Thursday, December 15, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Asrama putera (aspura)



     Beberapa hari yang lepas, sedang aku memandu ke arah kampus, tiba-tiba aku terperasan dua orang budak sekolah naik motor dengan baju mereka dipenuhi dengan contengan signature kawan-kawan. Mula-mula aku hairan. Bukan sekarang tengah cuti sekolah ke? Ohhhhhhhhh yeahhhhh aku lupa. Ni mesti budak baru habis paper SPM ni. Haha nostalgic sungguh.

     Aku ingat lagi 4 tahun lepas, time paper terakhir SPM. Habis je paper Bio, pergh melambung suka gila. Malam tu budak-budak dah start enjoy dah, kecuali yang amik paper akaun sebab paper diorang tak habis lagi. Kah kah padan muka. Memang happy faces  lah kat mana-mana pun. Siap main bola lagi kat kawasan dataran asrama (kawasan larangan). Aku tak tau kenapa tapi main bola di kawasan larangan memang best. Rasa high  semacam. Siapa yang kaki bangku macam aku pun boleh jadi terer tiba-tiba. Haha syok sendiri.

     Tiba-tiba muncul kereta MyVi hon sekuat-kuatnya. Warden perempuan jerit sekuat-kuatnya suruh berhenti main bola. Kitorang pun lari lintang pukang. Tak boleh blah betul time tu. Mentang-mentang no plate kereta baru. Aku ingat lagi. Haha.

      Kemudian warden tu sambung menjerit lagi. "Jangan keluar ke mana-mana walaupun ke kelas! Duduk dalam bilik atau dorm kamu masing-masing!". Yang tak syoknya, dia suruh kitorang yang dah habis paper ni untuk balik pada keesokan hari jugak. Tak boleh stay lama-lama. Hooo berkecai gila hati time tu. Sedih bhaii. Baru nak spend quality time kat sini sebelum balik. Huh.

      Murung je satu asrama time tu. Akhirnya, kesemua sepakat untuk tidak tidur pada malam tu, untuk spend quality time  bersama member-member dari berbilang-bilang negeri. Touching bhaii. Lepak-lepak, bual-bual, gelak-gelak.

     Siapa yang duduk asrama mungkin faham kot hakikat bahawa yang pergi solat subuh berjemaah di surau hanyalah ajk-ajk surau dan biro BADAR. Tapi, kejaiban Tuhan, pertama kali sejak minggu pertama orientasi, surau dipenuhi oleh pelajar pada waktu subuh. Dan selepas solat subuh berjemaah, turun ke dewan makan pula untuk breakfast. Perh. Tak pernah-pernah orang solat subuh berjemaah + breakfast, tiba-tiba hari terakhir ramai orang turun. Yang non-muslims pun turun untuk breakfast selepas subuh. Syahdu.

     Selesai makan, balik bilik, kemas barang-barang, kemas bilik-bilik, cuci-cuci satu dorm kasi bersih. Kalau ada sapa-sapa punya parents datang, kitorang tolong angkat ramai-ramai barang-barang dia masuk kereta. Dan aku ingat waktu tu jugak, ada sorang kawan aku ni bagi aku baju free. Lepas tu baju free tu dipenuhi dengan contengan signature macam-macam orang. 2007 in memory brotherrr. Aku ingat nak upload gamba baju tu tapi tak sesuai sebab content@corak baju tu berunsur negatif. Pada waktu tengahari, mak dan kakak aku datang dan akhirnya pulang ke KL. Tamat lah peristiwa 'Subuh Terakhir di Kuala Lipis'. *sniff*

     Renung balik kisah di kuala lipis, perh rindu gila. Aku rasa macam nak balik ke zaman tersebut. Betul lah apa yang cikgu aku cakap dulu, zaman sekolah adalah Golden age , zaman keemasan. Tapi time SPM dulu, beriya-iya sangat nak habis sekolah.

     Bila dah masuk uni, tak sabar-sabar pulak nak habis belajar pastu terus kerja. Tapi pengalaman kerja praktikal mengajar bahawa seboleh-bolehnya belajar sampai dapat PhD. Maksudnya, jangan grad awal sangat. AKU TAK SUKA KERJA.

     Mungkin majoriti yang baca blog ni adalah pelajar di uni., dan aku percaya majoritinya merindui zaman sekolah. Tak kisahlah zaman bila pun, kita tetap akan merindui Golden Age  masing-masing.

     Kadang kita renung balik waktu silam, dan sampai satu tahap kita rasa, "Apesal aku buat macam tu? Apesal aku tak buat macam tu?" Dan perkataan 'kalau' memang selalu bermain dalam fikiran kita. Kalau aku camni, kalau aku elak tu, kalau aku betul-betul pulun etc.

     Bila kita dok sorang-sorang, merenung masalah sekarang atau perkara yang buat kita menyesal, kita akan teringat Golden Age  kita, pencapaian kita, senang cerita zaman yang boleh dibangga-banggakan. Tak rasa macam kita ni macam orang tua ka kerana terlalu bergantung kepada Golden Age ?



"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama: masa sihat sebelum sakit. Kedua: masa kaya sebelum datangnya masa sempit. Ketiga: masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat: masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima: masa hidup sebelum masa mati."

[riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]



     Realitinya, perkara yang berlaku sekarang bukanlah secantik atau seindah Golden Age  kita. Sebab tu hadith ni mengajar supaya kita utilise apa yang kita ada sekarang ni. Bukannya faktor 'umur muda atau tua' (faktor fizikal) yang menjadi pokok perbincangan, hakikatnya mentaliti dan sikap kita terhadap asset yang kita ada.



Dari Shofwan bin Amr, ia berkata,

"Ketika aku menjadi Gabenor Hums (Syria), aku menjumpai seorang bapak tua warga Syria yang telah turun kedua alisnya. Ia berada di atas kenderaannya bersiap-siap hendak ikut berperang. Lalu aku berkata kepadanya,


'Wahai Paman, engkau dimaklumi oleh Allah untuk tidak ikut berperang.'


Seraya mengangkat kedua alisnya, bapak tua itu berkata,


'Hai nak, Allah telah menyuruh kita keluar baik dalam keadaan ringan maupun berat. Ketahuilah, sesungguhnya Allah selalu menguji orang yang dicintainya.'"



Diriwayatkan oleh Imam Az-Zuhry, suatu ketika Said bin Al-Musayyib radhiyallahu 'anhu  keluar untuk berperang, sedangkan salah satu matanya tidak dapat melihat. Lalu ia berkata,

"Allah meminta kita untuk keluar berperang, baik terasa ringan atau berat. Jika aku tak berdaya untuk jihad, maka berarti aku telah memperbanyak pasukan musuh dan aku hanya menjaga harta bendaku."



      Mentaliti kita yang bermasalah. Sama ada hendak memberi alasan atau cuba cari jawapan kepada setiap alasan. Kalau dulu aku boleh buat, kenapa sekarang tak boleh? Apa-apapun, buatlah semampu mungkin. Hakimnya adalah Allah, bukan manusia keliling kita. Segalanya bermula dengan hati kita, 'kemahuan kita adalah segalanya'.



"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati."

[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]




     Orang yang tua dan buta pun pergi berperang, mengelakkan diri dari mencari alasan walaupun hakikatnya mereka tak diwajibkan. Rebutlah masa hidup sebelum masa mati. Kalau kita kuat memberi alasan, boleh cuba bagi alasan dekat Allah kelak. After all, dia lebih mengetahui kita. Wallaahu'alam bis sowab .


Related article: Mentaliti


Posted by Posted by zabed at 1:20 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>