Sunday, March 27, 2011


Bismillahirrahmaanirrahiim


Tol & Makcik



     Kaunter tunai sebelah dengan kaunter Touch N Go nampak macam sikit je kereta. Aku pilih nak masuk sini je lah.

     Ziuuuuuu!!! Mak aih laju gila kereta Wira kat lane kanan ni. Ahh sudah. Dia nak potong line aku la ni nak masuk kaunter sebelah Touch N Go jugak. Aiseh kalau hang nak sangat, hambik!!! Aku pergi yang sebelah lagi bagus. Lagi sikit kereta.

     Ziuuuuu!!! Dah potong line aku, boleh dia melencong nak potong line aku yang baru pulak. Kuang asam betul. Takpa. Rilek. Sebelah lagi nampak lagi sikit kereta.

     Ziuuuuu!!! Hah potong line aku lagi? Damn! (Exclamation: expressing anger, surprise or frustration) Apahal kuang hajaq sangat kereta Wira ni. Aku masuk kaunter yang sebelah lagi, kereta banyak. Hurgh. Sumpah aku bengang gila time tu. Selfish  gila driver  tu. Seboleh-boleh nak pilih the best. Aku perhatikan kereta Wira tu, aku mark  no plate & warna kereta. Selesai bayar tol, it's Revenge of The Sith.

    Vrooom!!! Tukar gear 2, tekan minyak, aku bawak macam pelesit. Masuk kiri kanan kiri kanan tak bagi signal, semata-mata nak kejar balik kereta Wira tu. Laju gila aku bawak, selit-selit, sampai dapat jumpa balik kereta tu. You just wait.

     Kereta Wira tu kat lane kanan sekali. Aku cucuk, dia buat tak peduli. Masuk lane kiri, aku potong, masuk lane kanan balik, BREAKKK!!!!! Perh memang sedap. Cuak driver kereta Wira tuh. Oh makcik je rupenye. Apahal bawak laju sangat? Ah janji aku puas 'ajar' orang. Selfish  sungguh. Padan muka. Wahahaha!

     Sampai-sampai rumah, baring atas katil, memerhatikan siling, aku bertanya kepada diri sendiri, apakah aku berasa puas??



Jari yang Berdarah

      Tension, moody, stressed (spelled backwards?), emo, depressed, bengang, nak mengamuk etc., terus aku capai handphone  aku, lalu call  Bro F, "Jom jam kat HotSound  malam ni!"

     Keghairahan jamming, aish...tak taw la nak cakap macam mana. Memang feel 100%, ketuk sana ketuk sini, lompat sana lompat sini, goreng sana goreng sini, sehinggakan jari telunjuk kanan aku berdarah namun aku tidak mampu untuk menghentikan strumming  kerana terlalu ghairah.

     Habis jamming, lepak dekat maple, aku kata dekat Bro F, "Bro, tension, depressed, moody and so and so, habis hilang macam tu je. Puas aku main malam ni. Thanks  la weh teman aku malam ni".

     Balik rumah, kena marah dengan bapak sebab balik lambat, pastu baring atas katil, memerhatikan kipas siling, aku bertanya kepada diri sendiri, apakah aku berasa puas??


Loon, better known as Brother Amir




     Siapa Loon ni? Baca: I Surrender


     Dalam satu sesi bersama Brother Amir a.k.a Loon, beliau pernah berkata,


Do you really think that all those Hollywood stars feels satisfied with what they have? Do you really think that all those sons of rich Arabs satisfied enough with what they have? This youths (Arab's sons) have a Ferrari, Lambo, anything, but once I asked them the same question they replied, 'No. This is not enough'. My son, ya know, he is the son of Loon, he can get anything, super bike, cars, anything. But he also follows me to the right path. I let he think on his own and alhamdulillah, he is our brother.


     Orang-orang yang dah berlambak-lambak Ferrari pun sendiri dah bosan dah dengan apa yang diorang ada. Kawan aku yang tinggal dekat Abu Dhabi pernah cakap, kalau kat sana, pak-pak Arab yang kaya ni (contohnya) bawak Porsche, kalau kereta diorang rosak, diorang park tepi jalan, pastu esok terus dapat Porsche baru. Kita?

     Kita dapat kereta baru perhhh sayang gila. Tiap-tiap hari basuh. Modify lagi, tambah tu tambah ni, tuka tu tuka ni. Pastu, dah boring beli baru. Kita sangka kita dah puas dengan kereta baru, hilang perasaan sengsara mengidam-idam dan bagai.

     Habis talk session, aku balik bilik, baring atas tilam, pandang siling, bertanya kepada diri sendiri, apakah aku berasa puas??


Hizbullah atau HizbusySyaitan

     oh. ini bukan group hizbollah yang shi'ah tu ok. ini betul-betul apa yang dimaksudkan dengan 'hizbullah'.

     Jom kita tadabbur  surah yang paling senang nak hafal setelah surah Al-Fatihah, Surah An-Nas. *aku agak, sampai part ni mesti ramai dah tekan button 'x'




قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ﴿١﴾ مَلِكِ النَّاسِ ﴿٢﴾ إِلَـٰهِ النَّاسِ ﴿٣﴾ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤﴾ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ﴿٥﴾ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿٦

Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia.
Dari kejahatan syaitan yang biasa tersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.



     Sekali tengok surah An-Nas ni pun kita boleh tahu dah bahawa surah ini dibahagi secara sama, 3 ayat pertama tentang Allah dan 3 ayat terakhir tentang syaitan. Persoalan, kepada siapa kita hendak berlindung?

     Mungkin, iya mungkin aja, kebanyakan kita akan berfikir, memohon perlindungan dengan setan seperti kita memuja-muja setan, black metal, sihir black magic, murtad, ritual-ritual etc. Iya betul tu, tapi jangan kecilkan skop 'memuja setan' seperti yang majoriti masyarakat faham, cuba kita besarkan sikit, sebagaimana Syed Qutb kata dalam buku Ma'alim Fit Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan), bahawa manusia hanya ada 2 pilihan sahaja, Islam atau Jahiliyah. Tiada yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Apa kaitan?

     Kita dipandang rendah, kemudian kita sangkakan dengan membalas dendam, revenge, kita telah puas? Kita rasa depressed, stressed, kemudian kita cuba menghilangkan perasaan gundah itu dengan cara yang tidak sama dengan Rasulullah, dengan itu kita sangkakan kita telah puas? Kita rasa nak dihormati, dengan memiliki harta dan perhiasan yang tidak dimiliki orang ramai, kita sangkakan hati kita telah puas?

     Betullah. Memang betul kita akan rasa puas dan tenteram. Tetapi, setiap kali sebelum kita tidur, kadang-kadang kita terfikir dan persoalkan, "Macam ada benda yang tak kena. Sepatutnya aku harus berasa puas. Eh betul ke aku puas ni? Apakah aku berasa puas? Kenapa rasa seperti ada kekosongan dalam hati ni?"

     Terus-teranglah dengan diri kita. We know it very well, that we did missed something. Something just isn't right. I can feel it inside.



يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. [An-Nisa 4:120]



     Kita sangka kita telah puas, hakikatnya itu hanyalah angan-angan kosong! Memang benarlah Syed Qutb; Islam atau Jahiliyah? Kepada siapa kita akan berpaling atau memohon perlindungan sekiranya masalah-masalah timbul dalam hidup kita? Ikut sistem jahiliyah @ syaitan?



وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُم مِّن سُلْطَانٍ إِلَّا أَن دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي
Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadap dirimu, melainkan sekadar aku menyeru kamu, lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu, janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri! [Ibrahim 14:22]



     Jelas, itulah HizbusySyaitan (golongan syaitan).


Jalan Pulang kepada Rahmat Allah Terbentang Luas



     Aku....tak nak explain panjang-panjang. Aku boleh kata, aku paham bagaimana kehidupan aku sebelum ni. I'm living a lie. Sungguh, aku rasa aku puas dengan gaya hidup sebelum ni, akan tetapi, aku tak boleh tipu diri sendiri. I know very well that I missed something. I can feel it inside. Something isn't right.

     Alhamdulillah, hanya Allah sahajalah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, termasuklah aku, hamba yang entah siapa hina gila tak ada harapan langsung! Apa yang aku nak sampaikan dalam post ni hanyalah, pulanglah kepada Allah, kembalilah kepada fitrah asal kita, baru perasaan puas setelah kecewa itu benar-benar dicapai, bukan angan-angan kosong lagi. Aku tak taw nak explain macam mana perasaan ni, tak taw nak explain betapa manisnya perasaan ini. Perasaan manis? Rasulullah pernah bersabda, antara 3 perkara yang menjadikan seseorang merasai kemanisan iman ialah,


Perasaan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam neraka
[Bukhari & Muslim]


     Loon pernah kata, betapa bencinya beliau hendak kembali ke kehidupan lamanya sehinggakan beliau tak nak dengar muzik langsung.

     Pulanglah kepada Allah, pintu rahmat-Nya terbentang dengan luas. Doakan selalu agar mendapat hidayah. Mudah-mudahan, Allah memberi. Insya Allah.

    Jadilah Hizbullah (golongan Allah).


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
[Az-Zumar 39: 53] 



Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 5:57 PM
Categories:

 

8 comments:

Suria Arjuna said...

love it bro...eksidenku terasa puas dengan tazkirah susulan..huhu

balqish said...

=) =) =) =) =)

Rahman D said...

satu perkongsian yang betul2 luhur,
Allah thabit qulubana ala dinnika watoatik.
Ameen

zabed said...

'amil aqil: ana doakan terbaik utk anta.

rahman d: ameen

Catheeya said...

Pergh lama aku tak jejak blog ni. Terbaik la Zabed. Sangat terbaik!

p/s: cemana nak tekan button x? aku curious nak tahu ape jadi last2....

zabed said...

zarith: cop2. soalan ko sarcasm ke betul2 ni? kalau betul2, yg bahagian tekan button 'x' tu hanya statement berbaur sarcasm. kat atas belah kanan sekali, warna merah, tu lah 'x'

tapi still kan, cara aku explain, aku terasa macam aku je yg kena sarcasm??

anyway, sarcasm rules!

Catheeya said...

haha..sebab kau cakap

"*aku agak, sampai part ni mesti ramai dah tekan button 'x'"

bunyi macam orang dah bosan baca je post kau yang ni.

sebenarnya, TAK BOSAN!

Malah aku curious nak tahu apa jadi dengan kau yang asyik2 "Sampai-sampai rumah, baring atas katil, memerhatikan siling, aku bertanya kepada diri sendiri, apakah aku berasa puas??"


btw, good job!

zabed said...

pergh yeke? haha Allahu'alam. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk tu aku la. thanks btw!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>