulti yang sama. Masing-masing nak buktikan jurusan mereka-lah yang paling susah sekali. Chemical paling susah la, Mechanical banyak kerja la, Elektrikal banyak test la dan Civil ingat-senang-ke?. Tapi boleh pulak 'puak-puak' ni bersatu bila membandingkan orang dari fakulti atau school  yang lain. Semua bersepakat dengan slogan 'Engineering lagi susah dari business, science, pyschology dan lain-lain'. Kali ni gaduh antara fakulti dengan fakulti pulak. Lepas tu kesemua student di uni bersatu kalau nak membandingkan dengan universiti-universiti lain.

     Di kalangan bangsa Melayu pun boleh berpecah walaupun kulit sama coklat dan cakap sama bahasa. Melayu UMNO la, Melayu PAS la, Melayu educated la etc. Masing-masing nak pertahankan parti mana paling bagus dalam membela nasib 'bangsa', tak kurang juga orang yang kononnya 'neutral' atau so-called first class mentality yang rata-ratanya adalah keyboard warriors. Tapi masing-masing sepakat tak suka 'orang cebok tak guna air', 'bunuh ...... daripada bunuh ular', '.... bukit', '..... estet'. Eh perlu ke aku tulis secara detail?

     Situasi politik di Malaysia pulak terbahagi kepada dua; penyokong kerajaan vs tak suka kerajaan. Benci kerajaan tidak bermaksud menyokong pembangkang ye. Bak kata seorang kawan aku yang berbangsa Cina,

"I tak suka DAP sebab *politic stuffs*. Tapi I kena undi DAP sebab I lagi meluat dengan kerajaan sekarang. At least, I need to show them (the current govt) that there are still a large number of Malaysians that want a reform in *politic stuffs* after 50 years of ruling"

     Jadi, berlakulah situasi Melayu Cina dan India bersatu tanpa mengira kaum seperti yang kita lihat pada foto-foto Bersih 3.0 baru-baru ni. Aku sendiri merasai kesatuan atau unity yang berlaku di antara kaum semasa demo bersih 28 April lepas. Berkongsi air, berkongsi garam, walaupun tangan yang memberi itu ialah 'orang cebok tak guna air'.

     Kemudian kita beralih kepada perlawanan bola sepak final antara Malaysia dan Indonesia atau Singapura. Tak kisah lah kau 'orang merah' atau 'orang kuning' sekalipun, asalkan kau Malaysian, kita sama-sama akan menyokong Harimau Malaya menentang Garuda atau Singapore Lions walhal kedua-dua negara Singapura dan Indonesia katanya bangsa serumpun dengan bangsa Melayu sehhh. "E lelelelele lah ooo ooo, E lelelelele lah aaa aaa, E lelelelele lah ooo ooo, E lelelelele lah harimau malaya, harimau malaya, harimau malaya!"

     Dan orang-orang yang berada di negara-negara Timur akan bersatu menentang orang-orang yang berada di negara-negara Barat (Westerners) sebab Westerners merendah-rendahkan dan menjajah orang-orang Timur. Contoh penentangan terhadap Westerner secara halus seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Buy British Last.

     Tapi mungkin zaman sekarang dah tak ada dah kot kesatuan 'orang-orang timur'. Sebab yang selalu dihebah-hebahkan di media ialah 'it is West against Muslims'. Muslim secara keseluruhannya dianggap sebagai Orang Timur. Paling ketara berlaku selepas insiden 9/11. Tu yang tiba-tiba boleh meletup fenomena Islamophobia.

     Ini sudah sampai ke peringkat dunia. West against Muslims. Ada lagi kesatuan yang boleh menyatukan 'West' dengan 'Muslims'? Ada ada. Sapa kata tak ada. Bila keseluruhan umat manusia diancam serangan oleh makhluk asing dari Planet Mars a.k.a Martians, baru lah 'humanity' bersatu keseluruhannya tanpa mengira West, East atau Muslims punya 'nationality'. Waktu ni barulah semua mengaku bahawa kita semua berasal dari Adam.





     Bak kata seseorang,


Different beliefs are the source of wars and disagreement.


     Ciri-ciri atau karakteristik atau pandangan yang 'berbeza', 'tak sama', 'tak ngam', 'berlainan' dan sinonim dengannya itulah yang mengakibatkan pergaduhan atau perpecahan. Lawan kepada perkataan-perkataan tadi, itulah yang mengakibatkan kesatuan. Berbeza pula konsep penyatuan atau asabiyyah yang diceritakan dalam Al-Quran:


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.

[Al-Hujurat (49): 13]


      Semangat asabiyah (unity) ni memang bagus, tapi ia jadi tak berapa nak bagus bila asabiyah ini hanya terhad kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri atau karakteristik yang sama. Antara konsep 'asabiyah' yang cuba disampaikan oleh Al-Quran ialah berlapang dada walaupun terdapat banyak perbezaan dari segi ciri-ciri mahupun karakteristik ('....berbangsa-bangsa dan bersuku-suku....' ). Berlapang dada, bermaksud kita 'menerima' dan berkata 'Okay, tadak hal'.

     Kalaulah tiada konsep 'berlapang dada' dalam islam, hari ni islam hanya dianuti oleh orang-orang Arab sahaja sebab Rasulullah berbangsa Arab dan Al-Quran pun guna bahasa Arab. Jadi logiklah kalau 'penyatuan' dalam islam hanya berlaku kerana persamaan ciri-ciri, bukannya perbezaan?

     Kita di Malaysia hari ini bersatu dan bersepakat atas nama islam, tapi tidak 'berlapang dada' langsung dengan orang yang kita gelar 'kafir', dan mungkin juga kepada sesetengah 'muslim yang berbeza' itu sendiri. Oleh kerana kita beragama islam, kita berada di pihak 'benar'. Bak kata brader Hilal Asyraf, kita lemas dalam keangkuhan bila kita dipihak 'benar' kononnya . Kita jadi angkuh dengan orang yang tak klik dengan kita. "Kita jadi angkuh dengan bangsa lain. Kita jadi angkuh dengan orang dari agama lain. Hingga kita sangka, kita buat apa sahaja pun tidak mengapa." Sebab unity  yang tidak bertempat a.k.a zalim.

     Sedangkan terang-terang Allah kata bahawa islam merupakan rahmat kepada seluruh alam. Kalau Martians wujud, tak mustahil mereka pun diberi pilihan untuk menyertai islam walaupun terang-terang mereka berlainan karakteristik dengan manusia. Jin pun ada jin islam.

     Tak perlu pun kita mencari kesalahan a.k.a. perbezaan seseorang. Mencari satu titik persamaan, itulah berlapang dada. Kemudian barulah boleh bersatu *aihhh cliche-nya ayat*. Sentiasa ada golongan yang 'memberi' dan 'diberi'. Berbeza karakteristik, tapi boleh 'klik'.



Sesungguhnya selemah-lemah ukhuwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhuwah itu pula adalah itsar (melebihkan orang lain)

Hassan Al-Banna



     Kita offer diri untuk berlapang dada, kalau pihak lain tak nak terima itu 'lain cerita'.


Walaahu'alam bis sowabb 


Post baru blog baru: Kahwin muda vs mati muda



Posted by Posted by zabed at 10:49 AM
Categories:

 

2 comments:

Pemimpi Tegar said...

Wah akhi ! Dah ada blog baru nampak :D

zabed said...

saje-saje je ni. Haha insha Allah harapnya 'lebih serius'. lulz

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>