Friday, April 6, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim




     Bila perut tengah lapar, member pulak ajak pergi Burger King sebab promosi yang teramat lah style gila, impian kononnya nak saving dengan cara memasak untuk berbuka puasa dihapus dengan sekelip mata saja. Serius murah. Sekali dengan tax, harga untuk 2 set hanya RM10.60 sahaja. Memang style.

     Disebabkan promosi ini hanya sah dari pukul 6 hingga 9 malam, maka kitorang gerak dari hulu hutan ni ke Burger King selepas asar sebab nak elak jam. Perjalanan pulang tuh, pergh memang jam gila. Kereta pulak dah bau semerbak dengan french fries yang baru digoreng. Memang menggugat iman betul.

     Ada sorang kawan ni tak puasa, maka dia meminta izin untuk makan french fries ni dulu. Bukan sebab tak hormat kitorang yang berpuasa, sebab tak nak nanti french fries ni rasa tak sedap sebab dah sejuk. Baikkkkkk punya alasan. Hahaha tapi tak kesah pun. Betul jugak. Sapa suka makan french fries yang dah sejuk?? Benar, kesabaran itu perit kerana masa.

     Dalam perjalanan pulang, dapat pulak panggilan telefon yang merembeskan peluh di kepala dengan banyak. Asalnya kereta meriah dengan tawa riang, tiba-tiba kembali suram dengan panggilan tersebut. Senyap satu kereta. Perut menjadi sangat lapar kerana memikirkan solusi. Sorang kawan ni cuba buat lawak untuk hidupkan suasana ceria kembali tapi aku membalas, "Sori bro. Aku nak gelak pun tak larat. Lapar sangat. Kalau tak aku dah boleh 'tambah perencah' sikit. Ha..ha...". Pastu member tu balas balik, "Memang betul la orang kata puasa ni dapat menahan orang dari buat maksiat (atau lagho) sebab kita dah tak ada energy ". Bangg! Sekali head shot bhai. Betul, sabar itu perit sebab masa.

     Alhamdulillah, sampai-sampai campus je elok-elok masuk waktu maghrib. Port bukak puasa memang terbaik. Boleh nampak sunset  dan jauh dari orang ramai. Terus dicapai french fries sebab takut tak sedap bila dah sejuk karang. Perh nikmat gila berbuka puasa selepas sehari berpenat-penat. Sedang gelojoh sumbat french fries ke dalam mulut, tiba-tiba member yang tak puasa ni bersuara,


"Ko tau, selama 4 tahun kat campus ni, tak pernah pun aku lepak kat 'port' ni."


     Aku terhenti sekejap. Kemudian aku membalas dengan sinis, "ko buat ape je selama 4 tahun ni? Main game je?". Mengundang jugak soalan tu sebab boleh kata dia ni kaki game. Haha. Berbual dan berbual entah sampai macam mana entah boleh masuk topik kenangan ketika tahun pertama jejak kaki kat campus ni. Sedar tak sedar, dah hampir 4 tahun jugak la sejak kali terakhir kitorang lepak di 'port' ni. Betul-betul ketika sebelum menyertai 'usrah'.

     Kitorang pun 'reminisce' zaman tu. Lama jugak la cerita. Akhirnya pergi kepada konklusi bahawa, "ini semua perancangan dari Allah. Truly, memang kita sendiri rasa dan nampak jelas depan mata". Entah camana keadaan kami yang tak tau la nak describe camana, boleh pulak join 'usrah' accidentally  dan alhamdulillah sampai ke hari ni masih lagi tsabat. Hampir 4 tahun menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah. Alhamdulillah, tsummal hamdulillah.

     Bila kenang balik, 4 tahun inilah dirasakan 4 tahun yang paling lama dalam hidup. Terlalu banyak benda yang sudah 'evolve' pada diri masing-masing. Member2 yang sama-sama mula belajar di sini tahun 2008 dulu pun dah lain dah perangai sekarang. Tapi bagi sesetengah orang, 4 tahun tu sangat sekejap. Hanya angka sahaja. Tak memberi impak besar dalam hidup pun. Bagi sesetengah orang, faktor masa tu sangat memeritkan sebab terpaksa bersabar.

     Cuba bukak Quran, tengok surah An-Nasr (izaa jaa anasrullah) dan surah Al-Masad (tabbat yadaa). Sebelah-sebelah je kan? Cuba mula baca dari surah Al-Masad sampai habis surah An-Nasr. Tak sampai seminit pun kita dah boleh habis baca kedua-dua surah ni tapi jarak masa turunnya surah al-masad sehinggalah turunnya surah an-nasr ni lebih kurang 20 tahun. Pelik?

     Surah al-masad diturunkan selepas Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam  memulakan dakwah secara terang-terangan di Mekah. Dan Abu Lahab, bapak saudara nabi sendiri mengecam nabi dan dakwahnya serta-merta. Dengan keadaan yang macam tu, boleh kata sangat mustahil 'agama baru' ni mampu beri perubahan kepada penduduk Mekah, apatah lagi orang Melayu kat ceruk hujung Asia ni.

     Berbeza dengan surah al-masad, surah an-nasr diturunkan selepas orang islam berjaya menawan Mekah (fathul makkah ). Perkara yang dianggap mustahil boleh berlaku dengan jarak selama lebih kurang 20 tahun. Padahal kita hari ni boleh baca kedua-dua surah ni tak sampai seminit pun. Pelik? Coincidence? Tiada yang kebetulan pada perancangan Allah.

     Benarlah firman Allah,


Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh, sedang Kami memandangnya dekat,

[Al-Ma'arij (70): 6-7]


     Pernah aku tulis satu post berkaitan isu islam yang sedang bangkit di malaysia (Separuh Gelas). Ironi, masih kurang lagi manusia yang menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah ni padahal sangat jelas di depan mata  fenomena 'islamic uprising' ni.

     Bukan senang untuk bersikap sabar, sebab ia berkaitan dengan masa. Apatah lagi bila kita diajak untuk bersabar di atas perkara yang 'mustahil'. Kita memandang itu jauh, sedang Allah memandangnya dekat.

     Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid pernah menyifatkan fenomena periode kejatuhan islam ini ibarat gerhana matahari. Burung-burung kembali berlindung di sarang ketika berlaku gerhana matahari di tengahari. Secara natural-nya, mereka tahu bahawa ada keganjilan sedang berlaku dan waktu terbenam matahari masih jauh. Saki-baki sinaran samar yang masih ada menjadi harapan untuk mereka meneruskan kehidupan kembali dan terus menunggu dan tidak tidur. Kalau islam boleh memerintah dunia selama hampir 1300 tahun, jatuhnya islam pada hari ini baru berusia tak sampai 100 tahun pun. Point syeikh ni ialah periode jatuhnya islam ini "it's only a matter of time":


Kalaulah manusia hari ini lihat islam telah dipinggirkan dari kehidupan mereka, maka itu semua hanyalah umpama gerhana matahari. Segala berantakan, kezaliman dan kerosakan di muka bumi akibat jauhnya manusia dari islam itu adalah bukti bagi orang yang dapat melihat benarnya apa yang kita sebutkan. Benar bahawa islam adalah sebahagian dari sistem alam yang indah ini.

[Muntalaq ]


     Cukuplah bagi aku pengalaman selama 4 tahun ni membuktikan bahawa islam akan bangkit dan memayungi dunia walaupun realiti persekitaran menggambarkan keadaan sebaliknya, sebab melihat kepada perubahan yang berlaku kepada diri sendiri, mengapa ia 'mustahil' kepada orang sekeliling?? Apatah lagi dunia yang tengah sakit ni?

     Betul. French fries yang dah sejuk memang tak sedap. Goreng la banyak kali pun, selepas french fries tu dah melepasi tahap saturated , habis melepas la kau nikmat kesedapan french fries yang rangup tuh.



Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum kemenangan. Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu.

[Al-Hadid (57): 10]





Allaahumma tsabbit qulubana 'ala deenik, tsabbit qulubana 'alaa tho'atik, tsabbit qulubana 'alaa sabeeli da'watik

Posted by Posted by zabed at 5:01 AM
Categories:

 

4 comments:

Anonymous said...

jujur. empat tahun dahulu, dan empat tahun skrang, banyak sangat bezanya. kalau dahulu (foundation), mid night movie, n perkara2 lain yg memang totally buang masa. skrng, masa2 kita diisi dengan usrah, etc. ya ALLah, sangat terharu. kawan2 yang sama2 dalam era jahiliyyah dahulu, boleh bertukar 180 darjah bila memasuki medan dakwah. kalau dahulu, hanya beberapa kerat(tak sampai 10 orng pun) yang memasuki usrah, sekrang bila tanya adik2, nak ke mana. nak ke usrah. subhanallah. semoga unim ni semakin gemilang dalam naungan islam. jzkk untuk kakak2 dan abg2 kita yang berusaha memulakan dakwah di unim ni. Allah itu sangat sweet kerana antara ramai2, kita yang dipilih untuk berada di medan ni walaupun pelbgai jenis aktiviti jahiliyyah kite pernah buat.

ya Allah.

jzkk untuk entry ni. it such a memory for us. :)

_akhwat unim_

zabed said...

"mulianya kita kerana islam. barangsiapa yang mencari kemuliaan selain darinya, maka Allah akan menghinanya"

mafhum kata-kata 'umar al-khattab


betul. unim dulu dan sekarang sangat berbeza. mehnah dulu dan sekarang pun sangat beza. moga Allah masih men-tsabat-kan hati kita, sbab tsabat lah yang buat abg2 dan kakak2 kita yg dah grad tu masih lagi nak pulang ke unim bawak usrah kita.

wallaahu'alam

Pemimpi Tegar said...

Salam ziarah.

Inche / Puan Mama

Jom luangkan masa baca belog saya. Kita belaja dari Si Comel Kura-kura.. :D

http://blackenamy.blogspot.com/2012/04/belajar-dari-kesungguhan-kura-kura.html

Terima kasih ya !

zabed said...

wassalam. insha Allah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>