Saturday, February 25, 2012


bismillaah

Megat ACAB, antara artis/gitaris tanah air yang gua respek


     Kenal Megat ACAB (Band skinhead paling famous di malaysia) ? Kalau tak kenal, korang mungkin akan tak rasa geist , atau roh atau thoughts  yang cuba disampaikan dalam post kali ni. Tapi kalau nak baca, baca je lah.

     Bila tengok gambar Megat dah insaf ni, teringat satu peristiwa sebelum kerasulan Nabi Muhammad. Peristiwa ketika pembinaan semula Kaabah oleh geng Quraisy. Korang pun tau kan cerita ni. Time sejarah form 4 tak silap ada belajar. Kalau tak ingat, try la google tak pun gi belek balik buku sejarah tingakatan 4.

     Tapi yang penting kita dapat satu pengajaran yang semua orang setuju dan agak cliche. Sebelum kerasulan baginda lagi, Nabi memang terkenal dengan sifat yang boleh dipercayai. Al-Amin kalau nak lagi tepat. Senang cerita, sebelum kerasulan Nabi memang seorang yang sangat baik dan lengkap lah ciri-ciri kebaikan tu.

     Itu fakta. Tapi macamana pulak Nabi selepas diturunkan wahyu a.k.a diangkat menjadi rasul? Adakah perangai baginda berubah? Baginda tetap seorang yang baik kan? Tetap seorang yang boleh dipercayai kan? So, apa bezanya Rasulullah sebelum dan selepas menjadi muslim kalau kedua-dua waktu tersebut baginda merupakan seorang yang memang dah baik?

     Kita amik contoh yang lain pulak. Mungkin seseorang yang personaliti yang berbeza sedikit dengan Rasulullah. Say, 'Umar al-Khattab. Sebelum keislaman, dia seorang yang otai dan tak boleh di-cari-pasal kan? Selepas keislamannya, adakah ciri-ciri ke-otai-annya terhapus? Menjadi lelaki yang lemah lembut? Ini pun kita tau jugak kan. 'Umar tetap mengekalkan ciri-ciri ketegasannya dan 'jangan-di-cari-pasal'. Jadi, apa yang membezakan 'Umar al-Khattab sebelum dan selepas keislamannya?

     Abu Dzar, penyamun di zaman Mekah. Memang samseng habis lah dia ni. Lepas ucap kalimah syahadah, dia pergi ke Ka'bah dan dengan lantang dia menyatakan keislamannya di khalayak ramai. Kena ingat zaman tu kalau sapa-sapa masuk islam memang kena siksa habis-habisan. Tapi 'brader' Abu Dzar ni dengan selamba atau 'otainya' dia buat macam tu di hadapan orang Quraish yang nak pukul dia ramai-ramai. Jadi, apa yang membezakan Abu Dzar sebelum dan selepas keislamannya? Sebelum samseng, selepas pun 'samseng'. You get what I meant right?

     Tengok orang zaman sekarang pulak. Bob Lokman? Sebelum 'keislaman yang sebetulnya' seorang pelawak kan. Laa ni? Pelawak jugak kan? Ape beza sebelum dan selepas 'serius dalam islam'?

     Sham Kamikaze? Sebelum serius dengan islam, dia ni boleh kata 'the best guitarist in malaysia'. Laa ni? Main jugak gitar kan? Sampai orang boleh meleleh menangis keinsafan bila dengar dia petik. Apa beza sebelum dan selepas mendapat islam yang sebenar ?

     Ape beza? Antara jawapan yang selalu dengar:

1. aqidah
2. fiqh
3. akhlaq
4. iman
5. pahala
6. dan jawapan2 yang berunsur islamik



     Cliche sangat la jawapan2 ni. Tapi betul la tu semua ni. Haha. Hakikatnya, ada jawapan yang lebih ketara dan lebih jelas daripada jawapan2 ni. Ada satu benda yang memang jelas gila selepas seseorang itu mengucap kalimah syahadah, dia akan buat 'benda' ni. Apa dia? Berikrar? Berbai'ah? Cuba tengok wahyu yang kedua, selepas wahyu "iqra'".



Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan ! dan Tuhanmu agungkanlah !

[Al-Muddaththir (74): 1-3]



     Selepas turunnya wahyu yang kedua ni, ada riwayat hadith (tak ingat siapa -- sorry) mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Telah berlalu waktu tidurku.."

     Sebelum turun wahyu, Rasulullah memang terkenal dengan sifat2 yang terpuji dan mulia dan sifat-sifat tersebut dibawa sehinggalah selepas turunnya wahyu a.k.a kerasulan baginda. Apa yang membezakan baginda sebelum dan selepas keislamannya ialah baginda menyampaikan kebenaran, buat kerja dakwah, memberi peringatan etc. Perbezaan yang ketara betul?

     Sama juga sahabat-sahabat yang lain. Sebelum islam mereka tegas dan otai dan selepas keislaman mereka pun masih mengekalkan ciri-ciri sebegitu namun yang membezakan kedua-dua zaman sebelum dan selepas ialah mereka mengajak manusia kepada Allah. Beza kan?

     Dan begitu juga dengan kebanyakan artis-artis di malaysia yang sudah 'kembali ke jalan sebenar'. Yang lawak, masih dengan lawaknya. Yang talented, masih dengan skill talent masing-masing. Cuma yang membezakan mereka sebelum dan selepas faham islam yang sebenar ialah mereka membuat kerja mengajak manusia kepada Allah. Beza kan?

     Secara fitrahnya atau natural - nya, seseorang yang menerima sesuatu yang dia rasakan best atau betul-betul membuka matanya, dan dia benar-benar beriman dan yakin bahawa "This is the right way!", pasti akan menyebarkan perasaan tersebut. Betul?

     Realiti zaman sekarang, ada 1.6 billion yang mengaku diri islam (mungkin lebih kot). Tapi islam yang macam mana diorang paham? Ramai yang mengaku islam bila terasa diri dah mengucap dua kalimah syahadah dan empat rukun islam yang lain. Tetapi 'pengislaman' yang dilafazkan itu adakah benar-benar berbekas di hati? Sahabat2 benar-benar memahami erti menjadi seorang muslim, bebekas di hati mereka sehinggakan mereka mati dalam keadaan syahid; bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah --> berdakwah.



     Thus, adakah kita benar-benar memahami erti menjadi seorang muslim itu?




Cuba renungkan hari ke hari
Malapetaka di sana sini
Bencana datang dan juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi

Kita masih di awang-awangan
Berkhayal dengan kemewahan
Hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan

Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini

Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi....


Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
Buat selama-lamanya

Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimpi
Di siang hari!


Bangun! Dari tidur
Bangun! Orang timur



Bangun - ACAB (2004)






tolong memahami geist atau roh lagu ni, bukan bunyi instrument atau suara atau rhythm dia yang mengasyikkan. After all, itu mungkin antara harapan band ni sebelum mereka benar-benar kembali ke jalan yang benar. Harapnya, mereka tetap istiqomah dan thabat atas jalan yang dilalui oleh Nabi-nabi dan orang-orang yang mengikutnya. Ameen.

Posted by Posted by zabed at 1:20 PM
Categories:

 

7 comments:

Agunci said...

Nice bro.

" I still remember the glory day "

zabed said...

treng treng

Syahid Marley said...

dgr cite dulu megat pnah kene pukul ngn mat moto ramai2 sbb pakai jaket hina nabi...tp skrg bjubah tas stage...betul2 punya anjakan paradigma :)

zabed said...

agak ah. shift your paradigm.

Emmet Muhamad said...

aku baru baca! nice lah zabed

zabed said...

lol amir

Anonymous said...

salam...well,apa2 pun kite kena ingat siapa lah kite untuk mengadili seseorang itu,itu semua kuasa yg Maha Mengetahui,jadi good luck utk artis2 yg dah berubah,Alhamdulillah,amin...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>