Thursday, May 26, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihi salam  . Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."


Lalu dijawab oleh burung berkenaan,


"Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, 

tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, 

apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."






     Selalu dengar kisah ni kan? Sejauh mana kebenaran kisah ini, wallahu'alam . Tak dapat dipastikan. Tetapi, kisah ni selalu di-ulang-ulangkan kerana pengajaran untuk kita buat refleksi pada diri kita sendiri.



     Isu Palestin? 63 tahun sudah berlalu semenjak negara Israel ditubuhkan, dan sedikit demi sedikit rakyat Palestin dihalau dengan cara yang kejam.

     63 tahun? Apa sahaja yang boleh dilakukan untuk tolong Palestin?

     Kenapa tak dihantar tentera untuk menolong kerajaan Palestin? Kenapa tidak dihancurkan sahaja tentera-tentera Zionist tu? Kenapa kerajaan 'negeri-negeri islam' tidak mengerahkan bantuan ketenteraan kepada Palestin? Kenapa tidak mengemukakan bantahan di PBB?

     Kenapa? Sebab kita sendiri tahu kan jawapannya. Ingat semudah itu untuk menghalau Zionist keluar?


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ
Dan sungguh, akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, [2:155]


    Jadi, wujudlah satu golongan manusia yang tidak sampai hati melihat keadaan saudara mereka sendiri (kita semua berasal dari Nabi Adam kan?) diperlakukan seperti binatang.

     Apa sahaja yang beberapa golongan manusia ini buat? Mereka pergi berperang kah di sana? Mungkin ada beberapa, tetapi tidak semua.

     Yang selalu 'diorang' ni buat, boikot barangan yang menyumbang kepada Israel & US, konvoi beramai-ramai, beri kesedaran kepada masyarakat melalui berbagai-bagai media, blablablabla etc.

     Ape je yang Israel tu rasa kalau setakat boikot barangan diorang ni hah? Setakat rugi RM5000 tak rasa pape la!

     Ape je yang 'diorang' ni dapat kalau setakat konvoi mengibar-ngibarkan bendera Palestin? Nak bagi kesedaran kepada masyarakat? Syok sendiri namanya tuh! Bukannya masyarakat ni kisah pun, pandang kereta 'diorang' yang gah dengan bendera Palestin pun tak nak, apatah lagi diorang ni nak menderma.

     Edar flyers  berkaitan isu Palestin; korang ingat orang yang dapat kertas tu akan baca ke? Diorang buang terus ko tau tak! Malah dipijak-pijak lagi.

     Senang cerita, apa yang golongan minoriti ni buat adalah sia-sia. Susah-susah aje. Kan?

     Itu usaha 'diorang' untuk tolong Palestin walaupun tak menolong apa sangat pun. Pernah tak kita persoalkan diri kita pula, apa kita nak jawab dekat Allah kelak bila ditanya tentang hal Palestin ni?


     Herm? Pahal senyap? Tadi fire  orang bukan main lagi.


قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً
Katakanlah: "Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus." [Al-Isra' 17: 84]




Seorang pejuang di Palestin pernah cakap,

"Kami di sini insyaAllah dah setel. Setiap hari ada sahaja perang menanti kami. Setiap hari kami melibatkan diri dengan perang, berjihad. Kalau kami mati, insyaAllah kami syahid. Kat sini pun tak ada harta-harta mewah, semuanya hancur, tempat tidur kami pun tidak selesa. Kami di sini insyaAllah dijamin syurga kelak. Saya berpuas hati dengan keadaan begini. Tetapi saya lebih risau anda semua yang berada di negara masing-masing, hidup dalam keadaan mewah. Takut-takut nanti kalian pula lupakan Allah, dikhuatiri kalian akan mati hina (masuk neraka)."

     Orang Palestin risau dekat kita? Kita pula? Kalau tak risau dekat mereka sekalipun, tak risaukah dengan diri sendiri kelak?


     Apa sahaja usaha kita untuk Allah? Di mana letaknya tiket ke syurga bagi kita yang tinggal di Malaysia?


"Sekarang baru bermula perjuangan pembebasan Palestin. Di sinilah letaknya ganjaran dari Allah"
seorang pakcik dari Aqsa Syarif Berhad.


     Anggaplah hasil atau result  dari usaha kita itu sebagai bonus dari Allah. Tapi, yang paling penting sekali, apa sahaja usaha kita untuk Allah?





     Allaahu Ghayatuna! Allah adalah tujuan kami!







Setiap debu yang melekat pada tubuh badan, pakaian dan kenderaan akan menjadi  saksi perjuangan pembebasan bumi Palestin - Dr Hafidzi Mohd Noor, pemangku pengerusi Aqsa Syarif Berhad

Posted by Posted by zabed at 10:35 PM
Categories:

 

3 comments:

Anonymous said...

assamualaikum..
izin kan sy post kan entri ini di blog sy...

Muhammad Afiq Bin Che Ali said...

kdg, ade je yg tanya..'eh, bendera ape yg ko kibar tu?'

zabed said...

anonymous: wa'alaikumussalaam. oh silakan silakan. tiada masalah.


muhammad afiq bin che ali: tu lah 'tiket syurga' kita kot

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>