Sunday, December 11, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim





     Hampir setiap waktu solat mesti brader ni datang ke surau. Seorang brader yang menghidap penyakit down syndrome. Aku tak tau siapa yang bertanggungjawab ke atasnya, tapi selalu nampak dia jalan kaki melintas jalan besar ke surau. Wow. Hebat. Subhaanallah yang memberi kekuatan kepada hambaNya.

     Kadang aku tersengih tengok gelagat dia. Kadang tu aku tergelak, sebab dia 'buli' budak2 rumah aku. Dia kalau jumpa kitorang mesti salam. Pastu mintak tolong lipat seluar dia. Selalu jugak dia mintak gula2@coklat kat kitorang. Dan kalau lepas solat imam baca doa, brader ni lah yang akn aminkan sekuat-kuat mungkin. *sengih*

     Entah camana entah pada suatu hari tu, berlaku lintasan hati bila aku tersengih tengok dia kata 'pakai sabun tak tadi mandi?' kat kawan aku.

     Asalnya aku gelak gila2, pastu gelak aku terhenti selepas berlaku lintasan hati tersebut. Sama ada aku sedar atau tidak, hakikatnya telah Allah janjikan bahawa golongan seperti mereka akan memasuki syurga.

     Mungkin di dunia nikmat fikiran yang waras telah Allah tarik dari mereka, kerana Allah menggantikan syurga buat mereka di akhirat. Kita diberi nikmat akal yang waras di dunia, maka apakah nikmat yang bakal kita terima di akhirat kelak? Atau silap2, azab?

Sungguh benar firman Allah,



رَ‌بَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ‌

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

[Al-i-Imran (3): 191]



     Kita semua tahu bahawa kesemuanya datang dari Allah, walau perkara buruk sekali pun. Buruk pada hemat pengetahuan kita yang cetek, namun berbeza pula pandangan Allah kerana tiada apa2 yang sia2 pada ciptaan Allah, walaupun pada manusia down syndrome.

     Pada pandangan mata manusia yang kapitalis (bahasa mudah: kaki buat duit), manusia down syndrome tidak menguntungkan langsung, tak boleh buat apa2 malah menyusahkan orang lagi nak kena jaga dia. Bukan setahun atau dua, kadang sampai berpuluh tahun.

     Sekali lagi, tiada apa yang sia2 pada ciptaan Allah, melainkan bagi mereka yang tidak mahu berfikir secara waras.



إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ‌ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِ‌ي فِي الْبَحْرِ‌ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْ‌ضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِ‌يفِ الرِّ‌يَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ‌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْ‌ضِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi;


لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

[Al-Baqarah (2): 164]



     Siapa sangka, kewujudan manusia down syndrome di kalangan kita mengingatkan kita bahawa syurga adalah sesuatu yang tidak pasti bagi kita yang waras?

     Maka kita akan tunduk, khusyuk dan muhasabah balik. Dan kita sendiri tahu, benar-benar tahu, bahawa hakikatnya kita tetap tak terlepas dari neraka macam mana pusing pun. Naudzubillahi min zaalik.

     Renunglah manusia down syndrome ni selama mungkin. Di akhirat kelak, kita akan perhatikan mereka masuk ke dalam syurga walau di dunia mereka ini hina. Apakah kewujudan ahli syurga di hadapan kita sekarang tidak memotivasikan diri untuk ke syurga juga? Atau sekurang-kurangnya lepas dari azab neraka?


Ya Allah, sungguh,

Rabbana maa kholaqta haadza baatila!
Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia!


     Tunjukilah kami jalan ke syurgaMu. Jauhilah kami dari adzab nerakaMu. Tetapkanlah hati kami insaf, khusyuk untuk mengingati mati. Tetapkanlah jiwa kami berada pada jalan yang lurus, bukan jalan yang telah Engkau sesatkan. Anugerahkanlah kami beserta zuriat kami kesudahan yang baik.

     Ya Allah, kehidupan di dunia ibarat berus lama yang menghapuskan kekotoran (mataa'ul ghurur). Usahlah Engkau menghinakan kami dengan memperindahkan berus lama tersebut pada pandangan mata kami, sehinggakan kami bermegah-megahan dengan berus yang hina tersebut.





     Ya Allah, kami lebih rela bersusah-payah dan dipandang hina oleh masyarakat sekarang, oleh itu janganlah Engkau menghinakan kami di akhirat kelak.

Sungguh, tiada lagi tempat kami mengadu masalah hati kami melainkan kepadaMu yang membolak-balikkan hati kami.

Ya muqallibal qulubb, thabbit qulbana 'ala deenik, thabbit qulubana 'alaa tho'atik, thabbit quluubana 'ala sabiili da'watik


إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَ‌ىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.


يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَ‌اةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْ‌آنِ

Mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.


وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُ‌وا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

[At-Taubah (9): 111]



Allaahu akbar.

Posted by Posted by zabed at 2:45 PM
Categories:

 

1 comments:

Qawweeyy said...

Nice blog =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>