Saturday, December 31, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Kat Melawati, ada satu gerai yang jual nasi ayam terbaik. Memang terbaik. Setakat ni tak pernah lagi rasa yang lebih terbaik dari gerai tu. Setiap masa, lagi-lagi waktu lunch hour, memang berduyun-duyun orang beratur untuk bungkus saja. Tu baru bungkus pun dah berduyun-duyun orang beratur. Yang makan kat situ? Perh. Hampir semua yang duduk kat meja-meja makan di kawasan food court tu mesti ada nasi ayam dari kedai  sedap tu. Hairan, tak jauh dari gerai nasi ayam yang sedap tu, ada lagi gerai nasi ayam jugak tapi tak sesedap yang terbaik. Jadi pelanggan yang datang pun boleh kira dengan jari je.

     Entah ada sekali tu aku nak pergi menikmati nasi ayam sedap tu. Tau-tau bila sampai je gerai tutup. Ma dza bin naar?? Kecewa. Serius kecewa. Nak makan nasi campur memang tak ada mood langsung. Yang peliknya, gerai nasi ayam yang tak berapa nak sedap tu bukak pulak, dan ramai pulak tu yang beratur. Perh! Memang 'golden opportunity' sungguh. Kempunan nak nasi ayam punya pasal, aku pun pergi la kedai yang nasi ayam yang satu lagi tu. Sedap tak sedap lain cerita.

      Sampai-sampai je terus masuk beratur. Panjang. Pastu aku memerhati gerak-geri brader kat gerai tu. Ish kesian. 2 orang je yang keje. Hari ni tiba-tiba customer ramai memang kelam kabut la diorang. Cedok nasi, potong ayam, amik order, angkat pinggan mangkuk lagi, banyak gile keje. Tanpa aku sedar, dah lama beratur tapi tak gerak-gerak jugak. Rupe-rupenye ni que  untuk bungkus je. Patut la lama. Aku pun terus ke depan. Bingung gak sebenarnya nak order kat siapa dan macam mana.

       Sampai kat depan, terus tanya brader yang tengah potong ayam.


"Bang saya nak nasi ayam satu. Saya dok kat meja sana".


      Tapi brader tu buat bodo je. Mungkin sebab telinga aku kurang deria pendengaran sehinggakan aku tak sedar yang aku cakap perlahan sampai brader tu tak dengar. Chill dulu. Brader tu dengar kot tapi busy sangat. Lepak lu..

     Kurang 30 saat, aku perhatikan memang brader tu tak dengar apa yang aku cakap tadi. Kemudian aku tambah magnitud suara,


"Bang! Saya nak nasi ayam satu. Saya duduk kat meja sana tau."


     Tanpa melihat wajah aku dan gigih meneruskan kerjanya memotong ayam, brader tu dengan magnitud suara yang tinggi juga menjawab soalan,


"Tunggu kejap ye! Saya tengah buat kerja lain ni. Duduk dulu."


     Ok ok. Aku paham. Sinonim dengan ayat "Shut up and get lost!". Hahaha. Aku pun duduk balik kat meja sambil memerhatikan adik dengan kakak dah separuh nasi dah nak habis. Harapannya, nanti akan ada orang letak nasi ayam kat atas meja aku dalam sedikit masa lagi. Amin...

..
....
......
.......
................................................


     Ok. Adik beradik aku dah habis makan dah. Aku je belum lagi makan. Ternyata nasi ayam yang aku harapkan tak muncul jua. Aku sedih dan kecewa, maka aku pun dengan berat hati cedok nasi putih amik ikan goreng dan ulam sebagai menu makan tengahari. Dan nyata jugalah, sampai aku dah habis makan pun masih tak muncul lagi nasi ayam. Hampeh. Bayar-bayar, terus blah.

     Gerai nasi ayam sedap tutup, so sepatutnya menjadi 'golden opportunity' bagi gerai nasi ayam satu lagi tu. First time banyak gila customer. Namun, kekuatan yang tidak mencukupi, maka kelam-kabutlah pekerja-pekerja gerai tu tidak bersedia dan menjadi muncung lah mulut mereka sepanjang masa. Jelas jugalah di mata ini, bahawa mengapa kadang-kadang doa kita tak dimakbulkan oleh Allah (atau dilambatkan).

      Ingat kisah Qarun?



 إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ
Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat.
[Al-Qasas (28): 76]




     Nak sangat kekayaan atau, tergesa-gesa nak doa dimakbulkan, maka Allah beri. Tapi tengoklah, selepas dimakbulkan doa Qarun jadi angkuh gila. Atau dengan bahasa lain, hakikatnya Qarun tak bersedia untuk menerima golden opportunity. Akhirnya, 'kelam-kabutlah' Qarun kerana tak dapat menyelamatkan dirinya dari adzab Allah. Na'udzubillaahi min zaalik.

     Kepada kita, bukan Allah tak nak memakbulkan doa kita atau lambat makbul doa. Kalau doa dimakbulkan dan hakikatnya kita tak bersedia untuk menerima golden opportunity tu, siapa yang susah? KAU JUGAK YANG SUSAH !

     Ingat, minta doa kepada Allah tidak sama seperti cara kita suruh kuli buat kerja. Sambungan kepada ayat kisah Qarun kat atas,



وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ
Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat,
[Al-Qasas (28): 77]



      Wab taghi fiima aataakallaah, ad-daarul aakhirah .

     Mungkin kita buta, sehinggakan kita tak sedar berapa banyak anugerah Allah dah beri. Bersyukurlah dengan apa yang ada, harapannya syukur kita itu bisa menjadi saham untuk kebahagiaan negeri akhirat. Amin...

      Oh apa kena mengena dengan tahun baru 2012? Tengoklah setiap tahun kita punya azam atau wish . Kalau yang basic pun tak setel lagi, macam mana nak dapat yang complex?


Selamat tahun baru.



Wab taghi fiima aatakallah, ad-daarul aakhirah
 .



Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 10:26 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>