Friday, September 23, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim..



culture shock versi sponge bob




“Fok! This is tasty!”

“What? (do) you need another fork?”

“No no! I said, ‘fok! this is tasty!’” dengan muka senyum.



     Aku bingung jap. Sedap sangat ke nasi goreng tomyam ni sampai perlu 2 garfu? Walaupun aku tak berapa faham budaya orang-orang dari negara dia, aku cuba untuk buat-buat faham,



“bro, you can get your extra fork over there” sambil menunjuk ke arah  kaunter cashier.

“No no no no!” menggeleng kepala seganas mungkin.

“Hear me once. I said, “ sambil menunjuk ke arah pinggan dia, “This food is foking tasty!”



     Aku terkaku jap. Mamat ni culture shock ke? Dulu waktu mula-mula kenal dia, dia ni agak ‘warak’. Warak versi Christian. Asal terkejut sikit terus cakap, “Jesus!”. Kalau cakap benda cool sekali pun dia akan cakap, “Jesus!”.

      Dulu pernah dia bercerita dekat aku dan sorang kawan ni tentang agama Christian. Walla. Memang kuat agama betoi dia ni. Berpegang habis dengan prinsip-prinsip kristian. Warak tak warak, ada sekali tu kantoi dia dengar lagu hip hop yang banyak mencarut dan aku pun terus tanya pendapat dia (ala-ala wakenabeb) tentang pegangan kristian tentang lagu-lagu macam ni. Dia jawab,



Don’t get this wrong bro. I just love the beats, rhythm, rapping etc., not those bad words.



     Coooooooool. Just the beats huh? Sekarang ni? Mak aih. Seriously, aku ingat budak-budak melayu je boleh pakai term culture shock ni, rupanya orang yang berlainan 180˚ ciri-ciri budaya kita pun boleh culture shock.



“So now you’re a gangsta huh?”

“Yeaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!”



      Kemudian kami saling bertumbukan (buku lima bertemu buku lima) sambil aku melihat rantai leher bling-bling yang baru dipakai hari ni.

      Qarun pun culture shock jugak. Dulu punyalah rajin ibadah, soleh, selalu menceritakan masalahnya kepada Nabi Musa ‘alaihi salam . Bila diberi kesenangan kekayaan yang berganda-ganda, tu diaaaaaaaaaaaaaa. Culture shock habis.

      Kita selalu dengar kisah Rasulullah dan sahabat yang berjihad dan diuji habis-habisan sehinggakan wujud kerajaan islam yang memayungi 2/3 dunia selepas beberapa abad. Bila kerajaan islam terlalu bersenang-lenang dengan kekayaan dan kemewahan, tentera Mongol menyerang sehingga habis ranap kerajaan Abbasiyah.

      Ramai yang mendoakan agar diberi kesenangan, tapi berapa ramai yang sedar kesenangan pun adalah ujian? Aku rasa ujian kesenangan lagi berat dan bahaya dari ujian kesusahan atau mudarat.

       Kalau kita buat salah pastu kena lempang, normal la tu. Sekurangnya kita tau kita salah walaupun pedih. Kalau insaf, tu dia maiii dah kemanisan iman untuk merawat sakit kena lempang tadi. Kalau kita buat salah tapi diberi duit dan kekayaan, makin la kita berterusan buat salah. Lagi teruk bila kita syok sendiri dengan kesalahan tersebut (Muntalaq: futur yang dihiasi), makin bertambah-tambah kesalahan dan berterusan pulak tu. Nampak sangat macam Allah tinggalkan kita, dah tak kisah langsung dah pasal kita. Abaikan kita. Tak sayang kita. THAT IS DEADLY! Naudzubillahi min zaalik.





Bersenang-lenanglah kamu dengan kekafiranmu [39:8]

..maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya [9:24]

Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? [9:38]

Posted by Posted by zabed at 8:05 PM
Categories:

4 comments  

Kadang kita ini terlalu banyak tentang ilmu ugama. Munakahat, sistem jenayah, islamic finance, hukum hakam solat. Tetapi kita lupa untuk belajar ilmu yang paling asas dan paling penting, iaitu


aqidah




     Aqidah? Tak tau nak explain  macam mana. Cuba cari kat Google, insyaAllah sahih.

     Surah-surah makkiyah kebanyakannya adalah berkisar tentang aqidah. Cuba try baca maksud, then insyaAllah ada gambaran sikit tentang aqidah.



"Wow!"

"This is amazing! "

"Never thought of this!"

"Brilliant!"



Wallaahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 6:29 PM
Categories:

2 comments  

Monday, September 12, 2011


WASHINGTON – Tears flowed and bells tolled at Ground Zero as Americans marked the 10th anniversary of the 9/11 attacks in a rare moment of unity for a country still shaken by the horrific terror strikes.

At a ceremony in Washington later Sunday, Obama told Americans, “We can never get back the lives we lost on that day, or the Americans who made the ultimate sacrifice in the wars that followed.”

But “these past 10 years have shown that America does not give in to fear”.

He added that “nothing can break the will of a truly United States of America”.





     How’s Afghanistan doing these past 10 years?

     There were a total of 2,977 deaths excluding hijackers in 9/11 attacks while in Afghanistan, it is estimated that at least 10,172 civilians killed as a result of the war in Afghanistan. Yes, civilians.

     Oh and how about Palestine? How long has it been since 14th May 1948?

     We don’t need any preparations for the remembrance of the fallen heroes in Palestine. The main concern is, “what does a ‘brother’ means to another ‘brother’”? As the Prophet Muhammad used to say,



The Muslim is the brother to the Muslim, 

he can’t oppress him, 

he can’t give him up, 

he can’t let him down.”


[transmitted by Muslim]




"nothing can break a will of a truly united brotherhood"


So be a part of them will ya?



Dear USA,
Your 9/11 is our 24/7
sincerely yours,
Palestine
xoxoxo

Posted by Posted by zabed at 1:48 PM
Categories:

0 comments  

Thursday, September 8, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim..





      Melihat ramai yang sudah mula untuk berpuasa enam, aku pun berazam untuk mula puasa pada hari semalam. Realitinya, hajat tidak kesampaian.

     Sedang tekun buat kerja, tiba-tiba aku dapat email dari company, “Farewell Lunch @ T*** R***’s”. Aduuhh Ya Allah. Farewell lunch ni ditujukan khas untuk kitorang budak2 praktikal/intern. Aku betul-betul rasa tak sedap hati kalau tolak pelawaan ni. Akhirnya, aku membatalkan puasa dengan makan burger di restoran tersebut. *sigh*

     Hari ini tak ada apa-apa event yang memerlukan pembatalan puasa TAPI baru tadi aku tengah buat kerja, tiba-tiba ada sorang staff pergi dekat meja aku dan letak mug yang diisi dengan ice cream sekali dengan sudu! Ya Allah. Nak tolak, rasa bersalah pulak sebab special sangat cara ice cream tu dihidangkan/dihiasi. Sekali lagi, aku kantoi. *sigh*

      Oh kenapa aku tak tolak je pelawaan tersebut dan kata aku tengah puasa? Cakap senang boleh la bro. Company ni majoriti-nya orang yang bukan beragama islam. Selagi puasa ni bukan perkara yang wajib, aku rasa agak tak berapa sesuai untuk menyatakan pendirian kita tentang puasa enam, lagi-lagi diorang berwajah ceria untuk menolong (belanja, hias ice cream) kita.

     So, apa pengajaran? Tak ada pun. Saja nak cari modal untuk promote  puasa enam selepas Ramadan. Trolololol *syok sendiri*.


Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun

[Hadith riwayat Muslim]




Mintak maaf banyak2 eh kepada brader-brader yang bersahur dengan aku sekali. Dah la makanan tak ada, makan maggee pulak kena share 5 orang sebab ada 3 paket je. Haha aseef jiddan bros

Posted by Posted by zabed at 6:01 PM
Categories:

4 comments  

Wednesday, September 7, 2011



Bismillaahirrhamaanirrahiim..


     Kita manusia, ada dosa. Dan kerap kali, walau tahu sesuatu perkara itu dosa, tetap juga kita mengulanginya.

     Dan kita kembali bertaubat. Sedar akan kebodohan diri mengulangi kesilapan yang sama. Menangis dan berazam untuk meninggalkannya. Teori, boleh la kata.

      Sekali lagi, kita manusia. Mana ada manusia ibarat malaikat, yang zero kesilapannya. Walau lepas bertaubat yang penuh syahdu, kadang kita mengulangi juga kesilapan yang sama. Aduh. Pedih. Pedih mengingati dosa yang berulang-ulang. Betulkah diampuni Allah?

      Kemudian kita merintih dalam doa:


     What is happening to me O Allah?



     Bingung. Bingung kerana mengapa diri ini masih melakukan dosa walau taubat berkali-kali, walau sedar hakikat siksaan di kubur. Dan hati yang bingung ini mengharapkan wujudnya sebuah telefon untuk menghubungi Allah secara terus, dan begitu juga jawapan dariNya:


     What is happening to me O Allah?

      Apa dah jadi dengan aku ya Allah? Kenapa hati ini keras ya Allah? Di manakah kecacatan pada diriku ya Allah? Di mana silapnya aku ya Allah? Sehinggakan aku kerap kali mengulangi dosa yang sama?



      Ya Allah, tunjukilah cahayaMu yang tiada pernah padam!



     Ya, bila bingung, kita mahu solusinya. Dan solusiNya, jawapanNya dan petunjukNya, semuanya ada dalam Al-Quran, cahaya dari Allah yang tiada pernah padam.

      Mungkin ramai di kalangan pembaca mengatakan aku berteori semata. Berteori tentang segala jawapan kepada permasalahan hati ada dalam Quran. Kalau sebegitu, anda (harapnya) memahami perasaan Ummu Aiman:



Ketika Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam  wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar, “Pergilah bersama kami menemui Ummu Aiman, kita akan mengunjunginya sebagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam  telah mengunjunginya.” Tatkala mereka sampai di rumah Ummu Aiman, ternyata ia sedang menangis, keduanya berkata, “Apa yang membuat Anda menangis? Bukankah apa yang di sisi Allah lebih baik bagi Rasul-Nya?”

Ummu Aiman menjawab, “Bukanlah saya menangis karena tidak tahu bahwa apa yang disisi Allah lebih baik bagi Rasul-Nya, hanya saja saya menangis karena telah terputusnya wahyu dari langit.” Hal itu membuat Abu Bakar dan Umar menangis, sehingga keduanya menangis bersama Ummu Aiman.


     Buat mereka yang buntu dan merasakan teori yang tidak amali, hayatilah doa ini, khas dilantukan oleh al-marhum Ustadz Rahmat ketika Deklarasi Partai Keadilan 1998:

  


Ya Allah, wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah

Wahai yang menemani semua yang tersendiri 

Wahai pengaman segala yang takut 

Wahai penguat segala yang lemah 

Mudah bagimu memudahkan segala yang susah 

Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran 

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak 

Engkau Maha Tahu dan melihatnya 



Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu

Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu

Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur

Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus

Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami

Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami

Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara

Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami



Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan



Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya

Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya

Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara



Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami

Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal

usaha kami sendiri


      Dan kami ini lemah ya Aziz. Kami ini jahil ya Hakim. Kami ini kotor ya Quddus. Maka kuatkan hati kami, pandu kami dan bimbinglah tangan kami supaya kami punya keyakinan, keutuhan dan kecekalan untuk menjauhi kebatilan. [IncheGabbana]

      Ameen ya robbul ‘aalamiin.

Posted by Posted by zabed at 2:14 PM
Categories:

0 comments  

Monday, September 5, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Monday blues . Lagi-lagi lepas seminggu cuti raya. Oh mai gawd.

      Hanya Tuhan saja yang tau betapa mengantuknya aku hari ni walaupun tidur awal semalam. Pagi tadi, berkali-kali aku snooze  alarm handphone. Bengkek sungguh bila rakan se-carpool tidur semasa aku drive ke ofis. Bertambah berat lagi hati ni bila highway/jalan ke ofis lengang, tak jam  sangat kerana ramai yang mintak off day hari ni *kot*. Bila jam , sekurang-kurangnya aku lebih peka sikit, boleh hilang rasa ngantuk tu. Maha hebat Allah kerana menciptakan setiap perkara ada baik dan buruk.

     Dah sampai ofis, dengar lagi penerangan oleh miss supervisor. Ya Allah. Aku tatau pebende yang aku dapat hasil dari penerangan tersebut. Aku angguk, “ya bos. Ya bos” saja, padahal hati dah melayang kat atas katil rumah.

     Habis penerangan, aku check balik kerja-kerja yang aku tinggalkan sebelum cuti raya. Tengok, tengok, tengok, last-last otak jammed  sebab tak tau nak start dari mana. Frust. Bukak buku teks, cuba ‘menghidupkan’ otak dengan menulis nota. Setelah beberapa minit, baru aku sedar hakikat sebenar bahawasanya aku tertidur sambil menulis/menconteng di atas kertas. AIH TAK BOLEH JADI NIH!

      Kalau sekarang bukan bulan Ramadan, dah lama aku pi minum kopi nak hilangkan ngantuk. EH??? PAP! *facepalm * Boleh pulak lupa yang Ramadan dah lepas. Apa lagi. Aku pun bergegas ke dapur ofis untuk buat ayaq kopi.

       Letak cawan, tekan butang. Zztttttt . Siap satu air mocha. Aku pun tambah lagi 2 sudu susu tepung untuk tambah kalori (Ye aku sedar aku manusia kuruih kering). Duduk balik kat workstation , dengan lagak macam iklan Nescafe, aku hirup air mocha tu. Perh. Berapa lama aku tak rasa air ni. Sebulan Ramadan tak pernah minum air ni pun. Jakun jap.

       Hirup, hirup sampai habis. Tak pueh den. Buat lagi air yang sama + 2 sudu tepung susu. Dah habis minum, aku letak balik cawan tu. Tak rasa mengantuk dah. Hakikatnya, bukan perasaan ‘biologically’ mengantuk yang mengurangkan produkitiviti kerja pada pagi ni. There is something else that is missing in this tiny heart of mine.



      Ya. Jauh di sudut hati, aku merindui Ramadan.



     Bercakap seperti orang gila, aku dah tak rasa lagi aura/chi/chakra/Force/geist sepertimana pada Ramadan yang lepas. Secara fizikal pula, aku tak rasa seolah-olah seperti ada dinding yang menghalang untuk melakukan perkara maksiat. Dan tiada lagi ‘bidadari’ yang melambai-lambai untuk menggalakkan bertambahnya keredhaan Allah (sumpah ayat tak boleh blah).

     Kalau sebelum ni semasa Ramadan, bila melakukan maksiat walau lagha sekalipun, pasti saja kedengaran suara menegur, “Woi woi bulan puasa ni”. Kalau sedang lengang, tak buat apa, tengah free, dengar pula suara memanggil, “Lapar perut ke bang? Roh tak lapar?”.

     Lepas tu, dicampur  lagi dengan iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir. Berjemaah sekali bila qiamullail . Sebak hati bila mendengar orang di sebelah kita menangis teresak-esak ketika imam membacakan ayat-ayat Quran. Walau tak paham, kita turut menangis kerana jauh di sudut hati, kita tahu bahawa keampunan dan rahmat dari Allah sungguh luas. Melihatkan diri sendiri yang kotor bergelumang dengan dosa, apa lagi yang diharapkan selain keampunan?

      Perasaan berjihad melawan nafsu dan akhirnya menang, wow. Memang best. Memang syahdu. Ramadan memang best. Kenapa baru sekarang aku cerita pasal Ramadan? Kenapa tak tulis post ni sebelum atau semasa Ramadan?

       Post ini ditulis khas untuk mereka yang menzalimi diri sendiri ketika Ramadan. Atau, mensia-siakan Ramadan. Jangan salah anggap kononnya aku nak marah, kutuk, caci atau bertindak sarcastic  pada post ni. Cuma, nak tanya korang. Beza tak suasana Ramadan lepas dengan sekarang?

       Kalau timbul bibit keinsafan, alhamdulillah. Walau menzalimi diri sendiri ketika Ramadan lepas namun timbul pula perasaan menyesal kerana mengabaikannya, alhamdulillah. Bangunlah, dirikan solat, dan berdoalah dengan penuh harapan. Mudah-mudahan Allah memegang hati kita untuk menerima hidayah, sehinggakan kita tidak lagi akan mensia-siakan Ramadan 1433 dan seterusnya. Ameen~

     Panjang lebar aku tulis. Aku tak tau pebende yang aku tulis sebenarnya. Papepun, aku merindui suasana Ramadan, dan aku harap korang yang tengah baca ni pun sama. 11 bulan lagi.



AKU RINDU RAMADAN!




Allahumma baalighna ramadan!

Posted by Posted by zabed at 9:02 PM
Categories:

0 comments  

Saturday, September 3, 2011



     Betul orang kata. Ujian yang paling teruk, bukan ujian berbentuk kesusahan, tetapi ujian berbentuk kesenangan.

     Jarak perjalanan jauh, duit sikit, result exam down, kerja bertimbun-timbun, setiap malam busy adalah salah satu bentuk ujian kesusahan. Tapi hakikatnya ujian kesusahan macam ni lah yang buat orang rasa lagi manis dan special-nya berada dalam perjalanan dakwah & tarbiyah ni. When the going gets tough, the tough get going.

     Cuti raya seminggu, duit satu sen pun tak keluar, dapat duit raya lagi, bonus raya lagi, tak ada kerja apa-apa melainkan makan, berjumpa sanak saudara sakan adalah salah satu bentuk ujian kesenangan. Ramai yang mendoakan kesenangan macam ni, tapi berapa ramai yang dapat mengelakkan diri dari menjadi Qarun.


ugly


       Susah adalah rahmat, senang adalah ujian. Berhati-hatilah.



Manakala satu jenis lagi adalah anak muda yang lahir dalam sebuah negara yang aman damai. Keselesaan menyebabkan mereka lalai, lupa tanggungjawab yang wajib digalas.

Hasan Al-Banna





Posted by Posted by zabed at 12:30 AM
Categories:

4 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>