Saturday, August 27, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim..


     Aku mintak cuti seminggu untuk raya minggu depan. Dan aku rasa, bukan aku sorang je, hampir semua yang kat ofis ni, tak kira lah muslim ke tak-muslim ke. Dan bukan setakat satu ofis je, ofis seluruh bangunan ni pun sama, dan senang cerita seluruh Malaysia pun sekali lah!

     Tepat pukul 5, ramai-ramai keluar ofis. Muka ceria ja semua. Cuti seminggu, balik kampong pulak tu. Mana tak happy dok? Bagusnya perasaan ‘happy’ ni sehinggakan jumpa lah sapa-sapa pun, mesti ada orang akan wish “Selamat Hari Raya”.

     Komuniti masyarakat Cina di ofis ramai-ramai wish “Selamat Hari Raya” kat kitorang. Siap ada yang buat lawak lagi, “Zaid, don’t forget to bring back kuih raya banyak-banyak ya!”. Senang cerita, ceria habis lah ofis. Ewah, bila ada project yang overdue, bukan main stress lagi muka. Hahaha.

     Turun lif je, asal berselisih dengan orang Melayu, mesti diorang akan ucap antara salah satu ni,


“selamat hari raya bang”

“maaf zahir batin bang”

“balik kampong mana nanti?”

“bawak kereta elok-elok nanti”


     Dengan riak wajah yang sungguh ‘welcoming ‘. Sungguh ceria, sungguh manis senyuman. Kemudian diiringi dengan bersalam. Wah. Syiok sungguh. Nampak pak guard, pak guard pun ucap selamat hari raya!

     Bukan setakat pak guard, buruh-buruh asing yang bekerja kat sebelah bangunan under construction ni pun ucap benda sama. Indonesia ke, Bangladesh ke, Vietnam ke etc.


“Selamat hari raya mas!”


      Senang cerita, you will see happy faces pada setiap wajah manusia. Semuanya bersenang hati. Seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Seperti negara yang aman, terasa diri ni selamat untuk keluar berjalan-jalan mana-mana saja. Semua orang seakan-akan mengambil berat tentang kita.

     Subhanallah. Ini mungkin salah satu sebab mengapa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam  tekankan ‘pemberian salam’ ketika mula-mula sampai Madinah. Benarlah sabda Rasulullah:


Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur
[Riwayat Al-Baihaqi]


     Inilah komuniti masyarakat yang diimpi-impikan islam. Inilah komuniti masyarakat yang aku rasa sangat selesa dan senang hati. Pergi mana-mana pun terasa selamat. Pergi mana-mana pun, lihat wajah yang ceria, Allah...terus naik iman.

       Muslim ke, tak-muslim ke, semuanya bahagia, tiada prejudis antara satu sama lain. Ya Allah, jadikanlah kami sebahagian dari kumpulan yang ingin membentuk masyarakat yang ideal, tiada persengketaan, mengharapkan senyuman ceria masyarakat dan pastinya keredhaan Mu. Ameen ya robb.



Singsikan lengan baju pancangkan asa
Ukirlah hari esok pertiwi jaya
Bergandingan tangan untuk meraih ridho Allah

Buatlah negeri ini selalu tersenyum
Bahagia dan sejahtera dalam cinta-Nya
Tiada lagi resah, tiada lagi duka lara

Negeri  indah Malaysia
Memanggil namamu
Menyapa nuranimu

Negeri indah Malaysia
Menanti hadirmu
Rindukan karyamu


Handzalah Project ™: Misi BADR 1432





p/s: Ramadan is leaving, are we leaving him too early??

Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 12:18 PM
Categories:

0 comments  

Friday, August 26, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim..



     Ni sebenarnya khutbah minggu lepas sempena dengan Nuzul Quran hari Rabu. Tapi rasanya lagi sesuai post pada hari jumaat, orang kata, baru ada geist  hari Jumaat.

      Mula-mula aku dah ready nak tido dah sebab dengar petikan ayat-ayat yang sungguh tipikal di kalangan pakcik-pakcik surau/masjid:


Kita menjaga jasad Quran, tak nak letak atas lantai, atas kerusi. Kita memuliakannya dengan meletak di tempat tinggi-tinggi blablablabla.


     Sungguh tipikal kan? Bila dah ready nak tutup mata, tiba-tiba aku tersentak dengar sambungan kepada petikan tadi:


Tetapi apa guna kita memuliakan jasad quran kalau kita meninggalkan perintah kandungan Quran?


     Ouch. Terus tak jadi tidur.



Pengajaran:

1. Related article: Kemuliaan Al-Quran (aku tau, tajuk ni sangat tak bersifat promotive  untuk generasi muda yang huh-ha , tapi kalau betul-betul berminat@curious dengan Quran, why not give it a try aite? )

2. Astaghfirullah. Aku betul-betul kena hentikan sifat bersangka buruk kepada masyarakat sebab sekarang jelas bahawa umat ini masih ada harapan



Wallaahu'alam bis sowab..

Posted by Posted by zabed at 2:31 PM
Categories:

1 comments  

Tuesday, August 23, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Buat pertama kali dalam 3 bulan praktikal/internship, jalan dari kawasan rumah ke highway MRR2 jam  pada waktu pagi. Pesal jam  ni? Spoil mood sungguh. Jalan 2 lane jadi satu lane sebab banyak kereta berenti kat tepi. Accident ke? Ha’ah betul. Ada motor kena langgar dan ‘rasa-rasanya’ penunggang motor tersebut terlantar di tepi jalan, lalu orang ramai cuba untuk menyedarkannya.

     Agak tragis. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. Kalau si penunggang tersebut ditakdirkan mati, harapnya agar beliau dapat berjumpa dengan Rabb-nya dalam keadaan bersih dari dosa. Amin. Kalau masih lagi bernyawa, ‘rasa-rasanya’ kena beraya dalam hospital la kot, membuatkan aku teringat keadaan diri sendiri yang berlaku pada Ramadan tahun lepas.

      Hampir 2 minggu aku terbaring kat hospital pada Ramadan lepas. Bila aku fikir balik, ya Allah, wasted  macam tu je 10 malam terakhir Ramadan. Bertambah pilu lagi apabila sebenarnya aku dah berazam untuk ‘pulun’ pada Ramadan lepas kerana itulah pertama-pertamanya Ramadan yang aku mula nak hargai.

     Sebak. Serius sebak bila fikir balik. 15 hari pertama memang boleh kata aku ‘pulun’ habis. Tapi, aku merancang dan Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Hari pertama dalam wad, badan kaku, nak cakap pun sepatah dua. RASA MACAM NAK MATI.

      Orang kata, bila kita rasa nak sampai ajal atau tahu bila nak mati (dah tua), baru kita akan mula memperbanyakkan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah. Lu silap besar jep. Lu silap besar. Kalau dah seluruh badan ko dah tak boleh nak bergerak, ko nak beribadah ape je jep?? Orang kata try lah zikir dengan hati. Try lah buat, hanya ‘zikir dengan hati’.

      Walau banyak mana pun ‘zikir dalam hati’, last-last kau akan sedar jugak hakikat bahawa amalan kau sebenarnya memang tak cukup pun untuk berjumpa dengan Allah. Walau kau cuba ‘zikir dalam hati’ 24 jam sekali pun, kau tetap tahu bahawa amalan ni memang sebenarnya sikit untuk dibandingkan dengan dosa berpuluh-puluh tahun hidup. Akhirnya, kau akan end up  menangis atas katil wad,kerana sedar bahawa kau tak layak pun nak masuk syurga sebenarnya.



Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati
[mafhum hadith riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]


“Ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”
[kata-kata seseorang sebelum menghembuskan nafas terakhir]



     Beberapa hari lagi Ramadan akan pergi. Aku harap aku tidak mensia-siakan Ramadan kali ini. Ameen ya rabb.



Wallaahu’alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 11:48 AM
Categories: Labels:

7 comments  

Monday, August 22, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim..

 

     Ada orang kata, malam hari sabtu lepas bersamaan 20/8/’11 adalah The Night of Power  atau lebih femes dikenali sebagai Lailatul Qadr. Malam ke 21, malam nombor ganjil. “Bingo!” ada orang kata. Dan pada malam Ahad tu jugak aku bangun lambat untuk qiam. Boleh kata, aku dah ‘melepas’. Maka berlakulah lintasan hati yang berbaur kecewa, sedih, menyesal dan hilang semangat 10 malam terakhir.

    Kalau berlaku emosi sedih, kecewa dan menyesal tu takpa lagi, tapi kalau semangat dah hilang, kan menurun graf iman tu. Kalau graf naik tu bagus la jugak. Ok so kalau betul lah Lailatul Qadr dah lepas, so what’s next??



“Aih melepas aku Lailatul Qadr dah berlalu. Hilang mood (nak beramal) aku”

“Woohoo aku jumpa Lailatul Qadr doh semalam! So boleh sambung tidur kat rumah pulak la lepas ni”

“Malam ni malam genap, so relak-relak dah lah”



     Secara jujurnya dalam dasar hati ni, bila ada member cakap malam Lailatul Qadr adalah 21hb yang lepas, perh, hilang semangat gua. Rasa berat badan nak bergerak untuk iktikaf di masjid. Serius. Rasa macam, “Okay. Get back to normal life”.

     Hakikatnya, walau syaitan tak ada pada bulan ni, tapi kesan-kesan idealogi berasal dari hasutan syaitan tu berlegar-legar dalam kepala, sehingga Allah yang menyelematkan hambaNya melalui sepotong hadith:



‘Aisyah RA berkata:

“Baginda dahulunya apabila masuk sepuluh malam yang akhir Ramadan, baginda akan menghidupkan malam, membangunkan isteri baginda dan lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah.”

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]



..lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah..



     PAP! Kepala aku terhantuk lepas dengar hadith ni. Walau (contohnya) Lailatul Qadr dah lepas, walau malam genap ka malam ganjil ka, Rasulullah “..lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah..” pada 10 malam terakhir.


     DUDE!! Kau kena ingat sekarang ni masih lagi di bulan Ramadan, bukannya bulan-bulan lain. Takkan  lah kau dah lupa Ramadan adalah bulan keampunan?

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu [Hadith riwayat Bukhari]

     Kalau Rasulullah pun lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah pada 10 malam terakhir, apatah lagi kau hamba yang hina dhaif cacat yang bergunung tinggi dosa? Kau nak jadi hamba kepada Lailatul Qadr atau hamba kepada Allah? Kau nak jadi hamba kepada Ramadan ke kau nak jadi hamba kepada Allah?

     So get up, wash your feet, and KEEP WALKING!! Duh.


*tulisan yang berwarna merah di atas adalah dialog antara aku dan alter ego aku sendiri. Dengan bahasa mudah, peringatan khas untuk aku sorang saja.



     Yes, dan satu lagi, pernah dengar tak ‘kata-kata orang’ yang Lailatul Qadr adalah malam yang special disediakan Allah untuk hamba-hambaNya yang bekerja keras? Kiranya, tarikh Lailatul Qadr tak tetap pada sesuatu waktu saja, boleh jadi malam ni A jumpa Lailatul Qadr, 2 malam selepas tu B pulak yang jumpa etc.. Wallaahu’alam. Aku tak tau betul ke tak. Tak pernah dengar lagi hadith macam tu. Kalau ada, sila share di ruangan komen.

     Apa-apapun, telitilah ayat Quran ni:



 وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
[65:3]




     Kalau benarlah dakwaan bahawa tarikh Lailatul Qadr adalah tidak tetap, maka jangan kita menyangka bahawa Lailatul Qadr dah terlepas, kerana rezeki boleh datang dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Who knows? Sebab tu lah kita jangan menyangka atau membayangkan bentuk pertolongan/kemenangan/nikmat/hidayah dari Allah.

     Akhir kata, ingatlah Allah Maha Adil. Balasan akan diberikan SETIMPAL dengan apa yang diusahakan. Semoga Allah mempertemukan kita dengan The Night of Power .


     Macam cool la plak sebut 'The Night of Power'. Lol.


 فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّ‌ةٍ خَيْرً‌ا يَرَ‌هُ
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
[99:7]



p/s: antara kemenangan pada 10 malam terakhir Ramadan, rejim Gadafi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Allahu akbar!




Wallahu’alam bis sowab..

Posted by Posted by zabed at 3:22 PM
Categories:

2 comments  

Friday, August 19, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Subuh


     Pada suatu subuh Jumaat, aku berhajat nak solat subuh kat salah satu masjid di taman keramat, kl. Hari jumaat kan? Biasanya imam mesti baca surah Sajadah & Al-Insan, so memang lama la subuh jumaat setiap minggu. Aku pun mengambil ‘kesempatan’ ini dengan sengaja bangun lambat sikit, bersiap pun lengah-lengah pastu barulah bertolak ke masjid dengan harapan jemaah masih lagi di rakaat 1. *jangan tiru aksi ni*



     Mindset: Kalau subuh hari jumaat memang tak ramai yang akan datang sebab imam akan baca panjang, so mesti tak ada hal punya nak cari parking.



     Gua silap besar bhai! Puas cari tempat parking kosong, tapi semua penuh! Bukan setakat penuh, ada berderet lagi kereta parking kat luar masjid tu, sampai aku pun tak tau nak parking mana. BIAR BETUL NI MAT??

     Imam pulak dah nak habis baca surah Sajdah, aku pun ambil langkah drastik park dekat belakang kereta orang lain Alhamdulillah kereta aku kecik , masuk gear N, dan turun handbrake, so orang nak keluar parking pun senang. THUMP! Tutup pintu kereta, aku berlari masuk masjid. HAMBIK KAU!!! 6 SAF PENUH DENGAN MANUSIA!! MASYAALLAH!

     Bukan kecik, bosau (besar) masjid tu bang. 6 saf? Haih. Insaf aku dok ‘bersangka buruk’ dengan muslim Malaysia Ramadhan 1432 ni. Astaghfirullah.






     Rasanya Ramadhan tahun ni sangat lah lain berbanding dengan tahun-tahun lepas. Ingat lagi iklan kontroversial dari 8TV? Ada ‘pihak’ (you-know-who) mengatakan bahawa iklan tersebut bersikap kurang ajar, tidak mengira sensitivity ‘perkauman’ dan menghina ‘kedaulatan’ islam *rolling eyes*.

     Lantak kau lah nak cakap ape, tapi aku still rasa iklan tu bagus dari sudut lain. Educate the non-muslims about Ramadan . Lagi bagus iklan tu ‘educate’ muslim sendiri! Dan bukan setakat iklan kat tv je, ada sekali tu aku bukak radio Fly.fm pun ada iklan lebih kurang macam ni. "No gossiping during Ramadan, no apa-entah-aku-tak-ingat ". But the point is, Ramadan kali ni nampak ada usaha untuk mengajar muslim/non-muslim tentang kehebatan bulan Ramadan itu sendiri.

     Ada sorang kawan non-muslim di ofis berminat nak ambil tahu pasal berbuka dan sahur. Dia tanya aku apa perkataan ‘berbuka’ dalam arab, sahur tu apa dan time bila. Dan begitu juga keadaannya di Facebook. Ramai yang ambil kesah tentang Ramadan lebih dari Syawal.



     Apa-apapun, memang Ramadan 1432 ni terasa 'special'-nya berbanding tahun-tahun lepas. 'Special' as in cara rakyat Malaysia menyambut dan menghidupkan suasana atau bi'ah solehah . Kalau tahun-tahun sebelum ni, bila masuk Ramadan je dah start bincang pasal baju raya, kuih raya, balik kampung mana, tak sabar-sabar nak Syawal, seolah-olah Ramadan adalah bulan 'nasib malang'. Na'udzubillahi min zaalik.

    Namun, Ramadan kali ni alhamdulillah ramai pula manusia berbondong-bondong mengejar 'keampunan dari Allah". Slowly, rakyat Malaysia sudah boleh menerima dan sedar hakikat Ramadan, bukan sekadar 'bulan puasa'. Alhamdulillah.

      Peristiwa subuh tempoh hari benar-benar menggetarkan hati aku, begitu juga dengan suasana Ramadhan 2011/1432. Jelas di mataku bahawa,






       Bak kata seorang syeikhul da'wah  (orang yang berpengalaman dalam dakwah), "dakwah kini, khususnya di Malaysia ibarat shinkansen (bullet train). Kamu semua jangan terlepas pula nak naik keretapi ni."


     Shinkansen ? Laju tuh. Ya Allah sekiranya aku tertinggal atau tercampak keluar dari shinkansen  tersebut, berilah aku seekor kuda agar aku dapat mengejar semula shinkansen  tu seperti mana filem-filem cowboy zaman dulu. Amin~









      tup tap tup tap dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Bagi sesiapa yang merasakan 20 hari pertama Ramadhan-nya sia-sia, this is it lad . Kejar lah 10 malam ni berhabis-habisan. Tengok masyarakat kita pun dah maju ketika Ramadhan ini, takkan kita ketinggalan kolot kot?



What will explain to thee what the Night of Power is?

The Night of Power is better than a thousand months. Therein come down the angels and the Spirit by God's permission, on every errand:


Peace!...This until the rise of morn! 



[97:2-5] 



Wallaahu'alam bis sowab....



Posted by Posted by zabed at 2:32 PM
Categories:

0 comments  

Wednesday, August 3, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahim




Hari pertama Ramadhan:

     Secara fizikalnya, terasa seperti hari-hari biasa. Segar. Pagi tadi bangun sahur pun sempat makan mee goreng. Ok la. Atau mungkin ini hanya mentaliti aku je kot? Mungkin sebab hari pertama, tak rasa penat sangat kot?


Hari kedua Ramadhan:

     Okeh. Mula terasa penat, ops. Bukan penat, tapi lapar. Bila buat kerja tu memang susah betul nak fokus. Lagi-lagi bila surf tenet, dekat ads tu banyak promo makanan. Memang mengundang betul.

     Oh. Hari ni sahur setakat minum air je. Alasan tak makan sebab mengantuk. So, mungkin inilah kot sebabnya?


Hari ketiga Ramadhan (hari ni):

     Mungkin tak sesegar atau secerdas hari pertama, tapi tak seteruk kemaruk makanan macam semalam. Masih ok lagi. Sahur? Tadi makan 3 biji kurma, 2 gelas susu & satu gelas air sejuk. Nak makan berat-berat macam nasi2 ka apa ka tak sempat sebab lambat sampai rumah.

*Melencong ja kerja hang ni*   suara latar

     Mungkin orang kata makan kurma mana cukup. Aku sendiri mengaku, tak puas pun makan kurma walau 3 biji. Tapi, tak seteruk semalam, langsung tak makan.

     Jadi, konklusinya, bersahurlah. Salah satu cara untuk ‘stay fit’ dan ‘stay healthy’ semasa bekerja, study etc. Sekurang-kurangnya, tak ada la nampak fitnah sangat kan bila orang luar tengok kita lemah longlai pada bulan ni padahal berapa banyak je peperangan islam yang menang besar pada bulan ni.

    Bukan setakat pengalas perut untuk kerja@study@dakwah pada esok siang, tapi dapat jugak melatih kita untuk qiam setiap hari.  Perh. POINT BESAR NIH

     Sesungguhnya, aku bercakap di hadapan cermin (maksud: peringatan untuk diri sendiri).




“Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-malaikatNya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.”
[hadith riwayat Ahmad]




Wallaahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 12:55 PM
Categories:

7 comments  

Tuesday, August 2, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahim


     Satu hari baca satu juzuk Quran. Mustahil???


Here’s the formula bro.


     Satu juzuk = 20 muka surat. Dalam sehari ada 5 waktu solat, jadi 20/5 = 4 muka surat. Jadi, setiap kali habis solat fardhu, baca 4 muka surat. InsyaAllah boleh khatam Quran pada Ramadhan kali ni.



     Dari Ibnu Mas’ud r.a., ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam:




“Baransiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.”

[Hadith riwayat At-Tirmidzi]




artikel pasal puasa:

Posted by Posted by zabed at 9:30 AM
Categories:

0 comments  

Monday, August 1, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

     Masih lagi bernyawa, masih lagi bernafas, masih lagi berpeluang untuk mendapat keampunan dari Allah.

     Sebagai ‘starter’, jom mulakan hari Ramadhan kita dengan niat yang betul.

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu
[hadith riwayat Bukhari]


     Apa lagi, pi la ‘berkejar-kejar’!




artikel pasal puasa:

wallaahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 10:42 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>